Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, November 24, 2011

Marina Mahathir : Sila Jawab....

Gerakan seksualiti merdeka wajib ditolak - Dr. M

KUALA LUMPUR 23 Nov. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, gerakan seksualiti merdeka atau amalan seks bebas wajib ditolak kerana ia bukan sahaja berdosa malah boleh meruntuhkan struktur masyarakat negara ini.

Beliau berkata, meskipun setiap tegahan dalam agama tidak dinyatakan sebabnya tetapi penyakit HIV/AIDS telah mula dikesan di kalangan pengamal seks songsang di California, Amerika Syarikat (AS) dan sehingga kini tiada ubat yang boleh menyembuhkan penyakit tersebut.

Seperkara lagi kata beliau, manusia yang bertamadun tidak akan menurut nafsu semata-mata namun budaya Barat pada masa ini menggalakkan manusia mengikut nafsu.

''Bagi mereka kebebasan bermakna apa sahaja yang didorong oleh nafsu tidak boleh ditegah oleh agama atau undang-undang manusia.

''Sebenarnya sifat ini adalah sifat haiwan. Manusia memiliki akal fikiran. Orang yang bertamadun menggunakan akal fikiran untuk menghalang diri daripada terikut-ikut dengan kehendak nafsu. Nafsu perlu dibendung kerana tamadun yang utamakan nafsu akan runtuh akhirnya," katanya dalam blog http://chedet.cc/blog, baru-baru ini.

Awal bulan ini, negara telah digemparkan dengan penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 bertujuan menuntut hak kesaksamaan gender serta mengiktiraf pengamal seks songsang seperti gay, lesbian, biseksual dan transeksual untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka.

Bagaimanapun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak mengharamkan penganjuran Seksualiti Merdeka yang bermula pada 1 hingga 13 November kerana bertentangan dengan Islam dan moral kemanusiaan.

Dr. Mahathir berkata, selain menghalalkan seks songsang masyarakat Barat juga mengiktiraf perkahwinan sejenis iaitu antara lelaki dengan lelaki mahupun wanita dengan wanita.

''Akhirnya perlakuan seks dibebaskan di Barat sehingga mereka menerima apa sahaja yang dilakukan oleh masyarakat sebagai hak seseorang manusia. Anak perempuan dan anak lelaki belasan tahun pun boleh tidur dengan sesiapa sahaja, melakukan apa jenis seks sesuka hati mereka. Tidak ada lagi anak dara atau teruna semasa berkahwin.

''Sebenarnya kita sedang melihat keruntuhan akhlak dalam masyarakat Barat. Sementara agama mereka melarang seks songsang, paderi mereka secara terbuka mengamalkan seks songsang. Mereka ditugaskan untuk mengahwini sepasang lelaki dan perempuan. Apakah maknanya apabila mereka menasihati pasangan itu supaya setia kepada masing-masing?'' katanya.

Sesungguhnya, beliau berkata, institusi perkahwinan dan kekeluargaan sudah luput dalam masyarakat Barat dan akibatnya ramai di kalangan mereka tidak tahu siapa bapa masing-masing.

''Kemungkinan besar akan berlaku perkahwinan atau hubungan seks antara adik dengan abang, kakak dengan adik, bapa dengan anak, anak dengan ibu. 

''Mereka yang taksub dengan kebebasan akan berkata apa salahnya jika ini berlaku. Percayalah, masyarakat selepas ini akan dipenuhi dengan manusia yang cacat tubuh-badan, cacat akal fikiran dan besar kemungkinan aneka jenis penyakit baru akan menyerang masyarakat itu," katanya lagi.

Dalam blognya Dr. Mahathir turut mempersoalkan kewajaran masyarakat negara ini menerima segala-galanya yang dilakukan di Barat memandangkan budaya serta nilai hidup mereka telah runtuh disebabkan ketaksuban terhadap kebebasan.

Komen:  Amacam Marina?  Silalah beri komen dan jawab apa yang ayahnda anda katakan ini...selama ini Tun M hanya mendiamkan diri...as a parent of three girls... i can feel apa yang Tun rasa...kecewa, hiba, terhina dsbnya dgn anak sulongnya ini...moga Allah memberikan kekuatan utk Tun M dan Tun H...moga sentiasa sihat dan ceria...we/Malaysia need u still..so please stay strong...

Wednesday, November 23, 2011

Ghairah nak pakai sistem solar ni...tapi mahalnya mak eh....

30% pengguna elektrik bayar kutipan tambahan satu peratus Disember

PUTRAJAYA 22 Nov. - Kira-kira 30 peratus pengguna elektrik di Semenanjung yang menggunakan bekalan elektrik melebihi 300 kilowatt sejam (kWj) sebulan akan dikenakan kutipan tambahan sebanyak satu peratus mulai bulan depan.

Ia melibatkan pengguna domestik yang mencatatkan jumlah penggunaan tinggi selain pengguna komersial dan industri.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, kutipan tersebut akan diuruskan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) untuk membayar penjana tenaga boleh diperbaharui.

''Ia digunakan untuk menanggung kos penjanaan kuasa mengikut kadar berlainan bagi kategori biogas, biomass, solar dan hidro mini," katanya selepas merasmikan ibu pejabat SEDA di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fah Kui berkata, kerajaan di bawah skim tenaga boleh diperbaharui itu menyasarkan kapasiti janaan sebanyak 2,080 megawatt (mW) menjelang 2020 dan 4,000 mW pada 2030.

''Industri tenaga boleh diperbaharui dijangka menjana pendapatan sekurang-kurangnya bernilai RM70 bilion kepada sektor swasta atau pendapatan cukai sebanyak RM1.76 bilion kepada kerajaan pada 2020.

