Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, December 30, 2010

2011, tahun selamatkan institusi keluarga

 Dipetik dari Akhbar Utusan Malaysia Online bertarikh 30 Disember 2010.

BEGITU pantas masa berlalu. Hanya tinggal sehari lagi kita akan melangkah ke tahun baru, 2011. Tentunya 2010 yang ditinggalkan juga mempunyai banyak kebaikan di sebalik kesedihan yang mungkin dilalui.Sepanjang tahun ini juga, pelbagai tragedi berlaku yang mana memerlukan kita semua merenung dan berfikir, apakah hikmahnya ujian yang dianugerahkan oleh Allah itu?Lalu teringat juga saya akan pesanan orang tua-tua supaya jangan diungkit jangan dikenang kisah nan lalu.

Tetapi itu hanya kata-kata dan pesanan untuk dijadikan panduan. Sesuai dengan masa kini apabila didatangi musibah atau ujian, kita juga harus bangkit untuk meneruskan langkah menghadapi hari depan yang masih panjang.Secara tidak langsung segala ujian itu boleh dijadikan sandaran mengumpul semangat dan iktibar supaya kita lebih berhati-hati dalam mencari arah tuju hidup berlandaskan iman dan takwa.  Jika direnung kepada segala tragedi yang berlaku, kematian, pembunuhan, nahas ngeri, perselisihan faham dan perbezaan pendapat, banyak yang tersirat di sebalik yang tersurat. 

Saya setuju kita tidak boleh kenang perkara yang sedih selama-lamanya, malah tidak juga boleh berbangga dengan kesenangan yang ada.Tetapi sebagai manusia, kita diberi akal untuk menilai dan menimbang mana yang baik dan buruk. Benar hidup perlu diteruskan, tetapi bagaimana caranya?  Cadangan saya, ayuh kita bergerak ke depan, membaiki diri dan berani membuat perubahan dalam hidup terutama soal akhlak, tingkah laku dan jati diri di samping selalu mengingati Allah.  

Saya juga terpanggil mengaitkan isu ini dengan pelbagai perkara yang melanda masyarakat sepanjang tahun ini terutamanya masalah sosial yang pada saya nampak begitu ketara.  Perceraian, keruntuhan akhlak di kalangan remaja, antara perkara serius yang melanda masyarakat kita sekali gus melemahkan institusi keluarga. Paling membimbangkan, masalah cinta turut menjadi beban dalam hidup remaja sehingga sanggup melarikan diri dari rumah mengikut lelaki yang mereka cintai dan juga membunuh kerana cintanya tidak berbalas.  Tragedi seperti ini, jika tidak dibendung akan terus bermaharajalela dalam masyarakat disebabkan sikap kebanyakan ahli masyarakat sendiri yang tidak begitu mengambil peduli berbanding dulu.  Inilah antara perkara serius yang perlu diberi perhatian oleh masyarakat sama ada ibu bapa, pekerja, keluarga, jiran, rakan taulan dalam usaha membina masyarakat lebih prihatin dan berilmu.  

