dalam pada tu, mami masih lagi berutus surat ngan budak tu. mamat tu dah senyap dah, takder citer langsung pasal dia. at the same time bnyk gak yang meminang, yang tak penah kenal dan tengok muka pun masuk pinang, ish... org dah kata taknak kawin, taknaklah....
oleh kerana tidak dibenarkan meninggalkan rumah ke jb or kl untuk cari kerja, mami buat keputusan cari kerja kat muor aje, and you know what? mami kerja balik kat kilang perabut yang dulu tu..nak cari duit poket, kalau ada interview mana2 senang nak pegi, kalau mintak tok abah mesti takder punya kan. bayangkanlah, kawan2 mami dah duduk bilik hawa dingin, mengetuk mesin taip, komputer, tapi mami mesin papan untuk buat perabut. nak buat macamana? what choice do i have? takder..mami selalu pikir positif, apa yang atok abah buat adalah yang terbaik untuk mami. mungkin mami akan lupa diri nanti bila di bandar sebab mami nak jadi singer kan. tentulah mami akan keluar masuk lounge or pub, buat part time dan kalau tak tau bawa diri, mungkin boleh tenggelam dibuatnya. so mami terima apa yang atok abah dan atok mak buat untuk mami. .
july 1988 mami kena hadiri konvokesyen kat pwtc. alamak camaner ni ek? baju takder lah...tetiba mami teringat yang mami ada beli kain sari RM15.00 jual longgok tapi belum buat baju. baju tu lah mami tempah buat kurung moden untuk dipakai masa hari konvokesyen tu. dah jadi baju, cantik gak. masalah lagi...kasut takder...ish ish..nasib baik ada kasut putih lama dah kasut ni tapi pasal color dia putih, dah comot2 sikit, mami lap pelan2 dengan kain basah bagi cantik semula, jemur kat matahari. handbag lama yang mami beli ngan harga RM5 pun ada, so kira oklah tu. tapi yang paling mami sedih, tok mak ngan tok abah tak dapat ikut...tak dapat tengok anak dia ni naik pentas terima diploma selepas melalui macam2 kepayahan...Allah aje yang tahu hati mami masa tu, dahlah tok mak jual ayam2 dia sebab nak cukupkan duit poket mami, takut mami kehabisan duit masa kat kl. sedih sedih sedih...mami tengah nangis ni...sebab tulah seboleh2nya sekarang ni mami cuma hadirkan diri dalam segala aktiviti anak2 mami disekolah, walaupun mami sibuk bekerja, sebab mami tak mau anak2 mami terasa, atau berkecil hati dengan mami, walaupun anak2 mami kata takper, rambut dan hati lain kata2nya...mami tau tu...
tapi walau bagaimanapun, mami dapat juga pergi ke kl dengan seorang lagi kawan mami dari segamat, rumiah semirono nama dia dan seorang pensyarah stenography. kami pergi naik train dari segamat, turun kat kl, mami tumpang rumah atok ngah kat flet wangsa maju, tidor 2 malam kat situ sebab ada raptai masa tu. pada waktu ni, mami ada hint ngan budak tu, kalau nak jumpa datanglah ke pwtc, tapi dia tak datang pun, hampeh... telefon pun tidak, nampak sangat mami aje yang terhegeh2 kan...hahahahaha...dapatlah jumpa kawan2 lama dengan baju dorang yang cantik2, diiringi oleh parents masing2, sumer orang tanya mana parents mami, terpaksalah bohong sunat, "ada hal lain"... ada yang dah bekerja, bertunang dll.. mami masih tetap mami yang dulu, sama macam tak masuk itm aje..nasib nasib...
selesai dari konvokesyen tu, mami balik semula ke muar dengan kerja di kilang perabut tu..tak lama kerja di kilang perabut, mami dapat kerja kilang electronic MAN yang baru buka dekat dengan rumah kita. kilang jepun. oklah kilang ni, taklah berabuk. kiranya group mami adalah pioneer, gaji pun boleh tahan. tengah seronok2 kerja kat kilang MAN ni, tetiba mami nak tukar angin kerja kat kilang undergarments brand triumph kat bandar muar. sebab gaji dia lagi besar. mami pun cabut kerja kat kilang triumph bahagian potong kain. mami masih lagi berutus surat dengan budak tu. banyak kata2 nasihat yang budak tu berikan untuk mami dan kami saling menasihati..dia kata dia masih tak jumpa pengganti kawan mami...mami kata mami tak cayakan lelaki lagi... macam2lah... begitulah seterusnya untuk beberapa bulan bila tiba2....
kuang kuang kuang... nanti mami sambung eh... ada kerja sikit, for the time being baca yang ini dulu ya.....
Salam
ReplyDeleteRasanya budak tu bukan tak nak datang tapi ada kerja di ITM Shah Alam kerana terpaksa jaga tapak Pesta Konvo di ITM masa tu......busy...
eh .... budak mana lak yang tau pasal budak tu ek....
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteElah budak mana lagi ...budak tulah....