Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, February 28, 2011

Cermin Rumah Nik Aziz Semuanya Pecah

Berita Harian Online, 2011/02/28

Nik Aziz sindir Dr M ‘terlupa makan ubat’


KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam, menyifatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, sebagai seorang lelaki tua yang tidak lekang daripada mengecamnya.


Menteri Besar itu turut menyindir Dr Mahathir yang selalu mengkritiknya sejak kebelakangan ini disebabkan `terlupa makan ubat’. 

"Dia (Dr Mahathir) orang tua, kita (saya) hormat ke dia. Boleh jadi dia (Dr Mahathir) terlupa makan ubat hari ini," katanya kepada pemberita di kediaman rasminya, di JKR 10, di sini, semalam. 

Beliau mengulas apabila ditanya mengenai tindakan Dr Mahathir yang sejak kebelakangan ini selalu mengkritiknya dengan menganggap Nik Aziz hanya bertujuan ingin memenangi pilihan raya serta pengkhianat Melayu.

Ditanya mengenai kenyataan Dr Mahathir yang meminta beliau bersyukur dilahirkan Melayu, Nik Aziz berkata, beliau tidak minta dilahirkan menjadi orang Melayu kerana semuanya ketentuan Tuhan.


Komen:  sebelum saya mengomen, saya nk minta maaf dulu kerana bahasa saya akan kesat sedikit...bila ada sesiapa menyentuh hal Tun Mahathir, saya jadi sensitif, kerana pada saya 10-20 tahun akan datang pun belum tentu akan ada pengganti yang sama pencapaiannya seperti Tun M, inikan pulak Nik Ajis, kelantan pun kelam kelibut.  Bukan bermakna tiada siapa yang tak boleh memberikan pandangan dan juga bukan bermakna Tun M's always right, tapi kita tahu, dan semua pembangkang (deep in their heart, they cant deny it) yang Tun M itulah pemimpin yang tersohor dan menjadikan Malaysia terkenal seperti hari ni..


Tuan Guru Nik Ajis: Saper yang lupa makan ubat sebenarnya nih? sendiri yang nyanyuk, kata kat orang lain, dia tu yang terlupa dia melayu, kutuk2 melayu...kejap2 jadi pope, ampunkan orang...lepas tu tak mintak dilahirkan melayu, agaknya kalau dia boleh mintak2, dia nak dilahirkan sebagai apa agaknya ya? sumbangan nik ajis? pecahbelahkan orang melayu, mengkafirkan umat islam yang tidak mengundi pas....menghantar ke neraka orang2 islam yg tidak menjadi ahli pas, ABIS ORANG2 ISLAM SELURUH DUNIA YANG BUKAN AHLI PAS AKAN KE NERAKA KAH MEREKA? menyalah tafsirkan Al-Quran untuk kepentingan parti, mencemarkan masjid untuk berkempen, you named it lah...panjang sangat listnya...haaaa... sekarang saper yang lupa makan ubat????? bongok punya org tua....cakap tak cermin diri sendiri itulah jadinya....CERMIN RUMAH DIA SUMER DAH PECAH...CERMIN TUPUN DAH TAK SANGGUP NAK MENENGOK MUKA NIK AJIS TU....

Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi

11 pelajar dakwa dicabul guru disiplin
Oleh Wan Faizal Ismayatim dan Nor Fazlina Abdul Rahim, Bharian Online, 2011/02/28

Cikgu letak tangan atas dada lepas merotan


KUALA LUMPUR: Sebelas pelajar perempuan Tingkatan Tiga sebuah sekolah menengah di Ampang di sini, mengadu dicabul guru disiplin ketika merotan mereka bagi kesalahan tidak hadir perhimpunan kerana menyiapkan kerja sekolah, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 7 pagi, guru lelaki berusia 40-an itu didakwa meletakkan tangannya pada bahagian dada pelajar terbabit kononnya bagi merasai denyutan jantung ketika merotan punggung mereka. 

Semua pelajar terbabit sebelum itu dikatakan berada dalam kelas bersama dua lagi pelajar lelaki kerana menyiapkan kerja sekolah sebelum ketidakhadiran mereka ke perhimpunan disedari seorang pengawas. 

Pengawas itu kemudian mencatatkan nama semua pelajar berkenaan sebelum membawa mereka berjumpa guru disiplin.

Sumber berkata, apabila berjumpa guru disiplin, semua 13 pelajar termasuk dua pelajar lelaki dirotan di punggung dengan guru berkenaan didakwa memegang dada pelajar perempuan kononnya untuk merasai denyutan jantung mereka.

Katanya, berikutan kejadian itu, pelajar perempuan terbabit mengadu kepada ibu bapa mereka sebelum ibu kepada salah seorang pelajar datang ke sekolah pada hari sama untuk mendapatkan penjelasan.

“Ketika wanita itu cuba mendapatkan penjelasan, guru disiplin terbabit dikatakan naik berang dan mencampakkan buku ke lantai menyebabkan wanita terbabit cuba berjumpa pengetua sekolah namun tetap tidak berhasil.

“Berikutan itu, beliau membuat laporan polis pada hari sama,” katanya semalam.
Difahamkan, guru lelaki itu kini ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan sedang dijalankan.

Komen:  Ini lagi satu contoh tak baik oleh para guru, bukanlah bermakna saya anti guru, tapi guru ini satu profesion yang sangat mulia, pendidik yang mampu mendidik anak2 kita menjadi pemimpin negara satu hari nanti...tapi sayang seribu kali sayang...pendidik pada hari ini ramai yang mental, penagih dadah, perogol, peliwat,..ada jugak yang bapuk, abis bila anak2 balik sekolah tanya, mami kenapa cikgu lelaki saya tu lembut sangat tapi dia tu lelaki...apa yang saya boleh jawab?  masa interview perkara2 ni tidak dipandang ke? tidak diambilkira ke? kalau kita mau profesion guru ini terus dihormati dan dipandang tinggi masyarakat terutama sekali dihormati oleh anak2 murid sendiri...pendidik kenalah menunjukkan yang diri anda itu individu yang boleh dicontohi dan disegani oleh murid2, ibubapa dan masyarakat....

ISU BASI!!!! GURU SEKARANG TERLEBIH KERJA? (tapi saya sokong sekolah satu sessi)

Jadual kerja anjal guru elak beban tugas lebih
 Oleh Syuhada Choo Abdullah, Berita Harian Online, 2011/02/28

 

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran melaksanakan waktu persekolahan satu sesi dari jam 8 pagi hingga 4 petang dengan memperkenalkan jadual kerja anjal untuk guru supaya tidak menanggung beban kerja berlebihan.