''Sebanyak 50,000 peluang pekerjaan akan dapat diwujudkan melalui pembinaan, operasi dan pengurusan pelan jana tenaga boleh diperbaharui menjelang 2020. Ia pada masa yang sama mengelakkan pengeluaran 42.2 juta tan karbon dioksida," katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi SEDA, Tan Sri Dr. Fong Chan Onn menggalakkan pengguna untuk memanfaatkan dana yang diuruskan pihaknya untuk menjana dan menjual tenaga boleh diperbaharui.

Beliau berkata, isi rumah yang sanggup membuat pelaburan pemasangan panel solar di bumbung rumah mampu menjana pendapatan antara RM300 dan RM700 sebulan melalui penjanaan tenaga sebanyak tiga hingga enam kWj.
''Isi rumah berkenaan bagaimanapun perlu membuat pelaburan antara RM20,000 dan RM50,000 berdasarkan saiz panel solar yang dipasang.

''Kiraan kita mendapati isi rumah tersebut boleh mencapai pulangan terhadap modal yang dilaburkan dalam tempoh kira-kira tujuh hingga lapan tahun," katanya.

Komen:  Duit lagiiiii.....

Friday, November 18, 2011

Srikandi !!!! Syabas !!!

Srikandi kelas corot

Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib dan Shuhada Mansor
am@hmetro.com.my
 
KONGSI...Kamaliah (kiri) berkongsi bersama rakan sekelasnya Allysha Mohamad Nadzri yang turut mendapat 5A.
 
KONGSI...Kamaliah (kiri) berkongsi bersama rakan sekelasnya Allysha Mohamad Nadzri yang turut mendapat 5A. 
 
KUALA LUMPUR: “Saya nekad mahu buktikan walaupun ditempatkan di kelas tercorot saya juga mampu memperoleh keputusan cemerlang dalam pelajaran seperti murid lain,” kata Siti Aisyah Mawardi, 12, yang memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Siti Aisyah yang tinggal bersama nenek selepas ibu bapanya bercerai enam tahun lalu adalah antara 41 murid memperoleh keputusan cemerlang di Sekolah Kebangsaan Sentul 1 di sini, semalam.

Dia juga tidak menyangka akan mendapat keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran berikutan ketika peperiksaan percubaan UPSR hanya memperoleh 4B 1C. “Keputusan yang kurang memberangsangkan itu menyebabkan saya terus membanyakkan ulang kaji mata pelajaran yang lemah. Saya juga bersyukur kerana selain selalu dibantu guru di sekolah, nenek juga tidak jemu memberi dorongan dan sokongan,” katanya.

Ditanya resipi kejayaannya, Siti Aisyah berkata, dia memberi tumpuan ketika belajar di dalam kelas serta sentiasa menyiapkan kerja sekolah selain mengikuti kelas tambahan disediakan pihak sekolah.

Sementara itu, Kamaliah Nasuha Azuan, 12, dari Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1, kejayaannya mendapat 5A dalam UPSR berbaloi dengan usaha kerasnya selama ini walaupun terpaksa menyeimbangi antara latihan sukan dan akademik.

Kamaliah yang pernah mewakili sekolahnya dalam sukan bola jaring hingga ke peringkat negeri berkata, walaupun penat menjalani latihan kokurikulum di sekolah, dia cuba mencuri masa dua jam untuk mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan.


“Saya bercita-cita menjadi atlit negara dalam sukan bola jaring,” katanya.

Selain itu, katanya, keputusan yang diperoleh semalam agak mengejutkannya kerana tidak menyangka mampu memperoleh 5A berikutan dia agak lemah dalam subjek Sains.

“Sebelum ini pun saya hanya memperoleh B bagi subjek Sains. Saya tak percaya boleh dapat A,” katanya.
 
Komen:  Syabas dan Tahniah kepada adik Siti Aisyah.  Moga jgn ada ibu bapa yang patah semangat dlm mendidik anak2 untuk masa depan mereka coz I'm not dan will always do my level's best to encourage my daughters to study well and smart.

Madu Diberi Tuba Balasannya,,,

Kita terima layanan buruk


TERLEBIH dahulu saya mohon maaf jika tulisan ini menggores hati sesetengah pihak. Tapi itulah kenyataan yang terpaksa wartawan Malaysia alami ketika membuat liputan di sini.

Sehingga ketika penulisan ini dibuat, wartawan Malaysia menerima layanan buruk penganjur dan ada sampai ke satu tahap, kesabaran tidak dapat lagi dibendung sehingga ada yang mahu bertumbuk.

Saya sendiri tidak tahu mengapa, rakyat Indonesia seperti kelihatannya terlalu antikan rakyat Malaysia.

Apa sebenarnya yang rakyat Malaysia lakukan kepada mereka?. Katanya serumpun tapi di sebalik semuanya itu terlindung sesuatu yang tersembunyi.

Ratusan ribu rakyat Indonesia mencari rezeki di Malaysia, majoritinya diterima, kecuali ada kes-kes terpencil yang dilaporkan menerima layanan buruk.

Malah tidak kurang juga dari kalangan mereka terbabit dalam jenayah.


Saya sakit hati apabila penyokong Indonesia cuba menimbulkan provokasi terhadap atlet Malaysia yang turun bertanding. Mereka lebih rela menyokong atlet negara lain sebaliknya melontarkan kata-kata cemuhan dan ejekan kepada atlet Malaysia.

Inilah yang saya amat kesalkan.Malaysia dan Indonesia adalah rumpun Melayu paling dekat dengan bahasa dan budayanya hampir serupa.
  
