Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 24, 2011

Kerajaan Selangor ubah nama Jawatankuasa Majlis Syura

2011/08/24 (BHOnline)

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor hari ini melahirkan rasa kesal atas penggunaan nama "Majlis Syura" bagi jawatankuasa yang ditubuhkannya bagi mencari penyelesaian isu pemeriksaaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

Menerusi satu kenyataan media hari ini, Kerajaan Selangor menjelaskan ia membuat keputusan untuk mengubah nama jawatankuasa Majlis Syura kepada Jawatankuasa Pendengaran bagi mengelakkan sebarang pertindihan dengan Majlis Syura negeri Selangor yang diterajui Majlis Agama Islam Selangor. 

Semalam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, bertitah dalam satu kenyataan media bahawa laporan menyatakan baginda menitahkan atau menasihatkan Kerajaan Negeri Selangor menubuhkan Majlis Penasihat Syura seperti yang disiarkan akhbar adalah tidak benar. 

Menurut kenyataan Kerajaan Selangor hari ini, matlamat asal, gerak kerja dan keahlian jawatankuasa ini tetap sama dan selaras dengan perbincangan antara Menteri Besar dan Sultan Selangor.

"Kerajaan Negeri berharap perubahan nama ini akan dapat merungkai sebarang kekeliruan yang wujud dan meneruskan segala usaha mencari penyelesaian berhubung isu DUMC (Damansara Utama Methodist Church) dan JAIS bagi kesejahteraan rakyat jelata.

"Kerajaan negeri juga akur kepada segala nasihat dan titah yang diterima secara langsung daripada Sultan Selangor serta bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan penyelesaian terbaik dalam isu ini," menurut kenyataan itu. - BERNAMA 
 
Komen:   khalid ni bukan takat gagap...pekak dan dungu rupanya...camner boleh jadi MB ek?  Jawapannya...sebab ada yang dungu mengundinya...kita adalah apa yang kita pilih...terimalah rakyat selangor...kerana korang dungu memilih....ramai yang lain merasa tempiasnya di selangor tuh...

1 comment:

  1. Assalam Syg Mum

    Kononnya rakyat Selangor nak mencuba perpatah omputih... Try and Error... dah dapat apa yang mereka nak... Dapat MB pun jenis pencacai juga lebih cina dari cina... Khalid nak sorok kes DUMC bawah karpet dalam pejabat dia... tu pasal jaja nama Sultan Selangor...

    ReplyDelete