Pengerusi Panel Penasihat Sekolah Kluster Kecemerlangan, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, berkata jadual persekolahan selama lapan jam itu dapat memenuhi waktu harian pelajar secara berkualiti, selain mengelakkan mereka daripada terjebak dengan gejala sosial. 

Melalui pelaksanaan itu, beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Pelajaran berkata, pentadbiran sekolah boleh menyusun pelbagai aktiviti berfaedah untuk mengisi jadual waktu petang setiap hari tanpa membebankan pelajar dengan pembelajaran akademik semata-mata. 

“Antaranya, pelajar boleh menjalani aktiviti sukan dan kokurikulum, menyiapkan kerja rumah di bawah bimbingan dan pemantauan guru, mengikuti kelas tambahan bagi melonjakkan prestasi pencapaian mereka atau memasuki kelas pemulihan untuk mereka yang memerlukan bantuan.

“Malah, pihak sekolah juga boleh mengadakan pelbagai aktiviti kemahiran menarik pada sebelah petang seperti kelas seni untuk pelajar dalam aliran sains bagi menggalakkan lagi daya kreativiti.

“Dari segi jadual kerja anjal untuk guru, disarankan sebahagian daripada mereka bertugas mulai jam 8 pagi hingga 1 tengah hari, manakala bakinya dari jam 11 pagi hingga 4 petang ,” katanya selepas menghadiri Forum Pendidikan Nasional bertema ‘Transformasi Pendidikan Nasional Hadapi Cabaran Pembangunan Ekonomi dan Perubahan Politik’ anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) di sini, semalam.

Abdul Rahman berkata, 70 peratus sekolah di negara ini sudah menjalankan sekolah satu sesi tetapi waktu persekolahan hanya dari jam 7.30 pagi hingga 1.30 tengah hari menyebabkan ada pelajar mengambil kesempatan ruang masa selepas itu terjebak dengan gejala sosial kerana ibu bapa bekerja.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan supaya guru permulaan diberi tempoh percubaan selama enam bulan di sekolah bagi memastikan kesesuaian sebenar mereka untuk menjadi pendidik dan jika tidak, wajar dicadangkan mereka mencari kerja lain. 

Komen:  Sekolah satu sessi ini telah lama dicanangkan, dah sampai bertukar menteri pelajaran pun...tapi habuk pun tarak...pendidikan adalah tapak permulaan bagi setiap generasi samada cerah atau gelap masa depannya, jadi Kementerian Pelajaran kenalah ambil serius akan perkara ini...bukannya membenarkan pelajar IPT berkempen dan involve dengan politik...jika sekolah satu sessi ini direalisasikan, bukan sahaja guru tidak terbeban, murid dan ibu bapa juga mendapat manfaatnya...ini bila bercerita satu sessi persekolahan, masalah cikgu2 yang banyak ditonjolkan...halo...bukankah cikgu2 ni dibayar gaji untuk mengajar dan mempastikan anak2 kita mendpt pelajaran yang sepatutnya mereka pelajari di sekolah...sepatutnya masalah/keselesaan /pendidikan murid-murid yang dipikirkan dulu....SAYA SANGAT2 MENYOKONG SEKOLAH SATU SESSI ...bila lah ia akan menjadi kenyataan agaknya.... anak2 pun dah mula masuk sekolah menengah...agaknya tunggu masa cucu2 ajelah...

Ujian Datang Dalam Berbagai Rupa dan Bentuk

‘Syukur bukan buat maksiat’ (Harian Metro, 28/2/2011)

KUALA LUMPUR: “Kadang-kadang ada sebab Allah tidak memberi kekayaan kepada seseorang itu kerana mereka tergolong dalam kategori manusia lupa diri. Apabila diberi nikmat walaupun sedikit, mereka gagal hingga mampu terjerumus kepada perkara yang tidak elok,” ulas penceramah bebas, Fauzi Mustaffa mengenai kegiatan maksiat penoreh getah yang melanggan pelacur di kebun masing-masing.

Menurut Fauzi, kenaikan harga getah yang melambung tinggi seharusnya digunakan sebaik mungkin golongan itu untuk melakukan perkara bermanfaat seperti menabung untuk menunaikan haji sebagai tanda syukur kepada Allah.

“Ujian Allah bukan saja dalam bentuk musibah, tetapi Allah juga menguji kita dengan memberikan harta. “Sungguh sedih apabila kenaikan harga getah ini menjadikan manusia sering lupa daratan dengan melakukan kerja tidak berfaedah dan melanggar suruhan Allah. Sepatutnya apabila mendapat nikmat, bersyukur supaya ia bertambah, kekal dan berkat, bukan dengan cari pelacur.

“Jangan jadi manusia lupakan kulit. Bertaubat dan bersyukurlah dengan nikmat ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Harian Metro kelmarin, melaporkan polis membongkar kegiatan tidak bermoral itu di kebun getah di pekan Jementah, Segamat, Johor dan menahan seorang pelacur serta beberapa lelaki dipercayai terbabit kegiatan maksiat itu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abd Majid Mohd Ali, berkata pelacur terbabit dipercayai menawarkan khidmat seks di kebun getah itu sejak beberapa hari lalu sebelum ia berakhir apabila polis menyerbu lokasi terbabit.

Komen:  Inilah org2 yang tak reti bersyukur...masa tiada...memohon belas ikhsan sana sini, mohon bantuan dsbnya...bila Allah swt memberikan rezeki melimpah ruah lupa nak mengucapkan syukur dan menabung untuk masa depan kerana harga getah tupun bukannya sentiasa tinggi nanti...kalau Allah nak tarik sekejap aje..takut nanti Allah turutkan bala nanti....bukan awak jer...yang tak berdosa pun kena sama nanti...fikir2kanlah..

Kejap lengkap, kejap tidak’

Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my
PUTRAJAYA: Sikap tidak bertanggungjawab dan peka kakitangan di sebuah pusat pemeriksaan kenderaan di Shah Alam, Selangor, mengundang perasaan tidak puas hati segelintir pelanggannya.

Lebih mengejutkan, pelanggan terpaksa menunggu sehari suntuk sebelum urusan siap, tetapi selepas menempuhi pelbagai kerenah kakitangan bertugas.

Pelanggan, Azli Hashim, 25, berkata dia ke pusat berkenaan kira-kira jam 8 pagi untuk proses pertukaran enjin dan kotak gear keretanya.
Katanya, ketika membuat permohonan dengan membayar RM35, kakitangan terbabit tidak memaklumkan dokumen yang diperlukan tidak mencukupi.

