Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 24, 2011

Penghinaan terbesar terhadap rakyat - Mashitah


KUALA LUMPUR 23 Ogos – Tindakan paderi gay warga Malaysia, Pastor Ou Yang Wen Feng yang tetap berdegil untuk meneruskan rancangan berkahwin dengan kekasihnya serta memilih tarikh 31 Ogos ini untuk berbuat demikian disifatkan sebagai satu penghinaan terhadap rakyat negara ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, hasrat paderi gay tersebut mencabar norma agama dan budaya yang diamalkan masyarakat perlu dipadamkan segera melalui peruntukan undang-undang sedia ada.

“Hubungan di luar tabii adalah sesuatu yang bercanggah dengan semua agama di dunia, lebih-lebih lagi orang Timur seperti kita ini dikenali dengan budi bahasa dan nilai budaya yang tinggi.

“Saya juga percaya dia (Wen Feng) sebenarnya tidak mengamalkan ajaran Kristian yang sebenar kerana agama tersebut sendiri menentang sekeras-kerasnya gejala songsang ini. Adakah dia layak digelar pastor meskipun gaya hidupnya bertentangan dengan agama Kristian?” soalnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini. Jelas Mashitah, kerajaan terutama Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat harus bertindak bagi memastikan cadangan paderi tersebut meraikan perkahwinan gay di negara ini tidak menjadi kenyataan.

“Saya berharap segala anasir yang cuba dipromosikan oleh segelintir pihak bagi menguji keutuhan akhlak rakyat negara ini dapat ditangani dengan kerjasama yang padu daripada semua pihak,” ujarnya.

Komen:  Kerajaan kena bertindak dengan tegas sebelum perkara ini menjadi ikutan kaum2 anugay ini...selamatkan malaysia sebelum terlambat...

No comments:

Post a Comment