Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, November 29, 2013

Inilah 10 Sebab Negara Jepun Mencapai Kemajuan Pesat...


Negara Jepun, nama yang tidak asing lagi di mata dunia. Jepun merupakan diantara negara paling pesat membangun. Lihat sajalah jika berlaku bencana alam seperti tsunami dan sebagainya, dalam masa cuma beberapa bulan mereka mampu membangunkan bandar yang telah musnah hampir 80% seperti sedia kala. Berikut adalah 10 Sebab Negara Jepun Mencapai Kemajuan Pesat:
Jepun

1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.

2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).

3. Jepun walaupun salah satu Negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka.

4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20min bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.

5. Kanak-kanak disekolah akan membawa berus gigi yang telah di “disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.

6. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.


7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.

8. Di larangan mengunakan handphone didalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”

9. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan diatas pingan.

10. Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.

Sekian

dipetik dari Facebook.

Notakaki: Kat Malaysia, sekolah dijadikan tempat menyemai bibit politik dari kecik lagi..bapak salah pangkah parti...anak diri kerusi....itu PASTI....wallaualam....

Thursday, November 28, 2013

Peluk jangan tak peluk.....


Bagi ISTERI, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangannya. 

Kajian mendapati pelukan bukan sesuatu yang bersifat seksual. Ia satu daripada kaedah untuk mendapatkan keselesaan.

Begitupun, biasanya suami menganggap pelukan bermakna isteri dahagakan hubungan seksual. Sebenarnya para isteri lebih menikmati pelukan dari hubungan seksual.

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Ini kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.

Pelukan isteri juga membolehkan suami menjadi lebih bertenaga pada waktu pagi. Ego suami juga menjadi kurang dan mudah untuk bermaaf-maafan. pelukan adalah satu sentuhan fizikal yang erat dilakukan di leher, belakang badan atau pinggang.

Pelukan juga kadang kala melibatkan kucupan, pandangan mata, sentuhan mesra dan beberapa gerakan tubuh lain. Oleh itu, mereka yang berpelukan menandakan hubungan mereka amat rapat dan mempunyai pertalian kasih sayang yang mesra.

Friday, November 15, 2013

Kalau meminang beradat....kalau dah tak suka...pulangkanlah dengan cara beradat jugak...






















KALAU TAK SUKA, PULANGKAN

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj.

“Horey! Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
“Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

“Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila.
Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

“Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!” Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.

“Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

“Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.” Balas isterinya lembut.
“Fail saya kat depan tu mana?”
“Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.”
“Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.” Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.
Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. “Laila” Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

—————————————————————————-

“Saya nak ke out station minggu depan.”
“Lama?” Soal Laila.
“Dalam seminggu.”
“Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?”
“Budak-budak? “
“Ikut jugalah.”
“Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu..”
“Masa tu Amirul kecik lagi.” Balas Laila.

Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.

” Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana.”
“Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,” Muktamad!

Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

“Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!”
“Manalah saya ada masa..”
“Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!” Dia tersentak dari khayalannya.
“Kalau tak suka pulangkan balik!” Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir.
Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..
“Mizi, makan!” Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. “Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.”

———————————————————————————-

“Papa! Makan!” Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.
“Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?”
Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
“Awak masak apa?”
“Mama masak sup tulang dengan sambal udang!” jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.
“Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!”
“Papa nak ke mana?” Soal isterinya perlahan.
“Keluar!”
“Mama dah masak Pa!”
“Awak saja makan!”
“Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!”
Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.
“Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?” Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.
“Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.”
“Abang tak suka tengok papa marah-marah. .”
“Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?”
Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris.Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.
“Laila..” serunya
“Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.” Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
“Sunyi pulak rumah ni mak,”
“Lama-lama kau biasalah.”
Airmatanya menitis laju. “Kalau tak suka pulangkan!” Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

———————————————————————————-

“Papa beli apa untuk Aiman?” Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.
“Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.”
“Tak ada lah?”
“Ingat papa ni cop duit?”

Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.
Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.
“Awak tak sihat ke?”
Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
“Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.” Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.
Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

“Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!” Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

“Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!”
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

“Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. ” Ujar Laila perlahan
“Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?” Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

———————————————————————————–

“Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.”
Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang.

Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.
“Celaka betul!” Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.
“Abang!”
“Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!” Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

“Pak Ngah, Eddie nak balik!” Shamizi terpana. Dia mengangguk.
“Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.”
Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.
“Laila”

—————————————————————————————————-

“Papa nak ke mana hensem-hensem gini?” Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. “Wangi-wangi lagi. Dating ye?”
“Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.” Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
“Ikut boleh?”
“Dia tak ajak family. Staff only!” Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.
“Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.”
“Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. “
“Papa pesanlah..”
“Nantilah besar sikit.” Dalihnya.
“Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.”
“Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,”
Laila terdiam. “Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.”
“Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.”
“Mama tanya sikit boleh?” Dia mengangguk
“Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?”

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

“Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,” ujar Mr. Kwai, tuan rumah.
Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

“Kalau tak suka pulangkan!” Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.
Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.

“Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! ” Laila merenungnya dalam..
Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil.Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..

“Kalau tak suka pulangkan,”
Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.
Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.
Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah.

Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..
Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan…….

Thursday, November 7, 2013

Jangan pinggirkan anak saya




SEBAGAI ibu saya mahukan anak istimewa saya membesar sama seperti anak normal, mendapat pendidikan sewajarnya. Saya percaya dengan pendidikan, anak saya boleh berdikari dan melalui kehidupan biasa tanpa menyusahkan orang lain apabila dewasa nanti. Itu hasrat saya.

''Anak saya menghidap autisme. Saya tidak pernah bercita-cita dia menjadi budak pintar, bakal jadi jurutera, doktor, peguam atau menteri. Memadai jika dia mendapat pendidikan sama seperti dua anak saya yang normal dan anak-anak lain sebaya dengannya.'' Itu cerita Puan Nor ketika ditemui baru-baru ini.

''Malangnya sebelum anak saya menduduki peperiksaan akhir Tahun 5 baru-baru ini, saya bersama dua lagi ibu yang juga mempunyai anak dalam kelas pendidikan khas telah dipanggil oleh guru penolong kanan dan guru besar.

''Alangkah terkejutnya kami apabila diberitahu bahawa anak kami bertiga tidak layak menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun depan.

''Belum habis terkejut dengan keputusan tersebut, guru besar dan penolongnya meminta kami menulis surat kepada sekolah memberitahu bahawa kami tidak mahu anak-anak kami menduduki peperiksaan UPSR sedangkan saya mahu anak saya menduduki peperiksaan itu.

''Alasan yang diberikan jika anak kami menduduki UPSR 2014, maka kami telah menganiaya sekolah tersebut yang bakal mendapat keputusan terburuk dalam penilaian dan prestasi.

''Saya bertanya mengapa anak-anak kami tidak dibenarkan ambil UPSR? Adakah kerana mereka tidak pandai atau terlalu rendah markah dalam peperksaan lalu?

''Menurut guru penolong kanan, memang anak-anak kami lemah dalam pelajaran sambil memberi contoh yang anak saya lemah dalam Bahasa Melayu. Saya tahu anak saya lemah tetapi dia tidak gagal.

"Ditanya mengapa tidak diadakan tuisyen, penolong kanan menjawab guru-guru tidak ada masa.

''Kerana tidak berpuas hati, saya bangkitkan yang anak saya mendapat nombor 12 daripada 28 murid dalam kelasnya pada peperiksaan pertengahan tahun. Jadi adakah 16 orang murid yang lebih lemah daripada anak saya dalam pelajaran pun tidak dibenarkan mengambil UPSR?

''Saya boleh terima jika semua ibu bapa murid yang lemah dalam pelajaran dipanggil sama dalam perjumpaan tersebut tetapi masalahnya mengapa anak kami bertiga saja tidak dibenarkan menduduki UPSR sedangkan murid lain yang lebih rendah markahnya dibenarkan ambil UPSR. Adakahkah kerana mereka normal dan bukan anak autisme?

