Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, April 22, 2011

ASTRO diminta kurangkan iklan - jangan mengaut keuntungan di atas angin ajer

Berita Harian Online, 2011/04/22

KUALA LUMPUR: ASTRO dicadangkan supaya mengurangkan penyiaran iklan dalam setiap rancangan disiarkan secara berperingkat bagi memastikan pelanggan yang membayar bagi perkhidmatan mereka mendapat hak sepatutnya.

Senator Datuk Mohammed Najeeb Abdullah, berkata pelanggan terpaksa membayar yuran bulanan yang tinggi, tetapi tidak mendapat keistimewaan sepatutnya kerana ia turut mengandungi iklan yang mengganggu rancangan. 

Sebagai stesen televisyen berbayar yang mempunyai lebih tiga juta pelanggan, katanya, ASTRO mengutip sebanyak RM2.7 bilion hasil pengiklanan sepanjang tahun lalu dan jumlah itu dijangka mencecah RM3 bilion tahun ini. 

"Pelanggan melanggan perkhidmatan dengan membuat bayaran bulanan kepada ASTRO, namun dengan jumlah iklan dilihat keterlaluan, ia membuatkan pengguna tidak selesa.

"Jadi, selama mana kita boleh membenarkan televisyen berbayar terus menyiarkan iklan, sedangkan kita bukan membayar untuk menonton iklan," katanya ketika membahaskan usul titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara, semalam.

Justeru, Mohammed Najeeb berkata, perkara itu memerlukan penjelasan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan ia perlu diperbetulkan sama ada dikurangkan secara berperingkat atau mencari alternatif lain bagi memastikan pengguna mendapat apa yang mereka bayar.

Katanya, apa yang menjadi isu adalah pengguna mempunyai dua pilihan iaitu untuk menikmati siaran percuma melalui operator televisyen sedia ada atau mendapatkan perkhidmatan televisyen berbayar yang sudah tentu menjanjikan kualiti dari segi program yang ditayangkan.

"Televisyen percuma bergantung kepada iklan bagi menjana pendapatan, tetapi jika pengguna televisyen berbayar juga perlu membayar bagi menonton iklan disiarkan, akhirnya pengguna akan mendapat program yang tidak berkualiti," katanya.

Komen:  Dulu2 ingatkan bila subsribe ke ASTRO ni tak payah lah nak menengok iklan panjang berjela....dapat tengok citer / movie yang baru2 ajer... tapi lately ni rasa macam kena tipu aje sebab cerita yang sama diulang2, mula2 ditayangkan di saluran mustika dulu (yang ni kena subscribe 12 hinggit), kemudian tu ditayangkan di saluran prima pulak (yang ni dah termasuk dalam pakej), begitu juga dengan HBO....cerita yang sama berulang2... sebagai contoh...rocky ditayangkan di slot hbo tahun lepas, tahun ni dah ada semula....ermmmm... kengkadang rasa membazir betul lah...tapi memandangkan kita perlukan hiburan didalam rumah dan tak suka ke panggung wayang... bayar aje lah... dan yang kaya si ananda jugak....

2 comments:

  1. Assalam Syg Mum

    Masalahnya tiada ssingan. Rakyat terpaksa juga subscribe dengan Astro. Yang kaya tokey dia. Kerajaan kena buka pada syarikat lain supaya rakyat ada pilihan. Jangan bagi Astro monopoli ruang angkasa kita. Tentulah yang terbaik syarikat yang sanggup berikan apa yang Astro tawarkan dengan harga yang lebih murah. Jangan kata tak boleh? Negara lain boleh buat apa?

    ReplyDelete
  2. setuju sgt2 .. dah bosan kalau bukak astro skrg nie .. x habis dgn cerita yg di ulang2 huhuhu

    ReplyDelete