Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, August 25, 2011

Semua tuduhan ke atas Strauss-Kahn digugur

Utusan Online 25/08/2011

NEW YORK 24 Ogos - Hakim Mahkamah New York, semalam menggugurkan semua tuduhan jenayah seks terhadap bekas Pengarah Urusan, Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) Dominique Strauss-Kahn, sekali gus mengakhiri babak yang menjejaskan karier lelaki yang berpengaruh itu.

Hakim Mahkamah Agung Negeri, Micheal Obus meluluskan permohonan pihak pendakwa untuk menggugurkan kes itu sebagai hujah yang tidak dapat dipertahankan dan mereka menganggap pekerja hotel, Nafissatou Diallo menipu dengan menuduh Strauss-Kahn melakukan serangan seksual.

Pejabat Peguam Daerah Manhanttan mempertahankan keputusan untuk menggugurkan kes itu, dengan berkata bahawa walaupun pada awalnya, bukti kukuh menunjukkan kemungkinan berlaku serangan seksual, namun tidak ada bukti sahih, manakala Diallo tidak lagi boleh dipercayai.

Pendakwa raya, Joan Illuzzi-Orbon berkata, beliau tidak pernah mengambil 'mudah' keputusan tersebut, tetapi menyatakan bahawa 'kebolehpercayaan dia (Diallo) sebagai saksi dalam kes ini telah terhakis teruk'.

Peguam daerah, Cyrus Vance pula mengeluarkan kenyataan yang mewajarkan keputusannya sebagai 'tepat, sah dan beretika'.

Peguam Diallo membuat cubaan terakhir untuk membantah keputusan menggugurkan kes tersebut dengan menyerahkan kes itu kepada pendakwa khas, namun telah ditolak oleh mahkamah rayuan di New York.

Bekas pengarah IMF berusia 62 tahun itu kelihatan lega ketika meninggalkan mahkamah, ditemani isterinya, Anne Sinclair, yang menyokongnya sejak kes skandal seks itu bermula.

"Ini merupakan penamat bagi pengalaman pahit yang teruk dan tidak adil. Saya tidak sabar untuk kembali ke negara saya, Perancis," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediaman mewah yang disewanya di Manhanttan.

Tambah Strauss-Kahn, belia berasa lega untuk isteri, anak-anaknya dan sesiapa yang menyokongnya kali ini dengan menghantar surat dan emel.

Sementara itu, kejadian gempa bumi di persisiran pantai timur Amerika Syarikat menyebabkan pejabat mahkamah ditutup awal, dan sekali gus memaksa Strauss-Kahn menunggu sehingga hari ini untuk mengambil semula pasportnya, yang dirampas sejak beliau ditahan pada 14 Mei lalu. - AFP

Komen:  Pergh....mesti ada orang berangan lepas ni yang diapun tidak akan ke Sg. Buloh....

Wednesday, August 24, 2011

Kerajaan Selangor ubah nama Jawatankuasa Majlis Syura

2011/08/24 (BHOnline)

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor hari ini melahirkan rasa kesal atas penggunaan nama "Majlis Syura" bagi jawatankuasa yang ditubuhkannya bagi mencari penyelesaian isu pemeriksaaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

Menerusi satu kenyataan media hari ini, Kerajaan Selangor menjelaskan ia membuat keputusan untuk mengubah nama jawatankuasa Majlis Syura kepada Jawatankuasa Pendengaran bagi mengelakkan sebarang pertindihan dengan Majlis Syura negeri Selangor yang diterajui Majlis Agama Islam Selangor. 

Semalam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, bertitah dalam satu kenyataan media bahawa laporan menyatakan baginda menitahkan atau menasihatkan Kerajaan Negeri Selangor menubuhkan Majlis Penasihat Syura seperti yang disiarkan akhbar adalah tidak benar. 

Menurut kenyataan Kerajaan Selangor hari ini, matlamat asal, gerak kerja dan keahlian jawatankuasa ini tetap sama dan selaras dengan perbincangan antara Menteri Besar dan Sultan Selangor.

"Kerajaan Negeri berharap perubahan nama ini akan dapat merungkai sebarang kekeliruan yang wujud dan meneruskan segala usaha mencari penyelesaian berhubung isu DUMC (Damansara Utama Methodist Church) dan JAIS bagi kesejahteraan rakyat jelata.

