Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, October 3, 2011

Harapkan pagar...pagar takder gigi

Ahli UMNO perlu abai kepentingan diri: Mahathir

 
JITRA: Ahli UMNO perlu kembali kepada matlamat perjuangan asal penubuhan parti itu, iaitu untuk agama, bangsa dan negara serta mengetepikan kepentingan diri bagi membolehkan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, ahli UMNO juga perlu membebaskan diri daripada penyakit kritikal yang membelenggu mereka, iaitu menikam dari belakang serta cantas mencantas kerana budaya itu hanya melemahkan parti. 


“Dulu kita (orang UMNO) sanggup berkorban apa saja untuk parti... sanggup gadai barang kemas dan sebagainya untuk membantu parti, tetapi sekarang mereka pegang jawatan sebab hendak dapat kontrak, jadi calon atau sebab tertentu. 
 
“Kita kena kembali kepada perjuangan asal UMNO yang mengutamakan kepentingan agama, bangsa dan tanah air melebihi kepentingan diri.

“Jika diadakan PRU waktu ini, UMNO boleh kalah besar kerana sokongan dan semangat mereka sudah pudar,” katanya selepas berucap di Perhimpunan Perdana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Siri Kedua peringkat negeri di sini, semalam.

Dr Mahathir yang menyifatkan sikap negatif ahli UMNO itu sebagai penyakit yang kritikal berkata, BN boleh menang besar pada PRU nanti sekiranya masalah itu dapat dihapuskan.

Katanya, masalah berpuak-puak dalam UMNO juga adalah serius dan jika tidak ditangani akan menyebabkan perpecahan dalam parti sehingga menyukarkan BN mengukuhkan semula kedudukan di Parlimen serta merampas negeri yang terlepas ke tangan pembangkang.

Beliau berkata, walaupun masa semakin singkat bagi UMNO memperbaiki kelemahan di kalangan ahlinya berikutan PRU semakin hampir, ia boleh dicapai jika wujud kesedaran yang mendalam di kalangan ahli.

1 comment:

  1. Assalam Syg Mum

    Masalahnya yang dah bercendawan yang pegang kuasa pun tak reti nak turunkan kuasa pada orang lain... Lepas tu setiap kali pilihanraya calon tu juga yang direcycle dah macam tak ada orang lain yang boleh berkhidmat sebagai wakil rakyat... Sikap negatif ahli akar umbi berpunca juga dari tindak tanduk pemimpin2 UMNO yang berada dalam kabinet kerana cakap tak serupa bikin dan dilihat sebagai manusia2 penakut... Bersikap double standard... orang Melayu buat silap kantol tapi kalau kaum lain biarkan...

    ReplyDelete