 
Komen:  Bangsa ni kebanyakannya begitu.  Terus terang saya tidak mempercayai mereka seratus peratus.  Banyak sgt dendamnya dengan Malaysia tanpa motif dan sebab yg munasabah.  Mereka lupa bahawa kita adalah satu rumpun.  Rakan senegara mereka ramai yg mencari rezeki di sini.  Hantar duit balik ke indon (dorang siap boleh buat rumah, beli tanah bagai di sana) dengan gaji yang diterima di Malaysia.  Ada juga yang datang secara haram...menyamun, merompak, mencuri, merogol, membunuh dsbnya.  Adakala sesama mereka bergaduh berebutkan perempuan di sini..berparang dan berbunuhan.  Cuma kita rakyat malaysia yang baik sangat...baik sangka kunon...kita ajer yang fikirkan pasal rakan serumpun...kita yg melapangkan tangan menerima mereka...merayu2 supaya rakyat indon dilepaskan untuk bekerja di sini...mana tak naik tocang!!! terlalu bergantung pada mereka...tentulah dorangpun tunjukkan ego dorang...
 
di Malaysia...ada majikan yang berhati mulia seperti http://www.bloggerwanita.com/kagum-pembantu-rumah-indonesia-berjaya-menerima-diploma/ walaupun ada yang mendera, itu hanyalah jumlah yang terpencil.  Tetapi itupun diperbesar2kan oleh media di indon.  Yang rakyat mereka merompak, merogol, membunuh tu tak pulak dorang kutuk.  Yang perempuan jadi amah soh jaga anak..ini ngan bapak pada anak2 tu dijaganya.  Bukan 1-2 kes macam ni.  Dah banyak dah.  Yang ini kenapa dorang tak kutuk?  Ini dasar apa yg dorang ni pakai ni?  
 
Jadi saya tak hairanlah kalau dorang ni mmg jenis  Arang, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih.  Saya tak kata semua...tetapi kebanyakkannya.  Saya bersimpati dengan para atlet kita yg sedang bertarung berjuang untuk nama negara di arena sukan di Indonesia.  Sungguh tidak adil layanan yang diberikan.  Bukan sahaja petugas media yang merungut, para atlet juga dilayan macam sampah...tapi kita kat sini pantang ada laporan pasal org indon ni...boleh tak tido malam pak menteri dibuatnya.
 
Fikir2kanlah...sampai bila kita nak bergantung tenaga kerja dengan mereka ni?  Kita boleh cari dari negara lain pun..takyah harap sangat dengan mereka ni...

Thursday, November 17, 2011

Wednesday, November 16, 2011

Hak asasi tak boleh melangkaui agama

Peguam Syarie Menulis

Oleh Musa Awang
bhnews@bharian.com.my
2011/11/16

Tiada anutan benarkan seks bebas

SEKSUALITI Merdeka adalah acara tahunan mengenai hak seksualiti yang pernah diadakan di Kuala Lumpur, dengan kerjasama gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta beberapa individu. Antara acara diadakan ialah bengkel, perbincangan, tayangan filem dan penulisan surat. 

Penganjur program ini percaya golongan gay, lesbian, biseksual dan transgender berhak bebas daripada diskriminasi serta keganasan, berhak menyayangi dan disayangi dengan mengutarakan prinsip terkandung dalam Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia 1948 dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang ditandatangani Malaysia. 
 
Walaupun fasal Perlembagaan Persekutuan menjamin kesamarataan untuk semua warga Malaysia dari segi undang-undang dan perlindungan dari diskriminasi atas dasar gender, kebebasan bersuara dan berpersatuan, namun dalam konteks perlembagaan, Islam sebagai agama Persekutuan perlu diambil kira.

Tidak seperti negara lain, Perlembagaan Negara berpaksikan kepada agama (Perkara 3 (1)).

Kebanyakan agama di dunia melarang aktiviti seks bebas dan seks sesama jantina. Hak asasi tidak boleh melangkaui kehendak agama, kerana agama yang membezakan manusia dengan binatang.

Hak asasi yang ditaja Barat bersandarkan ideologi humanisme atau individualisme, hak asasi menurut Islam bersandarkan kepada wahyu Allah SWT.

Apa yang logik pada akal fikiran tidak semestinya sesuai dan dibenarkan agama. Mungkin pada akal mereka logik bagi seseorang mempunyai naluri menyukai sesama jantina, namun naluri itu perlu dibatasi dan diimbangi oleh agama.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Untuk setiap umat di antara kamu, Kami berikan peraturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, nescaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlumbalah membuat kebajikan. Hanya kepada Allah kamu akan kembali semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu.” (Surah Al-Ma’idah, ayat 48)

Sebagai seorang Islam, kita haruslah berpegang teguh dengan lima Rukun Islam dan enam Rukun Iman. Jika percaya kepada Allah, rasul, malaikat, hari kiamat dan qada qadar Allah, maka kita hendaklah mengerjakan segala suruhan serta menjauhi segala larangan.

Jika Allah SWT melarang sesuatu perbuatan, maka ia haram, tidak kira apa naluri kita mahu dan apa kehendak akal fikiran. Amat malang jika orang Islam terbabit dalam program Seksualiti Merdeka.

Lebih malang apabila golongan beragama Islam menggunakan forum dan perantara bukan Islam untuk memperjuangkan apa yang dikatakan ‘hak’ bagi mereka.

Program ini pernah diadakan dan mempunyai pengikut kalangan orang Islam. Buktinya, ada orang Islam yang menyokong penganjuran program berkenaan seperti tersiar di laman web. Persoalannya, di mana kita semasa program ini dianjurkan dulu?

