lamiafamilia (MY FAMILY): Prestasi Exora mengagumkan
OUR DREAM CAR...
Thursday, April 28, 2011
Wednesday, April 27, 2011
Peguam Syarie Menulis: Rakus kejar kebendaan punca institusi kekeluargaan pincang
Oleh Mohamad Isa Abd Ralip
Bharian Online, 2011/04/27
Gagal laksana tanggungjawab antara faktor perceraian SETIAP pasangan yang berkahwin pasti mengharapkan hubungan dibina kekal sepanjang hayat. Tidak pernah tergambar akan melalui detik sukar membawa kepada perceraian yang akan memberi kesan terhadap beberapa pihak terutama anak-anak.
Punca perceraian perlu diambil kira untuk melihat apakah bentuk masalah yang boleh menyebabkan perceraian. Ada pelbagai punca perceraian antaranya faktor kekurangan kewangan, tiada persefahaman, kegagalan memahami serta melaksanakan tanggungjawab.
Sama ada kegagalan memahami tanggungjawab berpunca daripada kekhilafan mahupun kurangnya pendedahan diberikan hingga kadangkala pihak berkenaan tidak mengetahui akan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
Satu lagi punca perceraian berkemungkinan kesan daripada pasca-modenisme yang tanpa disedari merubah serba sedikit budaya serta amalan masyarakat masa kini seiring kemajuan dicapai dan sekali gus memberi kesan terhadap perkara lain.
Pasca-modenisme bukanlah sesuatu yang baru, namun fahaman manusia berpegang kepada modernisme ini menyebabkan mereka yakin manusia yang berkuasa dan menentukan segala aspek kehidupan.
Pengaruh hebat ini juga berkesan ke atas pemikiran dan keyakinan umat Islam melalui pelbagai saluran seperti sistem pendidikan, ekonomi, budaya, sosial dan politik.
Oleh demikian, pemahaman terhadap konsep keluarga dan tanggungjawab penting. Keluarga hari ini pada asasnya terdiri daripada bapa, ibu dan anak-anak. Berbeza masyarakat tradisional, keluarga lebih besar kerana termasuk saudara mara sebelah suami dan isteri yang tinggal bersama.
Ini sebenarnya memberi kesan kepada kepemimpinan keluarga kerana jika berdasarkan keluarga tradisional, keluarga akan dipimpin oleh datuk yang berpengalaman berbanding keluarga asas dipimpin bapa masih muda serta kurang pengalaman.
Perubahan demi perubahan menjadikan tumpuan manusia tertumpu kepada kebendaan. Kehidupan bukan lagi setakat selesa malah lebih daripada itu. Maka, berlakulah perceraian berpunca daripada kegagalan suami memberikan nafkah mengikut kehendak isteri untuk berbelanja. Pada masa sama, tanggungjawab yang sepatutnya mula diabaikan sedikit demi sedikit.
Suami adalah peneraju utama keluarga dan sebagai pembimbing kepada isteri serta anak bersesuaian kelebihan dianugerahkan Allah terhadap kaum lelaki. Suami juga bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri serta anak.
Firman Allah yang bermaksud: “Kaum lelaki adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan kerana Allah melebihkan kaum lelaki dengan beberapa keistimewaan daripada kaum perempuan dan kerana kaum lelaki membelanjakan sebahagian dari hartanya.” (Surah An-nisa’, ayat 34)
Dalam pada itu, tanggungjawab utama isteri adalah mentaati dan patuh kepada suruhan suami bersesuaian dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sekiranya aku diperintahkan untuk menyuruh seseorang menyembah seorang yang lain, nescaya aku akan menyuruh seorang perempuan menyembah suaminya.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Hakim)
Ini bukanlah menafikan hak atau memandang rendah peranan wanita kerana wanita mempunyai peranan tersendiri. Wanita pengurus utama keluarga dari sudut kewangan, makan minum, pakaian, pengurus kediaman serta dalam didikan terhadap anak.
Permasalahan mungkin timbul apabila suami mulai mengabaikan tanggungjawabnya. Lebih-lebih lagi jika isteri mempunyai kerjaya dan kebanyakannya mengharapkan wang hasil pendapatan isteri untuk menampung keperluan keluarga.
Akan tetapi, realitinya, suami masih lagi bertanggungjawab secara penuh dan isteri boleh membantu sekadar yang perlu, bukan menanggung sepenuhnya atau sebahagian besar keperluan.
Tuntutan kerja sekarang ada kala menyebabkan isteri tidak lagi menguruskan rumah tangga sebaliknya tugas menyediakan makanan serta keperluan keluarga dilakukan pembantu rumah. Ini belum lagi waktu kerja yang menyukarkan isteri membahagikan antara kerjaya dan rumah tangga.
Ini belum lagi kes isteri yang berjawatan lebih tinggi daripada suami yang turut mencetus kepada perbalahan. Segelintir wanita juga gagal memahami bahawa konsep ketaatan bukanlah satu budaya yang sengaja diwujudkan pada zaman dulu tetapi digariskan oleh syarak.
Kegagalan memahami tanggungjawab menyebabkan lelaki mengambil kesempatan terhadap isteri yang bekerja sementara isteri yang menyumbang kepada ekonomi keluarga pula merasakan dirinya tidak boleh dikawal oleh suami.
Kemodenan tidak bermaksud perlu mengubah semua perkara sehingga mengenepikan hukum syarak.
Pemahaman ini perlu diterapkan kepada masyarakat supaya dapat memahami apa yang dimaksudkan kemodenan sebenar mengikut Islam.
Kebahagiaan rumah tangga juga bukan melihat kepada setinggi mana ilmu seseorang dari sudut akademik mahupun ilmu agama, atau sebanyak mana masa dan wang diperuntukkan untuk keluarga.
