Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, August 11, 2011

Tol percuma, diskaun hingga 40% sempena Aidilfitri

Aug 27- 29, 11 8:40pm

Berikut adalah senarai lebuh raya yang memberikan diskaun tol:

* Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuhraya Seremban-Port Dickson dan Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia Singapura: 20 peratus diskaun kepada pengguna kenderaan ringan serta rebat tambahan 20 peratus kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa pada 27, 28 dan 29 Ogos serta 2, 3 dan 4 Sept 11.

* Lebuhraya Kulim Butterworth: Rebat tambahan 20 peratus kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa pada 27, 28 dan 29 Ogos serta 2, 3 dan 4 Sept 11

* Lebuhraya Metramac: diskaun tol RM 0.10 untuk semua kelas kenderaan pada 27 Ogos mulai 12.01 tengah malam hingga 12 tengah hari.

* Lebuhraya Pantai Baru (NPE) dan Lebuhraya Sungai Besi (Besraya): diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan mulai 12:01 tengah malam 27 Ogos hingga 11.59 malam 29 Sept.

* Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas): diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan bagi Plaza Tol di bawah sistem kutipan tol tertutup (Plaza Tol Kajang Selatan hingga Setul) mulai 12:01 tengah malam 27 Ogos hingga 11.59 malam 3 Sept, manakala tol percuma di Plaza Tol Ampangan untuk semua kelas kenderaan pada 27 Ogos hingga 4 Sept.

* Lebuhraya Damansara Puchong (LDP): diskaun RM0.60 untuk semua kelas kenderaan pada 27 Ogos mulai 12.01 tengah malam hingga 12 tengah hari.

* Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint): diskaun RM0.20 untuk semua kelas kenderaan pada 27 Ogos mulai 12.01 tengah malam pagi hingga 12 tengah hari.

* Lebuhraya SMART: diskaun 15 peratus untuk semua kelas kenderaan mulai 12 tengah malam 27 Ogos hingga 12 tengah hari 4 Sept.

* Lebuhraya Shah Alam (Kesas): diskaun 10 peratus untuk kenderaan kelas satu mulai 6.01 pagi 28 Ogos hingga 6 pagi 31 Ogos.

* Lebuhraya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Shah Alam Kuang (Guthrie), Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Duta Ulu Kelang (Duke) dan Lebuhraya Cheras Kajang (Grand Saga): diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan pada 12.01 tengah malam hingga 11.59 malam 29 Ogos.

* Lebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (Silk): diskaun lima peratus untuk semua kelas kenderaan pada 12 tengah malam hingga 11.59 malam 5 Sept.

* Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara Baru: diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan pada 11 malam 27 Ogos hingga 8 pagi 5 Sept.

* Lebuhraya KL Putrajaya dan Lebuhraya Lembah Kelang Selatan (SKVE) : diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan pada 29 Ogos mulai 12 tengah malam hingga 11.59 malam.

* Lebuhraya Senai Desaru: diskaun 32 hingga 36 peratus bagi kenderaan kelas satu pada 12.01 tengah malam 27 Ogos hingga 12 tengah malam 4 Sept.

- Bernama

Selamat memandu........................

2 comments:

  1. mami pakai smart tag/touch and go...nak dapatkan another 20% kena pakai plusmiles...masalahnya payah tul nak gi ketempat nak buat plus miles ni.. tak bnyk tempat boleh buat... hish..

    ReplyDelete
  2. Assalam syg Mum

    Tak pe... jangan tamak... anggap bukan rezeki....

    ReplyDelete