Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my
mfirdaus@hmetro.com.my
Kejadian mengaibkan itu berlaku di hadapan rumah pasangan terbabit di Taman Wahyu di sini, kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.
Sumber polis berkata, lelaki warga emas terbabit yang berusia lewat 60-an panas baran dan sering memukul isterinya yang beberapa tahun muda daripadanya, terutama dalam sepanjang enam bulan lalu.
“Lelaki itu sering berkata dia benci melihat wajah isterinya yang sudah tua,” katanya Menceritakan lebih lanjut mengenai kejadian itu, sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa menyapu sampah di hadapan rumah sebelum meminta suaminya membantu membuang sampah ke dalam tong di hadapan rumah.
“Berang dengan permintaan itu, suspek yang bertongkat menghampiri isterinya sebelum menumbuk mukanya. Tumbukan berkenaan yang tepat di muka menyebabkan wanita terbabit terjatuh.
“Selepas itu, suspek bagaikan dirasuk hantu memukul isterinya menggunakan tongkat,” katanya.
Beliau berkata, ketika itu, mangsa merayu dikasihani selain menutup kepalanya menggunakan tangan.
“Selepas puas membelasah isterinya, lelaki terbabit yang hilang pertimbangan bertindak jijik dengan kencing di muka dan tubuh mangsa.
Sumber itu berkata, mangsa sebelum ini tidak membuat laporan polis kerana terlalu menyayangi suaminya itu, namun selepas lelaki terbabit kencing di muka dan tubuhnya, wanita itu nekad membuat laporan.
Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Komen: Kes ni mmg teruk, jantan tua tu patut dihumban ke longkang ajer... dah tua nak mampus, perangai macam setan takder hati perut, patutnya dah tua2 ni hidup berbaik2..saling mengasihi...saling bantu membantu, patutlah dah tua kan.... ini idak...macamlah jantan tu tak tua yang dia benci tengok muka tua bini dia....sah jantan ni giler meroyan...
Assalam Sayang Mum
ReplyDeleteitulah padahnya bila sendiri asyik perasan hensem...hehehe... ada yang dia tak dapat tu.. agaknya nak kahwin lagi tapi tak mampu... Agaknya kalau bini dia tinggalkan dia dia boleh hidup sendiri ke? Rasanya tidak sebab pemalas...
alaa kecik saja tu.
ReplyDeleteinilah dikatakan buang tebiat.tak lama lagi lelaki pun mampus lah.percaya lah.kita kena ambil iktibar dari berita ni.
capt razak
Assalam sayang daddy,
ReplyDeletealangkah bahagianya di penghujung usia dihabiskan dengan beribadat kpd Allah dengan lebih tawadduk lagi, beristirehat dan membantu isteri / suami dan juga melayan kerenah cucu2...hati lebih tenang dan aman kan... kalau macam berita kat atas tu... baca cerita dia pun hati jadi panas..
Capt. Razak,
tulah pasal, si jantan tu tak sedar dia boleh "dipanggil" anytime... berita di atas adalah untuk iktibar kepada semua pasangan... nauzubillah ... mintak dijauhkan dari terjadi perkara2 begitu kepada kita...amin