Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, December 6, 2012

Zikrullah...mudahnya untuk berzikir



Zikir ialah ibadat paling ringan tetapi amat berat timbangan pahalanya. Walaupun mudah dan ringan diamalkan, kebanyakan muslim lupa melakukannya disebabkan tidak dilatih berbuat demikian.
Pengarang kitab Shafwah al-Shafwah menceritakan tentang seorang ahli ibadah melihat seekor burung yang selalu membawa sepotong daging setiap hari. Burung itu hinggap di atas pokok kurma. Ahli ibadah itu merasa hairan kerana tidak ada seekor burungpun yang mempunyai sarang di situ. Beliau berkata:“Saya memanjat pokok itu, saya melihat di sana ada seekor ular yang buta matanya. Setiap kali burung itu mendekatinya iapun bersuara lalu ular itu membuka mulutnya, sang burung meletakkan sepotong daging itu ke mulut ular dan kemudian terbang. Perbuatan itu dilakukannya setiap hari.”
Kisah tersebut mengajar kepada kita bahawa kemuliaan itu terletak pada seberapa besar manfaat yang boleh anda berikan kepada orang lain. Manakala kehinaan itu adalah kerana mensia-siakan potensi dan kekuatan jasmani dan rohani yang telah Allah SWT kurniakan kepada kita. Sedangkan binatang bekerja mencari makanan tanpa tangan dan kaki yang sempurna. Tetapi manusia masih lagi diulit mimpi angan-angan yang panjang. Binatang dan alam semesta semuanya berzikir kepada Allah SWT, tetapi manusia sibuk melupakan Allah SWT.
Allah SWT berfirman menyeru kepada orang-orang yang mengaku beriman yang maksudnya:”Bekerjalah kamu, nescaya Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang beriman akan melihat pekerjaanmu itu dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Maha Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakannya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Surah al-Taubah Ayat 105)
Bekerja adalah ibadat. Bahkan nafkah yang dihulurkan kepada ahli keluarga adalah sedekah yang paling utama. Tetapi sifat malas sering timbul sewaktu melakukan jihad ini. Ia sentiasa hadir dalam kehidupan para pekerja yang beriman. Di manakah kelemahannya hingga semangat bertempur untuk mendapatkan keuntungan dunia yang halal itu menjadi kendur? Padahal Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya: ”Jika datang hari kiamat dan di tangan seorang daripada kamu ada satu bijian tanaman, maka jika dia mampu menanamnya, hendaklah dia melakukannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Ahmad)
Semangat kerja Nabi Allah Idris AS patut dicontohi. Baginda adalah seorang tukang jahit yang mencari nafkah dengan hasil usaha tangannya sendiri. Pada suatu hari Allah SWT berfirman yang maksudnya:“Wahai Idris, tahukah kamu mengapa Aku mengangkat darjatmu hingga ke tempat yang sangat tinggi? Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Dan kami mengangkatnya ke kedudukan yang tertinggi.” (Surah Maryam; Ayat 57). Nabi Idris menjawab: “Saya tidak tahu wahai Tuhanku.” Allah berfirman: “Setiap hari amalanmu terangkat ke sisi-Ku seperti setengah amalan penduduk dunia ini kerana kamu banyak berzikir.” Allah berfirman yang maksudnya: “Kepada-Nyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang soleh.” (Surah Fatir: Ayat 10)
Demikianlah keutamaan Nabi Idris AS kerana setiap kali baginda menusukkan jarumnya, pasti kalimah zikrullah yang empat diucapkan iaitu; Subhanallah, Walhamdulillah, Walailahaillallah, wa Allahu Akbar. Pekerjaan yang dilakukan sambil berzikir sungguh berat timbangannya di sisi Allah dan boleh menyuntikkan semangat untuk berjaya semata-mata kerana keredaan Allah.
Zikir adalah amalan yang paling mudah dan ringan tetapi amat berat pahalanya. Syaikh al-Islam al-Imam Ibnu Taimiyah dalam kitab agungnya, Majmu’ al-Fatawa menyatakan; Amalan yang paling utama selepas amalan yang fardhu adalah zikrullah. Dalam hadis sahih riwayat al-Imam Ahmad dan al-Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda: “Mahukah kamu aku tunjukkan amalan yang paling utama dan yang paling bersih di sisi Allah? Lebih baik daripada kamu bertemu dengan musuh-musuhmu lalu kamu memenggal leher mereka dan mereka juga memenggal leher-lehermu? Para sahabat menjawab: Tentu wahai Rasulullah. Rasulullah bersabda: Zikrullah.”
Demikianlah zikir yang dilakukan. Ia tidak memerlukan wuduk atau menutup aurat. Ia tidak dibatasi oleh waktu dan tempat. Di mana dan bila-bila sahaja dan dalam keadaan apapun ibadat ini boleh dilakukan. Sungguh senang tetapi ramai manusia yang meninggalkannya.
Al-Imam Ibnu al-Qayyim menyatakan: “Baginda memberi petunjuk supaya berzikir dalam setiap ucapan, tindakan, tarikan nafas, kala berdiri, duduk dan berbaring, gerak geri baginda adalah zikir kepada Allah.”
Rasulullah SAW adalah seorang manusia yang paling sibuk dengan dunianya dan paling bersedia untuk bekalan akhiratnya. Baginda adalah seorang Ketua Negara yang amanah, Mahaguru yang dihormati, pakar motivasi, Jeneral perang dan penganalisis politik yang hebat, ketua rumah tangga yang adil, pendakwah yang karismatik, ayah yang penyayang, saudara lelaki yang penyantun. Seluruh masa dan tenaga dikerahkan untuk memastikan mereka yang hidup di sisi baginda mendapat kebahagiaan dunia akhirat. Begitu juga dengan kita yang memenuhi hari-hari dengan kerja dan zikrullah, pastikanlah ianya tidak terhenti kecuali kedua kaki ini telah sampai di pintu kenikmatan tertinggi, syurga yang abadi!

Hubby...don't forget to hug....




Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk. Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan. Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa.

Saya pernah diberitahu oleh seorang pesakit wanita, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya. Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga. 