Keluarga akan bahagia apabila semua ahlinya memenuhi tanggungjawab masing-masing serta saling menghormati selain bekerjasama menguruskan keluarga berdasarkan syariat Islam tanpa mengetepikan keperluan mengikuti perkembangan semasa.
Komen: Semuanya terletak pada ilmu didada dan tanggungjawab untuk melaksanakannya. Orang yang bijaksana akan melaksanakan ilmu yang ada didada dengan penuh rasa tanggungjawab. Sebab itulah pepatah melayu ada menyatakan tepuk dada tanya selera, ikut hati mati, ikut rasa binasa dsbnya...pada saya komunikasi dan kasih sayang adalah penting dalam melayari bahtera rumahtangga...untuk membina keluarga bahagia, kita perlukan wang ringgit juga, sebab tanpanya, kucar kacir jugak jadinya...anak2 akan membanding2kan diri mereka dengan kawan2 yang lebih berada...ibu bapa yang jadi mangsa... serba salah dibuatnya..
Friday, April 22, 2011
ASTRO diminta kurangkan iklan - jangan mengaut keuntungan di atas angin ajer
Berita Harian Online, 2011/04/22
KUALA LUMPUR: ASTRO dicadangkan supaya mengurangkan penyiaran iklan dalam setiap rancangan disiarkan secara berperingkat bagi memastikan pelanggan yang membayar bagi perkhidmatan mereka mendapat hak sepatutnya.
Senator Datuk Mohammed Najeeb Abdullah, berkata pelanggan terpaksa membayar yuran bulanan yang tinggi, tetapi tidak mendapat keistimewaan sepatutnya kerana ia turut mengandungi iklan yang mengganggu rancangan.
Sebagai stesen televisyen berbayar yang mempunyai lebih tiga juta pelanggan, katanya, ASTRO mengutip sebanyak RM2.7 bilion hasil pengiklanan sepanjang tahun lalu dan jumlah itu dijangka mencecah RM3 bilion tahun ini.
"Pelanggan melanggan perkhidmatan dengan membuat bayaran bulanan kepada ASTRO, namun dengan jumlah iklan dilihat keterlaluan, ia membuatkan pengguna tidak selesa.
"Jadi, selama mana kita boleh membenarkan televisyen berbayar terus menyiarkan iklan, sedangkan kita bukan membayar untuk menonton iklan," katanya ketika membahaskan usul titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara, semalam.
Justeru, Mohammed Najeeb berkata, perkara itu memerlukan penjelasan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan ia perlu diperbetulkan sama ada dikurangkan secara berperingkat atau mencari alternatif lain bagi memastikan pengguna mendapat apa yang mereka bayar.
Katanya, apa yang menjadi isu adalah pengguna mempunyai dua pilihan iaitu untuk menikmati siaran percuma melalui operator televisyen sedia ada atau mendapatkan perkhidmatan televisyen berbayar yang sudah tentu menjanjikan kualiti dari segi program yang ditayangkan.
"Televisyen percuma bergantung kepada iklan bagi menjana pendapatan, tetapi jika pengguna televisyen berbayar juga perlu membayar bagi menonton iklan disiarkan, akhirnya pengguna akan mendapat program yang tidak berkualiti," katanya.
Komen: Dulu2 ingatkan bila subsribe ke ASTRO ni tak payah lah nak menengok iklan panjang berjela....dapat tengok citer / movie yang baru2 ajer... tapi lately ni rasa macam kena tipu aje sebab cerita yang sama diulang2, mula2 ditayangkan di saluran mustika dulu (yang ni kena subscribe 12 hinggit), kemudian tu ditayangkan di saluran prima pulak (yang ni dah termasuk dalam pakej), begitu juga dengan HBO....cerita yang sama berulang2... sebagai contoh...rocky ditayangkan di slot hbo tahun lepas, tahun ni dah ada semula....ermmmm... kengkadang rasa membazir betul lah...tapi memandangkan kita perlukan hiburan didalam rumah dan tak suka ke panggung wayang... bayar aje lah... dan yang kaya si ananda jugak....
Thursday, April 21, 2011
Tafsir Ayat: Adil dalam Islam bukan sekadar sama rata, persamaan hak
Oleh Engku Ahmad Zaki Engku Alwi
Berita Harian Online, 2011/04/21
ALLAH berfirman yang bermaksud: “Wahai orang beriman! Hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa juga) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwa kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah Al-Maidah, ayat 8)
Antara misi utama Islam diutuskan kepada seluruh alam untuk menyebarkan mesej keadilan dan kesaksamaan dalam kehidupan manusia sejagat. Mesej ini yang mengiringi perutusan nabi dan rasul kepada kaum masing-masing.
Justeru, Islam menganjurkan umatnya melaksanakan keadilan dalam setiap aspek kehidupan mereka. Tambahan pula, perintah itu datang seiringan dengan sifat Allah sendiri yang Maha Adil dan mengharamkan Zat-Nya daripada melakukan kezaliman.
Diriwayatkan dalam hadis yang bermaksud: “Wahai hamba-Ku! Sesungguhnya Aku telah mengharamkan sifat kezaliman dalam ZatKu dan Aku juga mengharamkan sifat itu di kalangan kamu. Oleh itu, jangan kamu zalim menzalimi antara sesama kamu.” (Hadis riwayat Muslim)
Adil membawa erti meletakkan sesuatu pada tempatnya, bukan seperti difahami kebanyakan umat Islam kini bahawa adil itu sama rata atau persamaan hak. Dalam al-Quran, ada banyak ayat suci membicarakan mengenai keadilan supaya dapat dijulang untuk mendasari setiap ruang hidup manusia sejagat.
Perlu diingat, keadilan yang diwar-warkan Islam tidak terhad kepada golongan pemimpin saja tetapi semua lapisan masyarakat Islam terdiri daripada suami isteri, penjual dan pembeli, kadi, sesama Muslim dan antara pemimpin dengan rakyatnya.