''Saya akui anak saya sukar dibimbing semasa kecil dahulu, tetapi setelah dimasukkan ke kelas khas dan dibimbing oleh Nasom (Persatuan Autisme Nasional) bermula di Jalan Raja Laut kemudian ke cawangan di Setapak, dia boleh mengikuti pelajaran dengan baik sehinggakan anak saya dimasukkan ke sekolah aliran biasa bersama anak-anak normal lain malah pernah mendapat tempat pertama dalam peperiksaan.

''Saya juga akui anak saya lemah dalam bahasa Melayu kerana di Nasom dia dididik dalam bahasa Inggeris dan masalah timbul apabila Sains dan Matematik tidak lagi diajar dalam bahasa Inggeris sehingga menjejaskan keputusan peperiksaannya dalam kedua-dua subjek itu. Tetapi jika terus dibimbing, saya yakin dia boleh menguasai bahasa Melayu, subjek BM sekali gus Sains dan Matematik.

''Jika anak saya tidak dibenarkan mengambil UPSR tahun depan maka dia tidak akan diajar oleh guru, sebaliknya dibiarkan bermain dan duduk di kelas tanpa belajar. Saya bimbang jika ini terjadi anak saya akan terbiar dan berkemungkinan kembali kepada keadaan lamanya suka bersendiri.

''Pada saya, hakikat yang anak saya dapat belajar di sekolah aliran biasa bersama kanak-kanak normal adalah satu pencapaian membanggakan. Saya berharap dia ada sijil UPSR seperti kanak-kanak lain dan seterusnya dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah. Saya tidak mengharapkan dia mencapai keputusan cemerlang semua A. Tetapi jika boleh, syukur Alhamdulillah.

''Saya mahu anak saya ada kemahiran apabila besar nanti untuk kehidupannya sendiri.

''Namun cukup menyedihkan apabila guru besar lebih mementingkan prestasi sekolah daripada masa depan muridnya. Guru besar bimbang peruntukan tahunan untuk sekolah akan dikurangkan oleh Jabatan Pelajaran kalau prestasi sekolah merosot.

''Saya lebih terkejut apabila guru penolong kanan memberitahu besar kemungkinan guru besar akan ditukarkan ke sekolah lain bahkan guru-guru yang terlibat mengajar kelas tahun 6 nanti akan diberhentikan, semata-mata kerana kegagalan anak saya dalam UPSR tahun hadapan. Logikkah?

''Guru penolong kanan sarankan saya hantar surat kepada guru besar selewat-lewatnya minggu hadapan supaya anak saya tidak ambil UPSR 2014. Inilah yang membingungkan saya.

"Anak saya suka sekolah dan suka belajar. Sebagai ibu saya tak mahu anak saya kecewa apabila tidak dibenarkan mengambil UPSR seperti kawan-kawan sekelasnya yang lain.

"Akhir-akhir ini anak saya mengadu seolah-olah dipinggirkan oleh guru kelasnya. Pernah beberapa kali dia pulang ke rumah melahirkan rasa kecewa kerana tidak tahu dan tidak faham untuk buat tugasan yang diberikan oleh guru. Apabila saya tanya kenapa tak tanya cikgu, dia akan jawab cikgu tak mahu jawab bila dia tanya.

''Sebenarnya saya tidak tahu kepada siapa nak mengadu. Semakin dipendam jiwa saya jadi tak tenteram, hampa dan susah hati.

"Saya tidak mahu anak saya kecewa kerana dipinggirkan apabila masuk Tahun 6 nanti. Saya percaya guru tidak akan pedulikan dia kerana mereka tahu anak saya tidak dibenarkan mengambil UPSR, jadi mengapa buang masa ajar anak saya.'' Demikian cerita Puan Nor panjang lebar kerana tidak tahu bagaimana hendak memujuk sekolah membenarkan anak autismenya menduduki peperiksaan UPSR tahun depan.



© Utusan Melayu (M) Bhd

Wednesday, November 6, 2013

Tinggalkan yang haram....Ganjaran Besar sedia menanti....

Di Damsyiq (Dimascus) terdapat sebuah masjid besar yang diberi nama Masjid at-Taubah. Ia merupakan sebuah masjid yang diberkati, indah dan mendamaikan.



