kita tidak mengetahui apa yang menunggu kita di hadapan, yang pasti apa yang telah kita tinggalkan dibelakang. kita patut menoleh sekali sekala ke belakang untuk kita menjadi manusia yang lebih positif dan pada masa yang sama tidak lupa dari mana kita datang. kita juga patut belajar dari kesilapan yang telah kita atau orang disekeliling kita lakukan, supaya tiada ulangan kesilapan yang lalu. terjadi sekali kesalahan - itu kesilapan dan kita patut belajar darinya untuk tidak mengulanginya lagi, berlakunya kesalahan yang sama pada kali yang kedua, itu bukan silap, itulah kita sebenarnya. macamana cara kita nak membaiki diri kita? hanya kita yang boleh melakukannya, bukan orang lain, bukan mami or daddy, atau cikgu2, nobody can change you or be what they want you to be, it's all about you, yourself. so, mami harap anak2 mami jadilah anak yang baik, teman yang setia, murid yang patuh, hamba yang taat kepada Allah, kerana hanya dengan membuat kebaikan, hati kita merasa aman dan tenteram. dalam pergaulan seharian, kita akan berjumpa dengan berbagai2 ragam manusia, bersabarlah dengan mereka yang anak2 mami rasa kurang disenangi, kita tak tahu, mungkin satu hari nanti, orang2 yang kita kurang senangi itulah yang akan membantu kita, kerana rambut dan hati tidak sama. mami harap anak2 mami paham apa yang mami cuba sampaikan ni.
No comments:
Post a Comment