Dipetik dari ucapan Dr Zubaidi Hj Ahmad

Cinta dan Syurga


Sebuah Kisah Cinta Dari Syurga




Pada Suatu Musim Haji Abu Sulaiman Ad Darany Pergi Ke Makkah Untuk Menunaikan Ibadah Haji Dan Berziarah Ke Makam Rasulullah SAW Di Madinah. Di Tengah Perjalanan,Dia Berjumpa Dengan Seorang Pemuda Yang Bagus Dan Pakaiannya Kemas. Pemuda Tersebut Memberi Salam Dan Dijawab Oleh Abu Sulaiman Dan Teman-Temannya.
"Dari Mana Anda?" Tanya Abu Sulaiman
"Saya Dari Iraq" Jawabnya
"Bolehkah Saya Pergi Bersama Rombongan Tuan?"
"Boleh."
Maka Pemuda Itu Pun Bergabung Dengan Abu Sulaiman Yang Sama-Sama Ingin Menuju Ke Makkah.Sepanjang Perjalan Pemuda Tersebut Sentiasa Membaca Al Qur'an Dan Bila Berhenti Istirehat Pula Terus Mengerjakan Solat.Pada Waktu Siang Dia Berpuasa Dan Waktu Malam Diisinya Dengan Solat, Zikir Dan Munajat Kepada Allah.

Di Kala Orang Lain Sedang Rehat Atau Tidur Dia Terus Beribadah Tidak Berhenti-Henti. Begitulah Kebiasan Pemuda Itu Yang Dikerjakannya Sampai Ke Makkah.Dia Kelihatan Tidak Letih Atau Malas Bahkan Dari Hari Ke Hari Semakin Rajin Dan Giat Sehingga Orang Yang Melihatnya Merasa Kagum.

Setelah Beberapa Hari Berjalan Sampailah Abu Sulaiman Ke Tanah Suci Makkah Dan Masing-Masing Sebuk Dengan Urusan Mereka.Begitu Juga Dengan Pemuda Salih Itu Akan Berpisah Dengan Abu Sulaiman.Namun Sebelum Berpisah Abu Sulaiman Ingin Bertanya Kepadanya Mengenai Kerajinnannya:
"Wahai Anakku, Aku Lihat Engkau Begitu Giat Melakukan Ibadah Tidak Kenal Letih.Apakah Yang Mendorong Engkau Berbuat Demelian ?" Tanya Abu Sulaiman

"Wahai Abu Sulaiman Jangan Mencaci Aku Dalam Perkara Ini. Sesungguhnya Aku Telah Bermimpi Di Dalam Tidurku Aku Melihat Bangunan-Bangunan Syurga Yang Diperbuat Dari Batu Bata Emas Dan Perak Aku Lihat Pula Di Dalam Istana Itu Bidadari-Bidadari Yang Sangat Cantik Tidak Pernah Aku Lihat Wajah Secantik Itu Sebelumnya. Salah Seseorang Di Antara Mereka Tersenyum Kepada Ku Dan Berkata: "Wahai Pemuda! Bersungguh-Sungguhlah Engkau Kerana Allah Dalam Meminangku. Aku Berharap Agar Aku Akan Menjadi Milikmu Dan Engkau Menjadi Milikku." Setelah Itu Aku Pun Terjaga.
Demikianlah Si Pemuda Menceritakan Mimpinya Yang Sangat Menarik.Dan Mimpi Itu Pulalah Yang Membuatnya Begitu Bersungguh-Sungguh Tidak Kenal Letih Dalam Beribadat Kepada Allah. Kerana Barang Siapa Yang Bersungguh-Sungguh Maka Dia  Pasti Memperolehi Manfaatnya. Setelah Mendengar Kisah Tersebut Abu Sulaiman Menjadi Tertarik Dan Memintanya Agar Mendo'akan Untuk Dirinya. Kemudian Dia Pun Pergi.

Sahabat Yang Dirahmati Allah, Allah SWT Secara Jelas Menceritakan Di Dalam Al-Qur'an Bahawa Balasan Untuk Orang-Orang Yang Bertaqwa Adalah Balasan Syurga Seluas Langit Dan Bumi Di Hari Akhirat Nanti. Kenikmatan Di Dalam Syurga Yang Banyak Di Gambarkan Di Dalam Al-Qur'an Adalah Kecantikan Dan Keindahan Para Bidadari. Bidadari Yang Akan Menjadi Isteri-Isteri Orang-Orang Mukmin Di Syurga Nanti. Dibawah Ini Saya Sertakan Juga Beberapa Sifat-Sifat Bidadari Yang Diceritakan Didalam Al-Qur'an.