Selepas beberapa lama, dia dimaklumkan dokumen tidak cukup dan dia diminta mendapatkan surat kawal selia dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum permohonan diproses.

“Saya ke JPJ berdekatan dan menunggu sehingga surat itu dikeluarkan sebelum pergi semula ke pusat terbabit untuk membuat permohonan dan membayar semula RM35 sebagai bayaran permohonan.

“Saya dimaklumkan semua ujian sudah lulus dan diminta membayar RM20 lagi sebagai caj menyiapkan dokumen.

“Bagaimanapun, saya dimaklumkan dokumen belum mencukupi dan mereka memerlukan salinan geran pemilik kereta dan surat jual beli enjin, sedangkan sebelum itu saya tidak dimaklumkan mereka memerlukan semua dokumen berkenaan,” katanya ketika menghubungi Harian Metro di sini, semalam.

Azli yang bekerja sebagai penghantar surat berkata, dia meminta kawannya menghantar semua dokumen berkenaan kepadanya, tetapi selepas menyerahkannya di kaunter seorang kakitangan di situ memaklumkan mereka tidak memerlukan dokumen itu kerana sudah mempunyai surat dari JPJ.

“Saya tak kisah menunggu lama, tetapi janganlah ‘disepak’ saya ke sana ke sini, kejap kata dokumen tak lengkap, kejap kata lengkap.

“Lebih menyakitkan hati ada kakitangan yang seolah-olah menyindir saya dengan menyatakan perkara biasa pelanggan kena tunggu lama.

“Mereka seperti memperlekehkan pelanggan dan melengah-lengahkan kerja serta membiarkan kami terpaksa menunggu sehari suntuk hanya untuk menyiapkan permohonan,” katanya yang terpaksa menunggu sehingga jam 6.30 petang.

Menurutnya, dia berharap kakitangan pusat terbabit mesra pelanggan dan mempunyai kemahiran komunikasi. 

Komen:  sebab itulah pentingnya KPI dan borang maklumbalas pelanggan...kerana pelanggan boleh menentukan masa depan dorang ni..naik gaji ke tak, boleh dapat bonus ke tak..sebab tanpa penilaian dari pelanggan..dh tentu tiap2 bulan dapat gaji kan...dorang peduli apa...sebab tiada perkataan amanah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab...kadang2 tu jawab telefon pun macam orang baru tidur aje...takpun macam orang baru lepas gaduh dengan laki...di passsing2 ke sana ke mari..kemudian line putus...tak ke marah kita dibuatnya... dari segi perkhidmatan kepada pelanggan, saya tabik dengan orang jepun yang begitu amanah dengan tugas yang diberikan, kadang2 tu kita pulak yang malu2 alah dengan ke'amanah'an dorang ni...itu adalah pengalaman saya sendiri berurusan dengan orang malaysia dan orang jepun....perbezaannya macam langit dengan bumi...mana yang baik ameklah jadikan tauladan...

Friday, February 25, 2011

Pelajar luar antara 5 dikenal pasti cetus kekecohan

Berita Harian Online, 2011/02/25

SERDANG: Sekurang-kurangnya lima pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dan pelajar luar dikenal pasti memulakan insiden pergaduhan di universiti berkenaan hingga hampir mencetuskan rusuhan selepas tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang diumumkan petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Elias, berkata identiti lima pelajar terbabit dikenal pasti melalui rakaman CCTV di bangunan pentadbiran universiti, selain rakaman gambar dan video kejadian diperoleh dari laman sosial, Facebook penyokong kumpulan bertanding pada pilihan raya itu. 

“Mereka akan dipanggil memberikan keterangan secepat mungkin bagi membantu siasatan. Siasatan awal mendapati lima pelajar terbabit memulakan pergaduhan, sebelum merempuh pengawal keselamatan bertugas hingga menyebabkan pintu kaca di tempat kejadian pecah dan pelbagai kerosakan harta benda universiti. 

“Kita masih meneliti rakaman berkenaan untuk melengkapkan kertas siasatan mengikut Seksyen 147 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan, masing-masing atas kesalahan merusuh dan perbuatan khianat. Ia akan dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk diteliti dan tindakan seterusnya,” katanya .

Dalam kejadian jam 3.30 petang kelmarin, tiga pelajar dan tiga pengawal keselamatan UPM cedera dalam kekecohan ketika bantahan keputusan pemilihan MPP Sesi 2010/2011 di universiti itu. 

Thursday, February 24, 2011

Pemilihan MPP UPM kecoh - Adakah ini Rupa Generasi Yang Bakal Memimpin Negara?

Oleh Norakmah Mat Youb, Nik Sukry Ramli dan Safeek Affendy Razali

Berita Harian Online, 2011/02/24

SERDANG: Tiga pelajar dan tiga kakitangan keselamatan Universiti Putra Malaysia (UPM) keselamatan cedera dalam kekecohan ketika bantahan keputusan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2010/2011, di universiti itu semalam.

Insiden bermula jam 3.30 petang selepas bekas pengerusi kumpulan Pro Mahasiswa (Pro-M), Mohd Lukman Al Hakim mendakwa dikasari selepas perbincangan dengan Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP yang juga Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar, Pro Dr Mohd Fauzi Ramlan. 
 
Dalam kejadian itu, lebih 60 pelajar Pro-M dilaporkan merempuh pintu kaca di bangunan pentadbiran universiti itu hingga pecah selepas Mohd Lukman mendakwa dikasari ketika mengadakan perbincangan bersama Dr Mohd Fauzi. 

Lukman dikatakan dikerumuni tiga hingga empat kakitangan keselamatan universiti ketika cuba membawa keluar fail yang dipercayai mengandungi bukti penyelewengan yang berlaku pada proses bantahan yang dikemukakan oleh kumpulan pelajar Pro-Aspirasi (Pro-A).

Melihat Lukman ditolak, penyokong Pro-M mula bertindak agresif, namun keadaan dilaporkan berjaya dikawal selepas kehadiran polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Razak Elias, berkata polis berjaya mengarahkan penyokong Pro-M agar bersabar dan mengikut saluran betul untuk membuat bantahan.

“Tiada tangkapan dilakukan, namun polis terpaksa meminta bantuan Unit Forensik Polis bagi menjalankan siasatan di lokasi kejadian, Namun, kami berpuas-hati dengan tindakan penyokong Pro-M dan Pro-A yang mematuhi arahan polis supaya bersurai,” katanya.

