Cubaan murtadkan umat Islam perlu dipandang serius
 PEKAN 24 Okt. - Tengku Mahkota Pahang, Tengku  Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, cubaan untuk memurtadkan umat Islam  seperti yang dilaporkan baru-baru ini adalah suatu gejala yang perlu  dipandang serius oleh semua pihak.
Sehubungan itu, titah baginda, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam  Melayu Pahang (Muip) serta Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) akan  bertindak memantau perkara tersebut bagi memelihara akidah umat Islam.
''Patik berdoa ke hadrat Allah agar segala cubaan memurtadkan orang Islam tidak berlaku di negeri Pahang ini.
''Mudah-mudahan isu sensitiviti agama yang boleh menjejaskan hubungan  antara penganut agama di negeri ini tidak tersentuh dalam apa jua  keadaan sekalipun," titah baginda.
Tengku Abdullah bertitah demikian ketika mempersembahkan perutusan  taat setia pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri  Pahang Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-81 Sultan  Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, di sini hari ini.
Sementara itu, Tengku Abdullah yang juga Yang Dipertua Muip bertitah,  prinsip hormat menghormati perlu diamalkan secara dedikasi oleh  keseluruhan rakyat negeri tercinta ini agar Pahang kekal aman dan  makmur.
Baginda bertitah, rakyat juga perlu sentiasa berpegang teguh kepada  ajaran agama Islam dan mentaati Allah, Rasul dan raja yang memerintah.
''Sebagai rakyat kita adalah dituntut untuk mencintai negeri ini kerana ini adalah tempat tumpah darah kita.
''Oleh itu adalah menjadi kewajipan kita untuk mencurah sepenuh taat  setia kepada negeri dan raja pemerintah untuk membolehkan baginda Tuanku  Sultan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada baginda,"  titah baginda.


 
 
Assalan syg Mum
ReplyDeleteItu hukuman setimpal untuk yang murtad... bagaimana pulak hukuman untuk orang2 Islam yang menyokong orang Islam lain murtad...?