Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 17, 2013

Apabila si bulus meningkat tua...



Apabila Kucing Meningkat Tua,

Kucing tidak akan hidup selama-lamanya, walaupun kita mahukannya begitu. Apabila kita berkongsi kediaman kita dengan kucing selama beberapa tahun, dia akan menjadi sebahagian dari ahli keluarga, dan hubungan emosi yang kuat akan terbina.

Kucing memberikan rasa kasih yang tidak ada penamat dan tanpa bersyarat. Samada anda hensem atau tidak, cantik atau tidak, kaya atau miskin, kucing anda akan tetap bersama anda dan tidak akan mempersoalkan anda.

Kita boleh mencegah banyak masalah yang boleh mengancam atau mengurangkan jangka hayatnya. Kucing adalah haiwan yang sangat pandai menyembunyikan masalahnya, maka apabila umurnya semakin meningkat kita perlulah lebih peka terhadap sebarang perubahan dalam aktiviti harian dan perilakunya.

Pengesanan awal adalah kunci untuk meningkatkan hayat kucing dan memperbaiki kualiti hidupnya.

Berapa Lama Kucing Saya Akan Hidup?

Ada beberapa formula boleh digunakan untuk menganggarkan umur kucing dengan nisbahan kepada umur manusia. Secara umumnya boleh dikatakan kucing berumur 7 tahun bersamaan dengan manusia berumur 1 tahun.

Sebenarnya kucing mengalami pertumbuhan yang lebih pesat dalam beberapa tahun terawal dalam hidupnya. Jadi untuk tahun-tahun terawal kucing adalah bersamaan dengan lebih dari 7 tahun manusia.

Mungkin ada yang tertanya-tanya berapa purata umur kucing, kebiasaannya adalah antara 13 hingga 15 tahun, terutamanya jika kucing itu dipelihara sebagai indoor. Tapi semasa saya di klinik dahulu banyak juga kucing yang berumur sehingga 19 – 20 tahun.

Jika kucing dibenarkan keluar dari rumah, jangka hayatnya akan berkurang disebabkan risiko yang ada di luar sana. Kucing terdedah kepada lebih banyak penyakit dan bahaya seperti racun, atau musuh utama kucing iaitu…kereta dan manusia (kanak-kanak yang suka menyiksa binatang).

Timbul pula persoalan baru, apa yang dikatakan 'tua'? Susah juga nak tentukan bila sebenarnya kucing itu akan dikategori sebagai tua. Biasanya kita akan (atau sepatutnya) memulakan program khas penjagaan kesihatan apabila kucing menjangkau umur 7 atau 11 tahun. Apabila kucing mencecah umur 12 tahun, kebanyakan kucing akan mula merasai kesan penuaan.

Terdapat beberapa penyakit yang muncul pada kucing disebabkan proses penuaan. Setiap sel dalam badan haiwan (juga manusia) diprogramkan untuk berfungsi pada sekadar-kadar waktu sahaja, dan kadaran itu berbeza-beza untuk setiap individu binatang walaupun untuk spesies yang sama. Dalam erti kata lainnya, kucing dan seluruh tubuhnya (termasuk kita) mempunyai expired date.

Sesetengah binatang kelihatan tua pada umur 10 tahun, manakala yang lain pula lebih tegap dan masih bertenaga pada umur 15 tahun. Setengah organ tubuh kelihatan lebih cepat tua berbanding organ lain, dan inilah antara sebab mengapa beberapa masalah kesihatan lebih kerap berlaku pada kucing tua.

kredit: Dunia Kucing (DK) FB

No comments:

Post a Comment