"Kerajaan negeri juga akur kepada segala nasihat dan titah yang diterima secara langsung daripada Sultan Selangor serta bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan penyelesaian terbaik dalam isu ini," menurut kenyataan itu. - BERNAMA 
 
Komen:   khalid ni bukan takat gagap...pekak dan dungu rupanya...camner boleh jadi MB ek?  Jawapannya...sebab ada yang dungu mengundinya...kita adalah apa yang kita pilih...terimalah rakyat selangor...kerana korang dungu memilih....ramai yang lain merasa tempiasnya di selangor tuh...

KDN sila proses otak Zuraidah!!!!

KDN mulakan proses saman Zuraidah (Utusan online 24/8/2011)


PUTRAJAYA 23 Ogos – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memulakan proses saman fitnah dalam masa terdekat ini terhadap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin yang menuduh Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau Program 6P sebagai muslihat kerajaan menyeludup pengundi bagi pilihan raya akan datang.
 
Timbalan Menterinya, Datuk Lee Chee Leong berkata, tindakan itu diambil kerana tuduhan yang ditujukan kepada kerajaan itu tidak berasas dan sangat berat implikasinya.

Katanya, kerajaan sudah memberi masa kepada Zuraida untuk membuat laporan polis dan seterusnya menyerahkan bukti terhadap dakwaan itu namun sehingga sekarang beliau masih gagal bertindak demikian.

“Pagi ini Jabatan Imigresen Selangor membuat laporan polis di balai polis Seksyen 11, Shah Alam bagi menafikan tuduhan yang dibuat oleh Zuraida.

“Selepas ini, kita akan pergi ke tindakan kedua dengan menyaman beliau dan ia akan dibuat secara serentak (laporan polis dan saman),” katanya kepada pemberita berhubung keputusan KDN mengenai tindakan terhadap Zuraida di pejabatnya di sini, hari ini.

Komen:  Jgnlah lepas dah lapurkan pada media dalam proses nak saman...tapi hanya amaran yang diberikan ya...sila bertindak tegas...rakyat perhatikan ajer apa yang kerajaan lakukan sekarang...

Pembangkang hanya tahu tuding jari -

 

Utusan Online 24 Ogos 2011

KUALA LUMPUR 23 Ogos – Pihak pembangkang diingatkan supaya memahami dan mendalami fenomena global sebelum menyalahkan kerajaan dalam isu berkaitan kenaikan harga barang.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana kerajaan sentiasa mengambil inisiatif membantu mengurangkan beban rakyat.

Menurut beliau, ini termasuk pemberian subsidi secara rasional yang berterusan dan mengikut kesesuaian waktu.
“Kalau ikut Pas punya pandangan (mengenai kenaikan harga barang), nampaknya tak ada pemerintah yang berjaya sebab seluruh dunia sekarang mengalami kenaikan harga barang.

“Saya rasa mereka ini tak pernah baca surat khabar dan tak tahu apa yang berlaku di negara luar,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan program khas Mesej Daripada Perdana Menteri di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang mendakwa kerajaan tidak mengurus perbelanjaan dengan baik sehingga terpaksa memotong subsidi yang menyebabkan rakyat terbeban dengan kenaikan harga ketika ini.

Kelmarin, Pas melancarkan kempen antikenaikan harga barang atau Protes BN bertujuan mengetengahkan tindakan kerajaan yang didakwa membelanjakan wang sewenang-wenangnya ke atas projek mega berbanding usaha membantu rakyat.

Ismail Sabri berkata, kerajaan melakukan pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat menangani krisis kenaikan harga barang berbanding negara lain yang meletakkan kebergantungan sepenuhnya kepada pasaran semasa.

Komen;  Itu dah mmg kerja pembangkang...segala kebaikan akan digambarkan sebagai kejahatan atau ada maksud tidak baik disebaliknya....kita paham itu dah mmg kerja dia...tapi yang tidak boleh diterima bila agama dan akidah digadaikan bagi tujuan politik...itu mmg suwey namanya....Islam pada nama sahajakah mereka?

Kerajaan Julia Gillard tergugat, Kerajaan Najib??



CANBERRA 23 Ogos – Polis Australia hari ini melancarkan siasatan ke atas seorang anggota Parlimen kerajaan berhubung dakwaan beliau menggunakan kad kredit kesatuan untuk membayar khidmat pelacur, kes yang boleh meruntuhkan kerajaan Perdana Menteri Julia Gillard, jika wakil rakyat itu didapati bersalah.

Mengikut tinjauan, Gillard daripada Parti Buruh menjadi Perdana Menteri dengan kelebihan satu kerusi dan atas sokongan seorang anggota Parlimen Parti Hijau serta tiga ahli Parlimen bebas, dijangka tewas jika pilihan raya diadakan sekarang.