Saya juga ingin menyentuh tentang kes perceraian yang kini berada di tahap membimbangkan.  Seperti diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom baru-baru ini, jumlah kes pasangan yang bercerai mencapai 27,116.  Puncanya sekadar tidak ada persefahaman, masalah akhlak dan campur tangan pihak keluarga.  Angka tersebut, kata Jamil Khir Baharom diperoleh hasil kajian yang dilakukan oleh Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sepanjang setahun dari 2003 hingga 2004.  Dalam kes tersebut, di pihak suami tiada persefahaman mencakupi 43.33 peratus, masalah tidak bertanggungjawab 32.93 peratus, masalah akhlak atau sosial 12.03 peratus dan campur tangan pihak ketiga 5.54 peratus sementara ekonomi 2.62 peratus.  Sementara isteri pula memberi sebab bercerai kerana tiada persefahaman 69.44 peratus dengan alasan mereka tidak mahu memanjangkan cerita selain 17.68 peratus disebabkan tidak bertanggungjawab dan masalah akhlak atau sosial 5.84 peratus.  Melihat pada angka yang dimaklumkan, jelas ia bukan perkara remeh malah dikhuatiri menjejaskan institusi keluarga yang kini seperti terumbang-ambing. Jika ibu bapa tidak dapat memberi tumpuan dan contoh terbaik dalam rumah tangga bagaimana dengan masa depan anak-anak?  Siapa yang harus mereka jadikan contoh jika di dalam rumah suasananya selalu panas dan membahang. Ayah dan ibu tidak sehaluan, komunikasi dengan anak-anak tidak ada dan rumah sekadar tempat persinggahan.  Akibatnya anak-anak, khasnya remaja akan mencari jalan penyelesaian di luar. Turut membimbangkan, adalah kes perceraian pada usia emas. Beberapa wanita yang berkongsi kisah rumah tangga mereka dengan saya kebanyakannya memberitahu mereka terpaksa mengambil keputusan untuk berpisah dengan pasangan masing-masing setelah mencecah usia 50-an kerana tidak sanggup lagi hidup berpura-pura.  "Selama ini kami bertahan kerana anak-anak. Apabila anak-anak sudah berdikari, saya mohon cerai kerana mahu bebas dalam erti kata sebenar," itu kata salah seorang daripada mereka.  Alasan yang diberi, suami tidak semesra dulu, ada teman wanita dan banyak menghabiskan masa di luar dengan kawan-kawan.  Ertinya selama ini mereka hanya berlakon hidup sebagai suami isteri demi anak-anak. Adakah situasi ini baik untuk institusi keluarga kita?  

Saya tidak mahu mengulas panjang tentang perkara itu memandangkan setiap orang ada pendekatan tersendiri dalam membina keluarga mereka. Lagipun ini adalah masalah peribadi.

Namun saya tetap percaya semuanya bermula dari rumah. Elok acuan yang digarap ibu bapa, maka akan eloklah anak-anak yang dididik dan diberi tunjuk ajar.  Apa pun 2011 diharap akan lebih membuka minda kita semua untuk membaiki kelemahan diri sepanjang tahun lalu.  

Tidak salah muhasabah diri, mencari kekurangan dan kekuatan yang ada untuk membuat perubahan dalam hidup.Terkadang kita alpa dengan kekurangan kerana leka dibuai kelebihan yang dipinjamkan oleh Allah. Inilah masanya kita cermin diri.Seperti juga saya dan keluarga yang menjadi lebih kuat dan bersatu setelah diuji dengan pelbagai cabaran sejak akhir-akhir ini.

Pada saya hanya kekuatan, semangat dan kasih sayang sesama keluarga mampu mengembalikan kegembiraan yang telah hilang. Biarpun ia pahit, namun manisnya tetap ada.

Penutup catatan, jika ada sesuatu yang hilang pada hari kelmarin, berusahalah untuk mendapatkannya semula pada hari ini, esok dan seterusnya tanpa rasa kecewa kerana percayalah, kebahagiaan itu laksana pokok mawar yang ditanam. Biarpun tidak berbunga ia akan terus tumbuh sehingga kuntumnya menjelma pada satu hari nanti.

Salam Tahun Baru 2011.

"Yang Buruk Dijadikan Sempadan
Yang Baik dijadikan Teladan"

Wednesday, December 29, 2010

Marilah Kita Sama-Sama Amek Iktibar/Pengajaran dan Teruskan Belajar

 Salam semua,

Mami dapat dari email yang dihantar kepada mami...sama2lah kita manfaatkan apa yang boleh memberikan pengajaran dan pelajaran ya...

Assalamualaikum Semua,

Satu ceramah bertajuk "Dasyatnya Doa Seorang Ibu" oleh Ustaz Abdullah Mahmud, bekas ustz ATM sungguh menarik dan jarang kita dengar.  So kepada semua pengalamat luangkan sedikit masa berharga dengan membaca sedutan ceramah istemewa ini untuk kita sama2 hayati dan amalkan sekadar mampu. Di takdirkan anda malas juga nak baca, saya harap bacalah juga pada bahagian yang ada tanda **** ..

Ibu Kita dan Sebagai Ibu
Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita.  Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik.

Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah.

  • *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata.  Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.       
  • Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.                          
 Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.
Ø       Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
Ø       Membaca quran sehingga menitis air mata.
Ø       Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata.
q       3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
Ø       Anak.                        
Ø       Ibu.                        
Ø       Suami.                       
 
