Ditulis Oleh:
Tengku Fariduddin
Begini kisahnya, waktu rehat di sekolah
anak saya akan makan bekal yang dibawa dari rumah, makan bersama-sama kawannya Amira (bukan nama sebenar) di kantin sekolah. Anak saya selalunya akan bawa nasi goreng dan Amira selalunya bawak roti kosong 2 keping yang dibungkus dalam plastik. Roti itu
dia akan cicah dengan air sirap yang dia bawa dari rumah.
Itulah rutin bekalan harian yang di bawa oleh Amira setiap hari. Anak saya pun selalunya memang bawa nasi goreng ler coz itu memang peberet dia. Amira memang suka sangat makan nasi goreng tu dan anak saya tak
kisah untuk berkongsi nasi tu, dia memang hari-hari bagi Amira makan nasi goreng tu. Mungkin Amira dah jemu agaknya sebab hari-hari bawak roti kosong jer cicah air sirap.
Suatu hari anak saya bersuara kepada Amira, Mira..aku teringin nak makan nasi goreng kau, kau asyik bawak roti je, apa kata esok
kita bawak nasi goreng sama-sama nak. Nanti kita makan tukar-tukar kat kantin.
Amira termenung, nampak muka dia macam tak sedap. Alahh tak nak lah nasi goreng aku tak sedap lah.ko mesti tak nak makan nanti Alahhh ko bawak je, ko belum bawak, ko dah kata nasi goreng ko tak sedap ko bawak je la mesti sedap punya.
Ok la kau punya pasal esok aku bawak, aku bawak nasi goreng special untuk kau. Yeeaaahhh anak saya suka sangat sebab Amira setuju nak bawak nasi goreng esok.
Sampai di rumah,
malam hari sebelum tidur. Amira cakap kat mak dia yang esok dia nak bawak bekal nasi goreng dia tak mahu bawak roti kosong 2 keping tu. Mak boleh tak esok Mira nak bawak bekal nasi goreng ? Mak Mira terkejut apa
sayang ? Esok Mira nak bawak nasi goreng, Kenapa? Esok Mira ada jamuan ke ?
Nasi goreng apa yang mak nak buat? Tak ada rencah untuk mak buat nasi goreng esok, Mira bawak roti je la. Alahh mak boleh lah tak payah bubuh rencah pun tak apa, mak taruk telur je pun dah ok.
Ya lah baik la esok mak buat nasi goreng untuk Mira ya, telur pun tinggal sebijik je tau dah malam-malam buta ni mana nak carik telur bawang pun dah habis tu takpe la mana yang ada je lah.
Keesokkannya dalam dalam kelas anak saya tanya Mira, Mira ko bawak nasik goreng tak ? Aku bawak ni Mira senyum.
Kau bawak tak Mira ? Bawak le aku bawak kan semalam dah janji.
Ok cayalah tak sabar nak makan nasi goreng ko Mira oiii.
Jam 10.00 pagi loceng rehat bunyi mereka berdua berlari ke kantin nak tukar-tukar nasi goreng.
Sampai di kantin, Mira kau nak air tak? Hari ni aku belanja kau air, kau nak air apa? Aku belikan.
Alah tak kisah air apa-apa pun tak apa aku minum je.
Alahhh Mira kenapa ko tak buka bekal lagi ni, ko duk diam je kat situ apasal ? ya la aku tunggu kau datang bawak air kita buka bekal sama-sama.
ooo ya ker jom jom kita buka bekal.
Amira pun keluarkan ‘bekas’ nasi goreng dia dari dalam beg plastik, Mata anak saya tidak berkelip.
Amira mana nasi goreng kau? Ko bawa apa ni ? Ni lah nasi goreng aku kau buka je lah.
Tuan atau Puan nak tau ? Nasi Goreng tu diletakkan dalam bekas sabun Axion pencuci pinggan cap Lemon warna kuning bekas tu.
Amira kenapa kau letak nasi goreng dalam bekas Axion ni ? Mak ko tak marah ke ? Tak rasa sabun ke nanti ?
Tak la mak yang bubuh dalam bekas tu, kat rumah aku mana ada tupperware macam ko, memang kami pakai balik bekas sabun tu, standard la kami memang dah biasa macam ni.
Air mata anak saya mula bergenang tunggu masa untuk tumpah.
Mira kenapa kau tak cakap yang kau takde bekas untuk bawak nasi ni, aku boleh bagi kau bekas, kenapa kau tak cerita dengan aku Mira kau ni kan.
Mira tunduk tolong jangan nangis boleh tak ? Semalam kau yang cakap kau nak makan sangat nasi goreng aku kan? Sekarang aku dah bawak apasal ko nangis plak ? Makan je la.
Mira aku rasa bersalah sangat sebab menyusahkan kau, takpe lah Mira jom kita makan, kau makan nasi goreng aku, aku nak rasa nasi goreng ko.
Ehhh tak per..tak per..kau makan je nasik goreng kau, nasi goreng aku tak sedap bubuh dalam bekas sabun pula tu.
Mira jgn ckp mcm tu, bagi sini aku rasa nasi goreng kau, ya la rasa sesudu je kompom tak sedap tu.
Anak saya pun makan rasa sesudu, memang betul pun tak sedap, nasi goreng Amira putih meleset takda rencah, takda rasa pun tawar je, tapi anak saya tak kisah dia tak merungut pun.
Cuma masa Mira suap nasi goreng tu, air mata dia plak berlinang, anak saya tanya kenapa kau nangis, dia cakap tak ada apa, takpelah, kita makan je la.
Semasa anak saya cerita kisah ini kepada saya, saya menangis tapi saya tidak menangis semasa itu. Saya tidak mahu menangis di depan anak saya. Saya kuatkan semangat untuk mendengar cerita dia sampai habis.
Selesai anak saya bercerita saya cakap kat anak saya, esok bawak bekas tupperware kat dapur tu bagi kat Amira ya cakap kat Amira bekas ni hadiah dari keluarga kita.
Lepas tu saya bangun terus keluar tengok-tengok kereta, sebenarnya bukan saya tengok kereta saya menangis semahunya kat tepi kereta tu, tak sangka sangat di zaman moden ni masih ada lagi anak-anak kita yang hidup menderita sedih dan sayu
hati ni.
Kepada orang kaya di luar sana ingatlah dalam kemewahan yang kamu kecapi sekarang ni ada saudara kita yang hidup dalam keadaan memilukan.
Saya berdoa kepada
Allah agar semua orang yang tidak berkemampuan ini di murahkan rezeki oleh Allah dan ditabahkan hati mereka dalam menghadapi segala dugaan Aminn.
Semoga kisah ini boleh celik kan mata kita.
Terima kasih.
HarianIslam : Sama-samalah kita menolong mereka yang berada dalam kesusahan. Sesiapa yang mengenali kanak-kanak yang senasib seperti Amira, bantulah mereka.
Hulurkanlah tangan kasih sayang biarpun bantuan kita itu tidak mampu menghilangkan beban mereka. Sekurang-kurangnya.. dengan sedikit perhatian yang kita berikan itu, mereka kan lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan, bersungguh dalam pelajaran seterusnya keluar dari kepompong kefakiran