NI SAMBUNGAN DARI MAMI PART 1:Alhamdulillah, mami diterima masuk ke uitm, tapiiiii...
masalah tetap ada, macamana tok abah nak sediakan duit untuk mami mendaftar masuk nanti? masa tu mami berfikir, hati terasa amat sedih, kerana peluang dah ada tapi kewangan menjadi masalah pula. atok abah amek keputusan mudah, "tak payahlah sambung belajar lagi, abah tak mampu, adik-adik kau yang lain pun nak sekolah jugak, itupun abah nak kena tanggung", anak ini tidak mampu berkata apa2, cuma airmata aje meleleh kat pipi. tapi mami kesal jugak sebab masa pergi interview, he took the time to take me to segamat with his motorbike, naik kebas kaki duk atas motor tu dari muar ke segamat. lepas interview tu balik, on the way balik kat bukit pasir, tayar motor tok abah pancit, mami ngan tok abah terpaksa tolak motor tu ke worksyop, jauh jugaklah, berpeluh celah2an...hehehe... tapi mami tak pernah bersungut, dah nak pegi sangat interview kan, dan nasib baik atok abah tak mengamuk, kalau dia mengamuk, lagi mami susah hati.
ramai yang tak setuju dengan keputusan tok abah tak bagi mami pergi belajar, orang lain yg nak belajar lagi tak dapat, tapi mami bila dah dapat, tak dibagi peluang belajar pulak!!tapi masalah sekarang ni, mana nak cari duit ek?...few days before the registration, atok abah panggil mami, tanya betul ke nak belajar, mami tak mengiakan, tidak juga menidakkan, kalau dah siap pegi interview, takkanlah tak mau belajar kan,.. good news was, atok abah kata "pergilah belajar, jangan main2 plak bila belajar, kita ni orang susah" meleleh lagi airmata mami, Alhamdulillah...yea yea aku dapat masuk itm yea yea.....
tiba hari yang ditetapkan oleh itm (jan 1985) mami dihantar oleh tok abah, tok mak dengan menyewa van ke itm segamat. sedihnyer bila tok mak tinggalkan mami selepas pendaftaran, mami tak babai tok mak pun, lepas salam cium tangan tok abah ngan tok mak, mami terus masuk rumah (masa tu itm segamat belum ada permanent campus lagi, sewa rumah2 dan rumah kedai di bukit siput tu). selepas maghrib hari yang sama, bermulalah minggu silaturrahim bagi pelajar2 baru macam mami ni.
ramai sungguh pelajar2 baru hari tu, mami pulak bukan jenis yang ramah tamah sangat, dah orang cop mami sombong. tapi takper, tak kenal maka tak cinta kan. penatnya minggu silaturrahim tu, hari2 ceramah2, kawad2, penat tak terhingga, program habis sampai pukul 12 malam, lampu kena tutup, baju pun tak sempat basuh, nasib baik baju dalam ngan seluar dalam cukup..hehehehe...
tapi mami rasa, mami sedikit beruntung sebab 2 hari sebelum penutup minggu silaturrahim, dorang tanya saper yang berminat nak masuk bakat itm semester tu untuk freshies..dengan secara automatik, mami angkat tangan, so mami banyak praktis lah 2 hari sebelum malam penutup tu. jeng jeng jeng... mami nyanyi lagu MAMA (penyanyi indon) mami lupa lak nama penyanyi tu, tapi lirik sampai hari ni ingat, and i won...yeaaaaaa... dapatlah hamper.... malam tu semua freshies diarahkan pergi ke dormitory masing2, sumer barang2 kena angkut sendiri, nasib baik tak jauh dari rumah yang mami duduk for a week tu.. malam tu tidor tak bangun2 sehingga ke maghrib keesokan harinya, without beakfast, lunch, mata lagi penat dari perut yang kosong. bila bangun mata bengkak, tanda orang terlebih tidur, alamak, camaner nak gi makan kat kanteen ni, dahlah senior dah masuk mendaftar, malunya, mesti kena ejek ni..tapi perut punya pasal, kuatkan semangat, pergi makan sorang2. masa makan langsung tak angkat muka dari tray, malu nk tengok muka2 senior. mana tak, tiap kali kita suap nasi ke mulut, ada aje mulut2 gatal yang tolong bunyikan "aum, aum, nyum nyum" mendengki betullah...tapi bila mami ingat semula, mami ketawa sorang2..
