Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, August 5, 2013

Pemuda Malaysia Ambil Keputusan Berperang Di Syria! AllahuAkbar....

Kredit:  apaceritadotcom.

SEORANG pemuda warga Malaysia yang pada mulanya hanya pergi menghantar bantuan kemanusiaan di Syria mengambil keputusan untuk terus tinggal di sana dan mengangkat senjata menentang tentera rejim syiah Basyar Assad.

Faisal Hamdi, anak muda kelahiran Alor Setar, Kedah namun menetap di Kuala Lumpur dikatakan berlepas bersama kumpulan team kemanusiaan ke Syria untuk berkhidmat membantu rakyat dan pelarian Syria pada 28 Julai lalu.

Namun tidak tahan melihat kekejaman berlaku di Syria dan dia sendiri sudah lama memendam hasrat untuk jihad fisabilillah, Faisal dikatakan menyertai mujahidin Free Syrian Army (FSA) untuk turut sama menggempur rejim Syiah Basyar Assad.

Keputusannya ini disokong oleh keluarga malah isterinya, dilihat turut memberikan kata-kata semangat.
Bagaimanapun dalam gambar yang memaparkan dirinya memegang senapang, Faisal meletakkan ‘disclaimer’ bahawa keputusan untuk bertempur dengan tentera rejim adalah keputusan peribadi dan tidak melibatkan kumpulan team kemanusiaan yang diwakilinya.

Sebagai persediaan sebelum berjihad di Syria, Faisal dikatakan sudah mempersiapkan diri termasuk dengan menyertai latihan keras rejimen askar wataniah di samping mendalami ilmu agama.


Jika dilihat pada laman Facebook Faisal, dia sentiasa memberikan update terkini keadaan di Syria termasuk kawasan tempatnya berada yang sering digempur rejim Basyar. – REM RAMZI

No comments:

Post a Comment