Ini bertepatan sifat kesyumulan dan kesejagatan yang menghiasi Islam itu sendiri. Oleh itu, setiap warga Muslim yang melafazkan dua kalimah syahadah sewajarnya menjulang tinggi perintah Ilahi ini supaya konsep keadilan dapat direalisasikan dan ditegakkan dalam masyarakat sejagat.
Pada masa sama, Allah memberi amaran kepada umat Islam supaya jangan terperangkap dengan penyakit hati seperti dengki dan kebencian yang akan mengakibatkan keruntuhan serta kehancuran bangsa itu sendiri.
Paling istimewa, sifat adil akan menghiaskan diri seseorang Muslim dengan perhiasan takwa iaitu neraca piawaian yang utama untuk memburu darjat istimewa di sisi Allah. Takwa, tiket yang tiada nilainya untuk menjejakkan kaki ke pintu syurga penuh kenikmatan.
Menurut Prof Dr Hamka, keadilan pintu terdekat kepada takwa, sedangkan rasa benci hanya menyebabkan seseorang itu jauh dari Allah. Apabila seseorang Muslim menegakkan keadilan, jiwanya akan merasai kemenangan yang tiada taranya Lawan adil adalah zalim dan zalim kemuncak kemaksiatan kepada Allah. Maksiat akan menyebabkan jiwa merana dan sengsara.
Seterusnya, Islam menuntut kepada seorang suami supaya berlaku adil kepada isterinya kerana Islam melarang sama sekali sebarang bentuk kezaliman dan penderaan dalam institusi rumah tangga. Oleh itu, jika suami merasakan tidak dapat berlaku adil, maka memadai mengahwini seorang isteri.
Begitu juga seorang Muslim yang diamanahkan memikul jawatan kadi supaya dapat bersikap adil, berwaspada serta tidak berat sebelah dalam memutuskan hukuman kepada pesalah biarpun daripada kalangan keluarga dan kerabatnya.
Sehubungan itu, Rasulullah menegaskan kehancuran umat zaman silam disebabkan pelaksanaan hukum bersifat berat sebelah iaitu melepaskan hukuman kepada orang berada dan dijatuhi hukuman kepada orang hina dina.
Diriwayatkan, Rasulullah bersumpah dengan nama Allah bahawa jika Fatimah anak perempuannya sendiri mencuri sudah pasti Baginda akan memotong tangannya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Seorang pemimpin juga dituntut bersikap adil dan saksama dalam kepemimpinannya dan jangan sesekali melakukan kezaliman kepada manusia sejagat.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Kepimpinan itu satu amanah yang berat. Pada hari kiamat nanti ia adalah satu penyesalan dan kehinaan melainkan seorang pemimpin yang melaksanakan tanggungjawab kepemimpinannya dengan amanah dan adil kepada rakyat bawahannya.” (Hadis riwayat Abu Hanifah)
Demikian betapa luasnya konsep keadilan dalam Islam. Justeru untuk menjamin kelangsungan Islam supaya terus bertapak di bumi Allah ini, konsep keadilan perlu disemai dan dibajai supaya bertunjang dalam kehidupan ummah sejagat.
Penulis ialah Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin
Komen: Bukan senang untuk berlaku adil...tetapi cubalah sebaik mungkin kerana kita bukan manusia yang sempurna....
Suami isteri mesti pertahan kedamaian hati
Oleh Nik Salida Suhaila Nik Saleh
salidasuhaila99@yahoo.com, 2011/04/21
Sengketa, krisis rumah tangga perlu segera dirungkai agar tidak melarat kepada perceraian HARI ini, kegetiran rumah tangga bukan saja berlaku kepada pasangan baru berkahwin, tetapi juga yang hampir melewati setengah abad. Puncanya kerana tiada persefahaman, akibat masalah remeh atau tiada masalah langsung tetapi itu yang berlaku bila jodoh tidak berpanjangan.
Ada mengadu suami jatuh cinta lagi dan tidak mampu membahagi kasih, lalu isteri terpaksa memberi laluan kepada cinta baru suami. Anak pula tiada pilihan melainkan reda dengan kehilangan ayah yang mereka dambakan kasih sayangnya sehingga dewasa.
Penulis sering menerima e-mel daripada isteri mengadu mengenai masalah rumah tangga. Ironinya, hampir semua kesulitan dialami boleh diselesaikan tetapi titik penyelesaian bukan di pundak salah seorang pasangan tetapi kedua-dua suami isteri.
Malangnya, ramai mengambil mudah dan melepaskan kepada salah satu pihak saja berusaha menyelesaikan kemelut dihadapi. Akibatnya, banyak syurga cinta dibina bertahun lama runtuh begitu saja.
Permulaan membina unit asas institusi kekeluargaan adalah perkahwinan. Antara objektif perkahwinan ialah menghalalkan perhubungan antara lelaki dan wanita, memenuhi fitrah kehidupan manusia mengingini kasih sayang dan ketenangan terhasil dari sebuah ikatan yang suci.
Selain memanjangkan generasi sedia ada dengan pertambahan zuriat dan keturunan sebagai penyambung tugas khalifah Allah di muka bumi di samping mengelak pelbagai masalah sosial yang semakin meruncing.
Asas sebuah perkahwinan ialah rasa cinta, kasih sayang, melaksanakan tanggungjawab, saling mempercayai, hormat menghormati, belas kasihan dan bertolak ansur.
Penganiayaan dan kezaliman terhadap wanita daripada institusi perkahwinan tidak timbul dalam Islam kerana isteri mempunyai hak mendapat kebahagiaan. Jika hak itu dinafikan suami, maka isteri berhak menuntut perceraian.
Antara konflik dalam rumah tangga adalah tekanan ekonomi, masalah komunikasi, memberi ruang kepada kehadiran orang ketiga, penyakit atau kematian, kesunyian dan tidak menyandarkan hubungan suci itu kepada tiang agama.
