Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 18, 2012

Dimanakah nilai kasih sayang....DAH TIBA MASA HUKUMAN LEBIH BERAT DIKENAKAN KEPADA PESALAH SEBEGINI...


Budak 2 tahun mati dibelasah kekasih ibu

  • Foto
    Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar
  • Foto
    Ibu mangsa, Nurhafiza Othman, 25 (kiri) di pekarangan rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, semalam.

Alor Setar: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun mati dipercayai didera teman lelaki ibunya di Kampung Berjaya, Mergong di sini semalam.

Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar, dipercayai telah meninggal dunia ketika dibawa oleh ibu dan teman lelakinya dengan kesan lebam muka dan badan serta calar di beberapa bahagian lain, ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini jam 3 petang. 
Keluarga berang 

Suasana di wad kecemasan HSB kecoh apabila keluarga Faiz berang terhadap lelaki berkenaan yang berpura-pura sakit dengan duduk atas kerusi roda dan mendakwa mangsa maut kerana terjatuh dari tangga bersamanya. 

Nenek mangsa, Padzilah Ismail, 46, berkata beliau terlalu sedih melihat mayat cucu yang tinggal bersamanya sejak berusia lima bulan, mati dengan kesan kecederaan pada badannya. 

Beliau berkata, Faiz sebelum ini ada mengadu dipukul teman lelaki ibunya sehingga cedera dan sering mengelak ketika ibunya yang berusia 25 tahun mengajaknya pulang ke rumah.

Mengadu dipukul Pak Tam

“Setiap kali cucu saya pulang ke rumah, dia pasti mengadu dipukul oleh ibu dan teman lelakinya hingga lebam. Dia sering minta saya mengambilnya cepat setiap kali berada di rumah ibunya. Sebelum ini, saya sudah agak perkara buruk, namun tak upaya menghalang anak saya bertemu anaknya,” katanya ketika ditemui di hospital.

Ibu saudara mangsa, Norhanisha Othman, 23, berkata Faiz pernah mengadu dipukul ibu dan teman lelakinya yang dipanggil Pak Tam beberapa kali sebelum ini, malah setiap kali pulang ke rumah neneknya di Flat Simpang Kuala, di sini ada kesan lebam di seluruh badannya.

“Kakak berpisah dengan suaminya, Iskandar Abu Bakar, 29, sejak Faiz berusia lima bulan. Sejak itu dia tinggal bersama neneknya, tetapi beberapa bulan lalu kakak kerap membawanya pulang. 

“Saya pernah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada Ogos lalu selepas mendapati kesan gigitan dan lebam pada badan Faiz, dipercayai dilakukan teman lelaki kakak,” katanya.

Kesan lebam di muka

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Deputi Superintendan, V Saravanan, ketika dihubungi berkata maklumat awal mendapati ada beberapa kesan kecederaan termasuk kesan lebam di muka, bahu dan tangan mangsa. 

Katanya, polis menyiasat dari semua sudut termasuk dera hingga menyebabkan kematian, namun masih menunggu keputusan bedah siasat sebelum mengklasifikasikan kes atau membuat sebarang tangkapan.

No comments:

Post a Comment