Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 23, 2011

Ghairah nak pakai sistem solar ni...tapi mahalnya mak eh....

30% pengguna elektrik bayar kutipan tambahan satu peratus Disember

PUTRAJAYA 22 Nov. - Kira-kira 30 peratus pengguna elektrik di Semenanjung yang menggunakan bekalan elektrik melebihi 300 kilowatt sejam (kWj) sebulan akan dikenakan kutipan tambahan sebanyak satu peratus mulai bulan depan.

Ia melibatkan pengguna domestik yang mencatatkan jumlah penggunaan tinggi selain pengguna komersial dan industri.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, kutipan tersebut akan diuruskan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) untuk membayar penjana tenaga boleh diperbaharui.

''Ia digunakan untuk menanggung kos penjanaan kuasa mengikut kadar berlainan bagi kategori biogas, biomass, solar dan hidro mini," katanya selepas merasmikan ibu pejabat SEDA di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fah Kui berkata, kerajaan di bawah skim tenaga boleh diperbaharui itu menyasarkan kapasiti janaan sebanyak 2,080 megawatt (mW) menjelang 2020 dan 4,000 mW pada 2030.

''Industri tenaga boleh diperbaharui dijangka menjana pendapatan sekurang-kurangnya bernilai RM70 bilion kepada sektor swasta atau pendapatan cukai sebanyak RM1.76 bilion kepada kerajaan pada 2020.

''Sebanyak 50,000 peluang pekerjaan akan dapat diwujudkan melalui pembinaan, operasi dan pengurusan pelan jana tenaga boleh diperbaharui menjelang 2020. Ia pada masa yang sama mengelakkan pengeluaran 42.2 juta tan karbon dioksida," katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi SEDA, Tan Sri Dr. Fong Chan Onn menggalakkan pengguna untuk memanfaatkan dana yang diuruskan pihaknya untuk menjana dan menjual tenaga boleh diperbaharui.

Beliau berkata, isi rumah yang sanggup membuat pelaburan pemasangan panel solar di bumbung rumah mampu menjana pendapatan antara RM300 dan RM700 sebulan melalui penjanaan tenaga sebanyak tiga hingga enam kWj.
''Isi rumah berkenaan bagaimanapun perlu membuat pelaburan antara RM20,000 dan RM50,000 berdasarkan saiz panel solar yang dipasang.

''Kiraan kita mendapati isi rumah tersebut boleh mencapai pulangan terhadap modal yang dilaburkan dalam tempoh kira-kira tujuh hingga lapan tahun," katanya.

Komen:  Duit lagiiiii.....

2 comments:

  1. http://solarpower-mart.com/solar_panel

    kpd sesiapa yang berminat dgn solar panel dan harganya di Malaysia ni...kat atas tu link ke website about solar panel dan harganya sekali. Nampak menarik dan kita patut invest untuk jangka masa panjang lah....

    ReplyDelete
  2. Assalam Syg Mum

    Boleh pakailah tapi untuk rumah banglolah... rumah kecik nak roboh pakai solar apanya... Kerajaan seronok sangat konon dapat cukai 1.76 billion pada thn 2020... sebelum tu tokey cina mana pulak yang jadi kaya raya...? Kalau semua nak diniagakan rakyat dapat apa...? 50000 peluang pekerjaan tu esok yang diambil bekerja siapa?... cakap bagus aje tapi yang nak menanggung rakyat... Harga nak pasang solar bole besarkan rumah yang semakin sempit...hehehehee

    ReplyDelete