1. "Di Sisi Mereka Ada Bidadari-Bidadari Yang Tidak Liar Pandangannya Dan Jeli Matanya, Seakan-Akan Mereka Adalah Telur (Burung Unta) Yang Tersimpan Dengan Baik." (Qs. Ash-Shaaffaat [37]: 48-49)
2. "Dan Pada Sisi Mereka (Ada Bidadari-Bidadari) Yang Tidak Liar Pandangannya Dan Sebaya Umurnya." (Qs. Shaad [38]: 52)
3. "Di Dalam Syurga Itu Ada Bidadari-Bidadari Yang Sopan Menundukkan Pandangannya, Tidak Pernah Disentuh Oleh Manusia Sebelum Mereka (Penghuni-Penghuni Syurga Yang Menjadi Suami Mereka), Dan Tidak Pula Oleh Jin." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 56)
4. "Seakan-Akan Bidadari Itu Permata Yakut Dan Marjan." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 58)
5. "Di Dalam Syurga Itu Ada Bidadari-Bidadari Yang Baik- Baik Lagi Cantik-Cantik." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 70)
6. "(Bidadari-Bidadari) Yang Jeli, Putih Bersih, Dipingit Dalam Rumah." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 72)
7. "Mereka Tidak Pernah Disentuh Oleh Manusia Sebelum Mereka (Penghuni-Penghuni Syurga Yang Menjadi Suami Mereka), Dan Tidak Pula Oleh Jin." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 74)
8. "Mereka Bertelekan Pada Bantal-Bantal Yang Hijau Dan Permadani-Permadani Yang Indah." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 76)
9. "Mereka Bertelekan Di Atas Dipan-Dipan Berderetan Dan Kami Kawinkan Mereka Dengan Bidadari-Bidadari Yang Cantik Bermata Jeli." (Qs. Ath-Thuur [52]: 20)
10. "Dan Ada Bidadari-Bidadari Bermata Jeli, Laksana Mutiara Yang Tersimpan Baik." (Qs. Al-Waaqi’ah [56]: 22-23)
11. "Sesungguhnya Kami Menciptakan Mereka (Bidadari-Bidadari) Dengan Langsung, Dan Kami Jadikan Mereka Gadis-Gadis Perawan, Penuh Cinta Lagi Sebaya Umurnya." (Qs. Al-Waaqi’ah [56]: 35-37)
12. Gambaran Bidadari Dalam Hadis Ath-Thabarany Menuturkan, Dari Ummu Salamah Radhiallahuanha, Dia Berkata, “Saya Berkata,”Wahai Rasulullah, Jelaskanlah Kepadaku Firman Allah Tentang Bidadari-Bidadari Yang Bermata Jeli”.”
Baginda Menjawab,”Bidadari Yang Kulitnya Putih, Matanya Jeli Dan Lebar, Rambutnya Berkilau Seperti Sayap Burung Nasar.”
Saya Berkata Lagi,”Wahai Rasulullah, Jelaskan Kepadaku Tentang Firman Allah, “˜Laksana Mutiara Yang Tersimpan Baik.”(Surah Al-Waqi'ah: 23)
Baginda Menjawab,”Kebeningannya Seperti Kebeningan Mutiara Di Kedalaman Lautan, Tidak Pernah Tersentuh Tangan Manusia.”
Saya Berkata Lagi,”Wahai Rasulullah, Jelaskan Kepadaku Firman Allah, “˜Di Dalam Syurga-Syurga Ada Bidadari-Bidadari Yang Baik-Baik Lagi Cantik-Cantik.” (Ar-Rahmaan: 70)
Baginda Menjawab,”Akhlaknya Baik Dan Wajahnya Cantik Jeli.”
Saya Berkata Lagi,”Jelaskan Padaku Firman Allah, “Seakan-Akan Mereka Adalah Telur (Burung Unta) Yang Tersimpan Dengan Baik.” (Surah Ash-Shaaffaat: 49)
Baginda Menjawab,”Kelembutannya Seperti Kelembutan Kulit Yang Ada Di Bagian Dalam Telur Dan Terlindung Kulit Bagian Luar, Atau Yang Biasa Disebut Putih Telur.”
Saya Berkata Lagi, “Wahai Rasulullah, Jelaskan Padaku Firman Allah, “˜Penuh Cinta Lagi Sebaya Umurnya.” (Surah Al-Waaqi'ah: 37)
Baginda Menjawab,”Mereka Adalah Wanita-Wanita Yang Meninggal Pada Usia Lanjut, Dalam Keadaan Rabun Dan Beruban. Itulah Yang Dijadikan Allah Tatkala Mereka Sudah Tahu, Lalu Dia Menjadikan Mereka Sebagai Wanita-Wanita Gadis, Penuh Cinta, Bergairah, Mengasihi Dan Umurnya Sebaya.” ................(Hingga Akhir Hadis).


Nabi Muhammad SAW Bersabda Maksudnya : "Setiap Lelaki Yang Masuk Syurga Akan Diberi 72 Bidadari; Tidak Peduli Pada Umur Berapa Dia Mati, Ketika Dia Masuk Syurga Dia Akan Menjadi Seorang Berumur 30 Tahun Dan Tidak Akan Tambah Tua. Lelaki Di Syurga Akan Diberi Keperkasaan Yang Sama Dengan Keperkasaan Seratus Orang Lelaki." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Firman Allah SWT Maksudnya : "Sungguhnya Orang-Orang Yang Bertaqwa Berada Dalam Syurga Dan Kenikmatan, Mereka Bersuka Ria Dengan Apa Yang Diberikan Kepada Mereka Oleh Tuhan Mereka; Dan Tuhan Mereka Memelihara Mereka Dari Azab Neraka. (Dikatakan Kepada Mereka): "Makan Dan Minumlah Dengan Enak Sebagai Balasan Dari Apa Yang Telah Kamu Kerjakan", Mereka Bertelekan Di Atas Dipan-Dipan Berderetan Dan Kami Kawinkan Mereka Dengan Bidadari-Bidadari Yang Cantik Bermata Jeli." (Surah Ar-Rahman Ayat 70-77)

Diriwayatkan Bahawa Rasulullah SAW Bersabda Maksudnya : "Allah SWT Telah Menciptakan Wajah-Wajah Bidadari Terdiri Dari 4 Warna; Putih, Hijau, Kuning Dan Merah. Dan Tubuhnya Diciptakan Dari Za'faran, Misik Dan Kafur. Dan Rambutnya Diciptakan Dari Cengkeh. Bahagian Tubuhnya Mulai Dari Kaki Sampai Lutut Tercipta Dari Za'faran. Dari Lutut Sampai Buah Dada Tercipta Dari Anbar. Dari Leher Sampai Kepala Tercipta Dari Kafur. Andaikata Meludah Ke Dunia, Maka Ludahnya Akan Menjelma Menjadi Misik. Pada Setiap Dadanya Tertulis Nama Suaminya Dan Nama Dari Nama-Nama Allah S.W.T.. Pada Setiap Tangannya Mengenakan 10 Gelang Dari Emas, Memakai Cincin Sebanyak 10 Pada Jari-Jarinya, Memakai 10 Perhiasan Gelang Kaki Dari Mutiara Dan Permata."

"Sekurang-Kurangnya Penduduk Syurga Itu Memiliki 80,000 Pelayan Dan Dikahwinkan Dengan 72 Isteri (Bidadari). Mereka Diberi Kekuatan 100 Orang Ketika Makan, Minum Dan Senggama. Dicipta Bidadari Secara Langsung Oleh Allah SWT Dan Bukan Melalui Proses Kelahiran. Kejelitaan Digambarkan Seakan-Akan Bidadari Itu Permata Yakut Dan Marjan. Yang Sentiasa Dara Lagi Sebaya Umurnya, Cantik, Manja, Rindu Dan Amat Mencintai Suaminya. Yang Suci Dari Sebarang Kotoran, Haid, Nifas, Kencing Dan Air Mani. Sopan Menundukkan Pandangan, Tidak Pernah Disentuh Oleh Mana-Mana Jin Atau Manusia Sebelum Mereka."

