Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 3, 2013

Zaman IT sekarang ni almost semua yang dicipta untuk manusia adalah untuk kebaikan...tapi DIRI SENDIRI YANG MENJAHANAMKAN kebaikan ciptaan itu...sendiri salah...jangan salahkan media sosial plak


Dosa sembang maya bawa penceraian

Terlalu asyik dengan perkhidmatan media sosial sama ada menerusi Internet atau talian telefon sememangnya didapati memberi impak negatif kepada hubungan pasangan suami isteri hingga membawa kepada faktor perceraian.Perunding keluarga Islam, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain berkata, kes perceraian antara pasangan Islam di Malaysia yang direkod­kan akibat salah faham atau cemburu yang berkaitan dengan penggunaan media sosial memang tidak dinafikan sering berlaku. Faktor yang sering disenaraikan oleh ramai pasangan yang membawa kes perceraian mereka ke mahkamah termasuk membabitkan hubungan pasangan dengan orang lain yang dikenali di laman sosial sehingga merosakkan perkahwinan. “Memang banyak media sosial yang me­nyumbang dan menjadi faktor kepada masalah perceraian dalam kalangan pasangan di Malaysia antaranya Twitter, Instagram dan Facebook.

“Malah ketika di awal kemunculan SMS, ramai pasangan bercerai kerana tidak puas hati atau cemburu sama ada dengan SMS yang dihantar orang lain atau pasangan, aktiviti berbalas SMS antara pasangan dengan orang lain atau menggunakan perkhidmatan itu untuk melafazkan cerai dengan cara mudah,” katanya.

Keadaan menjadi lebih ‘hangat’ apabila muncul media sosial baru seperti Facebook yang membolehkan ramai kenalan lama bertemu dan berhubung semula. Ini adakalanya menyebabkan hubungan suami isteri tergang­gu apabila pasangan menghabiskan terlalu banyak masa di laman maya atau bertemu semula bekas kekasih.

Malah apa saja jenis media sosial termasuk blog, e-mel dan ruang sembang berkumpulan turut disebut sebagai antara faktor yang me­nyumbang kepada masalah perceraian.

Menurut penceramah terkenal, Datuk Mohd Zawawi Yusoh, setiap orang perlu menggunakan perkhidmatan sosial seperti Facebook dengan bijak dan tahu batasnya kerana ia seumpama menjemput seseorang ke dalam rumah mereka.

Penggunaan Facebook juga perlu ada batas dan jangan melampau kerana ia boleh membawa kepada dosa dan keretakan rumah tangga antara pasangan.

“Wanita terutamanya kena tahu mereka tidak boleh menjemput orang tidak dikenali masuk ke rumah tanpa izin suami. Facebook umpama rumah apatah lagi jika ada gambar tidak menutup aurat, sudah berdosa apabila dilihat lelaki bukan muhrim,” katanya.

Bagi pasangan yang saling mempercayai, hubungan dengan rakan di Facebook atau media sosial lain tidak menjadi masalah tetapi ia menjadi masalah berat kepada mereka yang cemburu atau kurang percaya pada pasangan.

Ada pula pasangan berkahwin yang meletakkan gambar kemesraan mereka dengan pasangan di Facebook tetapi ia biarlah dalam batas kesopanan dan jangan melampau.

“Ada kebaikan meletakkan gambar dengan pasangan kerana ia boleh menjadi benteng penghalang kepada orang lain supaya tahu dia sudah berkahwin dan bahagia. Ini kerana ada orang yang merahsiakan status berkahwin di Facebook,” kata­nya.

Pada 2009, rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menunjukkan secara puratanya, pasangan Islam yang bercerai di negara ini mencatatkan ­angka mengejutkan iaitu satu pasangan setiap 15 minit.

Dalam laporan yang dikeluarkan sebelum ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim menyatakan, statistik perceraian itu terus menunjukkan peningkatan saban tahun dan ia mencetuskan kebimbangan mengenai keharmonian rumah tangga terutama dalam kalangan golongan muda.

Menurutnya, kebanyakan kes perceraian berlaku disebabkan pasangan suami isteri tidak begitu menghayati kehendak ajaran agama dalam melayari kehidupan rumah tangga termasuk menunaikan tanggungjawab sebaik mungkin.

Statistik selama 10 tahun yang direkod­kan bahagian pendaftaran cerai di seluruh Malaysia mendapati kes perceraian semakin meningkat dari tahun ke tahun, daripada 13,403 kes cerai pada 2001 kepada 28,035 pada 2010

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/29

No comments:

Post a Comment