Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, September 21, 2012

KASIH HINGGA KE SYURGA...SUAMI MITHALI


‘Saya jaga dia sampai bila-bila’

Oleh Yusmizal Dolah Aling
yusmizal@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KASIH...Abdul Hamid menjaga isterinya di rumah mereka di Pantai Permai, Kerinchi.
KASIH...Abdul Hamid menjaga isterinya di rumah mereka di Pantai Permai, Kerinchi.
KUALA LUMPUR: “Pernah satu ketika, saya hilang arah dan tak tahu nak buat apa. Buntu memikirkan anak-anak dengan keadaan isteri yang kritikal, saya pula dibuang kerja, namun saya kuatkan semangat menghadapi ujian ini.
“Alhamdulillah, saya berjaya laluinya dan isteri semakin sihat. Insya-Allah, saya akan jaga dia sampai bila-bila,” kata Abdul Hamid Alias, pemandu teksi yang menjaga isterinya selepas disahkan menghidap kanser tulang tahap empat sejak dua tahun lalu.
Katanya, kasih sayang yang kuat terhadap Zurida Yusuff, 44, sedikit pun tidak pernah pudar biarpun rutin harian hidupnya berubah sama sekali apabila terpaksa mengambil alih semua tanggungjawab menjaga anak, memasak, mengemas rumah termasuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada isterinya itu, setiap hari.

Menurutnya, pengesahan doktor mengenai keadaan kesihatan isterinya pada 2010 begitu memberi kesan kepada hidupnya sehingga diberhentikan kerja sebagai pengawal keselamatan kerana terlalu kerap mengambil cuti menjaga insan tersayang.

No comments:

Post a Comment