Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, May 25, 2012

Saya tolong hebahkan saja...kesian pada adik Iskandar ni....


JANGAN HEBOHKAN FASAL ISKANDAR DI BLOG ATAU FACEBOOK?

"Saya sudah menziarahi Iskandar di HSA sebentar td...nurse kat sana pesan, "Jangan heboh di blog atau FB, nanti ramai yang datang"


Adooiii!!!!"

Itu antara komen berbentuk keluhan dihantar kepada saya berhubung pesakit paru paru, Iskandar Syahlizan, 10 bulan, kini terlantar di Hospital Sultanah Aminah, HSA, Johor Bahru, Johor.

Kisah penderitaan Iskandar, saya paparkan di sini dan di sini sebelum ini.




Semalam sahabat saya, blogger Hazrey memaklumkan, HSA mempunyai Jabatan Kardiotorasik dketuai oleh pakar paru paru, Datuk Dr  Rahman Ismail. Untuk rekod Datuk Dr Rahman pernah merawat adik ipar kepada blogger terbabit, klik di sini.


"Kami cuba mendapatkan second opinion, meminta bantuan Datuk Dr Rahman untuk meninjau keadaan Iskandar semalam (24 Mei 2012). Beliau hanya berpeluang melihat anak saya sekejap sahaja. Sebelum ini, kami tidak langsung mengetahui HSA mempunyai pakar berhubung paru paru. Persoalannya, mengapakah Iskandar tidak dimasukkan ke wad di Jabatan Kardiotorasik supaya dia boleh dirawat oleh pakar?," soal ibu Iskandar, Siti Aminah Amir.


Hanya pihak pengurusan HSA mampu memberikan jawaban tepat kepada soalan dikemukakan oleh Siti.


Manakala, kakitangan Kementerian Kesihatan saya hubungi sejak 3 hari lalu dilaporkan masih menunggu fakta terkini dari Bahagian Perkembangan HSA.


Setakat ini, Iskandar tidak memerlukan bantuan kewangan, ibu dan ayah pesakit hanya ingin anak mereka diberikan rawatan pakar dengan kadar segera.


Berbalik kepada pesanan jururawat seperti dilaporkan oleh pembaca blog ini, saya berasa agak mushkil.


Melawat pesakit di hospital telah menjadi satu budaya di kalangan masyarakat kita selagi tidak menjejas atau memburukkan keadaan pesakit. Kenalan barangkali datang menziarahi untuk menghulurkan simpati mereka kepada keluarga Iskandar.


Mungkin, penyebaran maklunat di blog ini sedikit mengganggu beberapa kakitangan di HSA tetapi mengapa perlu terusik? Saya hanya menyuarakan keluhan hati ayah dan ibu pesakit tertekan sejak anak tunggal mereka dimasukkan ke HSA hampir sebulan lalu.


Jika pembaca mempunyai Twitter atau Facebook, sila sebarkan informasi ini agar diketahui oleh Menteri Kesihatan atau Timbalan beliau.


Terima kasih di atas kerjasama dihulurkan.


HEBAHKAN 

No comments:

Post a Comment