Sudah tiba masanya pihak berkuasa Islam negara memikirkan jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini daripada berterusan. Jabatan Agama Islam perlu ditubuhkan satu unit atau bahagian khusus bertugas memantau dan membendung masalah gay, lesbian, biseksual dan transgender.

Usaha mendekati golongan ini perlu dilakukan dengan memberi khidmat nasihat, bimbingan serta mengajak mereka kembali ke jalan kebenaran. Bagi yang berdegil, usaha penguatkuasaan undang-undang mengikut undang-undang jenayah syariah hendaklah dilakukan.

Menghukum mungkin tidak boleh memulihkan golongan maka hukuman alternatif boleh diguna pakai seperti ditahan di rumah pemulihan akhlak untuk tempoh tertentu tidak melebihi enam bulan atau mengikat bon untuk berkelakuan baik selama tempoh tidak melebihi tiga tahun.
komen:  yg menyokong terang2 menyokong perlakuan binatang....

Hidup ini putaran roda.....

Dibuang Orang Tersayang

DALAM kehidupan ini tidak selamanya kita disayangi. Ada masanya kita perlu menerima hakikat bahawa kita 'dibuang' oleh orang yang kita sayang.

Perkara ini terjadi pada hampir semua orang dan bagi sesetengah orang menerimanya sebagai perasaan paling sedih pernah dialami seumur hidup.

Kehilangan seseorang yang dicintai meninggalkan kesan mendalam pada diri. Ia ibarat satu beban yang dipikul di dada dan jika tidak dilepaskan pasti mendatangkan kesakitan yang amat dalam.

Lebih menyedihkan apabila mereka yang telah dibuang oleh pasangan terus meletakkan diri dalam kesedihan dan berharap pasangan mereka akan kembali dan kehidupan akan menjadi normal.

Lazimnya, golongan yang patah hati ini begitu yakin bahawa tiada siapa pun yang boleh menggantikan tempat pasangan yang meninggalkan mereka.

Ini pendapat yang amat mengarut, kerana kesedihan itu telah mempengaruhi fikiran untuk tidak memikirkan perkara-perkara positif.

Waktu itu antara yang bermain di fikiran mereka ialah, "hidup saya sudah berakhir", "saya tidak akan boleh cari penggantinya" dan "tidak akan ada sesiapa pun yang akan menyayangi saya lagi."

Sebenarnya, adalah suatu yang tidak betul jika anda mengatakan bahawa kehidupan romantik anda telah berakhir sekiranya berlaku perkara ini kepada anda dan hanya akan menambah kesedihan anda sendiri justeru,tip pertama, menerima keadaan itu seadanya.

Jadi bagaimana anda boleh membuang kesedihan yang melanda? Bagaimana untuk anda memulakan hidup baru? Bagaimana untuk anda meletakkan status 'solo' itu sebagai satu peluang baru dan bukannya sebagai hukuman?

Jadi apa yang anda perlu buat ialah dengan menerima keadaan baru itu sebaiknya.

Katakan pada diri anda bahawa pasangan anda itu sudah pergi dan tidak akan kembali lagi. Memang ini satu proses yang amat menyakitkan namun tanamkan dalam diri bahawa anda akan sembuh jua akhirnya.

Seterusnya apa yang anda boleh lakukan ialah bersembang dengan rakan-rakan anda tentang bekas pasangan anda.

Katalah apa sahaja tentang si dia pada kawan anda hingga anda tiada apa lagi hendak diperkatakan tentang dirinya.

Lama kelamaan anda akan sedar bahawa anda semakin boleh menerima kenyataan anda ditinggalkan kerana anda semakin bosan bercakap mengenainya.

Memang tidak dapat dinafikan bercakap lebih baik daripada memendam rasa. Bila kita meluahkan kepedihan hati yang dilalui kita akan sedar bahawa kita akan mendapat kekuatan sekali gus memulih kembali perasaan kita sendiri.

Dalam pada itu anda haruslah tidak mengabaikan keperluan diri. Pastikan anda ada rakan yang boleh menemani menikmati makanan yang sedap di restoran yang tenang, boleh ke spa, mencuba urutan aroma terapi untuk merehatkan minda dan diri.

Cara lain boleh juga mencuba senaman kerana ini boleh menaikkan mood kita. Senaman membantu merembeskan hormon endorfin ke otak dan juga menghantar mesej penting ke otak bahawa kita menjaga dan menyayangi tubuh ini.

Tapi situasi di atas memang boleh diaplikasi kepada wanita yang kecewa, bagaimana pula dengan lelaki yang ditinggalkan?

Golongan lelaki jarang mahu meluahkan kesedihan yang mereka alami, bila mereka dilanda kesedihan, pasti makin sakit dibuatnya.

Ada lelaki yang memilih rokok dan alkohol untuk melupakan kesedihan itu, pada hal ia salah sama sekali kerana tindakan itu hanya akan mendatangkan kemudaratan pada tubuh dan minda.

Rasa 'dibuang' memanglah amat teruk dan anda tidak mampu mengelaknya. Namun kehidupan adalah satu anugerah dan ia akan menjadi semakin baik, percayalah.
 
Susunan : Noor Fazrina Kamal

Friday, November 11, 2011

where does aircraft carrier rank among unusual sport venues?