Sementara itu, Naib Canselor UPM, Datuk Ir Dr Radin Umar Radin Sohadi, berkata pihaknya tidak menghalang pelajar yang tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan mengadakan demonstrasi asalkan tidak melampaui batas.

“Sepatutnya semua yang menjadi calon menghormati keputusan dan boleh membuat rayuan atau bantahan menggunakan saluran disediakan. Mereka memang berhak mengadakan demonstrasi jika mahu, tapi kena ada batasan. Kami tidak berniat menghalang pelajar meluahkan pendapat dan suara mereka sentiasa diambil kira. Bagi saya, apa yang berlaku membuktikan proses demokrasi berjalan lancar,” katanya. 

Komen:  Kalau ya pun tak berpuas hati, ada banyak cara lain lagi yang mereka boleh buat untuk menyelesaikan masalah, bukan bertindak agresif macam tu....ini dah macam rupa pembangkang aje..sikit2 demo, sikit2 rusuhan, sikit2 fitnah....duk hantar belajar tinggi2 supaya tinggi juga tahap pemikiran, ini lain pulak jadinya..perangai macam beruk mak yeh jer...

Wednesday, February 23, 2011

ESQ: Wilayah Persekutuan tetap haramkan

 Utusan Malaysia Online (KUALA LUMPUR 22 Feb)

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh menegaskan, modul latihan ESQ Leadership Center Sdn. Bhd. (ESQ) tetap difatwakan sebagai sesat dan haram walaupun ia diperakukan oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI).

Menurut Wan Zahidi, ini kerana fatwa pengharaman tersebut telah diwartakan sejak Jun lalu dan situasi itu kekal sehingga ke hari ini.

“Kedudukan ESQ sama seperti ajaran sesat lain seperti Al-Arqam yang telah diharamkan.

“Dengan itu, sebarang aktiviti ESQ tidak boleh dijalankan di kawasan-kawasan dalam Wilayah Persekutuan (Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan),” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Beliau mengulas permintaan Ahli Panel Syariah dan Akidah ESQ, Datuk Sheikh Hasbullah Sheikh Abdul Halim yang mahukan beliau bersikap lebih terbuka dalam membincangkan isu pengharaman modul latihan syarikat perunding pembangunan sumber manusia tersebut.

Dalam satu sidang akhbar semalam, Sheikh Hasbullah memberitahu, masalah pengharaman ESQ di Wilayah Persekutuan adalah disebabkan Wan Zahidi enggan membuka ‘pintu hati’ dan pintu pejabatnya sedangkan 13 mufti lain di seluruh negara sudah memperakukan modul latihan syarikat itu tidak menyimpang daripada Islam.

Pada majlis semalam juga, ESQ turut menampilkan pembentangan para pemimpin Majlis Ulama Indonesia (MUI) yang telah memperakukan bahawa modul latihan syarikat itu tidak mengandungi sebarang unsur pluralisme, liberalisme dan sekularisme agama seperti didakwa.

Wan Zahidi menjelaskan, langkah beliau mengeluarkan fatwa pengharaman ESQ adalah bertepatan dengan undang-undang negara serta kapasitinya sebagai mufti di tiga kawasan tersebut.

Komen:  Ini apa kes ni...bagaimana pulak 13 mufti dari negeri lain dah memperakukan...tetapi yang WP tidak memperakukan, malah menyamakannya dengan Al-Arqam.  Susahlah macam ni..tak boleh ke kita sebagai umat islam duduk berbincang ni...dapatkan kata muktamad...abis umat2 islam dari 13 negeri yang menghadiri kursus ESQ ini sesatkah?  mana tak orang mempermainkan agama kita... kita sendiri pun tidak sependapat dalam banyak perkara....kenapa ini boleh berlaku? saya yang cetek agama selalu tertanya2 "apa yang tak kena sebenarnya dengan cerdik pandai alim ulama' yang ramai tak sekata bila berbicara tentang agama hinggakan ramai yang keliru" lalu timbullah perselisihan faham...perbalahan..pertelingkahan...dsbnya...

Telefon awam di sekolah dipertingkat

Utusan Malaysia Online

KUALA LUMPUR 22 Feb. - Kementerian Pelajaran akan berusaha mempertingkatkan kemudahan telefon awam di kawasan sekolah agar dapat membendung gejala pelajar membawa telefon bimbit ketika waktu persekolahan.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, perkara itu sekali gus akan menjawab persoalan mengenai pelajar yang menghadapi kesukaran menghubungi ibu bapa atau penjaga ketika di sekolah.
"Apabila masalah itu diatasi maka tiada lagi alasan kenapa pelajar termasuk yang tinggal di asrama harus membawa telefon bimbit ke sekolah.

"Membawa telefon bimbit ke sekolah memang banyak mendatangkan masalah berbanding kebaikan kepada pelajar," katanya ketika di hubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan khas Utusan Malaysia yang mendedahkan kegiatan pelajar yang bebas membawa telefon bimbit ke sekolah.

Laporan tersebut turut menyatakan bahawa surat pekeliling kementerian mengenai larangan penggunaan telefon bimbit tersebut seolah-olah sudah diabaikan oleh pelajar dan pihak sekolah.

Menurut Ka Siong, mesyuarat Jawatankuasa Induk Disiplin yang diadakan tahun lepas telah memutuskan agar larangan itu kekal dilaksanakan.

"Perkara ini telah diumumkan oleh bekas Ketua Pengarah Pelajaran tahun lalu, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom.

"Oleh yang demikian, pihak sekolah perlu melakukan pemantauan dan pemeriksaan ke atas pelajar dari semasa ke semasa," katanya.

Komen:  Memang bagus kalau ada pembaikan dari segi penambahan telefon awam di dalam kawasan sekolah kerana mudah untuk anak2 menelefon ibu bapa setelah selesai sesuatu urusan (ko-ko, sukan, extra class dsbnya) sebab ada yang anak2 ini diambil oleh ibubapa...takdelah ibu bapa menunggu bagai nak rak tapi anak2 masih duk kat dalam sekolah lagi....membuatkan ibu bapa risau...kalau yang sepatutnya menelefon ibu bapa mengikut waktu tertentu tapi tidak dapat berbuat demikian kerana ketiadaan telefon awam di dalam kawasan sekolah pun satu hal...sebab budak2 ni tak dibenarkan keluar sekolah untuk membuat panggilan... tapi untuk makluman, ada sekolah yang langsung tiada kemudahan telefon awam di dalam sekolah pun... daripada TPM duk bagi macam2 insentif kat cikgu2 yang duk pangkah pembangkang tu..apakata bagi sikit bajet untuk benda2 ni...inipun untuk kemudahan dan keselamatan murid2 jugak...

