Kredit Dunia Kuching (FB)
Pertama kali aku melihat seekor kucing kurap di tepi longkang pasar berhampiran bandar aku memandangnya dengan pandanagn menjijikkan. Ikutkan hati, mahu sahaja aku baling tin cincau biar kena tepat-tepat di atas kepala dia. Hampir sejam aku berada di pasar itu, kucing itu masih di situ dengan gaya yang kurang menyenangkan.Di tanganku ada dua kilo ikan kembung yang dipesan oleh ibu. Tak semena-mena aku berjalan di hadapan si kurap itu, dia ikut aku macam aku tuan dia.
Tiba-tiba, aku terdengar bunyi kucing itu mengiau dengan nada yang tidak sekata. "Kucing kurap itu," lintasan hatiku terdetik. Dalam kebanyakan orang yang lalu lalang seorang pun tidak pandang kucing itu. Aku hanya memandang dari jauh. Ya Allah, dia cuba mengensotkan badannya ke tapi jalan dalam keaadan terlalu lemah yang menyebakkan hatiku.
Aku terperanjat apabila seorang makcik meluru ke kucing itu tadi sambil membawa penyapu dengan nada marah "Kaulah kucing yang curi ikan aku selama ini. Matilah kau!" Mak cik itu kelihatan sangat marah. "Mak cik, sabar-sabar.. Dia pun nak hidup. Nah, Makcik ambil ikan saya ini sebagai ganti rugi," Aku pun tak tahu betul ke tindakan aku ini. Kadang-kadang terasa bodoh pula, kerana seekor kucing kurap, aku bagi selamba saja ikan itu kepada makcik yang mengamuk tadi. Sambil memegang kucing kucing itu, aku berlalu pergi.
Entah apa pula aku nak bagi alasan kepada ibu. Lamuan aku sambil memegang motosikal terhenti dek bunyi kesakitan itu. Aku tidak pandai nak merawat kucing itu. Akhirnya, aku terpaksa cari klinik berdekatan. "Kliik Azmi & Azman, hmm..bolehlah, klinik manusia pun tak kan tak tahu pasal haiwan?" Kata hatiku.
"Assalammualaikum cik, boleh saya bantu?" Jururawat klinik bertanya. "Kucing ini baru accident, boleh tak rawat dia? Tolonglah, sebentar saja," Sambil tergelak dia berkata, "Ini klinik manusialah,cik" Rupa-rupanya perbualan kami didengari doktor. Doktor itu memanggil aku itu ke bilik. Kebetulan masa itu tiada pesakit menunggu. "Apa nama kucing awak ni?"
Aku tak sangka pula doktor nak tanya fasal itu. Tak dapat tidak, aku terpaksa mengaku si kurap ini kucing aku. "Err..namanya Miko," Doktor itu senyum sahaja sambil merawat kucing itu. Doktor itu kata kucing itu patah kaki lalu beliau beri sedikit ubat. Usai sahaja kaki miko dibalut, doktor itu memegang tangan aku sambil memberi sapul dan mengatakan aku seorang yang baik kerana sanggup mengambil kucing jalanan yang kesakitan.
Mungkin aku tak pandai menipu. Sampai sahaja di rumah, aku pantas menyembunyikan Miko di dalam pasu bunga besar "Along, dah beli ke ikan yang ibu pesan itu?" soal ibuku. Sekali lagi aku rasa hendak menipu buat kali ke dua, tetapi belum sempat aku bersuara mak aku dah kata "Tak payah belilah, jiran sebelah dah bagi tadi,"
Inilah rancangan Ilahi. Dia yang menyusun atur drama kehidupan manusia dengan begitu kompleks sekali. Siapa sangka? Baru teringat fasal sampul yang diberikan oleh Doktor Azmi tadi. Ada kad yang tertera nama dan alamatnya. Dan terselit duit RM200. Eh, sepatutnya akulah yang kena bayar rawatan Miko, tapi ini lain pula jadinya. Mungkin ini duit bagi menggantikan ikan yang aku 'pajakkan' tadi. Allah ganti dan gandakan ganjaran tersebut, kemudian disampaikannya melalui makhluk-Nya
Sebulan sudah berlalu, aku selalu memandikan Miko. Setiap kali pulang ke rumah, aku akan pastikan Miko diberi makan. Miko dah bertambah segar dan manja. Miko dah macam Garfield. Buluna terlalu cantik dan kemas. mungkin itu sebabnya Khay, adik perempuan aku yang darjah empat tu suka bermain dengan Miko.
Masih kuingat suatu ketika, rumah jiranku dipecah masuk oleh pencuri. Mikolah yang menjadi hero mengejutkan kami sekeluarga untuk menangkap pencuri itu. Miko juga menjadi security guard di rumahku dari ancaman tikus perosak.
Namun, segalanya berubah hanya sekelip mata. Ketika itu, Khay sedang menulis seorang diri di bangku halaman rumah, tiba-tiba seekor ular sawa meluru ke arahnya. Mujurlah Miko ada ketika itu. Dialah yang bertarung sehingga nyawa-nyawa ikan. Aku yang baru tahu, segera memukul ular sawa itu sehingga mati. Lantas terus memeluk Miko.
Aku tak mampu menahan air mata lagi. Aku terus ke klinik berdekatan. Semuanya tutup kerana cuti umun. Kad Dr. Azmi adalah harapan terakhir aku. Aku memecut laju ke rumahnya sambil memegang Miko yang nazak. Kebetulan Dr. Azmi sedang membaca buku di halam rumahnya. Aku tidak berkata apa-apa lagi. Mataku merah. Hanya mampu menyerahkan Miko dengan harapan dia 'kembali'. Waktu itu aku sudah menjangka Miko sudah sampai penghujung hayatnya. Inilah kehidupan, yang hidup pasti merasai kematian ..
Kredit: KucingManja
No comments:
Post a Comment