Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 24, 2011

Pembangkang hanya tahu tuding jari -

 

Utusan Online 24 Ogos 2011

KUALA LUMPUR 23 Ogos – Pihak pembangkang diingatkan supaya memahami dan mendalami fenomena global sebelum menyalahkan kerajaan dalam isu berkaitan kenaikan harga barang.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana kerajaan sentiasa mengambil inisiatif membantu mengurangkan beban rakyat.

Menurut beliau, ini termasuk pemberian subsidi secara rasional yang berterusan dan mengikut kesesuaian waktu.
“Kalau ikut Pas punya pandangan (mengenai kenaikan harga barang), nampaknya tak ada pemerintah yang berjaya sebab seluruh dunia sekarang mengalami kenaikan harga barang.

“Saya rasa mereka ini tak pernah baca surat khabar dan tak tahu apa yang berlaku di negara luar,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan program khas Mesej Daripada Perdana Menteri di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang mendakwa kerajaan tidak mengurus perbelanjaan dengan baik sehingga terpaksa memotong subsidi yang menyebabkan rakyat terbeban dengan kenaikan harga ketika ini.

Kelmarin, Pas melancarkan kempen antikenaikan harga barang atau Protes BN bertujuan mengetengahkan tindakan kerajaan yang didakwa membelanjakan wang sewenang-wenangnya ke atas projek mega berbanding usaha membantu rakyat.

Ismail Sabri berkata, kerajaan melakukan pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat menangani krisis kenaikan harga barang berbanding negara lain yang meletakkan kebergantungan sepenuhnya kepada pasaran semasa.

Komen;  Itu dah mmg kerja pembangkang...segala kebaikan akan digambarkan sebagai kejahatan atau ada maksud tidak baik disebaliknya....kita paham itu dah mmg kerja dia...tapi yang tidak boleh diterima bila agama dan akidah digadaikan bagi tujuan politik...itu mmg suwey namanya....Islam pada nama sahajakah mereka?

No comments:

Post a Comment