Friday's matchup between North Carolina and Michigan State on the flight deck of the USS Carl Vinson is certainly the most unusual venue for any college basketball game, but it's not the most atypical setting ever for a sporting event. Read on to see where I'd rank the Carrier Classic in my top 10.
1. TENNIS ON A HELIPAD: The most memorable points Andre Agassi and Roger Federer ever played against one another didn't come at Wimbledon, the U.S. Open or any other Grand Slam. None of that compared to the sight of the two tennis superstars trading ground strokes 700 feet above Dubai's Jumeirah beach in a February 2005 exhibition on the helipad on the roof of the seven-star Burj Al Arab hotel.
2. THE GREAT WALL MARATHON: Hitting the wall isn't just a figure of speech at this grueling annual marathon.  A quarter of the scenic 26.2-mile route takes place on China's famed Great Wall itself, and every runner must ascend about 3,800 stone steps to reach the finish line. The course record belongs to Spaniard Salvador Calvo, who won the 2007 race in 3 hours, 23 minutes, 10 seconds.
3. THE CARRIER CLASSIC: Michigan State and North Carolina will pay tribute to the military by playing a basketball game on an aircraft carrier on Veteran's Day in San Diego. The two teams will don camouflage jerseys with U.S.A. on the back of them, and President Obama and thousands of military personnel will be in the audience. If it's sunny out, the game will take place on the flight deck. If not, it will move a level below into the air plane hangar.
4. GOLF ON GLACIERS: Golf is hard enough in picturesque 70-degree weather, so imagine how much more difficult it is when you introduce arctic conditions. That's the challenge each March in Greenland at the World Ice Golf Championships, which is played with a fluorescent orange ball and with glaciers and icebergs replacing sand traps and water as hazards.
5. THE BOYS OF WINTER: The popularity of hockey in outdoor football stadiums has steadily increased since Spartan Stadium hosted Michigan and Michigan State in 2001, but the signature event has become the NHL's Winter Classic held annually on New Year's Day. And no Winter Classic has piqued the interest of fans quite as much as the sight of the Philadelphia Flyers and Boston Bruins squaring off on the field and famed Fenway Park in 2010. Bruins fans went home satisfied: Their team won 2-1 in overtime.
6. TWO TEAMS, ONE END ZONE: A football game between Northwestern and Illinois at Wrigley Field seemed like a natural fit in 2010, but organizers failed to take into account the lack of space between the back of one end zone and the ivy-covered outfield wall. As a result, only the other end zone could be used for offense due to safety concerns, an embarrassing gaffe for the Big Ten but one that also made the game memorable.
7. THE WNBA TAKES CENTER STAGE: Kicked out of Madison Square Garden as a result of the 2004 Republican National Convention, the New York Liberty seized the opportunity to find a new venue that would bring some rare mainstream attention to the WNBA. They hosted the Detroit Shock at historic Radio City Music Hall, a venue that was especially unusual because seating there allowed fans to watch the game from only one side of the court.
8. KING OF GRASS VS. KING OF CLAY: The above image is not a trick. Tennis stars Roger Federer and Rafael Nadal really did play a 2007 exhibition match in Mallorca, Spain, on a customized half-clay, half-grass court designed to determine which of the two players was the best all-surface player. Nadal won a tightly contested three-set match much to the delight of the Spanish fans in the crowd.
9. SQUASH AT GRAND CENTRAL: How do you make one of the Professional Squash Association's most significant events more attractive to spectators? Bring it to the masses. The J.P. Morgan Tournament of Champions is annually held at New York City's Grand Central Terminal in a specially constructed four-walled glass court inside Vanderbilt Hall.
10. DUEL IN THE DESERT: The Carrier Classic isn't the only outdoor basketball game in recent years. The Suns and Nuggets played the first outdoor game in modern NBA history in 2008 at Indian Wells Tennis Center in California, a 77-72 Denver victory marred by poor shooting, gusty winds and frigid desert temperatures.

Friday, November 4, 2011

Sabar ya nyawa...

Kenapa ya dimana-mana kita pergi...bekerja ke, belajar ke, dalam apa situasi sekalipun...mesti ada manusia jenis kaki mengampu?????????? Kerja cam taik....dapat naik pangkat lagiiiiiii???????????? mami bukan sakit hati pasal kenaikan pangkat dia...rezeki dia...tapi cara kerja dia kita taulah....cara mengampu dia...bukan kipas tapi aircond kuasa kuda berganda2...org lain buat kerja yang sama 2-3 jam boleh siap...ko buat kerja sampai tengah malam...apa hal...saper yg cekap?  dah tu suka buat kerja last minute...menggelabah tak tentu hal...time management mana? arahan dapat 3 minggu sudah...tapi last minute terkial2... apa ni...pasal ko org lain kena marah.. org lain naik darah... ceh...kalau dah mmg @#$%%$#@.. geram ni...geram sesagnat...Astagfirullahalazim...

Pengguna Malaysia Tertipu

TV LED Hanya Terdapat Di Jepun!
Nampaknya ramai tertipu dengan beli Tv LED sebenar yang ia juga adalah LCD, kerana TV LED hanyalah dari Sony dan ia hanya di Negara pengeluar, iaitu Jepun.
 

led tv for sale 108651167 Semua Orang Malaysia Kena Tipu,TV LED Hanya Di Jepun
TELEVISYEN diod pemancar cahaya (LED) tetapi bukan LED yang sebenarnya.
 
Walaupun sukar mempercayainya tetapi hakikatnya semua televisyen LED yang berada di pasaran tempatan pada masa ini bukan televisyen LED dalam erti kata yang sebenar.
 
Menurut Pengurus Kanan Kejuruteraan dan Servis, Toshiba Sales & Services Sdn. Bhd., Liew Ah Yoong, semua produk itu merupakan televisyen paparan cecair kristal (LCD) yang menggunakan cahaya belakang LED.
 