"Sangat Putih Kulitnya. Bermata Jeli, Anak Mata Hitam Pekat Bagaikan Mata Bayi Yang Baru Dilahirkan, Bahkan Lebih Jernih Dan Lebih Becahaya. Lebar Matanya Disertai Bulu Mata Bagaikan Sayap Burung Yang Sedang Terbang. Mempunyai Betis Yang Tembus, Yang Sangat Indah Mata Melihat Sehingga Boleh Terlihat Sumsum Betis Dari Belakang Dagingnya. Mempunyai Kelembutan Seperti Lembutnya Selaput Telur Di Dalam Telur Yang Melekat Di Kulit Luar. Dikurniakan Allah SWT Cahaya Pada Wajah Seperti Bulan Purnama. Cahaya Serta Bau Harum Semerbak Pada Tubuh Mereka Dapat Memenuhi Dunia Antara Langit Dan Bumi. Sedangkan Tutup Kepala Bidadari Itu Lebih Baik Dari Dunia Dan Seisinya."

Kisah Mengenai Kecantikan Bidadari Yang Diceritakan Allah SWT Dalam Al-Qur'an Dan Hadis-Hadis Nabi SAW Adalah Sebagai Motivasi Kepada Orang-Orang Mukmin Supaya Merasai Dan Menganggap Hidup Di Dunia Ini Adalah Sementara Saja Dan Kehidupan Di Hari Akhirat Adalah Kehidupan Yang Kekal Abadi Dan Kenikmatan Sebenarnya Adalah Disana Bukan Di Dunia Ini.

Jauhilah Segala Kemungkaran Kerana Nikmat Di Dunia Ini Adalah Menipu Dan Tidak Kekal Lama. Mereka Yang Terpesona Dengan Nikmat Di Dunia Dan Sanggup Melakukan Kemungkaran Akan Menderita Di Hari Akhirat Nanti Yang Di Sediakan Azab Oleh Allah SWT.

Setiap Orang Mukmin Yang Sentiasa Berjihad Dan Berjuang Di Jalan Allah Dengan Ikhlas Untuk Mencari Keredhaan-Nya Maka 72 Orang Bidadari Sedang Menantinya Disana, Dan Mereka Tidak Sabar-Sabar Menanti Kedatangan Suami-Suami Mereka Yang Masih Berada Didunia Lagi.

Bidadari-Bidadari Yang Berada Di Syurga Marah Kepada Isteri Orang Mukmin Di Dunia Yang Menyakiti Hati Bakal Suami-Suami Mereka Kerana Isteri Yang Di Dunia Ini Adalah Sementara Saja Sedangkan Bidadari-Bidadari Yang Di Syurga Adalah Isteri-Isteri Yang Kekal Abadi Untuk Orang-Orang Mukmin. Isteri Yang Solehah Pula Akan Menjadi Ketua Bidadari Di Syurga Nanti Dan Kecantikannya Akan Dapat Mengatasi Kecantikan Bidadari.

Ya, Sahabatku, Dunia Ini Adalah Tempat Beramal Tiada Balasan. Di Akhirat Adalah Tempat Balasan Tiada Amal. Oleh Itu Beramallah Kamu Di Tempat Yang Tiada Balasan Semoga Kamu Berbahagia Di Tempat Yang Tiada Amal. Di Tempat Yang Tiada Amal Itu Adalah Balasan Syurga Yang Sungguh Nikmat Tidak Boleh Dibayangkan Dengan Fikiran Dan Tidak Pernah Dilihat Dengan Mata Dan Tidak Pernah Didengar Dengan Telinga. Para Bidadari Menanti Kalian Di Sana In Sya Allah.

Kepada Para Muslimah, Ketahuilah Bahawa Allah SWT Juga Telah Berfirman, Wanita Solehah, Akan Menjadi Ketua Bidadari Kelak Di Syurga, Dan Mereka Akan Memiliki Kecantikan Dan Keindahan Lebih Dari Bidadari Syurga Itu Sendiri...Allahu Wa Rasululuhu Alam (Allah Dan Rasul Juga Yang Lebih Mengetahui)...
Daripada Ummu Salamah, Isteri Nabi SAW, Katanya(Di Dalam Sebuah Hadis Yang Panjang): Aku Berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah Wanita Di Dunia Lebih Baik Atau Bidadari?” “Wanita Di Dunia Lebih Baik Daripada Bidadari Sebagaimana Yang Zahir Lebih Baik Daripada Yang Batin.” Baginda Menjawab, Aku Berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah Itu?” Baginda Menjawab, “Dengan Solat, Puasa Dan Ibadat Mereka Kepada Allah, Allah Akan Memakaikan Muka-Muka Mereka Dengan Cahaya Dan Jasad Mereka Dengan Sutera Yang Berwarna Putih,Berpakaian Hijau Dan Berperhiasan Kuning….(Hingga Akhir Hadis)” (Riwayat Al-Tabrani).
Dunia Akhir Zaman Ini Sememangnya Penuh Dengan Cubaan, Dugaan. Cabaran, Dugaan Inilah Yang Akan Menyukarkan Usaha Kita Sebagai Hamba Allah SWT Untuk Menjadi Berubah Kepada Yang Lebih Baik. Akan Tetapi, Siapa Tahu Kita Bakal Memperolehi Hidayah Ketika Sedang Dalam Usaha Mendekatkan Kembali Diri Kita Dengan Allah SWT. Sekian.