Konflik sebegini tidak seharusnya diakhiri dengan perceraian. Talak perkara paling dibenci Allah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Perkara halal yang paling dibenci Allah ialah perceraian.” (Hadis riwayat Abu Dawud)
Langkah mengembalikan hubungan tegang seperti sedia kala adalah dengan memulakan kehidupan baru. Pasangan harus mengetahui penyebab kepada krisis berlanjutan. Jalan penyelesaian mesti dibincangkan bersama dan jangan melengahkan masa untuk memulakan sistem pembinaan semula perkahwinan yang bahagia.
Islam menganjurkan setiap individu Muslim hidup bahagia dan jika masalah mengganggu keharmonian, elok diselesaikan seberapa upaya. Pelbagai cara boleh digunakan seperti mendapatkan nasihat orang yang lebih dihormati.
Pasangan juga perlu berbincang dari hati ke hati dengan meluahkan apa terbuku bagi mengelak salah faham berlarutan. Tetapi ini boleh berlaku jika masih wujud perasaan hormat antara suami isteri, jika sebaliknya, tiada perdamaian ‘hati’ yang boleh diusahakan lagi.
Tiada perhatian daripada ibu bapa yang bermasalah mengakibatkan anak mencari kebahagiaan lain, jurang komunikasi menidakkan ajaran dan bimbingan dalam keluarga, akhirnya wujud anak menagih perhatian di jalanan.
Asalnya dulu mereka melepak untuk menghabiskan masa terluang dan sangat menyeronokkan, tetapi hari ini mereka menjadi samseng jalanan untuk membina ‘jati diri’ menghadapi kemungkinan di kemudian hari.
Akhirnya rumah tangga yang bermasalah menjadi semakin punah kerana ibu bapa tidak tegar menghadapi kerenah anak.
Akhir-akhir ini juga banyak kon flik perkahwinan yang membawa kepada krisis besar sehingga pasangan bertindak tinggal berasingan. Ia berlaku mungkin disebabkan pasangan tidak langsung cuba menyelesaikan masalah.
Pasangan juga mungkin boleh meredakan kemarahan dengan berjauhan antara satu sama lain dalam tempoh tertentu tetapi tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan masalah lain timbul seperti nusyuz, pengabaian nafkah zahir dan batin.
Islam membenarkan pengasingan sementara jika ia adalah jalan terbaik untuk meredakan keadaan dan melindungi mana-mana pihak daripada kemudaratan lebih besar.
Apabila seseorang lelaki bersumpah untuk menjauhkan diri daripada isterinya, al-Quran menjelaskan bahawa mereka perlu diberi tempoh untuk bertenang dan dapat berfikir semula secara waras.
Firman Allah yang bermaksud: “Kepada orang yang bersumpah tidak akan mencampuri isteri mereka diberikan tempoh empat bulan. Setelah itu jika mereka kembali (mencampurinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah, ayat 226)
Penulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia, kini melanjutkan pelajaran di United Kingdom
Komen: Semuanya terpulang kepada hati....tepuk dada tanyalah selera...hidup bukan untuk sehari dua dan bukan untuk bersuka2 sahaja... Allah wujudkan kita ada sebab musababnya dan ada tujuannya...disertakan dengan bimbinganNya...apa yang kita ada adalah pinjaman semata2....kita akan diminta menjawab terhadap segala apa yang kita lakukan di atas muka bumi ini nanti...
Wednesday, April 20, 2011
YANG MANA SATU IDAMAN KALBU?
Komen: Semakin teruja dengan model2 terbaru proton yang menepati citarasa pengguna jalanraya...taklah macam kotak ajer...sekarang kalau terpikir nak tukar kereta lain...tak pikir model lain...mesti pikir proton... tahniah proton... keta yg last sekali tu buat ingat2an... ya....hahahaha
HEBAHAN UNTUK TEMAN TEMAN BLOGGER
Sukacita dimaklumkan Sahibul Fadulah Syeikh Abdul Rahman ibnu Abdul Aziz as- Sudais akan hadir ke Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada maklumat seperti berikut :
Tarikh : 22 hb April 2011 ( Jumaat )
Masa : 11.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Dewan Solat Utama, Masjid Wilayah Persekutuan K.L
Masa : 11.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Dewan Solat Utama, Masjid Wilayah Persekutuan K.L
ATURCARA PROGRAM SEMPENA KUNJUNGAN
SAHIBUL FADILAH AL- SYEIKH ABDUL RAHMAN IBNU ABDUL AZIZ AS-SUDAIS
IMAM MASJIDIL HARAM, MEKAH
MASA PROGRAM
11.00 PAGI
KETIBAAN SAHIBUL FADILAH AL-SYEIKH ABDUL RAHMAN IBNU ABDUL AZIZ AS-SUDAIS
12.15 TGH
11.00 PAGI
KETIBAAN SAHIBUL FADILAH AL-SYEIKH ABDUL RAHMAN IBNU ABDUL AZIZ AS-SUDAIS
12.15 TGH
MAJLIS TAZKIRAH
1.15 PTG
SOLAT JUMAAT
1.15 PTG
SOLAT JUMAAT
2.00 PTG
MAJLIS JAMUAN
MAKAN TENGAHARI
Suara Sheikh `Abdur-Rahman bin `Abdul Aziz as-Sudais memang tidak asing bagi mereka yang gemar mendengar bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Malah, suara beliau selalu dirindui oleh ramai muslim yang pernah mengerjakan ibadah haji, kerana suara beliau selalu berkumandang mengimamkan solat fardhu di Masjidil Haram.
