Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 11, 2011

Dimana Kewarasan Manusia?

Kanak-kanak 3 tahun mati didera


Nor Aqiulla Razali (gambar kecil) yang pengsan diberi bantuan selepas melihat mayat anaknya, Nordiana Qistina Nurafizan dibawa keluar dari Rumah Mayat Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, semalam. – utusan/Nasirruddin Yazid


JOHOR BAHRU 10 Jan. – Sukar untuk digambarkan betapa seksanya penderitaan ditanggung seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang menjadi mangsa dera di Kampung Sungai Tiram di sini.
Hampir keseluruhan tubuhnya penuh dengan 73 kesan lebam dan luka.Hanya mereka yang tidak berperikemanusiaan sahaja sanggup melakukan kekejaman terhadap kanak-kanak kecil yang tidak berdosa itu.  Berikutan kecederaan itu, kanak- kanak tersebut, Nordiana Qistina Nurafizan, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9 pagi semalam di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.  Bukan hanya Nordiana Qistina, malah adiknya, Danish Irsyad berusia setahun, turut menjadi mangsa kekejaman yang dipercayai dilakukan oleh ibu tirinya. Kanak-kanak itu ini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.  Mangsa merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan tinggal bersama bapanya, Nurafizan Ludin, 29, seorang pekerja kilang manakala ibu tirinya pula seorang suri rumah.  Ibu kandung mangsa, Nor Aquilla Razali, 27, menetap di Pasir Gudang dan bercerai dengan Norafizan sejak setahun lalu.  Nor Aquilla ketika ditemui memberitahu, bekas suaminya itu menghubunginya untuk memaklumkan kematian Nordiana Qistina kira-kira pukul 11 pagi ini.  Wanita itu yang tidak dapat menahan perasaan setelah melihat keadaan mayat anaknya di Bilik Mayat HSI pengsan tiga kali.  Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, kanak-kanak malang itu meninggal dunia akibat pendarahan dalaman yang serius.  “Punca kematian Nordiana Qistina adalah kerana 73 kesan penderaan di seluruh tubuhnya. “Melalui bedah siasat, organ dalaman mangsa rosak teruk dan berdarah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.  Roslan berkata, mangsa dihantar oleh bapanya ke HSI kira-kira pukul 8.25 pagi semalam namun disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.  Beliau memberitahu, ibu tiri mangsa sedang dicari dan dia berkemungkinan akan ditahan dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.  Utusan Malaysia difahamkan, bapa mangsa membuat laporan polis mengatakan anaknya itu meninggal dunia kerana lemas ketika mandi dalam sebuah besen di rumahnya.  Jenazah Nordiana Qistina selamat dikebumikan di kampung datuknya di Felda Tenggaroh, Mersing, kira-kira pukul 5 petang tadi.

Mami kata:  Bila Akal yang ada diletakkan di kepala lutut, tindakan manusia lebih kejam dari binatang..binatang species apapun sayangkan anak...apa patut kita panggil manusia yang sebegini?  Kejammnya...Qistina dan Danish baru sahaja mengenal dunia dan sedang keletah dan petah dengan perangai keanak2annya... tapi telah diragut kemanisan itu dengan cara yang begitu tragis sekali...mami bukan mahu menidakkan Qada' dan Qadar, tidak sama sekali tetapi kanak2 itu telah didera beb....cubalah letak diri kita ditempat kanak2 itu...Allah hai...tentu sakitnya tak terperi kan... dan letak pula diri kita sebagai ibu kepada kanak2 itu...macam nk tercabut nyawa kita dibuatnya kan...anak yang kita kandung dan lahirkan, didera hingga ke akhir hayatnya...bapanya?  entahlah...nampak macam ada sesuatu yang disorokkan....wallahualam ....

No comments:

Post a Comment