Fudail bin ‘Iyad menyapa seorang lelaki ‘Berapa usia anda? Jawab lelaki tersebut ’60 tahun’. Fudail selanjutnya berkata ‘Bermakna anda sudah berjalan menuju Allah SWT sejak 60 tahun. Perjalanan anda sudah hampir selesai.’ Lelaki tersebut berkata ‘Kita ini milik Allah. dan kita semua akan kembali kepada-Nya’ Seterusnya Fudail bertanya ‘Tahukah anda maksud ungkapan anda tersebut?’ Lelaki berkenaan berkata ‘Saya kan sudah nyatakan, ‘Kita milik Allah, dan kita semua akan kembali kepada-Nya’. Fudail bertanya lagi ‘Tahukah anda apa huraiannya?’ Lelaki tersebut berkata kepada Fudail ‘Cubalah terangkan apa maksudnya!’ Fudail menjelaskan ‘Inna lillah, yakni kita ini adalah hamba milik Allah’; inna ilaihi rojiun bermaksud, kita akan kembali kepada Allah. Sesiapa yang menyedari bahawa ia milik Allah, dan ia akan kembali kepada-Nya, ia hendaklah menyedari bahawa ia akan menghadap Allah SWT. Sesiapa tahu bahawa ia akan menghadap Allah, bermakna ia kelak akan disoal siasat. Sesiapa yang tahu bahawa ia akan disoal siasat, maka ia hendaklah mempersiapkan jawaban setiap persoalan yang mungkin akan diajukan. Lelaki tersebut tersentak seraya bertanya ‘Lantas apa jalan keluarnya?’ Fudail berkata ‘Sungguh mudah sekali’. Lelaki tersebut mendesak ‘Apakah maksud anda?’ Fudail menjelaskan ‘Anda hendaklah bergiat memperbaiki saki baki usia anda, dengan demikian Allah akan mengampunkan dosa anda yang lalu dan yang akan datang. Akan tetapi jika anda masih terus melakukan kejahatan dalam saki baki usiamu, nescaya dosamu yang telah lalu akan ditambah dengan dosa yang akan datang.’ Sungguh mudah mencapai husnul khatimah. Wallahul muwaffiq!
Bahan kuliah Subuh
Surau Assobah, Bandar Baru Bangi
12 Muharram 1432 / 18 Dis 2010
Ust Ahmad Asri Lubis
Surau Assobah, Bandar Baru Bangi
12 Muharram 1432 / 18 Dis 2010
Ust Ahmad Asri Lubis
No comments:
Post a Comment