Beliau kini berada di Malaysia selama beberapa hari di sini dan telah dan akan menghadiri beberapa program khas yang telah diatur seperti ceramah di UIA semalam, Di antara program/jadual beliau sehingga 23 April, 2011:-
20/4/2011 (Rabu):
Program:
Program:
The Future of Islamic Civilisation (al-Hadarah al-Islamiyyah) in the 21st Century
Tempat:
Tempat:
IAIS Malaysia, Petaling Jaya.
Masa:
Masa:
10 pagi – 12 tengahari
22/4/2011 (Jumaat):
Program:
Program:
Tadzkirah, Khutbah & Imami Solat Jumaat
Tempat:
Tempat:
Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, KL
Masa:
Masa:
11 pagi – 2 petang.
23/4/2011 (Sabtu):
Program:
Program:
Ceramah Perdana
Tempat:
Tempat:
Hotel Royal Chulan, Jalan Conlay (dekat Bukit Bintang dan Hotel Istana).
Masa:
Masa:
8.30 malam
Untuk pertanyaan sila hubungi Tuan Haji Sidek 012-4940992.
Untuk pertanyaan sila hubungi Tuan Haji Sidek 012-4940992.
HIDUP = 3 HARI + 2 NAFAS ....YANG HIDUP PASTI MATI..MENEMUINYA..PENCIPTA KITA YANG MAHA ESA..
Assalammu'alaikum waramatuhllahi wabarakahtuh..
to all my Lovely Friends...
A very good reminder to all of us inclusive myself...
Ingatlah bila ada kawan yang masih mahu memberi ingatan
Ingatlah bila ada kawan yang masih mahu memberi ingatan
bermakna ada kawan yang sayangkan kita dan ingin menyelamatkan
kita dari seksaan api neraka..Jangan marah,jangan upset..
jangan fikir kita dah cukup tahu semua bende..
Kengkadang kita perlu kepada PERINGATAN...
Jadi selalu-selalu lah kita hangat menghangatkan
perkara-perkara yang kita selalu rasa memang dah tau dari kita kecik2 lagi...Wallahhualam...
"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti .
Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua
kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.
HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.
Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
adalah pemberian Allah secara percuma dan
carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.
Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
HIDUP CUMA ADA2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.
HIDUP YANG ABADI CUMA ADA2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.
Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila
hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.
Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya
terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
dan puncaknya adalah SOLAT ... Amat sukar untuk dipercayai
bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
tetapi tidak mempunyai boarding pass.
Danmereka yang sengaja melalaikan solat,
umpama mengeposkan sepucuk surattanpa melekatkan setem ...
apabila ditanya bagaimana suratitu akan sampai
pada penerimanya .. lalu dia pun berkata
setemnya akan dihantar kemudian.
Ada2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda .. atau, suratnya masuk tong sampah.
Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur
atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ...
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara
secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya
setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali
kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ...
lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
kita redha dan Allah meredhai.
Semoga kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa
... di dunia jua di akhirat kelak serta
di dalam rahmat Allah s.w.t.
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti .
Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua
kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.
HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.
Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
adalah pemberian Allah secara percuma dan
carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.
Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
HIDUP CUMA ADA2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.
HIDUP YANG ABADI CUMA ADA2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.
Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila
hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.
Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya
terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
dan puncaknya adalah SOLAT ... Amat sukar untuk dipercayai
bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
tetapi tidak mempunyai boarding pass.
Danmereka yang sengaja melalaikan solat,
umpama mengeposkan sepucuk surattanpa melekatkan setem ...
apabila ditanya bagaimana suratitu akan sampai
pada penerimanya .. lalu dia pun berkata
setemnya akan dihantar kemudian.
Ada2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda .. atau, suratnya masuk tong sampah.
Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur
atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ...
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara
secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya
setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali
kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ...
lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
kita redha dan Allah meredhai.
Semoga kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa
... di dunia jua di akhirat kelak serta
di dalam rahmat Allah s.w.t.
Komen: Yang baik sesungguhnya dari Allah Swt dan yang buruk itu sesungguhnya dari diriku sendiri..
Thursday, April 14, 2011
Tak masuk akal - manusia bukan, binatang pun tak buat...jadi apa dia????
Oleh Siti Nadirah Hafidzin
nadirah@hmetro.com.my
nadirah@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Membalas segala kebaikan dan pengorbanan isteri yang selama ini bersama menempuh kesenangan serta kepayahan hidup menggunakan kekerasan adalah tindakan terlampau yang tidak dapat diterima akal, kata penceramah bebas dan Pengetua Program Imam Muda, Datuk Hassan Mahmud Al Hafiz.
Beliau berkata, ikatan perkahwinan yang dibina berlandaskan dasar cinta dan kasih sayang sejak awal hubungan perlulah diteruskan tanpa mengambil kira faktor luaran seperti usia mahupun paras rupa selain mempraktikkan sifat positif serta romantik bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga.
“Rasa cinta dan kasih yang wujud dalam hati dua insan harus disemai untuk mengelak berlakunya sebarang masalah ataupun kesulitan dalam hubungan selain pasangan terutama yang sudah berusia digalakkan untuk lebih mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa.
“Kukuhnya hubungan antara individu itu dengan penciptanya banyak mempengaruhi sifat dan tingkah laku seharian. Sikap negatif antaranya panas baran sama ada si suami mahupun isteri dapat dielakkan apabila individu itu mempunyai pegangan agama yang kukuh,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.
Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai tindakan kejam seorang warga emas berusia lewat 60-an yang bukan saja memukul isterinya menggunakan tongkat malah turut kencing di muka wanita terbabit yang dikahwininya selama 26 tahun.
Kejadian mengaibkan itu berlaku di hadapan rumah pasangan terbabit apabila mangsa yang ketika itu menyapu sampah meminta bantuan suaminya untuk membuang sampah ke dalam tong di hadapan rumah menyebabkan lelaki terbabit berang dan menumbuk muka selain memukul mangsa menyebabkan wanita terbabit terjatuh.
