Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, October 31, 2011

Mansuh PPSMI bukan sekelip mata


PENAMPANG 30 Okt. - Keputusan memansuhkan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bukan dibuat sekelip mata tetapi sebaliknya selepas mengambil kira pelbagai faktor kelebihan dan kekurangan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa ia juga dibuat selepas meneliti secara mendalam suara 5.3 juta pelajar dan ibu bapa, hampir 500,000 guru di 10,000 buah sekolah seluruh negara dan tenaga pakar melalui rundingan meja bulat.
Menurut beliau, segala maklum balas, kajian dan data ini diperoleh sejak PPSMI dilaksanakan di seluruh negara terutama mengenai kesan, pencapaian dan keupayaan kerajaan menyediakan tenaga guru mencukupi.
"Ia bukan buat keputusan hanya kerana nak buat keputusan. Semuanya sudah dikaji secara mendalam, bukan dibuat secara terburu-buru.

"Kita hormati Persatuan Ibu Bapa untuk Pendidikan Malaysia (Page) yang kononnya mendapat sokongan daripada 75,000 ibu bapa tetapi kerajaan juga mempunyai pandangan," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Ke-26 Parti Bersatu Sabah (PBS) di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan Presiden PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
Beliau mengulas hasrat Page untuk menulis surat rayuan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menarik balik pemansuhan PPSMI itu.

Tambah Muhyiddin, negara ini adalah bebas yang bermakna mereka mempunyai hak untuk menyampaikan pandangan dan kerajaan tidak akan sesekali menghalang kumpulan itu.

Komen:  Nampaknya ada sedikit kekeliruan di sini...mami ada tiga orang anak yang bersekolah...tidak seorang pun dari mereka dan mami serta daddy pernah diberikan surat kaji selidik berkenaan perkara ini.  Nampaknya kami tidak termasuk didalam kiraan penuntut sekolah dan ibu bapa pelajar yang 5 juta tu...heran jugak ya...masa bila yang dia buat survery tu? tapi mungkin juga survey hanya untuk guru2 ajer...sebab guru2 lebih penting dari murid2...masa depan guru2 pun nampaknya lebih terjamin dari masa depan murid2 sekolah....berusahalah dengan lebih gigih anak2ku demi masa depan kamu...nampaknya pelajaran kat Malaysia ni dah semakin jauh dipolitikkan...bull shit..

No comments:

Post a Comment