Sumber

Seram! Pelajar Sesat Ketika Merentas Desa



Seram! Pelajar Sesat Ketika Merentas Desa | Aktiviti merentas desa antara salah satu aktiviti tahunan yang seringkali diadakan oleh pihak sekolah. Ia merupakan satu peluang yang diberikan kepada para pelajar menunjukkankebolehan berlari dalam satu jarak jauh yang ditentukan. Kisahbest.my percaya boleh dikatakan semua pernah menyertai aktiviti merentas desa bukan? Namunpernahkah anda berhadapan dengan masalah jalan sesat? Terdapat satu kisah di mana seorang pelajar lelaki yang menyertai aktiviti merentas desa dipercayai hilang dan sesat.
Sekadar gambar hiasan
 Nasrul berlari beriringan bersama rakannya Alif. Manakala rakan2 yg lain ada yg sudah melepasi mereka berdua. Ada juga sebahagian lagi masih tertinggal jauh dibelakang. Begitulah pada setiap tahun pihak sekolah akan mengadakan program merentas desa bg pelajar2 di sekolah menengah tersebut..
Ketika sampai di satu lorong kecil nasrul tiba-tiba terpandang sebuah kedai menjual minuman. Dia yg sudah kehausan terus saja menuju ke kedai tersebut.Walaupun ada terbit rasa pelik pada dirinya kerana kedai itu tidak pernah dilihat sebelum ini tapi nasrul sudah tidak peduli lagi, tekak nya sudah kering ditambah dengan cuaca yg sangat ganas ketika itu.. Rakannya alif sudah jauh kehadapan. Dipanggil alif berkali2 tapi alif tidak mendengar panggilan darinya.
Nasrul meneguk air durian belanda yg dibelinya.. seketika kemudian Nasrul terpandang seorang gadis dan seorang budak sedang belari lari anak. Diperhatikan betul2. Mungkin mereka salah seorang dari rakan nya.. Tapi anehnya kenapa ada budak kecil disamping gadis itu.. kerana perasaan ingin tahu, Nasrul terus mengejar gadis tersebut.. Tapi yg peliknya semakin dikejar, gadis itu semakin jauh kehadapan..Dia yang sudah kepenatan terus membatalkan niatnya, nafasnya tercungap2 kepenatan..
Nasrul melihat sekeliling.. dia terkejut, tempat itu begitu asing baginya. Ada penempatan beberapa rumah penduduk disitu. tidak pernah pula dia tahu sebelum ini.. Memandangkan hari semakin petang dan dia yg sudah tersesat, Nasrul memutuskan untuk meminta bantuan kepada salah seorang penduduk disitu.
Nasrul terpandang seorang pakcik sedang menyapu sampah di halaman sebuah rumah disitu. Nasrul memberi salam dan kemudian berjabat tangan dengan pakcik itu.. tanpa ditanya Nasrul terus menceritakan segalanya dan meminta bantuan kepada pakcik tersebut supaya menghantar dia ke jalan keluar dari kampung itu,  tetapi orang tua itu hanya mendiamkan diri, setelah ditanya beberapa kali barulah pakcik itu mencadangkan supaya Nasrul tinggal semalam dirumahnya.. Tapi Nasrul menolak dan bersungguh-sungguh supaya pacik itu menghantarnya pulang ke sekolah.. pacik tersebut hanya mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa, Nasrul semakin pelik dengan riaksi pakcik itu terhadapnya..
***************************************************************************************
Di sekolah sudah mula kecoh atas kehilangan nasrul. Alif rakan baik nasrul disoal siasat oleh guru besar. Setahu alif rakanya itu tiba2 hilang, puas juga alif bertanya pada rakan2 yg lain.tp hampa. Guru besar mengarahkan guru2 yg lain untuk mencari nasrul.. dan kehilangan Nasrul telah dikabarkan kepada ibu bapanya..
Cikgu ahmad yg sedang bersiap-siap untuk gerakan mencari, tiba-tiba terpandang nasrul di tepi jalan besar dihadapan sekolah.. Dia bergegas mendapatkan nasrul. Dilihatnya nasrul sedang berbual2 dgn seseorang. Pelik, tidak pula dia nampak org lain kecuali nasrul keseorangan disitu.. Cikgu ahmad menepuk bahu nasrul, Dia semakin hairan dan terkejut melihat keadaan baju yg dipakai nasrul yg penuh dengan lumpur… Nasrul yg terpingga-pinga dengan wajah yg pucat terus dibawa berjumpa dengan guru besar oleh cikgu Ahmad, Nasrul menceritakan segala apa yg berlaku kepada Guru Besar.. Rakan2 yg lain juga turut mendengar.. Guru besar hanya menggeleng2kan kepala, pelik!! sudah 3kali terjadi pelajar sesat ketika merentas desa. Dan mereka sesat ditempat yg sama.
Nasrul yg dalam keadaan tidak bertenaga tiba-tiba pengsan.. Keadaan menjadi cemas.. Nasrul diangkat dan dibaringkan diatas meja sekolah.. Cikgu ahmad merenjiskan air dimuka nasrul.. Akhirnya nasrul tersedar tapi Nasrul tiba2 muntah.. Apa yg pelik muntahnya mengeluarkan daun2 berwarna hijau dan terdapat duri2 halus.. Seorang Ustaz disitu membaca apa yg patut, dan akhirnya Nasrul kembali segar dan Nasrul dibawa pulang kerumahnya..
Selepas dari kejadian itu Nasrul sering melihat kelibat seorang gadis dan seorang budak sering bermain dikawasan rumahnya, sehinggalah Nasrul berjumpa dengan seorang pakar perubatan Islam, menurut pakar tersebut ada sesuatu yg ingin berdamping dengannya.. siapa dia, sampai sekarang masih lagi menjadi misteri.
Sumber : Nasir Hamzah

Seram! Kisah Banglo Lama Di Taiping


Seram! Kisah Banglo Lama Di Taiping | Mendiami rumah banglo pada zaman dahulu dianggap paling kaya di daerah tersebut. Biarpun banglo itu tidak semoden hari ini, tetapi ia lambang kemegahan pada ketika itu. Namun banyak peninggalan rumah banglo lama pada hari ini yang ditinggal usang. Antaranya sebuah rumah banglo lama yang terletak di Taiping. Ia dikatakan berhantu dansuasana di kawasan tersebut amat menyeramkan sehingga ada yang terlihatlembaga di situ.