Namun, katanya, semua syarikat pengeluar memasarkannya sebagai televisyen LED mungkin kerana strategi pemasaran.
 
”Sehingga hari ini, hanya Sony mengeluarkan televisyen LED sebenar atau diod pemancar cahaya organik (OLED), itu pun hanya satu dua model dan mungkin hanya ada di Jepun.
 
”Saya sendiri tidak tahu bagaimana rupa televisyen LED kerana tidak pernah melihatnya,” katanya pada prosiding Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di Ipoh, Perak, baru-baru ini.
 
Ah Yoong hadir sebagai saksi kepada syarikat Kim Seen Electronic Trading bagi memberitahu situasi sebenar terhadap tuntutan yang dikemukakan oleh Liew Moi Fah, 55.
 
Moi Fah menuntut supaya syarikat itu mengembalikan semula wangnya sebanyak RM5,350 kerana didakwa menjual televisyen LCD kepadanya, sedangkan dia mahu membeli televisyen LED.
 
Menurut Moi Fah, dia membeli televisyen tersebut pada Januari lalu dan mendapati ia bukan televisyen LED sebulan kemudiannya.
 
”Semasa berkumpul beramai-ramai sempena sambutan Tahun Baru Cina pada Februari lalu, anak saudara saya memberitahu bahawa televisyen itu bukan televisyen LED tetapi LCD ‘kahwin’ LED. 

Kes seperti ini banyak berlaku di Singapura.
 
”Saya juga dapati pada kad jaminan televisyen tersebut tertera LCD dan pemeriksaan pada laman web Toshiba tidak menjumpai sebarang produk televisyen LED,” katanya.
 
Setelah mendengar penjelasan tersebut, Presiden TTPM, Maznah Haron memerintahkan supaya Kim Seen Electronic Trading yang diwakili oleh Tang Boh Leng mengambil semula televisyen itu dan mengembalikan RM4,235.42 kepada pihak yang menuntut.
 
Dalam hal ini, katanya, kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi memastikan pengguna tidak dikelirukan antara televisyen LED dan televisyen LCD yang menggunakan cahaya belakang LED.

Thursday, November 3, 2011

Lihat sudut positif AUKU

Negara dikejutkan dengan keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini yang memutuskan bahawa Seksyen 15 dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 adalah bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Malaysia. 

Keputusan pihak hakim secara majoriti 2-1 telah memihak kepada rayuan empat orang bekas pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mendakwa hak kebebasan berpolitik dan bersuara adalah kebebasan rakyat Malaysia. 

Keputusan bersejarah itu sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini.

Ada yang melihat dan bersuara bahawa Seksyen 15 AUKU adalah suatu seksyen yang begitu menekan dan mengongkong para pelajar di IPT untuk terlibat dalam politik di luar kampus. 

Ya, mungkin ada kebenarannya di situ. Tetapi adakah ramai yang cuba menyingkap kenapa AUKU menghalang para pelajar di IPT untuk terlibat dalam politik kepartian di luar kampus? 

Adakah ramai yang mengetahui bahawa para pelajar ini sebenarnya boleh menyertai ceramah-ceramah dan aktiviti-aktiviti ilmuwan yang dianjurkan oleh mana-mana parti politik sebagai suatu usaha untuk meningkatkan pengetahuan dan keilmuan mereka?
Mereka hanya tidak dibenarkan untuk menunjuk simpati dan memegang sebarang jawatan dalam mana-mana parti politik.
Antara sebab mungkin mengapa Seksyen 15 dan keseluruhan AUKU itu dibentuk khusus kepada para pelajar IPT dan kakitangannya di kampus adalah untuk membela dan menjaga nasib para warga kampus terutama pelajar.
Sebagai contoh mudah, sekiranya pelajar diberi kebebasan menyertai parti politik secara langsung, dan mereka terlibat dalam mana-mana tindakan disiplin parti yang memerlukan denda wang ringgit, maka siapa yang harus membela mereka sedangkan pelajar ini masih belum mempunyai pendapatan sendiri? 

Malah kebanyakan daripada mereka pula hanya bergantung kepada pinjaman PTPTN untuk belajar di IPT untuk tempoh masa tiga hingga lima tahun.

AUKU juga berperanan sebagai suatu 'punca kuasa' untuk menggalakkan para pelajar bergiat aktif dalam kampus berbanding sibuk aktif dengan aktiviti-aktiviti parti politik di luar. 

Sekiranya para pelajar ini diberi peluang untuk menyertai politik kepartian, maka sudah pasti masa, wang dan tenaganya akan terpaksa dihabiskan untuk parti politik yang disertainya di luar kampus. 

Kesibukan menyertai dan memegang jawatan dalam parti politik ini akhirnya menyebabkan masa belajar mereka akan digunakan untuk kepentingan parti, duit kocek yang ada dalam simpanan juga terpaksa dibelanjakan untuk survival politiknya dalam parti dan pastinya tenaga serta keringat harus dibahagikan antara tumpuan untuk belajar, komitmen dalam kampus dan penglibatan dengan parti politik.

Seksyen 15 AUKU juga berperanan secara halus untuk membantu dan memastikan para pelajar agar lebih peka dan memberi tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajarannya di IPT. 

Sekiranya para pelajar ini asyik sibuk siang dan malam dengan aktiviti parti politik tidak kira dari pihak kerajaan mahupun pembangkang, maka ruang waktu yang ada pada dirinya semakin terhad. 

Ini tidak mustahil akan menyebabkan para pelajar itu ponteng kelas dan tidak menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Ditambah dengan tekanan yang dihadapi dalam organisasi parti politik, maka pelajar tersebut sudah pasti akan hilang tumpuannya terhadap pengajian. 

