Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, July 23, 2009

Nik Aziz enggan keluar fatwa

Dipetik dari akhbar Utusan Online bertarikh 23 Julai 2009


Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my




Mohammad Nizar Jamaluddin (tiga dari kiri) bersama Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausahanya, Nga Kor Ming (kanan) memegang lilin ketika bertafakur pada majlis memperingati kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock di Ipoh, Perak, baru-baru ini.

--------------------------------------------------------------------------------


KOTA BHARU 22 Julai - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan menjawab cabaran daripada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir supaya mengeluarkan fatwa berhubung tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyertai majlis menyalakan lilin di Ipoh, Jumaat lalu.

Alasan yang diberikan Nik Abdul Aziz yang dianggap sebagai 'ulama besar' dalam Pas itu ialah kenyataan itu dikeluarkan oleh orang politik dan tidak ada kena mengena dengan fatwa Islam.

"Zambry ini orang politik bukan orang kaji Islam, apa kena mengena dengan fatwa agama, fatwa demokrasi pun (beliau) tak pakai, itu pandangan saya.

"Dia orang politik, saya jawab cara politiklah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Zambry yang meminta ulama dalam Pas mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Mohammad Nizar menyertai majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas.

Sebagai parti yang mempunyai ramai ulama besar yang arif tentang hukum agama, maka adalah wajar untuk golongan ulama Pas memberi penjelasan mengenai tindakan bekas Menteri Besar Perak itu menyertai majlis sedemikian.

Zambry yakin ulama Pas seperti Nik Abdul Aziz atau Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pastinya mempunyai penjelasan terhadap tindakan Mohammad Nizar itu.

Semalam, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa mempertahankan tindakan Mohammad Nizar kerana ia tidak menyalahi tindakan ajaran Islam kerana ia sekadar tanda bantahan terhadap kejadian yang menimpa Beng Hock.

Sebelum ini, Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuh pernah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan memegang lilin seperti itu adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

Sementara itu, pemberita yang tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut mengulangi soalan berkenaan yang meminta Nik Abdul Aziz memberikan pandangannya mengikut hukum Islam tentang tindakan Mohammad Nizar tetapi Menteri Besar Kelantan itu menyatakan hanya itu jawapannya.

"Zambry yang bertanya.... usah akan fatwa Islam, fatwa demokrasi pun (beliau) tak pakai, siapa yang halau Menteri Besar dan rampas Dewan, tiap-tiap wakil rakyat yang masuk Dewan (Undangan Negeri) melalui mengundi dan bukan melalui sogok," katanya.

Wakil media yang masih tidak berpuas hati sekali lagi membangkitkan soalan yang sama sambil cuba memberikan penerangan yang lebih lengkap, Nik Aziz hanya menjawab: "Biar dulu, itu jawapan saya," katanya.

Mami kata: Bila yang haram dihalalkan untuk tujuan politik, apa maknanya lagi tu? Takkan orang2 keliling tokguru ni tak boleh nasihatkan dia, berhentilah dari mempergunakan agama untuk tujuan politik. Mami bukanlah alim ulamak, tapi sedih yang teramat sangat kerana agama tercinta ini digunakan oleh orang yang lebih luas pengetahuan agama untuk tujuan politik dan parti. Nauzubillahiminzalik. Moga Allah selamatkan kita semua dari godaan syaitan dan bala bencana. InsyaAllah. Ameen.

2 comments:

  1. Salam Sayang

    TGNA lupa yang dia pun ulamak politik aje.

    ReplyDelete
  2. Salam sayang,

    terukkan, kalau dia ni jadi cikgu sekolah agama, boleh terpesong akidah anak2 murid..dorang pun tak tau nak ikut yang mana satu agaknya...confuse!!

    ReplyDelete