Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, May 13, 2013

Apa kata Anuwar buat demo kat Singapore plak...mungkin LKS boleh bagi green light.....lagipun DAP ngan PAP kan sedara...bolehlah si anuwar ni gunakan LKS untuk ke singapore ni kan....

Singapura boleh tamat visa

2013/05/13 - 06:55:31 AM

Penganjur, peserta bantah PRU-13 di Merlion Park kena tindakan

Kuala Lumpur: Polis Singapura memandang serius kesalahan dilakukan 21 rakyat Malaysia yang ditahan Rabu lalu, ketika berhimpun di negara itu bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). 

Dalam kenyataan dikeluarkan polis Singapura menerusi laman Facebook miliknya, pihak berkuasa negara berkenaan akan mengambil tindakan tegas terhadap penganjur dan peserta yang berhimpun di Merlion Park. 

Ini termasuk kemungkinan menamatkan pas kerja serta visa semua mereka dengan serta-merta jika sabit kesalahan. 

“Kami ingin menegaskan bahawa warga asing dibenarkan bekerja atau tinggal di sini, namun mereka perlu mematuhi undang-undang negara kami. Mereka tidak sepatutnya membawa isu domestik dari negara asal ke sini. 

Pas kerja ditamat 

“Pas kerja dan pas lawatan mereka ke Singapura sedang dikaji semula oleh pihak berkuasa. Sekiranya didapati bersalah, ia mungkin ditamatkan,” katanya. 

Kelmarin, polis Singapura menahan 21 rakyat Malaysia selepas menunjuk perasaan di Merlion Park bagi membantah keputusan PRU-13 pada 5 Mei lalu. 
Penahanan itu dilakukan selepas amaran dikeluarkan terhadap sembilan rakyat Malaysia kerana ‘mengambil bahagian secara aktif dalam perhimpunan haram’ di Merlion Park, jam 4.50 petang, Rabu lalu. 

Menurut kenyataan berkenaan, sehari sebelum perhimpunan diadakan pihak berkuasa Singapura menerima satu maklumat bahawa seorang lelaki, Jolovan Wham menyiarkan mengenai penganjuran bantahan terbabit secara atas talian dan mengajak orang luar turut serta. 

“Kami mendapati dia turut menjemput orang ramai menyertai perhimpunan itu bagi menunjukkan tanda sokongan mereka terhadap protes yang diadakan di Malaysia,” katanya. 

Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Md Hussin Nayan, berkata protes diadakan tanpa permit dan mereka yang secara sedar menganjurkan dan menyertai aktiviti haram itu perlu menanggung akibatnya. 

Kaji akibat 

“Saya berharap rakyat Malaysia yang bekerja dan belajar di Singapura melihat akibat yang bakal ditanggung mereka sebelum menyertai aktiviti haram,” katanya kepada BERNAMA ketika dihubungi, di sini. 

Md Hussin berkata, rakyat Malaysia perlu belajar untuk menghargai aspek positif kehidupan di negara tuan rumah dan kembali menyumbang kepada proses penyatuan nasional di Malaysia selepas PRU-13.

No comments:

Post a Comment