Akhir sekali yang menjadi mangsa dalam perkara ini ialah pelajar itu sendiri, mana mungkin kepimpinan parti politik itu akan membantu pelajar untuk lulus cemerlang dalam pelajarannya.

Kita tidak bercakap lagi soal perpecahan di dalam kampus sekiranya para pelajar dan kakitangan IPT diberi kebebasan untuk menyertai secara aktif mana-mana parti politik. 

Cuba bayangkan sekiranya setiap pentadbiran, dan ahli akademik dibolehkan bergiat aktif dalam parti politik, sudah pasti mereka akan mengambil peluang yang ada untuk menguatkan parti dan pengaruhnya. 

Sekiranya seorang pensyarah itu seorang ketua bahagian atau ranting sebuah parti, adakah beliau tidak mempunyai perasaan was-was dan dendam terhadap pelajarnya yang mempunyai jawatan yang sama tetapi dari parti lawan? 

Siapa yang boleh beri jaminan bahawa pensyarah itu tidak akan menggunakan kuasa dan kedudukan yang beliau ada untuk menggagalkan atau memberi tekanan terhadap pelajarnya yang 'setaraf' dengannya dalam dunia politik kepartian? 

Adakah seorang Naib Canselor mampu duduk selesa sekiranya Timbalan Naib Canselor dan pegawai di bawahnya ialah seorang ketua parti lawan? 

Itu tidak termasuk lagi pengetua kolej-kolej kediaman, dekan-dekan fakulti dan pengarah-pengarah pusat, institut dan jabatan.

Pendek kata yang boleh ditekankan di sini adalah AUKU itu sudah pasti ada cacat celanya kerana ia merupakan sebuah akta atau undang-undang yang diciptakan oleh manusia, tetapi tujuan dan keseluruhannya adalah untuk kebaikan warga di IPT juga. 

Janganlah kerana seekor nyamuk yang dimarahi tetapi seluruh kelambu dibakarnya.

Para pelajar dan warga IPT akan mengalami pelbagai kesulitan sekiranya AUKU ini terus dibakulsampahkan begitu sahaja. 

Oleh itu, pihak pemerintah perlu meneliti dengan mendalam sebelum mengambil sebarang keputusan. Pihak pembangkang pula perlu matang dalam memberi hujah agar negara dan masa depan rakyat tidak akan dijual kepada pihak lain.

Komen:  Masa belajar...belajarlah betul2...supaya selepas belajar boleh jadi salah seorang daripada pentadbir negara dlm pelbagai sektor..nak jadi ahli politik lepas belajarpun takder saper yang tahan... tapi sekarang ni kalau budak2 u ni asik terlalak terlolong sibuk berpolitik...bila masa belajarnya? belajar dgn uni kerajaan..pinjam ptptn..pun duit kerajaan...tapi korang tunjuk sikap kurang ajar... umpamanya anak2 dirumah yang masih makan/tido/menumpang idup ngan mak bapaklah... disuap makan pastu tangn yang menyuap tulah digigit...belajar ajelah dulu...jgn kerana duit yg disogok pembangkang yang takat 100-200 tu korang terus jadi bodoh piang...

Mentaliti Negara Kelas Ketiga

Kesesakan pengaruhi perasaan


SEPERTI bertempur di medan perang. Itu antara tanggapan yang diberikan tatkala diutarakan pandangan mengenai tahap budi bahasa di kalangan pengendali kenderaan negara ini. 

Biarpun tidak bersenjata namun cukup dengan pacuan empat, dua roda mahupun berjalan kaki, anda sebenarnya berjuang untuk ‘selamat’ sampai ke destinasi. Bunyi seakan menggerunkan. Ditambah pula dengan laporan peningkatan kes kemalangan jalan raya setiap tahun terutama pada musim perayaan. Malah, dipetik dalam satu laporan berita sebelum ini iaitu sebanyak 43,678 kes kemalangan dicatatkan sepanjang Januari hingga September tahun ini (berdasarkan rekod polis) berbanding 40,154 kes pada tempoh yang sama pada 2010.


Senario ini akhirnya menjurus kepada persoalan ‘mengapa’ dan ‘apakah’ sebab yang membawa kepada peningkatan itu. Justeru, timbul persepsi bahawa antara puncanya ialah pentingkan diri yang menular dalam kalangan pengendali kenderaan (bukan semua) negara ini sehingga turut menyumbang bahaya kepada pemandu lain. Benarkah begitu? Sekiranya ya, ini sedikit sebanyak merujuk kepada tahap budi bahasa mereka di jalan raya disebabkan penularan sikap lebih pentingkan diri daripada keselamatan. Adakah benar budi bahasa sudah semakin luntur atau mereka samseng jalanan? “Kalau dibandingkan dengan negara luar, tahap budi bahasa di negara kita masih baik lagi. Cuma, ingin saya ingatkan terdapat dua golongan di jalan raya, satu adalah mereka yang memang kurang ajar, samseng jalanan. “Golongan satu lagi, ialah mereka yang bersopan-santun di tempat kerja, rumah tetapi apabila masuk saja dalam kenderaan, bertukar personaliti menjadi sebaliknya,” kata Prof Madya Dr Nor Hisham Osman. 
 