Sebagai Selingan Kata ustaz lagi, kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk lah muka laki kita tika dia tidor - kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada timbul rasa itu semua - maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed apa yang patut.
  •  Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira menangis dalam hati je..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang lah ibumu selalu.                          
  • Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu.
  • Kalau ada niat yang baik teruskan lah.. Allah akan bersama kita.
  • Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai.
  • *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih dulu.                          
  • Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita.  Kaedah tu dipanggil “wasilah amal” .
  •  “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”.
  • *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab.  Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal  yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita.
  • Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah.
  • Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, lps tu bicaralah dengan Allah..
  • “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini” .
  • “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini” .
  • Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.  
  • *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira diaanak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka.  Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!
  • Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati.   Jadi doakan ibu kita jika ianya telah tiada.
  • *** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup.
  • Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan”  atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..”  Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana .
  •  Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam!  Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini”  Jadi, jangan lupa bagi salam pd merika.
  • Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.                          
  • Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..
  • Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah.  Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!.                          
  • *** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah.  Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”.   Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana .
  • Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.  
  •  *** Allah panjangkanlah usia ibu bapaku supaya dia sakit dan nyanyuk..ini bertujuan memberi syurga pada anak2nya.  Doa ini bukan bermaksud minta merika sakit or nyanyok..ironinya keadaan demikian membolehkan anak2 berebut mahu menjaga merika disaat merika dlm keuzuran itu sbb balasannya adalah syurga.  Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita.  Besar sangat pahalanya.
  • Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.                          
Selalu Bergaduh Dengan Ibu
  • Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka.
  • Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak.  Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar.
  • Saka dipindahkan melalui Kasih saying/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan.
  •  Symptom terkena saka:
  •  Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena.                          
  •  Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar.
  • Susah nak dapat anak, senang gugur.
  • Ada rasa kelibat orang lalu.
  •  Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam.
  •  Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan.                          
  •  Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.
  •  3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia.                          
  • Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan.
  • Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari.

Anak Lari Dari Rumah
  •  Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.                          
  • Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya.                          
 Anak Degil

  • *** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
  • Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. Respon dari org yang dah try sungguh menakjubkan setakat ni alhamdullilah kebanyakannya menjadi. Contoh kalu kita nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.

So sama2lah kita praktikkan apa yang mampu dan jangan sekalipun kedekut memanjangkan mail ini kepada sedara seagama kita. 

Wallahualam

Kerja Kerana Allah, Kerana Keluarga

Salam,

Hari ni mami sedih lah... kita semua ni bekerja untuk menyara hidup kita dan keluarga, betul tak? bukanlah mintak diappreciate lebih2 tapi kalau bagi markah tu biarlah berpadanan dengan apa yang kita telah buat kan... jangan kedekut... bukannya duit awak yang keluar pun kalau dapat anjakan or cemerlang ke apa... kalau bagi markah macam kita ni tak buat kerja langsung... apa yang tak kena dengan aku ni? abis selama ni datang kerja, punch, minum pagi, makan tengahari..dan punch balik ajer? kalau skop kerja di pejabat ni takat tu ajer... "what more do you expect from me" kalau tanam padi takkan tuai gandum, betul tak? betul2 frust ni...

Friday, December 24, 2010

Tahniah Anak-2ku

Salam Kakak dan Adik,

Mami nak ucapkan tahniah kepada adik yang mendapat 4A 1B dalam UPSR adik baru-baru ni. I know you can do it, walaupun baru setahun bersekolah di Malaysia...adik dah buktikan yang adik boleh mencapai kejayaan. Keep up the good work, study hard (it's for yourself and for you own good in the future), jadilah anak yang mendengar kata dan solehah..InsyaAllah, amin.

Kepada Kakak yang baru sahaja mendapat keputusan PMR 1A, 4B & 3C, mami tetap berbangga dengan pencapaian kakak, eventhough u cracked your head for less than 2 months to study for the exams besides the tuition class every weekend...u did quite well...but frankly i think u can do better than that, coz i know your capabilities and i know u, u've got straight A's while we were in Tokyo, but for PMR trial u failed. It was a shocked to all of us, including your teacher as she sees u as one of the brightest in class. Kalaulah kakak study hard and focus on your study instead of of that useless boy... the result will be much more better than what u got yesterday...but it's okay... u can still improve your result in your 2012's SPM. InsyaAllah...