Selepas puas membelasah isterinya, lelaki terbabit hilang pertimbangan bertindak jijik kencing di muka dan tubuh mangsa sebelum meninggalkan rumah dan masih tidak pulang sehingga kini.
Hassan berkata, tindakan kejam warga emas terbabit melakukan beberapa penyiksaan sehingga kencing ke atas muka isterinya satu tindakan jelas membelakangi agama dan dilaknat Yang Maha Esa.
“Ini adalah peristiwa menyedihkan kerana isteri seharusnya dijaga dan dibelai dengan limpahan kasih sayang suami diperlakukan sebegini. Sepatutnya lelaki terbabit perlu mensyukuri anugerah kerana masih dipanjangkan usia,” katanya.
Komen: Ini bukan membelakangkan agama, tapi macam xder pegangan agama...takkanlah sedikit perasaan kasih dan belas terhadap isteri yang dikahwini selama 26 tahun itu tiada langsung hanya kerana isteri itu sudah tua... macam lah si suami tu muda belia dan tidak dimamah usia...nauzubillah...
Komen: Ini bukan membelakangkan agama, tapi macam xder pegangan agama...takkanlah sedikit perasaan kasih dan belas terhadap isteri yang dikahwini selama 26 tahun itu tiada langsung hanya kerana isteri itu sudah tua... macam lah si suami tu muda belia dan tidak dimamah usia...nauzubillah...
Wednesday, April 13, 2011
Kencing isteri minta tolong
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my
mfirdaus@hmetro.com.my
Kejadian mengaibkan itu berlaku di hadapan rumah pasangan terbabit di Taman Wahyu di sini, kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.
Sumber polis berkata, lelaki warga emas terbabit yang berusia lewat 60-an panas baran dan sering memukul isterinya yang beberapa tahun muda daripadanya, terutama dalam sepanjang enam bulan lalu.
“Lelaki itu sering berkata dia benci melihat wajah isterinya yang sudah tua,” katanya Menceritakan lebih lanjut mengenai kejadian itu, sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa menyapu sampah di hadapan rumah sebelum meminta suaminya membantu membuang sampah ke dalam tong di hadapan rumah.
“Berang dengan permintaan itu, suspek yang bertongkat menghampiri isterinya sebelum menumbuk mukanya. Tumbukan berkenaan yang tepat di muka menyebabkan wanita terbabit terjatuh.
“Selepas itu, suspek bagaikan dirasuk hantu memukul isterinya menggunakan tongkat,” katanya.
Beliau berkata, ketika itu, mangsa merayu dikasihani selain menutup kepalanya menggunakan tangan.
“Selepas puas membelasah isterinya, lelaki terbabit yang hilang pertimbangan bertindak jijik dengan kencing di muka dan tubuh mangsa.
Sumber itu berkata, mangsa sebelum ini tidak membuat laporan polis kerana terlalu menyayangi suaminya itu, namun selepas lelaki terbabit kencing di muka dan tubuhnya, wanita itu nekad membuat laporan.
Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Komen: Kes ni mmg teruk, jantan tua tu patut dihumban ke longkang ajer... dah tua nak mampus, perangai macam setan takder hati perut, patutnya dah tua2 ni hidup berbaik2..saling mengasihi...saling bantu membantu, patutlah dah tua kan.... ini idak...macamlah jantan tu tak tua yang dia benci tengok muka tua bini dia....sah jantan ni giler meroyan...
Monday, April 11, 2011
Zakat, haji tak dapat ‘bersihkan’ harta hasil rasuah
Oleh Ibrahim Abdullah, bharian.com.my 2011/04/11
ADAPUN dimaksudkan ‘dosa beruntun’ adalah melakukan perbuatan mengandungi dosa dan kemudian daripada dosa yang satu, lahir pula dosa lain secara beranak-pinak. Hal ini paling dahsyat apabila orang yang terbabit adalah isteri, anak dan keluarga dalam perbuatan dosa besar yang dilakukan seseorang manusia.
Gejala rasuah contoh paling tepat dalam hal dosa beruntun dan bertali arus ini. Anehnya perasuah selalu menggunakan dalih dan muslihat jika ada pihak mencurigai dan ada kala menyembunyikannya ialah bekerjasama dengan pihak tertentu. Lebih menghairankan perasuah itu membohongi orang ramai atau keluarga harta diperoleh itu hasil keringatnya.
Akibat daripada nafkah haram ini juga menjadi tanggungjawab perasuah apabila muncul kelakuan buruk daripada penerima nafkah terutama di kalangan anak-anak. Sama ada disedari atau tidak, nafkah haram yang diberikan itu memiliki pengaruh signifikan terhadap perilaku seseorang.
Anak, isteri keluarga perasuah turut terbabit dalam dosa yang mereka lakukan akibat hasil rasuah. Demikian juga orang lain tetap terbabit dengan dosa yang sama.
Melakukan perbuatan rasuah, ibadat dilakukan perasuah khususnya berkaitan zakat dan haji tetap mengandungi dosa walaupun mereka cuba mengaburi mata masyarakat dan negara, apa lagi mengaburi mata Tuhan.
Mereka beranggapan dengan melakukan ibadah seperti itu maka dosa mereka akan terhapus. Dalam al-Quran disebutkan, tujuan asasi zakat ialah membersihkan harta dan jiwa. Begitu juga haji, harta yang bersih dan halal saja diterima Tuhan. Bahkan amalan zakat dan haji mereka itu sebaliknya dikutuk dan mendapatkan dosa pula daripada Tuhan.
Perintah serta ajaran al-Quran agar manusia mencari harta secara halal dan menggunakannya kepada hal yang halal serta memakan makanan halal dapat dijadikan isyarat dan langkah awal membangun generasi salih.
