Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, October 17, 2011

Sanggupkah kau berkorban? atau kau akan mengorban kan?

Tsu Koon sedia berkorban

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon rela 'berkorban' sekiranya pengorbanan itu mampu memberi kejayaan kepada parti dan juga Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum yang akan datang.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan secara jelas sama ada tetap bertanding pada pilihan raya umum akan datang atau sebaliknya kerana menurutnya ia memerlukan beberapa perincian serta sesi perbincangan.
"Saya sedia 'mengorbankan diri' demi parti. Bagaimana caranya? Saya akan umumkan kemudian. Ia memerlukan beberapa perincian dan perbincangan.

"Saya tidak akan lari daripada tanggungjawab saya ketika ini. Jadi anda semua perlu menunggu dan akan dimaklumkan mengenainya apabila tiba masanya nanti," katanya pada ucapan penggulungan Persidangan Perwakilan Kebangsaan Gerakan Ke-40 di sini, hari ini.

Tsu Koon sebelum ini sering menjadi mangsa kritikan apabila Gerakan dilihat seolah-olah menjadi liabiliti kepada Barisan Nasional sehingga ada suara yang mahukan beliau mengundur diri.

Semalam, beliau menerima satu lagi tamparan apabila Ketua Wanitanya, Datuk Tan Lian Hoe sendiri secara terbuka meminta beliau untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum yang akan datang.

Menurut Tsu Koon, selepas Gerakan mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu dan Pulau Pinang jatuh kepada DAP, beliau ada menghantar permohonan peletakan jawatan.

"Saya ada menghantar permohonan untuk meletak jawatan kepada Jawatankuasa Tertinggi parti kerana saya rasa bertanggungjawab terhadap kekalahan parti ketika itu.

"Bagaimanapun, ia ditolak dan mereka (jawatankuasa) berkata ia bukan masa untuk menyalahkan sesiapa, sebaliknya bersatu untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap parti," jelasnya.

Komen;   Tsu Koon jgn sampai jadi Tsoh Oon kalau tidak tarik diri yer....

No comments:

Post a Comment