Mami doakan yang terbaik untuk ketiga-tiga orang anak mami...insyaAllah...apapun yang mami buat untuk kakak, adik dan baby adalah untuk kebaikan anakanda semua di masa hadapan.

Luv uols
Mami.

Wednesday, December 22, 2010

Hati

Salam,

Kenapalah hati mami ni terasa berdebar-debar dari malam semalam lagi....tak berhenti berdebar-debar... mami dah call mama hana, dah call uda jb...dah call adik & kakak di kampong bertanyakan kabar mereka...Alhamdulillah mereka sihat... tetapi hari ni...kenapa hati ini masih berdebar2.. terasa sungguh sayu sampaikan nak menangis dibuatnya...Ya Allah, tenangkanlah hatiku ini Ya Allah, semoga aku dapat menyempurnakan tugas-tugas harian dan tanggungjawabku terhadap suami dan anak-anak, Ya Allah...amin, amin ya rabbal alamin.

Tuesday, December 21, 2010

MAMI SOKONG 101%


















Yalah kata Shah Alam dah dinaik taraf ke Bandaraya, tapi pengangkutan awam, tahap kampong2...bas payah nk nampak...kalau adapun tak ikut masa... sesuka hati dia jer..tak masuk ke kawasan perumahan pun...cuma lalu kat tepi2 ajer... yang tinggal di Shah Alam bukan semua tahu memandu dan ada kenderaan, terpaksa guna pengangkutan awam tapi tak convenient....kalau ada MRT dan diperluaskan sehingga ke UITM seksyen 2, seksyen 7 (ada Jakel kat situ) ke kawasan membeli belah di tengah bandar (ada SACC Mall, Kompleks PKNS, Plaza Alam Sentral, mcm2 lagilah) kan ke senang nak bergerak. Ada masa berkereta, tapi takder parking pun masalah jugak...kalau ada MRT...senang nak bergerak...pendek kata memang disokonglah kalau MRT ni akan dibina di Shah Alam...

Atilia & Firdaus

Salam semua,

Semalam tak pasal-pasal mami dapat 2 cucu angkat baru diberi nama Atilia & Firdaus. Kenapa nama berkenaan? Kerana QiQi suka sangat dengan nama tu...macam nama drama tv yang dia suka sangat...sampaikan 2 ekor kura-kura yang baru dibeli pun diberikan nama tersebut...hahahaha.... yes...cucu angkat mami tu adalah 2 ekor kura-kura yang baru dibeli semalam di kompleks PKNS, Shah Alam. Sekarang mami dah ada 5 cucu angkat...3 ikan emas dan 2 kura-kura...kalau ikutkan hati mami nak letak nama Sood dan Peah ajer..hehehehe...

Pagi ni QiQi bawak anak angkat dia pergi office daddy...sebab takder saper di rumah untuk jaga QiQi...so dia kena ikut daddy pergi kerja...daddy kata QiQi dah macam sales girl jual turtle....dia tunjuk kat semua orang...siap keluarkan Atilia dan Firdaus tu...dipegang2nya...QiQi..QiQi...

QiQi, jagalah Atilia & Firdaus tu baik-baik ya...jangan lupa bagi makan dan every 4 days kena tukar air dia...jangan lupa kena letak anti-chlorine dalam air tu...nanti arwah Atilia dan Firdaus tu...

Lepas ni tak taulah apa lagi yang QiQi nak bela pulak....