Bagi manusia yang menolak pelakuan rasuah, Allah akan memberikan imbalan pahala ketika di akhirat dan memberikan imbalan ketenangan ketika hidup di dunia. Sebaliknya orang yang mendapatkan dan menggunakan harta secara haram serta mengingkari perintah al-Quran, pelakunya akan berhadapan dengan pelbagai akibat di dunia dan akhirat.
Berikutan banyaknya implikasi dosa daripada hasil rasuah, khususnya bagi pelakunya, sudah sewajarnya jika perbuatan ini dianggap musuh, malah boleh memutuskan persaudaraan dengan mereka yang memakan rasuah.
Seorang perasuah menjadi penyebab kepada dosa beruntun yang menjejaskan reputasi peribadinya dan tidak boleh dipercayai di kalangan masyarakat, lebih-lebih lagi di sisi Tuhan. Firman Allah bermaksud: “Sesiapa yang datang membawa amal baik (pada hari kiamat) maka baginya balasan lebih baik daripadanya, dan sesiapa yang datang membawa amal jahat, maka mereka yang melakukan kejahatan tidak dibalas melainkan dengan apa yang mereka kerjakan.” (Surah al-Qasas, ayat 84).
Pengamal rasuah di kalangan masyarakat kita, tidak segan melakukan perbuatan jahat itu sama ada secara tersembunyi atau terang-terangan. Ini menunjukkan mereka tidak memiliki beban moral dan akhlak jika kejahatannya akan ditiru generasi seterusnya.
Balasan yang akan diterima oleh orang yang menjajakan kejahatan seperti ini ialah Allah akan menyungkurkan muka mereka ke dalam api neraka. Firman Allah bermaksud: “Sesiapa yang datang membawa amal jahat (yang dikerjakannya), maka sudah tentu mereka akan disungkurkan mukanya ke dalam api neraka (sambil dikatakan kepada mereka): “Kamu tidak diberi melainkan balasan apa yang kamu lakukan. (Surah an-Naml, ayat 90).
Hasil haram didapati perasuah tetap haram walaupun dilakukan pelbagai kebaikan, sehingga perbuatan rasuah itu memikul beban kepada zuriat dan keturunannya pula dengan terus menerus memakan benda haram.
Perkara haram tetap haram walaupun dibungkus dengan kebaikan. Selain itu, jika perbuatannya ditiru atau dinikmati sebahagian orang, selama itu pengamal rasuah tetap bergelumang dengan dosa mereka.
Komen: Yang haram tetap haram hukumnya walaupun cuba dibersihkan dengan membuat kebaikan...teringat kata-kata seorang teman lama "tak apa menggunakan wang sedemikian jika bukan berbelanja untuk makanan, kerana makanan akan jadi darah daging, tapi kalau dibelikan barang-barang masih ok lagi", manalah diletaknya kepala hotak dia dikala berkata demikian?
Tidak dilayan isteri bukan alasan untuk curang
Oleh Zainul Rijal Abu Bakar
bharian.com.my - 2011/04/11
Suami sepatutnya faham tanggungjawab berat wanita urus rumah tangga, asuh anakSAYA tertarik apabila membaca kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas (Bebas), Datuk Ibrahim Ali yang mendakwa isteri tidak bertanggungjawab menjadi punca suami melakukan hubungan sulit.
Beliau mendakwa, ada masanya bila suami ‘ada keinginan’ tetapi pulang ke rumah, isteri kata tunggu kerana ‘sedang masak’ atau ‘sedang bersiap untuk ziarah saudara-mara’. Dalam Islam, katanya, seorang isteri sepatutnya menghentikan apa yang sedang dilakukan untuk memenuhi tuntutan si suami.
Ibrahim mendakwa, kerana tidak mendapat layanan isteri, ada suami pergi ke tempat sulit untuk memuaskan nafsu serakah mereka.
Saya tidak pasti berkaitan kajian yang pernah dijalankan bagi menyokong penemuan ini. Perlu dikemukakan statistik berkaitan sebelum saya dapat mengambil pendirian dalam hal ini. Bagaimanapun, pada pandangan saya memang ada sedikit kebenaran kenyataan Presiden PERKASA itu khususnya tanggungjawab isteri melayan keinginan dan kehendak suami.
Memang ada di kalangan ulama sudah disepakati mengenai tanggungjawab isteri terhadap suami ini. Nas al-Quran dan hadis juga banyak boleh dikutip bagi menyokong hujah ini.
Persoalan juga timbul dari kenyataan itu adakah kebanyakan suami begitu rendah imannya melakukan larangan Allah semata-mata kerana isterinya tidak mahu memenuhi tuntutannya? Tidak ada jalan lainkah yang diajar agama bagi menangani masalah sebegini?
Dalam memperkatakan tanggungjawab isteri ini kita sebenarnya tidak boleh lari daripada meneliti tanggungjawab suami juga. Jika ingin mengambil Islam sebagai autoriti, kita mesti mengambil secara keseluruhan dan bukan dalam kompartmen tertentu saja.
Memang ada di kalangan ulama sudah disepakati mengenai tanggungjawab isteri terhadap suami ini. Nas al-Quran dan hadis juga banyak boleh dikutip bagi menyokong hujah ini.
Persoalan juga timbul dari kenyataan itu adakah kebanyakan suami begitu rendah imannya melakukan larangan Allah semata-mata kerana isterinya tidak mahu memenuhi tuntutannya? Tidak ada jalan lainkah yang diajar agama bagi menangani masalah sebegini?
Dalam memperkatakan tanggungjawab isteri ini kita sebenarnya tidak boleh lari daripada meneliti tanggungjawab suami juga. Jika ingin mengambil Islam sebagai autoriti, kita mesti mengambil secara keseluruhan dan bukan dalam kompartmen tertentu saja.