Cara sistematik hapus hak bumi

SHAH ALAM 22 Feb. – Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) negeri menyifatkan cadangan menghapuskan syarat tiga bulan bagi pemaju mendapatkan pembeli bumiputera dalam sesuatu projek perumahan di negeri ini sebagai satu cara sistematik untuk menghapuskan hak bumiputera.

Yang Dipertuanya, Abdulah Mansor berkata, sekiranya benar cadangan tersebut akan diluluskan oleh Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, ia boleh dianggap langkah meminggirkan bumiputera di kawasan bandar.

“Kita membantah cadangan ini kerana penghapusan syarat tersebut jelas menunjukkan tiada lagi kuota bumiputera dalam pembelian kediaman di negeri ini. 

“Ini kerana, sekiranya cadangan itu dilaksanakan, pihak pemaju tidak perlu menunggu dalam tempoh tiga bulan sebaliknya bebas menjualnya kepada pihak lain sebelum tempoh itu atas alasan tiada pembeli bumiputera.

“Kita serius perkara ini dan seolah-olah satu cubaan kerajaan negeri untuk meminggirkan bumiputera dari segi pemilikan ekuiti khususnya di kawasan bandar,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Abdullah berkata, cadangan tersebut dilihat sebagai penerusan kepada dasar meminggirkan bumiputera di kawasan bandar selepas kerajaan negeri mengumumkan projek mewah Datum Jelatek, Kuala Lumpur sebelum ini. 

Katanya, lokasi asal tapak projek tersebut menempatkan pangsapuri Jelatek yang majoritinya didiami oleh golongan bumiputera. 

“Kerajaan negeri buat projek mewah di kawasan itu dan berikan pampasan kepada para penghuni pangsapuri berkenaan.

“Projek itu adalah projek mewah yang tidak mampu dimiliki oleh kebanyakan bumiputera. Maka, kita lihat ini satu langkah untuk mengusir bumiputera dari kawasan bandar,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO negeri, Abdul Shukor Idrus berkata, pihaknya kesal dengan perancangan kerajaan negeri dalam soal itu yang dilihat hanya akan memburukkan lagi keadaan keseimbangan ekonomi dan pemilikan ekuiti antara kaum di negara ini. 

Katanya, kesan itu sudah pasti berlaku golongan bumiputera masih lagi belum mencapai sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti dan ekonomi termasuklah kuasa beli serta pendapatan mereka yang masih rendah berbanding dengan kaum lain di negara ini. 

“Kerajaan negeri tidak sepatutnya hanya mengambil kira soal keuntungan semata-mata dalam soal ini dan membiarkan wujudnya ketidakseimbangan ekonomi dan sosial antara kaum di negeri ini,” katanya.

Komen:  Sekarang ni pun di Selangor, harga rumah bukan main tingginya terutama di kawasan2 yang kononnya dulu untuk orang2 Melayu iaitu Shah Alam...bila rumah bina..harganya mak aiii....400,000 ke atas ajer... yang berpendapatan rendah  tentulah tak mampu kan...yang berpendapatan sederhana pun belum tentu lagi boleh beli....jadi terpaksalah membeli dikawasan luar bandar sana...ke kuala langat..ke ulu yam...nun jauh ke pendalaman..... tak lama lagi...s alam akan dikuasai oleh mata2 sepet dan botol2 kicap ajer....lagipun dulu2 panggung wayang takder...sebab mmg BN xnak buat..nak jadikan kawasan melayu yang jauh dari masalah sosial lah katakan...tapi dengar citer...by middle of this year...akan tersergam panggung wayang di shah alam ni...abislah budak2 uitm...melepak kat situ ajer lah jawabnya...budak melayu akan leka dan khayal lah jawabnya... kalau dulu mereka kena menapak ke KL atau ke Klang untuk menonton wayang tapi nanti takyah susah..shah alam akan menyediakan segala2nya... rumah2 urut pun dah bersepah...disko? lum dengar lagi...tak taulah kalau dah ada tapi saya tak tau kewujudannya...tapi nak salahkan saper? yang mengundi pun melayu jugak kan? nah...terima ajelah...korang yang mengundi salah parti... kami yang tak mengundi parti korang pun terkena tempiasnya...bongok tul..

Tuesday, February 22, 2011

'Hot staff' ditukar ke bahagian lain

Oleh Zanariah Abd Mutalib
zanariah@bharian.com.my
2011/02/22

Langkah untuk atasi rasuah agensi penguatkuasaan

KUALA LUMPUR: Kakitangan agensi penguatkuasaan bermasalah atau disifatkan sebagai ‘hot staff’ termasuk mereka yang pernah terbabit rasuah dan mempunyai rekod tatatertib buruk akan ditukar ke bahagian lain sebelum akhir tahun ini.

Mereka akan ditempatkan di bahagian lain yang kurang sensitif bagi memastikan keberkesanan tugas sesuatu agensi, sekali gus mengurangkan kemungkinan berlaku rasuah.
Kakitangan berkenaan akan dikenal pasti oleh Unit Pematuhan lima agensi terbabit termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Imigresen bagi memastikan masalah sama tidak berulang, selain menjadi teladan kakitangan lain.

Pengarah Pemantauan dan Penyelarasan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Rasuah, Datuk Hisham Nordin, berkata selain mengenal pasti kakitangan bermasalah, agensi itu juga akan mengenal pasti jawatan panas (hot job) dan kawasan panas (hot spot) di agensi masing-masing bagi pertukaran kakitangan mengikut jawatan dan tempat bertugas.

“Unit Pematuhan setiap agensi akan diseragamkan supaya memudahkan urusan pertukaran kakitangan, komunikasi antara agensi dan pemantauan pelaksanaan tugas oleh kakitangan, termasuk mematuhi SOP (prosedur operasi standard).

“Dengan ini, setiap agensi dapat memeriksa tugas kakitangan penguatkuasa secara lebih terperinci seperti mengenal pasti kesalahan dilakukan serta menjalankan ujian integriti dan tidak hanya bergantung kepada aduan,” katanya.
Berita Harian semalam melaporkan, semua pegawai dan kakitangan awam menjawat jawatan ‘panas’ terutama agensi penguatkuasaan akan diwajibkan mengikuti sistem penggiliran tugasan sebagai salah satu usaha kerajaan memerangi rasuah.

