Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, February 13, 2015

Negara Kehilangan Ulama' Tersohor dan Pengulas Sukan Terhebat abad ini

Assalamualaikum wbt.,

Semalam kita dikejutkan dengan 2 kehilangan besar kepada tanahair kita. 


DATUK HAJI HASBULLAH AWANG

Datuk Haji Hasbullah Awang telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.20 tengahari, 12 Februari 2015 bersamaan dengan hari Khamis, 22 Rabiulakhir 1436H di IJN.

Allahyarham adalah seorang yang amat dekat dan kita kenali, rasa janggal sekiranya mendengar orang lain yang memberikan ulasan bolasepak, takraw, badminton atau apa sahaja kerana suara emasnya dan cara beliau memberikan ulasan itu amat menghiburkan dan boleh membuatkan kita tersenyum tanpa sedar.  Apatah lagi ayat-ayat yang tidak terjangka oleh kita terkeluar sewaktu beliau mengulas.  Kepergiaannya adalah tidak dijangkakan kerana sakitnya di IJN selama seminggu tidak kita ketahui, sebab tu masa dapat berita kehilangannya, i was speechless. Antara hendak percaya atau tidak.  Tetapi kita kena redho', yang hidup pasti akan kembali kepada Sang Pencipta.  Semoga roh allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, amin.  Buat keluarga semoga tabah dan redho'.

‘Dia kata dia OK’

Oleh Ridzuan Abdul Rahman
mohamadridzuan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur : “Setahu saya Allahyarham memang ada penyakit dan sepanjang mengenalinya, dia akan makan ubat ketika terbabit mengulas program sukan secara langsung di kaca televisyen,” kata pengulas sukan Astro Arena, Hafizal Hamad mengenai pemergian pengulas sukan legenda, Datuk Hasbullah Awang tengah hari tadi.

Hafizal yang menganggap Hasbullah seperti bapanya berkata, Allahyarham dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada minggu lalu, tetapi perkara ini tak dihebahkan kepada masyarakat umum kecuali dalam aplikasi WhatsApp sesama rakan mereka.

“Dia sakit dan perlukan rehat, jadi kami nak melawat pun rasa tak selesa kerana bimbang mengganggu. Tambah lagi dia mengakui keadaannya OK. Tiga hari lepas saya terserempak dengan isterinya ketika makan di kampung baru dan beliau memaklumkan keadaan terkini Allahyarham.

“Sekali lagi kami bercadang nak melawatnya tetapi Allahyarham memaklumkan di grup WhatsApp keadaannya OK. Tiba-tiba saja saya dikejutkan dengan panggilan daripada anaknya yang memberitahu Allahyarham sudah tiada,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Februari 2015 @ 4:38 PM



- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/30415#sthash.Se3Ysgys.dpuf


TUAN GURU DATUK NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT


Allahyarham telah lama menderita sakit barah prostate dah telah menghembuskan nafas yang terakhirnya di rumahnya di Pulau Melaka, pada jam 9.40 malam pada 12 Februari 2015 bersamaan dengan Khamis malam jumaat, 22 Rabiulakhir 1436H.  Insan terpilih.  Rohnya telah diangkat bersamaan dengan tarikh perginya as syahid imam Hassan Al Banna, 12 Februari 1949.

Entah kenapa hati berasa sayu hari ini, kami tidak saling mengenali, tetapi jika ditolak bab politik, allahyarham adalah seorang ulama yang terbilang, tidak tentu akan pengganti yang serupa dengannya.  Manusia mana yang tidak buat silap, tetapi melihat kepada tawadduknya allahyarham memperjuangkan dan mengamalkan ajaran Islam, sesungguhnya allahyarham adalah ulama yang tiada galang gantinya.  Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang dikasihi Allah, amin amin ya rabbal alamin.


‘Doakan arwah sejahtera’
Oleh Muhamaad Razis Ismail
am@hmetro.com.my

Kota Bharu: “Saya mohon doa daripada seluruh rakyat Malaysia untuk kesejahteraan arwah,” demikian kata anak lelaki Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Mohamad Abduh pada sidang media ringkas di kediaman keluarganya di Kampung Pulau Melaka di sini, malam tadi.

Beliau memaklumkan pemergian Mursyidul Am PAS dan bekas Menteri Besar Kelantan itu akibat barah prostat.

Menurut Nik Mohamad Abduh, Allahyarham bapanya yang berusia 84 tahun menghembuskan nafas terakhirnya di hadapan ahli keluarga di rumahnya pada jam 9.40 malam.

“Saya ingin maklumkan jam 9.40 malam ayahanda Nik Aziz..malam ni malam Jumaat hembuskan nafas terakhir di hadapan keluarganya,” katanya.

Terdahulu sebelum itu, Nik Abdul Aziz dibawa pulang ke rumahnya jam 8.55 malam tadi selepas dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sejak 19 Januari lalu.

Ketika dibawa pulang, beliau terpaksa diusung menggunakan katil hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri dan bergantung kepada bantuan oksigen.

Sementara itu, Masjid Pulau Melaka mengumumkan solat jenazah Allahyarham akan diadakan pada jam 10 pagi ini sebelum jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka sejurus selepas itu.

Petang semalam, dalam laman sosial Facebooknya, Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas memaklumkan keadaan kesihatan ayahnya semakin merosot selepas menjalani rawatan ulser.

Beliau berkata, hospital berusaha menstabilkan keadaan bapanya dan tidak pasti sama ada akan dibawa pulang ke rumah seperti mana yang dijadualkan.


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/30490#foto



No comments:

Post a Comment