HUSNUL KHATIMAH DI TANGAN ANDA

Fudail bin ‘Iyad menyapa seorang lelaki ‘Berapa usia anda? Jawab lelaki tersebut ’60 tahun’. Fudail selanjutnya berkata ‘Bermakna anda sudah berjalan menuju Allah SWT sejak 60 tahun. Perjalanan anda sudah hampir selesai.’ Lelaki tersebut berkata ‘Kita ini milik Allah. dan kita semua akan kembali kepada-Nya’ Seterusnya Fudail bertanya ‘Tahukah anda maksud ungkapan anda tersebut?’ Lelaki berkenaan berkata ‘Saya kan sudah nyatakan, ‘Kita milik Allah, dan kita semua akan kembali kepada-Nya’. Fudail bertanya lagi ‘Tahukah anda apa huraiannya?’ Lelaki tersebut berkata kepada Fudail ‘Cubalah terangkan apa maksudnya!’ Fudail menjelaskan ‘Inna lillah, yakni kita ini adalah hamba milik Allah’; inna ilaihi rojiun bermaksud, kita akan kembali kepada Allah. Sesiapa yang menyedari bahawa ia milik Allah, dan ia akan kembali kepada-Nya, ia hendaklah menyedari bahawa ia akan menghadap Allah SWT. Sesiapa tahu bahawa ia akan menghadap Allah, bermakna ia kelak akan disoal siasat. Sesiapa yang tahu bahawa ia akan disoal siasat, maka ia hendaklah mempersiapkan jawaban setiap persoalan yang mungkin akan diajukan. Lelaki tersebut tersentak seraya bertanya ‘Lantas apa jalan keluarnya?’ Fudail berkata ‘Sungguh mudah sekali’. Lelaki tersebut mendesak ‘Apakah maksud anda?’ Fudail menjelaskan ‘Anda hendaklah bergiat memperbaiki saki baki usia anda, dengan demikian Allah akan mengampunkan dosa anda yang lalu dan yang akan datang. Akan tetapi jika anda masih terus melakukan kejahatan dalam saki baki usiamu, nescaya dosamu yang telah lalu akan ditambah dengan dosa yang akan datang.’ Sungguh mudah mencapai husnul khatimah. Wallahul muwaffiq!


Bahan kuliah Subuh
Surau Assobah, Bandar Baru Bangi
12 Muharram 1432 / 18 Dis 2010
Ust Ahmad Asri Lubis

Monday, December 13, 2010

13 Tahun Dahulu - Di Milan, Itali






















Di Depan Duomo,Milan, Italy


Daddy, photo ni mami dapat dari kak tusi dia scan dan email pada mami. Kakak cute kan daddy, comel sangat masa tu, and we were quite slim at that time kan...hahahahaha... now slim gak tapi slim river...besau sungai tu...hehehe..not u ok..but mami yang dah cam slim river sejak balik dari Tokyo ni. Mami sedang mengandungkan adik, 2 bulan dalam perut...time flies so fast that now we have to face difficult time untuk mempastikan anak-anak membesar menjadi umat Nabi Muhammad saw yang baik, berbakti kepada bangsa, agama dan negara. Tak sangka cabaran membesarkan anak-anak kita akan membuatkan kita tercari-cari salah sendiri. But I believe we did make mistakes, coz we're not perfect. Tapi tidak mengapa, mami redha dan mami terima cabaran itu...mudah2an anak-anak kita akan menjadi anak-anak yang solehah dan mendengar kata..InsyaAllah..

































Kakak sedang bermain-main dengan burung-burung merpati yang jinak. Tapi tengoklah muka dia tension ajer sebab takut burung tu patuk tangan dia mintak makan...hehehe...kesian kakak..

Friday, December 10, 2010

Subhanallah.....Apa Sudah Jadi?

Mengucap panjang mami membaca berita di atas. Macamanalah bangsa-bangsa lain nak menghormati agama kita? Kerana mereka-mereka ini, tentu bangsa lain memandang serong kepada agama Islam dan juga orang-orang Arab secara keseluruhannya.
Fikir2kanlah

Kebesaran Allah Swt

Assalamualaikum wbt kepada teman-teman bloggers. 2-3 hari lepas mami baca online paper and found this news. Subhanallah...Maha Suci Allah...Bagai nak berderai airmata bila melihat gambar di atas tu. Terasa banyaknya dosa diri ini dan dan betapa mami berharap dosa-dosa mami yang lepas dapat diampunkan dan dijauhkan bala ditimpa kepada anak-anak. Tentu rakan-rakan bloggers berfikir apa kena mengenanya gambar di atas dan dosa-dosa mami kan? Kerana gambar di atas tu memperlihatkan kekuasaan Allah Swt, betapa mami terasa kerdil dgn dosa-dosa yang pernah dilakukan..Ya Allah, dengan rendah hati hambaMu yang hina ini memohon keampunan dariMu Ya Allah, selamatkan hidup kami dan permudahkanlah urusan kami di atas mukabumi Mu ini Ya Allah...Amin Amin Amin Ya Rabbal Alamin..