Beliau berkata, sistem itu dimulakan oleh JKDM tahun lalu di bawah inisiatif makmal NKRA rasuah dan dibentangkan pada pertemuan dengan semua agensi penguatkuasaan, sebelum diputuskan untuk diguna pakai memerangi gejala rasuah di kalangan kakitangan awam. 


Komen:Kalau berubah takper...tapi kalau terbawa2 dengan perangai lama tu susahlah orang2 ditempat baru sebab nak pantau dorang yang bermasalah ni pulak..bukankah penjawat awam ni tertakluk kepada tindakan tatatertib...ada bukti dan bersalah...boleh dibuang kerja kerana menjejaskan imej jabatan...ini bukan sahaja untuk anak2 bilis.... sepatutnya untuk jerung2 sekali...selalunya jerung terlepas...anak bilis yang tertangkap...sedangkan anak bilis jalankan arahan jerung...ataupun kedua2nya mempunyai tujuan yang sama...so bila sama2 terima imbuhan...kenalah dua2 kena balasannya...




New Drug in Schools...PLEASE READ

 An email circulated thru office's bulletin.

Warn your children and pass info to friends! Please pass this on even if you do not have kids in school. Parents should know about this killer drug. 

This is a new drug known as 'strawberry quick '.

There is a very scary thing going on in the schools right now that we all need to be aware of.

There is a type of crystal meth going around that looks like strawberry pop rocks (the candy that sizzles and 'pops' in your mouth). It also smells like strawberry and it is being handed out to kids in school yards. They are calling it strawberry meth or strawberry quick.

Kids are ingesting this thinking that it is candy and being rushed off to the hospital in dire condition. It also comes in chocolate, peanut butter, cola, cherry, grape and orange.

Please instruct your children not to accept candy from strangers and even not to accept candy that looks like this from a friend (who may have been given it and believed it is candy) and to take any that they may have to a teacher, principal, etc. immediately.

Kindly pass this email on to as many people as you can (even if they don't have kids) so that we can raise awareness and hopefully prevent any tragedies from occurring.       


Prof Dato' Dr Raymond Azman Ali DJN (P Pinang), DPNS
MBBS Hons (Monash), MMed (S'pore), MMed (M'sia), MD (Monash), FAMM, FRCP (Glasg)
Deputy Dean (Graduate Studies and International Relations)
Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Hubungan Antarabangsa)
Senior Consultant Neurologist
Pakar Perunding Kanan Neurologi
Medical Faculty
Fakulti Perubatan
UKM Medical Centre
Pusat Perubatan UKM

kat sekolah pun dah tak selamat lagi dah...rasanya undang-undang yang lebih keras perlu dikenakan sebagai pengajaran kepada yang bersalah....

Monday, February 21, 2011

Ragut sistem keluarga Islam

Oleh Mohd Fadly Samsudin
fadly@hmetro.com.my

CURANG...Allah melaknat perbuatan isteri yang curang kepada suaminya.

CURANG...Allah melaknat perbuatan isteri yang curang kepada suaminya.
PELBAGAI kisah drama dalam institusi kekeluargaan akhir-akhir ini. Sebelum ini, kita sering dipaparkan dengan kisah suami curang, tetapi kini sebaliknya apabila isteri pula sanggup menodai kepercayaan suami dengan mencari keseronokan di luar.

Lebih mengejutkan, ada kes suami mencekup isterinya berasmara dengan lelaki lain ketika ketiadaan suami di rumah.

Hampir semua cerita sama yang mana suami tidak pernah menduga isterinya sanggup melakukan perkara sedemikian.

Di awal perkahwinan, isteri cukup baik dan sempurna termasuk perlakuannya, sopan cara berpakaian, malah datang daripada keturunan yang memiliki pengetahuan agama.


Mengapa isteri boleh berubah sampai ke tahap itu? Apakah mereka tidak mengetahui dosa itu cukup besar dan dilaknat Allah SWT.

Bibit-bibit ke arah ‘gelombang dosa’ itu semuanya bermula apabila isteri sering berbalas sistem pesanan ringkas (SMS) dengan lelaki tempat mereka mengadu masalah, bersembang di laman sosial sehingga larut malam dan menceritakan masalah dalaman keluarga kepada teman sekerja.

Bahana isteri curang seperti meragut sistem kekeluargaan di kalangan umat Islam di negara ini, apatah lagi kita memang terkenal dengan budaya budi bahasa dan sopan santun.

Di mana silapnya, apakah kerana dorongan seksual yang tiada batasan, menurut kata hati atau tiada asas agama?

Dalam Islam, suami mempunyai kewajipannya memastikan kebahagiaan rumah tangga. Sebagai ketua keluarga, mereka perlu bertindak sebagai pelindung isteri dan anaknya.

Ajar isteri dan anak hukum agama. Suami perlu mentadbir rumah tangga berdasarkan kasihan belas (rahmah), berakhlak serta menunjukkan contoh yang baik kepada keluarganya.

Rasulullah s.a.w menyifatkan wanita sebagai amanah-Nya. Maka, amanah itu hendaklah dijaga dengan sebaiknya. Nabi Muhammad berpesan supaya bersikap baik terhadap wanita dan sentiasa memesan mereka berkelakuan baik.

Berdasarkan kewajipan suami isteri yang ditetapkan Islam, kita dapat melihat perkahwinan itu hanya digalakkan bagi mereka yang sanggup menunaikan tanggungjawab.

Curang adalah sifat tidak jujur dan mengkhianati antara satu sama lain. Jika dalam tempoh bertunang sekalipun mereka sudah mengkhianati serta membuka aib pasangan, tidak mustahil mereka akan melakukannya apabila berkahwin kelak.

Bukan semua perkara boleh diceritakan kepada orang lain meskipun kepada teman rapat sehingga menimbulkan perasaan cinta dan akhirnya mereka hanyut dalam hubungan terlarang.

Perbuatan itu adalah haram dan berdosa dalam Islam dan hukum syarak. Isteri wajib menjaga kehormatan diri, keluarga serta taat kepada perintah suami. Malah, setiap perkara yang dilakukannya perlu mendapat keizinan suami.

Allah berfirman dalam Surah al-Nisa, ayat 34 yang bermaksud: “Kaum lelaki adalah pemimpin bagi wanita, kerana Allah melebihkan orang lelaki atas wanita dan juga kerana orang lelaki membelanjakan daripada harta mereka. Maka wanita yang soleh itu adalah sendiri yang taat (kepada Allah dan suaminya) dan yang memelihara dirinya ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah....”