Ahli Parlimen Craig Thomson daripada Parti Buruh yang juga merupakan bekas ketua kesatuan kesihatan menafi sekeras-kerasnya menggunakan kad kredit kesatuan untuk membayar khidmat pelacur sebelum beliau dipilih menjadi wakil rakyat.

Menurut beliau, tandatangannya telah dipalsukan oleh seorang teman.

Media tempatan diketuai Sydney Morning Herald melaporkan keterangan penggunaan kad kredit itu untuk mendapatkan perkhidmatan teman sosial tetapi tidak secara langsung mengaitkannya dengan Thomson.

Gillard dalam pada itu memberi sokongan kuat kepada Thomson yang mungkin dikenakan hukuman minimum penjara setahun jika didapati bersalah, sekali gus akan menyebabkan beliau kehilangan kerusi di Parlimen.

Ia juga akan memaksa pilihan raya kecil diadakan dengan Parti Buruh yang tidak popular terpaksa bergelut untuk menang ekoran kecaman terhadap dasar cukai karbon dan lombong.

Menurut polis, mereka kini menyiasat kes itu selepas seorang ahli politik pembangkang memberi maklumat mengenai Thomson.

“Siasatan kini merujuk kepada penilaian dalaman untuk menentukan sama ada berlaku kesalahan jenayah,” kata polis negeri New South Wales dalam satu kenyataan. – REUTERS

Komen:  Kat Malaysia, Raja Penipu dengan tanpa segan silu memberi ceramah sana sini dia difitnah dalam aksi terlampaunya dalam video china doll tu, tak mengaku lagi dia pelakonnya, walaupun mmg sah dia yang dalam video suntot tu..kes liwat dia taknak buat perakuan bersumpah...keterangan pun dari kandang OKT...ish...kenapa masih ramai rakyat malaysia yang celik tapi buta...yang cerdik tapi bodoh ya..

Penghinaan terbesar terhadap rakyat - Mashitah


KUALA LUMPUR 23 Ogos – Tindakan paderi gay warga Malaysia, Pastor Ou Yang Wen Feng yang tetap berdegil untuk meneruskan rancangan berkahwin dengan kekasihnya serta memilih tarikh 31 Ogos ini untuk berbuat demikian disifatkan sebagai satu penghinaan terhadap rakyat negara ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, hasrat paderi gay tersebut mencabar norma agama dan budaya yang diamalkan masyarakat perlu dipadamkan segera melalui peruntukan undang-undang sedia ada.

“Hubungan di luar tabii adalah sesuatu yang bercanggah dengan semua agama di dunia, lebih-lebih lagi orang Timur seperti kita ini dikenali dengan budi bahasa dan nilai budaya yang tinggi.

“Saya juga percaya dia (Wen Feng) sebenarnya tidak mengamalkan ajaran Kristian yang sebenar kerana agama tersebut sendiri menentang sekeras-kerasnya gejala songsang ini. Adakah dia layak digelar pastor meskipun gaya hidupnya bertentangan dengan agama Kristian?” soalnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini. Jelas Mashitah, kerajaan terutama Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat harus bertindak bagi memastikan cadangan paderi tersebut meraikan perkahwinan gay di negara ini tidak menjadi kenyataan.

“Saya berharap segala anasir yang cuba dipromosikan oleh segelintir pihak bagi menguji keutuhan akhlak rakyat negara ini dapat ditangani dengan kerjasama yang padu daripada semua pihak,” ujarnya.

Komen:  Kerajaan kena bertindak dengan tegas sebelum perkara ini menjadi ikutan kaum2 anugay ini...selamatkan malaysia sebelum terlambat...

Monday, August 22, 2011

Geli-2 Petang....

MALAYSIA's Multi-purpose Future Card  





ians_IDcard_2.jpg Malaysians_IDcard_3.jpg Malaysians_IDcard_4.jpgMalaysians_IDcard_5.jpg Malaysians_IDcard_6.jpg Malaysians_IDcard_7.jpg Malaysians_IDcard_8.jpg Malaysians_IDcard_9..jpg Malaysians_IDcard_10.jpg Malaysians_IDcard_11.jpg Malaysians_IDcard_12.jpg Malaysians_IDcard_13.jpg Malaysians_IDcard_14.jpg Malaysians_IDcard_15.jpg Malaysians_IDcard_16.jpg Malaysians_IDcard_17.jpg Malaysians_IDcard_18.jpg Malaysians_IDcard_19.jpg Malaysians_IDcard_20.jpg dMalaysians_IDcard_21.jpg Malaysians_IDcard_22.jpg