hari2 berikutnya seperti biasa, masuk kelas macam biasa, mula dapat kawan... kawan2 bila dah mula kenal mami tak sangka, dorang ingat mami sombong..but im not, cuma muka je cam tu....tapi hati baik noooo.... mami aktif menyanyi, masa sukan tiga penjuru antara johor, melaka dan pahang, mami kena nyanyi...mewakili itm johor, best giler masa tu, johor ada band sendiri, mami jadi penyanyi tetap itm johor masa tu... tapi tak lama sebab bila itm bertukar pengarah, segalanya berubah. band tidak dibenarkan lagi, masa tu mami tak dapat nak nyanyi lagi..simpan ajelah minat tu, tapi during secretarial nite every semester, mami akan nyanyi..itu wajib..hehehe
tapi bukan semua kenangan manis semasa di itm, pada semester ke 4, sekali lagi mami menghadapi masalah kewangan, atok abah dah tak sanggup nak tanggung mami, sebab nak daftar ke semester ke4 tu, duit takder, dia suruh mami berhenti aje. sebagai anak, apa yang boleh mami buat, tak tau nk buat apa dah. cuti semester masa tu, mami tak boleh nak cari kerja pun, sebab atok mak beranak lagi, so mami kena jaga atok mak yang dalam pantang masa cuti semester mami, masa tu atok mak bersalinkan makcik dila, sebab tulah tak cukup duit aje, sebab tok abah tambah koleksi anak aje..tapi tak boleh merungut jugak sebab itu semua urusan Allah. kadang2 mami rasa berdosa sebab mami pernah cakap ngan atok mak "mak, sudah2lah beranak tu mak, yang ada pun tak tertanggung nak bagi makan, sekolah, tapi mak asik beranak aje, 'orang' dah besar mak, malu ngan kawan2 sebab mak ni asik beranak aje" terdiam atok mak bila mami cakap macam tu, tapi mami dah tention masa tu, what else should i think kan?..atok mak cuma kata "bila ko dah kawin,taulah ko macamana nanti" mami terus terdiam sebab rasa bersalah...
Allah itu maha berkuasa, apa yang berlaku adalah urusannya, seorang hamba Allah ni memberikan pertolongan, walaupun mami menitiskan airmata bila dia berkata2 sesuatu yang amat menyedihkan sebelum menyerahkan duit untuk mami sambung belajar, terdetik dalam hati mami, ikhlaskah pertolongan hamba Allah ni. dia pun bukan org lain.. org yang cukup kami semua kenal... maka mamipun meneruskan kuliah mami dikampus seperti biasa.
di kampus ni, mami ada sorang best friend, budak muar jugak. boleh dikatakan macam adik beradik ngan dia ni. susah senang mami dia tau. sampaikan mami tak sambung belajar pun, dia nak mintak tolong dengan mak dia bantu mami, mana nak jumpa kawan macam tu kan... tapi oleh kerana mami dah dpt bantuan dari hamba Allah tu, mami taklah terima bantuan mak dia. masa ni dia berkawan dengan 2 orang lelaki dalam satu masa. yang sorang tu mmg dia suka giler, yang sorang lagi, dia cuma anggap macam abang2 aje. mami kenal ke2nya. pada semester akhir budak yang dia anggap macam abang tu dah curahkan perasaan padanya. dia serba salah. surat budak ni tidak berjawab. budak ni susah hati sebab dia menunggu balasan dari kawan baik mami ni. entah macamana satu hari mami dapat surat dari budak ni, mintak tolong dengan mami berkenaan kawan baik mami dengan dia. mami dah tahu segala2nya pasal kawan baik mami ni, cuma mami mintak izin dari kawan baik mami untuk memberitahu perkara sebenarnya kepada budak tadi tu. kawan baik mami izinkan. maka mamipun dengan ikhlas hati menerangkan perkara sebenarnya kepada budak itu. dengan harapan dia menerima kabar yang pedih itu dengan sabar...kemudian mami pulak mula berkawan dengan budak itu. mami pernah temankan kawan baik mami berjumpa dengan budak tu masa dia datang ke itm segamat. dorang nak keluar makan, kawan baik mami mintak mami temankan dia. mami sebenarnya tak mau, takut kacau daunkan... tapi kawan baik mami insisted..maka mamipun temankan lah..