Bagi menangani masalah perlakuan isteri curang, suami hendaklah segera memperbaiki penyelewengan itu dengan cara yang bijaksana.

Allah berfirman yang bermaksud: “...Dan wanita-wanita yang kamu bimbang melakukan nusyuz hendaklah kamu menasihati mereka dan pulaukanlah mereka di tempat tidur dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka taatkanmu, maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesung�guhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar”.

Jika terjadinya perselisihan faham antara suami dan isteri maka hendaklah ada seorang hakim daripada keluarga suami dan seorang dari keluarga isteri.

Kedua-duanya perlu mendamaikan keadaan dan bukannya menambah beban dan kekusutan sehingga suami isteri itu kembali berbaik semula.

Berdasarkan ayat itu, jika isteri menderhaka kepada suami, suami perlu menghadapinya dengan penuh sifat kesabaran.

Suami mesti bijak mengurus rumah tangganya dan tidak terburu-buru menggunakan kuasa cerai. Sikap cepat menjatuhkan talak kepada isteri tanpa usul periksa adalah tidak adil.

Berbicara mengenai faktor perceraian, antara penyumbang besar ialah tiada persefahaman, curang atau enggan dimadukan, tidak bertanggungjawab, campur tangan mentua atau ipar duai, penderaan fizikal, ketagihan bahan terlarang seperti dadah dan arak, masalah kewangan serta terbabit dengan jenayah.

Rasulullah memberikan penekanan kepada umat Islam agar memilih pasangan yang mempunyai empat prinsip iaitu kecantikan, keturunan, kekayaan dan agamanya.

Sebab itu, Rasulullah menyuruh memilih pasangan kerana agamanya. Kekurangan rupa, harta dan keturunan itu akan disempurnakan oleh agama.

Agama pula membezakan seorang manusia. Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling takwa.”

Isteri perlu sentiasa ingat bahawa syarak mengharamkan mereka menyimpan perasaan suka apatah lagi cinta kepada lelaki selain daripada suami mereka.

Isteri perlu menghormati suami dalam keadaan mana sekalipun. Jangan lupa status sebenar diri yang mempunyai insan yang wajib diberi perhatian.

Niat ikhlas ketika berkahwin mendorong seseorang menerima kelemahan pasangan dan berusaha memperbaiki kelemahan itu bersama-sama.

Jika keikhlasan tersemat dalam diri pasti hubungan perkahwinan sentiasa diperbaiki demi mendapatkan keredaan Allah. Menerima seadanya bermaksud terima dirinya dan usahakan yang terbaik bagi membantu mengatasi kelemahan masing-masing.

Perunding motivasi Human Touch Consultant, Datuk Mohd Zawawi Yusoh, berkata curang boleh terjadi sebelum atau selepas berkahwin.

“Sebelum berkahwin sudah boleh melakukan kecurangan apatah lagi selepas berkahwin. Ia mungkin disebabkan beberapa faktor antaranya suami mengabaikan tanggungjawab memberi nafkah zahir dan batin.

“Tiada jalan lain melainkan bertaubat nasuha agar tidak melakukan kesilapan yang sama. Barangkali amat berat bagi suami untuk menerima keadaan isterinya yang curang serta memusnahkan kepercayaannya,” katanya.

Beliau berkata, ada juga suami yang ‘terpaksa’ memaafkan isterinya atas faktor sayangkan hubungan dengan anak.

“Bagaimanapun, ia hanya bersifat sementara kerana perasaan itu bukannya datang daripada kesan tarbiah untuk memaafkan dalam erti akta sebenar.

“Dalam hal ini, suami berhak membuat keputusan untuk melepaskan isterinya atau rumah tangga yang dibina itu tidak akan bahagia kerana isteri sudah melakukan perkara yang dilaknat Allah,” katanya.

Mohd Zawawi berkata kecurangan berlaku tidak kira sama ada isteri atau suami adalah disebabkan hubungan dan perintah Allah tidak dilakukan dengan sempurna.

“Isteri yang curang kepada suaminya mempunyai masalah dengan keimanannya. Sebagai seorang isteri mereka perlu menjaga kehormatan dan maruah suaminya.

“Apabila kalah dengan godaan syaitan, mereka tiada iman. Akibatnya, perasaan malu tiada lagi sehingga sanggup gadaikan maruah diri untuk keseronokan,” katanya.

Beliau berkata jika suami mengesyaki isteri cenderung melakukan kecurangan ambil masa untuk menyiasatnya dan jangan bertindak terburu-buru.

“Sebagai ketua keluarga, suami wajib memenuhi segala tuntutan dan keperluan isteri. Ini termasuk menjaga hubungan seksual agar bertambah erat hubungan kasih sayang antara pasangan.

“Suami berhak memeriksa telefon bimbit atau barangan peribadi lain supaya isteri tidak menyembunyikan sebarang rahsia daripada pengetahuan suaminya.

“Namun, caranya perlu bijak iaitu memberitahu isteri secara jelas tujuan itu,” katanya.

Ya Allah...Ya Rabbal Alamin.... semoga diriku, suamiku dan anak2ku dilindungi dari hasutan syaitan, dan dari melakukan perkara-perkara yang mungkar...amin

Rasa malu kian terhakis

Harian Metro, 21 Februari 2011

KUALA LUMPUR: Kajian mengenai nafsu serakah melampau termasuk seks luar tabii mendapati, manusia sanggup melakukan demikian disebabkan faktor persekitaran dan bukan kerana sifat azali.

Timbalan Dekan di Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (Istac), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid, berkata sebagai contoh, kini terlalu banyak kes-kes ‘dalam kain’ yang dibicarakan secara terbuka.

Menurutnya, tanpa disedari cerita seperti itu boleh menimbulkan keinginan pihak lain melakukan kesalahan seperti dalam kes terbabit.
“Pada 1980-an, seminar membicarakan mengenai mak nyah merumuskan penularan ramai mak nyah disebabkan persekitaran membentuk mereka jadi begitu.

“Ketika ini pula tak dinafikan kemungkinan berlaku semakin banyak kes seks luar tabii disebabkan masyarakat kita disogok dengan kes sama,” katanya.

Menurutnya, masyarakat negara ini semakin menghakis budaya Timur yang malu membicarakan hal ‘dalam kain’ kerana terikut-ikut budaya Barat supaya kononnya tidak mahu ketinggalan.

“Malang sekali masyarakat kita satu lepas satu terjerumus dalam penularan budaya songsang. Hal-hal seks didedahkan melampau yang bukannya memberikan pengajaran, tetapi menimbulkan rasa kepada pihak yang ingin mencuba,” katanya.