Kisah ni berlaku di rumah banglo makcik aku kat taiping sekitar tahun 1990an…nama umah makcik aku ni ‘Sangkuriang Villa’. Makcik aku ni ada anak laki (sepupu aku) yang boleh nampak benda-benda aneh..kira sixsenth la.
Dari kecik lagi sepupu aku ni boleh nampak hantu & jin masa tinggal kat umah tu. Sampai sekarang dia still nampak lagi tapi tak selalulah mcm dulu. Rumah makcik aku ni pulak bekas peninggalan masa zaman british yang menduduki taiping dulu..tahu je lah umah banglo zaman british dulu, bawah batu atas kayu. Ada tiang2 besar dan kat belakang umah makcik aku ni ade pokok ketapang tinggi yang dahan dia mencecah bumbung rumah.
Suasana sekeliling redup & suram je.. (skarang ni rumah tu dah jadi opis tentera & makcik aku ni dah pindah tmpat lain). Kalau ade forumer kat sini berasal dari taiping mesti tahu rumah banglo lama sebelah asrama kem askar Taiping tu. Kalo dok kat area umah ni, bila time azan maghrib atau azan subuh je msti dengar bunyi anjing menyalak sayup2 je kt sekitar umah tu..bila kuar tengok takde pun kelibat anjing kat area situ..memang menyeramkan…
Setiap cuti sekolah hujung tahun je aku ngan family selalu datang umah diorang bermalam..so sepupu aku ni mula la bukak cerita…
Dari kecik dia boleh nampak & berkawan dengan jin, dia siap makan,minum & bermain sekali dengan jin tu. Tapi yang bestnye cuma dia je yang nampak tapi orang lain tak nampak. Pernah kitoran suruh dia lakarkan gambaran jin tu, rupa dia macam kartun dalam citer casper… makcik aku ni pada mulanya takut jugak tengok keadaan anak dia ni…
Ada skali tu makcik aku dengar sepupu aku ni borak dengan seseorang kat buaian depan umah dia..bila makcik aku keluar tengok, takde orang lain cuma sepupu aku je kat situ..terus makcik aku tarik masuk dalam umah. Masa sepupu aku nak mandi pulak dia nampak ada tangan berbulu kat celah tingkap bilik mandi tu tengah lambai kat dia. Bila dia pandang balik benda tu dah takde..
Pernah terjadi masa aku dengan family datang tido kat umah dia. Family pakcik aku yang lain pun datang bermalam jugak..So petang tu hujan renyai2, kitorang dengan sepupu yang lain tak boleh kuar umah & just main nyorok2 kat tingkat atas umah dia. Siap main baling2 bantal dan yang bestnye kitorang main baling-baling 1 teddy bear ni sampai tercabut mata dia sebelah. Alih2 tengok, teddy bear tu dah macam ngeri dah…
Pastu masa dekat maghrib tu pulak ade sekor kelawar hitam masuk umah dia. Kitorang pun halau la kelawar tu keluar. Ntah macamana sepupu aku ni pulak tersilap pukul klawar tu dengan penyapu sampai mati… then malam tu kitorang tido berhimpit2 kat tingkat atas tu..masing2 dah takut sebab teringat kelawar yang mati tu takut datang kacau kitorang..
Tengah malam tu…sepupu aku ni tiba-tiba terjaga. Dalam ramai-ramai tu dia tido tepi sekali..masa tu dlm gelap..dia rasa ade orang mendengus kat sebelah dia (dari tepi dia yang takde org tu). Bila dia bukak mata je dia tengok ada sepasang mata merah terjegil tengah pandang dia macam orang tengah marah.
Apa lagi sepupu aku ni terperanjat terus bukak lampu & kejut sepupu2 aku yang lain. Kitorang semua bangun..pastu dalam dok kecoh2 tu…tiba-tiba ada sedara aku yang lain ni tunjuk ada kesan calar kat badan dia sampai luka2.. kitorang pun tanya la kot2 dia kena apa2 masa tido. Ntah dia cakap takde plak. Sedar2 je dah ade calar tu.
Sepupu aku ni citer la lagi yang adik bongsu dia masa tu umo dalam lingkungan 4 – 5 tahun selalu menangis bila tengah malam.. tiap2 malam pukul 12 je mesti menangis macam ketakutan & nampak sesuatu. Ada ustaz yang dok area situ bagitau, kat atas bumbung umah dia ni ade puntianak bergayut, sebab umah dia ni kat atas bumbung tu penuh dengan pokok menjalar yg bersambung dengan dahan pokok ketapang tu.
Ni sepupu aku citer aper yang dia mimpi..dlm mimpi tu,dia tgh bermain sebelah umah dia..masa tgh bermain tu dia terpandang satu lembaga besar & tinggi berwarna hitam berdiri betul2 sebelah pokok ketapang blakang rumah dia tu.. lembaga hitam tu berbulu dan badannya tinggi melepasi dahan pokok ketapang tu. Ketika lembaga yg menakutkan tu cuba lalu sbelah pokok ketapang tu, tiba-tiba badan lembaga tersebut terkena dahan pokok lalu dahan tu patah.
Keesokannya, biler sepupu aku ni sedar dari tidonyer, dia try lah gi tengok kat belakang umah.. mmg betul2 dia nampak dahan pokok ketapang tu patah sama cam dlm mimpi dia… Aper lagi terkejut la sepupu aku ni…
Malam ke-2 pulak.
Masa spupu aku ni tengah sedap tido kat bilik dia, tiba-tiba dia terjaga tapi dalam keadaan mamai… Dia nampak ader 2 orang datang dekat katil dia. Sorang tu lelaki, dan sorang lagi pompuan berpakaian seperti pembesar zaman kesultanan melayu dulu2, datang ke arah spupu aku yg tengah mamai ni dan laki tu bagitahu yang dia minta maaf kat sepupu aku coz semalam ada penghulu/org2nya lalu kat belakang umah tu dengan tak sengaja dah terpatahkan dahan pokok ketapang tu.. Beberapa ketika kemudian spupu aku ni terjaga & dia terbau wangi seluruh bilik tido dia tu.
Keesokannya sepupu aku ni citer la kat mak dia aper yg dia alami mlm tadi.. so mak dia ckp kemungkinan org tu adalah org bunian yg tinggal kat blakang umah dia tu…
Mungkin itu cuma dugaan, tapi kebanyakan orang memang suka menduga-duga,kan?
Sumber : Nizarazu

Do some charity...it's not that difficult....




Even a Smile is Charity

The Prophet Muhammad pbuh said:

“Charity is prescribed for each descendant of Adam every day the sun rises.” He was then asked: “From what do we give charity every day?” The Prophet answered: “The doors of goodness are many…enjoining good, forbidding evil, removing harm from the road, listening to the deaf, leading the blind, guiding one to the object of his need, hurrying with the strength of one’s legs to one in sorrow who is asking for help, and supporting the feeble with the strength of one’s arms–all of these are charity prescribed for you.” He also said: “Your smile for your brother is charity.” Narrated ‘Aisha [prophet Mohammed's wife] -may Allah be pleased with her- : “I never saw the Prophet laughing to an extent that one could see his palate, but he always used to smile”.