Memang benar isteri perlu berhenti daripada membuat perkara lain sekiranya suami mempunyai keinginan untuk bersama isterinya. Memang benar juga isteri perlu berhias untuk suami dan melayan suaminya. Tetapi, realitinya isteri itu turut dibebankan dengan tanggungjawab lain yang tidak perlu sebenarnya dipikul isteri. Urusan rumah tangga dan anak secara eksklusif digalas isteri.
Dalam Islam tugasan menyediakan makan minum suami sebenarnya bukan tanggungjawab hakiki isteri. Tetapi isteri sekarang bukan saja dibebankan dengan tanggungjawab memasak malah menjaga anak dan ramai juga yang berkerja bersama-sama membantu suami meningkatkan ekonomi keluarga.
Semua ini sebenarnya tanggungjawab suami yang perlu menyediakannya. Suami sepatutnya menyediakan pembantu rumah. Begitu juga halnya mengasuh anak.
Sekiranya semua ini disediakan oleh suami saya berpandangan pada masa itu, isteri wajib menuruti apa saja kehendak suami.
Dalam Islam apabila seseorang itu diberikan sesuatu keistimewaan ia bukan datang begitu saja. Ia sebenarnya juga disertakan dengan tanggungjawab. Lebih banyak keistimewaan diberikan lebih besar sebenarnya tanggungjawab yang disertakan. Setiap suami harus sedar tanggungjawab ini dan tidak hanya memikirkan hak dan keistimewaan diberikan kepada mereka saja.
Sebagai seorang manusia, isteri juga mempunyai perasaan dan kelemahan. Sudah pasti isteri yang pulang dari bekerja itu berasa letih dengan kerja di pejabat.
Amat tidak munasabah sekiranya isteri ini juga selepas pulang dari kerja dibebankan lagi dengan pelbagai tugasan lain sedangkan si suami duduk menonton televisyen ataupun beristirehat saja. Sebagai ketua keluarga suami perlu menjaga kebajikan keluarganya. Suami akan dipersoalkan kelak sekiranya gagal mentadbir keluarganya dengan baik.
Saya sangat percaya jika suami isteri mengambil neraca Islam sebagai panduan keharmonian rumah tangga mereka sudah pasti tiada seorangpun akan teraniaya dalam keluarga. Malah isu mengadakan hubungan sulit dengan orang lain juga tidak akan timbul kerana hubungan suami isteri itu disulami dengan sulaman akhlak budi pekerti dan ketakwaan.
Keengganan isteri melayan suami bukan tiket kepada suami untuk berlaku curang. Islam mengajar bagaimana mendidik isteri nusyuz atau derhaka kepada perintah sah suaminya. Pada awalnya suami hendaklah menasihati isteri supaya tidak derhaka kepada suaminya.
Sekiranya masih berdegil maka hendaklah diasingkan tempat tidur antara suami dan isteri dan sekiranya isteri itu masih berdegil ingkar kepada arahan suaminya dibenarkan kepada suami itu memukul isterinya bagi tujuan mengajar.
Bagaimanapun pukulan itu hendaklah tidak mencederakan isteri dan tidak boleh dipukul pada bahagian tertentu seperti muka dan bahagian sulit.
Wanita dijadikan Allah daripada tulang rusuk sebelah kiri lelaki. Tulang rusuk ini begitu dekat dengan hati sebagai simbolik wanita itu hendaklah dicintai. Wanita tidak dijadikan daripada tulang di kepala untuk dijunjung ataupun tulang kaki untuk dipijak. Begitu indahnya kejadian wanita dijadikan Allah untuk kita fikirkan bersama.
Berbalik kepada kenyataan Ibrahim tadi, saya menyarankan tidak kira suami ataupun isteri perlu melihat dalam diri mereka sendiri terlebih dulu sebelum menuding jari mendakwa orang lain melakukan apa-apa kesilapan ataupun menjadi penyebab berlakunya gejala sosial.
Mendakwa orang lain menjadi penyebab kepada perlakuan salah seseorang yang lain amat tidak adil. Sebaliknya kita hendaklah melihat kepada diri sendiri sebelum mengatakan orang lain bersalah.
Penulis adalah Presiden Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan boleh dihubungi di zainul.rijal@abubakar.my
Komen: Menuding jari kepada orang lain..tetapi 4 jari lagi menuding ke diri sendiri...saya amat tidak setuju dengan statement Ibrahim Ali....walaupun saya selalu mengiakan statement2nya sebelum ini mengenai hak2 orang Melayu...tetapi kali ini sebagai seorang perempuan, saya amat2 tidak bersetuju...kalau diikutkan statement beliau itu...ramai suami yang curang kerana kurang layanan isteri...mana letaknya keimanan si suami...mungkin isteri keletihan melayan kerenah anak2, memasak, membasuh, mengemas dsbnya...al-maklumlah suami kan raja dalam rumah, so dia duduk depan tv ajelah sementara isteri menyediakan makan malam dsbnya...dan sekarang ini kebanyakan isteri bekerja untuk membantu ekonomi keluarga...maknanya membantu suami... mana letaknya hati perut suami jika dalam kepenatan itu minta dilayan bagai raja pula?
tetapi saya ingin mengucapkan syukur kehadrat Ilahi kerana saya dikurniakan suami yang ringan tulang, membantu kerja2 rumah (menolong membasuh / melipat baju, mengemas rumah dsbnya), barulah layanan saya terhadapnya pun tidak berbelah bahagi dan tip top ('daddy, hope that i've given u the best and will always give u the best ever').
ini tidak, balik rumah jengah anak isteri sekejap, keluar semula untuk ke gymlah, futsal lah...balik siap2 nak makan...lepas tu...tidur malam nakkan "cengkaman rimau"...adil kah? bila terkurang sikit ajer... mula menggatal di luar..kalau isteri dapat kurang layanan ataupun dapat tau suami curang...kemudian dia pula mencari lelaki diluar, bagaimana? salah suami kah atau salah isteri juga?
Tuesday, April 5, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)