kemudian kami hanyak berkawan melalui surat, tiada perasaan langsung, nasihat menasihati, itu ajelah isi surat kami. tak pernah berjumpa selepas perjumpaan yang pertama tu. budak tu pun macam susah nak cari pengganti kawan baik mami tu..mami plak takder saper yang nak tackle. mami tak pikirkan soal boyfriend masa tu..lagi buat kepala pening adalah, sedangkan kawan2 mami sumer ada pakwe... cuma mami aje yang single, sampaikan dorang heran, nk tolong carikan, mami kata tak payah..takder pun tak kisah..hehehehe... dalam hati tuhan aje yang tau..."naper aku takder pakwe ek?"...hahahahaha...
mami masih terus bersurat-suratan dengan budak tu. hujung semester mami kena buat praktikal kat EPF johor bahru, mami duk menumpang kat umah member, abby ishak nama dia..parents dia baik2 belaka. diapun praktikal satu tempat dengan mami. first day pergi kerja, best gak, tapi office tu tak sebesar manapun, tapi banyak jugalah yang dapat mami pelajari masa kat epf tu dan mami kenal dengan mamat ni...nampak macam baik..tapi tak pernah keluar or lunch berdua aje pun dengan dia, mamat ni selalu outstation, so jarang ada office. habis aje praktikal kat epf ni, mami terus balik ke muar, tapi mami kena repair paper shorthand mami. so kena masuk balik ke itm selama 6 bulan. termasuklah kawan baik mami tadi. tapi kawan baik mami duk luar sebab dia mampu, mami duk kat dorm, tapi ada lagi kawan2 lain yang kena repeat subject yang sama so takder masalah besar langsung. mami masih lagi bersurat dengan budak tu dan mamat ni.. cuma mamat ni dah mula curah perasaan, janji bagai..tetiba dia senyap sedangkan mami dah mula berangan macam2.. oleh kerana putus asa, mami juga tidak membalas surat dari budak tu..sepucuk surat tak berbalas, dia hantar kali kedua, bertanya kenapa tak balas surat dia. mami diamkan lagi, masa tu mami dah putuskan, im not going to get marry, masa tu berangan nak naik ke KL, nyanyi kat lounge ke, kelab malam ke..nak buat duit dan sara atok abah ngan atok mak kat kg.
tapi mami tak sangka sebab dalam diam2 atok mak perasan yang mami tak membalas surat budak tu, dia tanya mami "kenapa dah lama tak tulis surat pada budak tu?" "bergaduh ke, merajuk ke," mami kata bergaduh tidak merajuk pun tidak, habis perasaan pun takder apa yang nk dirajuk dan digaduhkan, cuma tak mau pikir pasal lelaki lagi, tak mau kawin...atok mak kata tak baik macam tu, kawan ajelah, tak baik biar orang tertunggu2 berita..mami heran, eh bior betul mak aku ni, selalu tu kalau dengar kita berkawan, marah aje, tak suka aje..tapi kali ni lain macam..tapi mami ikut nasihat atok mak, tak baik buat orang tertunggu2 berita, mami buat keputusan membalas surat budak tu..
SIAPA BUDAK TU?
tunggu bahagian ke3 eh..jeng jeng jeng