Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, August 25, 2011

Semua tuduhan ke atas Strauss-Kahn digugur

Utusan Online 25/08/2011

NEW YORK 24 Ogos - Hakim Mahkamah New York, semalam menggugurkan semua tuduhan jenayah seks terhadap bekas Pengarah Urusan, Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) Dominique Strauss-Kahn, sekali gus mengakhiri babak yang menjejaskan karier lelaki yang berpengaruh itu.

Hakim Mahkamah Agung Negeri, Micheal Obus meluluskan permohonan pihak pendakwa untuk menggugurkan kes itu sebagai hujah yang tidak dapat dipertahankan dan mereka menganggap pekerja hotel, Nafissatou Diallo menipu dengan menuduh Strauss-Kahn melakukan serangan seksual.

Pejabat Peguam Daerah Manhanttan mempertahankan keputusan untuk menggugurkan kes itu, dengan berkata bahawa walaupun pada awalnya, bukti kukuh menunjukkan kemungkinan berlaku serangan seksual, namun tidak ada bukti sahih, manakala Diallo tidak lagi boleh dipercayai.

Pendakwa raya, Joan Illuzzi-Orbon berkata, beliau tidak pernah mengambil 'mudah' keputusan tersebut, tetapi menyatakan bahawa 'kebolehpercayaan dia (Diallo) sebagai saksi dalam kes ini telah terhakis teruk'.

Peguam daerah, Cyrus Vance pula mengeluarkan kenyataan yang mewajarkan keputusannya sebagai 'tepat, sah dan beretika'.

Peguam Diallo membuat cubaan terakhir untuk membantah keputusan menggugurkan kes tersebut dengan menyerahkan kes itu kepada pendakwa khas, namun telah ditolak oleh mahkamah rayuan di New York.

Bekas pengarah IMF berusia 62 tahun itu kelihatan lega ketika meninggalkan mahkamah, ditemani isterinya, Anne Sinclair, yang menyokongnya sejak kes skandal seks itu bermula.

"Ini merupakan penamat bagi pengalaman pahit yang teruk dan tidak adil. Saya tidak sabar untuk kembali ke negara saya, Perancis," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediaman mewah yang disewanya di Manhanttan.

Tambah Strauss-Kahn, belia berasa lega untuk isteri, anak-anaknya dan sesiapa yang menyokongnya kali ini dengan menghantar surat dan emel.

Sementara itu, kejadian gempa bumi di persisiran pantai timur Amerika Syarikat menyebabkan pejabat mahkamah ditutup awal, dan sekali gus memaksa Strauss-Kahn menunggu sehingga hari ini untuk mengambil semula pasportnya, yang dirampas sejak beliau ditahan pada 14 Mei lalu. - AFP

Komen:  Pergh....mesti ada orang berangan lepas ni yang diapun tidak akan ke Sg. Buloh....

No comments:

Post a Comment