Di atas tapak masjid itu asalnya sebuah gedung tempat berlaku segala macam maksiat. Pada kurun ke 7 Hijriah, seorang raja yang memerintah ketika itu membeli gedung tersebut, meruntuhkan dan membina di atas tapaknya sebuah masjid.

Lebih kurang 70 tahun lalu, di masjid itu terdapat seorang syaikh atau mahaguru yang alim mendidik umat Islam di kampong itu. Namanya Syeikh Saleem as-Suyuti. Dia sangat dihurmati oleh penduduk setempat. Mereka menjadikannya tempat rujukan dalam semua urusan sama ada urusan dunia atau akhirat.

Di masjid itu juga terdapat seorang murid yang sangat miskin tetapi terkenal dengan kemuliaan akhlak dan budi pekerti yang luhur. Dia tinggal di sebuah bilik yang terdapat di dalam masjid.

Suatu ketika, dia diserang kelaparan yang tidak mampu ditahan kerana sudah dua hari tidak menjamah makanan dan tidak ada wang langsung untuk membeli makanan. Masuk hari ke tiga, dia rasa seolah-olah dia akan mati kebuluran. Lalu dia berfikir apa yang patut dilakukan.

Pada pendapatnya, keadaannya telah sampai ke tahap darurat yang mengharuskannya makan bangkai atau mencuri sekadar yang diperlukan. Maka dia memilih untuk mencuri.

Masjid itu terletak di sebuah kampong di mana kedudukan rumahnya rapat-rapat dan bumbungnya bersambung antara satu sama lain. Seseorang boleh berjalan meniti dari bumbung ke bumbung bermula dari awal kampong hingga ke hujungnya.

Si miskin tadi memanjat bumbung masjid dan meniti bumbung-bumbung rumah untuk mencari makanan.

Apabila dia terpandang wanita di dalam rumah, dia akan segera menjaga mata dan menjauhkan diri dari rumah itu.

Akhirnya dia ternampak sebuah rumah yang kosong dan terhidu bau makanan yang menyelerakan.

Perasaan lapar yang menguasai dirinya menjadikan bau makanan itu bagaikan magnet yang menarik-nariknya dengan kuat agar mengambilnya. Lalu dia melompat dari bumbung memasuki rumah tersebut. Dia terus ke dapur dan membuka periuk.

Didapati di dalam periuk itu beberapa biji terung yang telah dimasak, lalu dia mengambil sebiji. Kerana kelaparan yang teramat sangat, dia tidak menghiraukan kepanasan terung yang baru dimasak, lantas terus menggigitnya.

Ketika hampir-hampir menelan terung itu tiba-tiba akalnya yang dipenuhi ilmu agama yang dituntutnya selama ini di masjid menyergahnya!

Hatinya berbisik: Aku berlindung dengan Allah! Aku seorang penuntut yang tinggal di dalam masjid, kemudian aku menceroboh masuk ke dalam rumah orang dan mencuri makanan yang ada di dalamnya?

Dia rasa terlalu besar dosa yang telah dilakukan. Dia amat menyesal dan beristighfar. Terung yang telah digigit itu dikembalikan di tempatnya. Dia segera keluar dari rumah itu dan terus kembali ke masjid.

Ketika itu Syeikh sedang mengajar, lalu dia duduk di dalam halaqah bersama murid-murid lain. Namun kelaparan yang mencengkam dirinya menjadikan dia tidak dapat memberi tumpuan pada pengajaran Syeikh dan tidak faham apa yang didengarnya.

Setelah sesi pengajian tamat, semua murid-murid beredar dari halaqah. Tiba-tiba muncul seorang wanita dalam keadaan berselubung menutup seluruh tubuh seperti kelaziman wanita-wanita di kampong itu. Wanita itu berkata sesuatu kepada Syeikh, tetapi murid itu tidak mendengar apa yang dikatakannya.

Syeikh memandang sekeliling. Dia tidak nampak ada orang lain di dalam masjid selain murid yang miskin itu.

Syeikh memanggilnya dan bertanya, adakah kamu telah berkahwin? Dia menjawab, tidak!

Syeikh bertanya, adakah kamu ingin berkahwin? Dia diam.

