Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, February 17, 2012

Bandaraya Tanpa Hospital...cuba teka di mana?

JKR tubuh pasukan khas

Oleh Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.my
TINJAU...Shaziman (dua dari kanan) meninjau pembinaan Hospital Shah Alam, semalam.
TINJAU...Shaziman (dua dari kanan) meninjau pembinaan Hospital Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM: Jabatan Kerja Raya (JKR) menempatkan pasukan khas ditapak projek Hospital Shah Alam yang terbengkalai sebelum ini bagi memudahkan rundingan dengan kontraktor sekiranya wujud masalah di tapak pembinaan.

Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, langkah kementerian meletakkan pegawai pasukan khas itu memudahkan urusan antara pihak kontraktor dan JKR terutama masalah yang memerlukan keputusan segera.

Katanya, dengan adanya pasukan khas JKR yang terdiri daripada pegawai berpengalaman, sebarang masalah yang timbul di tapak projek hospital berkenaan tidak perlu dibawa kepada mesyuarat dan kelewatan proses pembinaan dapat dielakkan.



“Kelewatan pembinaan hospital ini menyebabkan orang ramai sukar mendapatkan perkhidmatan kesihatan dan pergi mendapat rawatan di Hospital Klang (Hospital Tuanku Ampuan Rahimah).

“Jadi, dengan adanya pasukan khas JKR, keputusan dapat dibuat segera dan hospital disiapkan mengikut jadual,” katanya ketika melawat tapak pembinaan Hospital Shah Alam, di sini, semalam.


Beliau berkata, hospital bernilai RM410 juta itu dijangka siap sepenuhnya pada Oktober 2013 bakal mengatasi masalah kesesakan dan kekurangan katil di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.




Dalam sidang media sama, Shaziman berkata, sebanyak 97 projek daripada 3,128 projek yang diselia di bawah kementeriannya dikategorikan sebagai projek ‘sakit’ setakat 13 Februari lalu.

Komen:  Shah Alam tu nama ajer Bandaraya...Hospital pun tak ada...

Katanya, daripada 97 projek ‘sakit’ yang disenaraikan, 31 projek sudah ditamatkan dan kontraktor baru sudah dilantik disebabkan kontraktor sebelum ini menghadapi pelbagai masalah dan menyebabkan kelewatan projek berkenaan untuk siap.



“Projek ‘sakit’ adalah projek yang tidak disiapkan mengikut jadual. Kelewatan sesuatu projek itu disiapkan menyebabkan kerajaan menanggung kenaikan kos yang tinggi. “Kementerian memberi keutamaan projek berimpak tinggi seperti hospital dan sekolah serta memantau projek berkenaan supaya siap mengikut jadual dan membantu kontraktor yang menghadapi masalah ketika menyiapkan projek berkenaan,” katanya.

Projek pembinaan hospital dengan kos RM482.6 juta itu dimulakan pada 15 November 2007 dan sepatutnya siap pada 25 Jun tahun lalu.


JKR mengeluarkan Notis Penamatan Kontrak kepada kontraktor utama projek itu pada 3 September 2010 berikutan kelewatan pelaksanaan projek selama 62 hari dan ketiadaan sebarang aktiviti di tapak pembinaan sejak Ogos 2010 sebelum disambung semula pada Oktober tahun lalu.

No comments:

Post a Comment