Mengulas perkara itu, pensyarah di Universiti Malaya ini ketika ditemui berkata majoriti yang menjadi kurang ajar ketika di jalan raya ialah daripada golongan kedua, yang mewakili 80 peratus. Tidak menafikan bahawa golongan pertama (samseng jalanan) juga agak biadab, namun mereka merangkumi skop segelintir saja. Dengan menjelaskan senario kurang ajar seperti memotong barisan ketika di tol, menggunakan lorong kecemasan untuk cepat sampai, Nor Hisham berkata masih ramai yang keliru apabila menafsirkan senario tidak berbudi bahasa di jalan raya. Disebabkan kekeliruan itu, ada segelintir pihak mempunyai persepsi bahawa kelajuan kenderaan yang dipandu seseorang itu, boleh dikira sebagai kurang ajar. “Adakah membawa laju itu kurang ajar? Kalau itu ditakrifkan, maksudnya semua orang kaya yang membawa kereta berkelajuan tinggi seperti Mercedes-Benz, BMW adalah daripada golongan yang kurang ajarlah di jalan raya? “Bagi saya, kelakuan seperti melanggar lampu merah, menukar laluan tanpa memberi isyarat dan memotong kenderaan mengguna lorong kiri jalan adalah tindakan kurang ajar,” katanya. Agak menghairankan. Seseorang yang berbudi bahasa dengan sesiapa saja, di mana jua, mula berubah tatkala menaiki kenderaan. Kalau diikutkan secara logik, seseorang yang telah sinonim dengan sesuatu amalan, sepatutnya akan tetap mengamalkannya walau di mana jua senarionya tetapi, mengapa mereka bertukar kelakuan menjadi agresif? “Saya rasa faktor utama seseorang individu itu menjadi kurang ajar disebabkan kesesakan jalan raya. Orang yang mempunyai kesabaran tinggi pun akan jadi tidak sabar apabila berada dalam kejadian begini. “Mereka jadi sedemikian bukanlah disengajakan. Tetapi disebabkan faktor kesesakan dan ditambah pula dengan tekanan lain, akhirnya menyebabkan mereka berpersonaliti sebaliknya,” katanya. Ketika ditanya apakah jenis tekanan itu, Nor Hisham berkata, faktor seperti tekanan kerja yang memerlukannya sampai ke destinasi tepat pada masanya sedikit sebanyak boleh mengubah kelakuan seseorang itu. Tidak sekadar itu, malah tekanan menghadapi kesesakan jalan raya untuk mengambil anak di tempat pusat penjagaan, sekolah, juga boleh menjurus seseorang pengendali kenderaan itu melanggar peraturan jalan raya. “Selalunya senario ini (langgar peraturan jalan raya) berlaku ketika jalan sesak ditambah dengan tekanan lain, membuatkan mereka hilang pertimbangan. “Hendak kata mereka pentingkan diri, ya, mereka terpaksa. Sebagai contoh, pemandu bas mungkin akan kehilangan pekerjaannya sekiranya sentiasa lambat ikut jadual. Hendak atau tidak, mereka terpaksa jadi begitu (langgar peraturan jalan raya),” katanya. Apabila berbicara mengenai tingkah laku pemandu negara ini, tidak lengkap sekiranya tidak menyentuh senario perebutan tempat letak kereta sama ada di pusat beli-belah, jabatan kerajaan dan swasta. Setelah menunggu berjam lamanya, secara tiba-tiba datang sebuah kenderaan dari arah bertentangan dan terus memasuki lot tempat letak kereta yang baru saja dikosongkan, mungkin antara senario yang pernah dialami setiap daripada kita. Tanpa rasa bersalah, pemandu sama ada berseorangan mahupun berkeluarga keluar dengan selamba dan tidak menghiraukan pemandu yang sudah lama menunggu untuk mendapatkan lot tempat letak kereta berkenaan. “Itu biasalah, kurang ajar, tidak berbudi bahasa. Tetapi, kita kena lihat sudut lain pula. Mengapa jadi begitu? Ini disebabkan tempat letak kereta yang ditawarkan tidak cukup. “Mungkin dia sudah pusing banyak kali sampai hilang pertimbangan dan jadi begitu. Begitu juga dengan naik bas, mengapa orang susah nak beratur? Ini kerana, mereka tahu sekiranya terlepas bas ini, lambat lagilah hendak tunggu,” katanya. Atas faktor itu, Nor Hisham berharap agar kelengkapan kemudahan turut dititikberatkan supaya kelakuan sedemikian dapat dikurangkan.
 
- Bernama
 
Komen:   Tapi kalau sumer org ada alasan (sebab berperangai kurang ajar), penyelesaian takkan tercapai sampai bila2 pun...macam langgar lampu isyarat..kalau di luar negara spt Jepun...di saat dan ketika itulah juga polis traffic akan muncul di sebelah kereta kita..suruh kita ketepi, disaman, dan bagi kita demerit point...hingga satu tahap..lesen memandu akan ditahan...di Malaysia ni undang2 banyak sungguh...lebih2 lagi undang2 jalanraya...tapi penguatkuasaan hampagas...nak harapkan rakyat Malaysia (tidak semua) yang kurang ajar atas jalanraya berfikir sendiri....mmg tidaklah..sebab kalau dia berfikir...dia takkan buat begitu...jadi dengan penguatkuasaan yang tegas ajer dapat mengajar pemandu menjadi lebih berhemah.  Bagi masalah pengangkutan awam..saya bersetuju dgn Prof.  Selagi masalah ini tidak selesai...jgn harap akan ramai menggunakan pengangkutan awam...public transport masih lagi satu isu yang besar bg rakyat marhaen di Malaysia...di Jepun dan Itali (Eropah secara amnya) org2 kaya masih menggunakan public transport...SEBAB???... ianya memudahkan...murah dan cekap...serta on time...kat Malaysia ni..bukan nk kondem semuanya hangat2 taik ayam ajer...masa launching sumer tip top... lepas tu macam2 hal timbul...sgt melemaskan...