Oleh Nazura Ngah, 2011/06/09
Puteri UMNO bidas organisasi pentingkan nafsu untuk kekal keharmonian rumah tanggaKUALA LUMPUR: Puteri UMNO mengecam penubuhan Kelab Isteri Taat yang dilihat hanya mementingkan nafsu semata-mata untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga.
Ketuanya, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin, berkata penubuhan kelab yang kononnya untuk mengajar wanita menjadi setia dan menjalankan tanggungjawab terhadap suami adalah usaha sia-sia serta tidak sejajar dengan tuntutan Islam.
“Adakah dengan hanya pandai melayan suami di atas katil menjadikan rumah tangga bahagia dan adakah hanya isteri saja yang mesti pandai melayan suami, bagaimana pula dengan peranan suami di atas katil,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr Rohaya Mohamed baru-baru ini mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’.
Kenyataan itu mendapat kecaman daripada pelbagai pihak sehingga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim meminta Pendaftar Pertubuhan meneliti semula kelulusan pendaftaran kelab berkenaan.
Sementara itu, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menggesa wanita tidak menyertai kelab berkenaan kerana menyamakan tugas isteri melayan suami seperti tugas pelacur melayan pelanggan.
Sambil menyifatkan kenyataan itu ibarat meletakkan martabat seorang isteri serendah pelacur, Timbalan Presiden PGSM, Musa Awang, berkata isteri bukan pekerja seks bagi suami kerana tugas isteri melayan suami adalah satu ibadat yang diberi ganjaran pahala daripada Allah.
“Walaupun suami diwajib memberikan nafkah kepada isteri dalam bentuk tempat tinggal, makan minum, pakaian atau wang ringgit, ia bukanlah sebagai ganti kepada khidmat seks yang isteri berikan,” katanya.
Komen: Tak payahlah nak berkelab-kelab ni... nanti sibuk berkelab...suami ke mana, rumahtangga ke mana.. bagi yang dah ada asas agama... taat kepada agama tu tak payah di ajar dah... sumer tau tanggungjawab terhadap suami...cuma hendak dengan tidak ajer... unless.. ada yang terkureng di sana sini dengan sang suami plak.....sebab apa2pun dalam perkahwinan...segala aspek kena diambil kira...sesuatu yg terjadi ada asbab musababnya... kalau perlu carilah kesilapan diri sendiri dahulu...sebelum menyalahkan orang lain...
Senarai komen dari pembaca berita harian
M Ridzman
Iskhh x patut la istilah tu digunakan..kan ade yg lebih baik dan mulia. Apapun perspektif masing2 yg menilai berbeza. Kalo ke arah positif baikla jadinya. Kalo sebaliknya...snediri mau ingt la...
LAURA prakash
Terima kasih banyak2 kerana menjaga hak seorang isteri....mana boleh nak samakan isteri dengan pelacur kelas atasan.....isteri mesti dihormati, disayangi, dikasihi dan dicintai....dan bukannya dilayan spt pelacur....Kalau macam tu lebih baik lelaki kahwin je dgn pelacur kelas atasan boleh ke pelacur2 tsbt jg mereka spt seorang isteri....ke pandai jaga sek mereka saja....entahlah.....lu pikir la sendiri.... sekian terima kasih
pek
Taat suami tu betul, sampai atas ranjang pun kena taat, tapi gelaran tu yg tak btul . kena adil lah.
Assalam Syg mum
ReplyDeleteSelamat kembali berblog... Bukan apa Dr. tu entah timbul dari mana tetiba ajak isteri join club dia...hehehee... agaknya dia pun ada masalah keperempuanan dia sendiri kot. Sorry lah kata apa pun atau buat apa pun darjat isteri lebih tinggi dan mulia dari pelacur... Pelacur tidak mencintai dan punya perasaan kasih sayang pada pelanggannya... Itu orang katalah...heheheeee.. Publisiti murahlah tu...
Assalam sayang daddy,
ReplyDeleteThank you...lama rasanya tak berblogging... banyak tul kerja... terkejar ke sana sini..rasa tak cukup masa...tapi yang hakiki kena didahulukan..
kisah di atas tu... tak payahlah nak tubuh2 kelab ni... esok lain plak jadinya... pergi usrah lagi baik..kan D? :D