Beliau mengulas laporan muka depan Metro Ahad semalam mengenai seorang lelaki sudah berkahwin dan  memiliki dua anak terjebak dalam seks songsang apabila sanggup memilih pondan untuk kepuasan nafsu.
Isteri lelaki berkenaan mahu dikenali sebagai Sara, 35, terpaksa menuntut cerai selepas lelaki dikahwini sejak lima tahun lalu itu mengakui ‘tawar hati’ dengan belaian wanita, sebaliknya lebih menyukai pondan kerana pandai melayan.

Sara ditipu selama 18 bulan oleh lelaki berkenaan kononnya pondan itu adalah isteri keduanya.

Komenbukan setakat tiada rasa malu dan takut...dosa pun ditolak ke tepi...dah banyak spesis yang macam ni...belum tentu luaran menggambarkan dalaman....dah banyak lakonan dalam dunia hari ini...dalam rumahtangga pun dia boleh berlakon...nauzubillah...

pengkorporatan....

tak lama lagi jabatan kami akan dikorporatkan....consultant luar telah dilantik untuk membuat paperwork untuk dikemukakan kepada JPA...termasuklah gaji yang dipohon, elaun2 yang sedang diterima adakah akan terus dibayar selepas pengkorporatan nanti? kemudahan2 lain seperti perubatan, pergigian, pinjaman perumahan dan kenderaan juga komputer, cuti2 termasuklah cuti belajar dsb.  mami bukan apa, bila kita lantik consultant luar, dorang ni bukan government staff... tak taupun apa yang kita dapat...boleh ke dorang ni propose apa yang kita nak...especially supporting staff..bila gred tak sama, gaji tak sama...tentulah apa yang diterima juga tak sama..."janganlah fikir diri sendiri aje"...itu ditujukan kepada top management...please do think of us yang kat bawah2 ni...

Thursday, February 17, 2011

Happy Belated Besday to Me!!!

arini mami masak mee kari...jamu kengkawan kat office...sampai ke tengahari makan mee kari...suliah pun belanja kengkawan gak, banyak sungguh makanan hari ni... mama tun masak nasi goreng, mak iti masak mee hoon goreng, su tempah kuih koci, kuih bakar, aini bawak keropok, besday cake from secret recipe tapi SUNGGUH MENDUKACITAKAN....nama kami dieja seperti nama cina...lintang pukang jadinya....arini besday su....genap 45 tahun...kami sebaya...tapi mami tua sebulan 10 hari dari dia...besday mami kan 7 jan aritu... arini mami dapat baju sepasang...liza bagi..tak sangka liza akan bagi mami sepasang baju... appreciate sangat...cantik...thanks liza...kepit bagi selendang....cantik selendang tu...gambar tak amek lagilah... nantilah amek gambar and mami tampal kat sini eh... on my besday man menantu bagi vase dan suliah bagi tudung... mama bagi buku agama yang mami nakkan sangat2... kak anne and anna raof belanja makan... kak sue belanja breakfast...

MY DARLING HUBBY DAH BELANJA MAKAN DAN DAH BELIKAN HANDBAG...OLEH KERANA MAMI NI JENIS CEREWET... MAMI BERTANGGUH BELI JUBAH AND ANOTHER HANDBAG, TAPI DADDY KATA KALAU JUMPA YANG MAMI BERKENAN CAKAP, NANTI DIA BAYARKAN... MASALAHNYA YANG BERKENAN MAK AIIII... MAHALNYA....KESIAN KAT LAKI.....AHAKS.....SEDANG CUBA MENCARI YANG CANTIK TETAPI NAMPAK MAHAL....TUNGGGUUU......

Thursday, February 10, 2011

Jika Isteri Menangis (An email from my beloved sis Linda)

Jika isteri menangis dihadapanmu…. “hargai lah ia sebelum terlewat…”


Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan  mudah, kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah! Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu. Dia akan menurunkan rasa EGOnya.


Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam … Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya. Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu?


Apakah keistimewaan perempuan ini? 


Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN dan CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..


TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal…Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…


Sebarkan ini kepada isteri-isteri yang solehah dan suami-suami yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mereka begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.


Renungkanlah Bersama

Monday, February 7, 2011

Berduaan di alam siber sama seperti khalwat

(Seperti dilaporkan di Harian Metro, 7 Februari 2011)

KUALA LUMPUR: Wanita dan lelaki bukan mahrim yang berbual berduaan biarpun di alam siber, melakukan perlakuan sama seperti berkhalwat kerana ia mengundang bisikan syaitan yang akhirnya akan menarik mereka melakukan perbuatan mungkar, termasuk curang pada suami atau isteri.

Sehubungan itu, penceramah dan pakar motivasi, Datuk Mohd Zawawi Yusoh, berkata mereka yang menggunakan kemudahan Internet perlu meletakkan sempadan syariat dan sempadan hati supaya teknologi itu tidak disalah guna atau menjadi alat perantaraan untuk membuat maksiat.

Beliau berkata, isteri tidak seharusnya membenarkan lelaki bukan mahrim memasuki rumahnya ketika suami tiada di rumah, begitu juga halnya dengan perbuatan isteri berbual dengan lelaki lain menerusi Internet, seumpama membenarkan individu itu memasuki rumahnya, seterusnya merosakkan rumah tangga.
“Membenarkan perkara sebegini memasuki rumah bermakna membenarkan ia memasuki hati dan apabila manusia sudah keluar daripada sempadan, manusia itu akan menjadi rosak,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, bisikan syaitan menjadikan seseorang itu merasakan sesuatu perkara itu begitu menyeronokkan hingga sanggup melakukan perkara mungkar termasuk meninggalkan suami, isteri atau anak-anak, sedangkan ia bakal menyesali perbuatannya kerana keseronokan berkenaan hanya bersifat sementara disebabkan ia berada dalam alam fantasi.

Katanya, alam khayalan dan realiti tidak sama dengan di alam nyata, kita semua mempunyai tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul, bukan sekadar untuk berseronok. “Asasnya adalah apabila hubungan dengan Allah rosak, maka semuanya akan meruntuh. Teknologi itu tidak salah, tetapi orang yang menyalah gunakan teknologi untuk tujuan terpesong,” katanya.

Ya Allah Ya Tuhanku, Peliharalah Diriku Dari Menganiaya Diri Sendiri
Jauhkanlah Diriku dan Orang Yang Ku Sayangi Dari Melakukan Maksiat Tanpa Kami Sedari
Ampunkanlah dosa kami insan yang lemah ini....ameen