SOME BENEFITS OF SMILING:
1. Smiling changes our moods Next time you are feeling down, try putting on a smile. There’s a good chance your mood will change for the better. Smiling can trick the body into helping you change your mood.
2. Smiling Is Contagious When someone is smiling they lighten up the room, change the moods of others, and make things happier. A smiling person brings happiness with them. Smile lots and you will draw people to you.
3. Smiling Relieves Stress Stress can really show up in our faces. Smiling helps to prevent us from looking tired, worn down, and overwhelmed. When you are stressed, take time to put on a smile. The stress should be reduced and you’ll be better able to take action.
4. Smiling Boosts Your Immune System Smiling helps the immune system to work better. When you smile, immune function improves possibly because you are more relaxed. Prevent the flu and colds by smiling.
5. Smiling Releases Endorphins, Natural Pain Killers and Serotonin Studies have shown that smiling releases endorphins, natural pain killers, and serotonin. Together these three make us feel good. Smiling is a natural drug.
Smile with your eyes
The eyes are more essential to a warm, genuine smile. To get a feel for how to make your eyes smile, get in front of a mirror and practice smiling, but concentrate only on your eyes. You may find it helpful to cover the lower part of your face with a piece of paper. Play around with it a bit, and you’ll find that you can make your mouth smile when your eyes aren’t smiling, and you can also smile only with your eyes. When your eyes do smile, remember how it feels, which muscles are working and how. With practice, you’ll be able to smile with your eyes at will. 

So everyone, smile, It’s a charity and it’s free! 

But make sure you brush your teeth well, ok?

Wednesday, December 5, 2012

Kalau Anuwar...Mmg dia akan soh "turn around"....




A skinny little Irishman goes into an elevator, looks up and sees this
HUGE black guy standing next to him.

The big guy sees the little Irishman staring at him, he looks down and says:
'7 feet tall, 350 pounds, 20 inch penis, 3 pounds of testicles, Turner Brown.'

The Irishman faints and falls to the floor.

The big guy kneels down and brings him to, shaking him. The big guy
says, 'What's wrong with you?'

In a weak voice the little guy says, 'What EXACTLY did you say to me?'

The big dude says,
'I saw your curious look and I figured I'd just give you the answers
to the questions everyone always asks me...................
I'm 7 feet tall, I weigh 350 pounds, I have a 20 inch penis, my
testicles weigh 3 pounds each, and my name is Turner Brown.'

The little white Irishman says:

'Turner Brown'? .......Sweet Jesus, I thought you said, "Turn around"!

Moga membawa tuah kepada pasukan Negeri Johor


Safee milik Johor

SAFEE (kanan) menyerahkan dokumen kontrak kepada presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas menandatanganinya di Wisma FAM, Kelana Jaya malam tadi.


PERSATUAN Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) terus berbelanja besar dalam persiapan menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Semalam, Setiausaha PBNJ, Suhairi Hashim mengesahkan telah mendapat surat pelepasan daripada kelab Liga Super Indonesia (ISL), Arema Indonesia bagi mendapatkan khidmat penyerang sensasi Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali secara pinjaman musim depan.
Suhairi berkata, surat yang ditandatangani oleh Pengarah Arema, Ruddy Widodo menyatakan, Safee akan menyarung jersi Johor selama setahun bermula dari 1 Disember 2012 hingga 30 November 2013.
“Safee sepatutnya hadir malam ini (semalam) untuk menandatangani kontrak tetapi tidak dapat berbuat demikian disebabkan terikat dengan peraturan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) yang tidak membenarkan pemain kebangsaan keluar daripada kem latihan mereka sepanjang kempen Piala Suzuki AFF 2012.
“Namun, kami (PBNJ) telah mendapat pelepasan daripada Arema yang membenarkan Safee beraksi bersama Johor. Saya ada bukti dan saya boleh tunjuk kepada umum.
“Jika segalanya berjalan seperti yang dirancang, Safee akan beraksi bersama Johor. Kami memang bersungguh-sungguh untuk membawa masuk Safee dan mahu menyelesaikan perkara ini dalam tempoh dua hari sebab tarikh tutup pendaftaran pemain akan tutup pada 6 Disember (esok),” kata Suhairi ketika ditemui pemberita di Hotel Prince Kuala Lumpur malam tadi.
Terdahulu, sidang akhbar yang dirancang PBNJ untuk majlis menandatangani kontrak Safee tidak dapat diteruskan kerana pemain berusia 28 tahun itu tidak dapat hadir kerana terikat dengan peraturan FAM.
Situasi itu menyaksikan Suhairi bersama Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bergegas ke Wisma FAM, Kelana Jaya malam tadi bagi mendapatkan tandatangan Safee.
Mengulas mengenai yuran pinjaman dan gaji Safee, Suhairi berkata: “Berhubung perkara itu, kami tidak boleh dedahkan dan ia adalah rahsia,” ujarnya.
Bagaimanapun, beliau memberi gambaran bahawa Safee akan mendapat gaji yang lebih baik daripada apa yang diterimanya bersama Arema.
Kosmo! difahamkan Safee ketika ini menerima gaji sebanyak RM90,000 sebulan daripada Arema dan ia memberi bayangan bahawa dia akan menerima gaji sekurang-kurangnya RM100,000 sebulan bersama Johor.
Pada 1 Februari lalu, Safee telah menandatangani kontrak lanjutan selama dua tahun bersama kelab Indonesia itu dengan nilai keseluruhan berjumlah RM2 juta. Kontrak dua tahun itu termasuk pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai yang dibayar oleh kelab, tiket pergi balik ke Kuala Lumpur yang disediakan oleh kelab dan penghormatan sebagai kapten pasukan.
Kontrak Safee bersama Arema akan tamat pada 2014.
Sebelum ini, lima pemain kebangsaan iaitu Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha, Aidil Zafuan Radzak, Zaquan Adha Radzak dan Azmi Muslim serta bekas pertahanan Terengganu dan Harimau Muda A, Muslim Ahmad telah menandatangani kontrak untuk beraksi bersama Johor musim depan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my
Hakcipta terpelihara 

Dukung integriti simpan rahsia


Oleh Muhammad Nizam Ab Ghani
     
KETUA Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ali Hamsa dengan tegas mengingatkan setiap penjawat awam bahawa tiada ruang kompromi terhadap mana-mana penjawat awam yang membocorkan rahsia kerajaan. Ingatan tersebut disampaikannya ketika merasmikan Konvensyen Keselamatan Perlindungan anjuran Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (PKPKKM) di Putrajaya, baru-baru ini.
Peringatan oleh pemimpin nombor satu perkhidmatan awam itu perlu diberikan perhatian serius kerana kebocoran maklumat yang dianggap rahsia kerajaan semakin ketara sejak akhir-akhir ini. Situasi ini boleh dikatakan satu fenomena global yang tidak saja berlaku di negara kita bahkan turut melanda negara maju seperti Amerika Syarikat.

Demikian juga halnya yang berlaku terhadap pelbagai kes manipulasi maklumat peribadi pendeposit bank. Data peribadi penyimpan sebenarnya hanya terhad untuk makluman bank disalahgunakan pihak tertentu hingga menyebabkan penyimpan mengalami kerugian kerana berlaku transaksi luar pengetahuannya.

Sesungguhnya di Malaysia wujud beberapa garis panduan dan arahan perlu dipatuhi setiap jabatan kerajaan sebagai langkah untuk mengelak kebocoran maklumat kerajaan.

Ini kerana setiap maklumat yang mempunyai nilai strategik dan dianggap sebagai rahsia kerajaan dikenali sebagai dokumen terperingkat. Dokumen terperingkat terbahagi kepada 4 kategori iaitu terhad, sulit, rahsia dan rahsia besar.


Apabila kita membicarakan aspek perundangan mengenai dokumen terperingkat pastinya buku Arahan Keselamatan bukanlah asing di kalangan penjawat awam Malaysia. Selain Arahan Keselamatan, penjawat awam turut didedahkan kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 yang mengandungi skop dokumen terperingkat, kuasa pegawai pengelas serta hukuman yang bakal dijatuhkan kepada mana-mana individu yang didapati membocorkan isi dokumen berkenaan. Sungguhpun negara ini mempunyai undang-undang dan peraturan yang jelas berhubung pemeliharaan dokumen rahsia kerajaan, namun persoalan wajar diperhalusi kini ialah sejauh manakah tahap penghayatan serta pemahaman penjawat awam terhadap keperluan yang termaktub dalam arahan berkenaan.
Terdapat segelintir penjawat awam yang bergegas mendapatkan buku peraturan keselamatan hanya apabila bakal berhadapan dengan saat menduduki peperiksaan dalam perkhidmatan. Walhal kefahaman mengenai arahan keselamatan perlu diterjemahkan dalam bentuk praktikal ketika bertugas bagi menjamin tiada pelanggaran elemen keselamatan berlaku. Tidak dapat dinafikan bahawa faktor teknologi adalah sebab berlakunya kebocoran pelbagai maklumat yang sepatutnya diketahui oleh individu tertentu saja dalam sesebuah jabatan.


Sebut telefon pintar sesiapa saja dalam kalangan penjawat awam boleh memilikinya tanpa mengira pangkat dan gred. Walaupun fungsi asas sebuah telefon pintar adalah sebagai alat komunikasi, ia juga boleh menjalankan pelbagai fungsi, termasuk sebagai kamera dan melayari Internet.
Dengan kecanggihan teknologi komunikasi yang dimiliki telefon pintar, ia membolehkan seseorang itu dihubungkan atas talian tanpa perlu berada di hadapan komputer atau laptop.


Justeru tidak hairanlah andai terdapat segelintir penjawat awam yang hadir ke sesuatu mesyuarat dan mengikuti perjalanan mesyuarat dari awal hingga akhir pasti akan berkongsi keputusan dan situasi dalam bilik mesyuarat sama ada melalui facebook dan twitter.


Menerusi kedua-dua jenis media sosial itu orang luar yang tiada kaitan dengan mesyuarat akan mengetahui reaksi dan emosi pengerusi serta ahlinya dengan pantas. Walaupun ada pendapat yang mengatakan perkongsian itu tanda keprihatinan seseorang, namun setiap penjawat awam harus berwaspada serta berhemah dalam menggunakan sebarang gajet di tempat kerja.


Kegemaran berkongsi pandangan atau foto di laman sosial tidak sepatutnya turut menyentuh perkara yang boleh membuka ruang terbocornya rahsia kerajaan. Jika aspek pemeliharaan kerahsiaan dokumen terperingkat tidak diberikan perhatian serius oleh penjawat awam ia bakal mengundang padah kepada keselamatan negara. Setiap penjawat awam perlu sedar bahawa keselamatan rahsia kerajaan berkait rapat dengan aspek keselamatan fizikal iaitu bangunan kerajaan, diri penjawat awam dan dokumen terperingkat itu sendiri.


Untuk mencapai objektif itu, satu daripada langkah dikuatkuasa terhadap penjawat awam ialah amalan tapisan keselamatan yang pada ini dijalankan oleh PKPKKM adalah satu kaedah menyaring penjawat awam supaya hanya individu bebas daripada sebarang anasir pengganas dan subversif dilantik ke jawatan dalam perkhidmatan awam.


Selain itu, bagi sesiapa yang pernah berkunjung ke mana-mana pejabat kerajaan pasti akan terlihat papan tanda yang tertera ‘dilarang masuk kecuali kakitangan saja’. Pemasangan papan tanda berkenaan adalah satu daripada langkah bagi mengelakkan kawasan tempat kerja di pejabat kerajaan daripada dimasuki sewenang-wenangnya. Fail-fail yang terdapat di setiap pejabat kerajaan yang sepatutnya disimpan dengan baik dalam kabinet fail dan tidak dibiarkan berada merata-rata hatta di bawah meja pegawai. Oleh kerana kerahsiaan dokumen dan maklumat kerajaan membabitkan risiko masa depan tanah air, maka ia menghendaki setiap penjawat awam mendukung nilai integriti.


Integriti seorang penjawat awam sebenarnya mula dipupuk sejak hari pertama mereka menyertai perkhidmatan awam. Sebaik saja seorang penjawat awam menandatangani akuan bersumpah dan surat aku janji, dia bertanggungjawab memelihara rahsia kerajaan.


Justeru setiap penjawat awam perlu mengingatkan diri sendiri bahawa setiap rahsia kerajaan adalah amanah yang tidak ternilai. Sama-samalah kita merenungi motto PKPKKM-rahsiakan rahsia kerajaan. Penulis kini berkhidmat di sebuah agensi kerajaan

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/05