Syeikh bertanya sekali lagi, adakah kamu ingin berkahwin?

Dia menjawab dengan jujur bahawa dia tidak mempunyai wang untuk membeli sesuap makanan untuk dirinya, maka untuk apa dia hendak berkahwin?

Syeikh berkata kepadanya bahawa wanita ini kematian suami. Dia orang asing di sini. Dia juga tiada sesiapa lagi di dunia ini kecuali seorang bapa saudara yang telah tua dan miskin yang tinggal bersama dengannya.

Syeikh menunjukkan ke arah seorang lelaki tua yang duduk di sebuah sudut halaqah. Syeikh berkata lagi bahawa wanita ini telah mewarisi rumah dan harta peninggalan suaminya.

Dia mahu berkahwin mengikut sunnah Allah dan Rasul supaya dia tidak bersendiriann kerana dibimbangi akan menjadi tumpuan orang-orang jahat serta pergaulan yang haram. Jadi, adakah kamu mahu menikahinya?

Murid itu terus menjawab, ya!

Syeikh berpaling ke arah wanita itu dan bertanya, mahukah kamu menerimanya?

Wanita itu menjawab, ya!

Maka Syeikh memanggil bapa saudaranya dan dua orang saksi. Syeikh menikahkan mereka berdua dan membayar maskahwin bagi pihak muridnya.

Setelah selesai aqad, Syeikh berkata kepada muridnya, pimpinlah tangannya. Wanita itu memegang tangan suaminya dan membawanya pulang ke rumah.

Setelah memasuki rumah, dia membuka kelubung yang menutupi mukanya, barulah murid itu dapat melihat wajah isterinya yang muda dan jelita.

Dia juga amat terkejut kerana rumah itu adalah rumah yang dia masuki sebentar tadi dan telah mencuri makanan daripada dapurnya.

Isteri bertanya kepada suaminya, adakah kamu telah makan? Dia menjawab, ya!

Dia membuka periuk dan melihat terung yang telah digigit. Dia berkata dengan hairan, siapa yang masuk ke dalam rumah dan menggigit terung?

Murid itupun menangis sambil menceritakan apa yang telah berlaku.

Isterinya berkata, inilah hasil amanah. Kamu menjauhkan diri dari terung yang haram, maka Allah berikan kamu rumah serta tuannya sekali dengan halal.

Diceritakan oleh Syeikh Ali at-Tantawi di dalam Muzakkiratnya dan dia berkata bahawa kisah ini benar-benar berlaku dan beliau kenal semua individu yang terlibat di dalam kisah tersebut.

Pengajarannya: Tinggalkan Yang Haram Allah s.w.t bagi Yang Halal!

~RENUNGAN UNTUK PARA SUAMI~


Conversation is important....the most important in relationship...





Petikan dari FB:

Apabila si En.Suami suka membanding2 kan isteri dgn perempuan simpanannya..

En. Suami : Ustaz..ppoan simpanan sy lbh ramping tubuh nya..tp isteri sy gemuk..

Ustaz : ppoan simpanan kamu pernah mengandungkan zuriat kamu ke? tentu tak kan? sbb dia lbh sygkan bentuk tubuhnya dr kamu..
isteri kamu pulak sanggup korbankan bentuk badannya utk
kamu kerana dia lebih mencintai kamu dari bentuk
tubuh badan

En. Suami : Tapi ustaz..ppoan simpanan sy lebih manja dan lemah lembut.. isteri sy jarang ada masa utk sy dan kadang2 garang..

Ustaz : ppoan simpanan kamu tak ada tanggungjawab utk dipikul tentang kamu..dia tak perlu ambil tahu semua masalah kamu, makan minum kamu, hutang piutang kamu, sebab itu dia sentiasa nampak gembira bila bersama kamu.tapi isteri kamu memikul semua beban masalah kamu, masa nya terpaksa dibahagi-bahagi antara kamu dan anak2 kamu.. krn dia tahu menjaga anak2 kamu adalah tanggungjawabnya dan itu tanda cintanya padamu..

En. Suami : isteri sy jarang memujuk sy ustaz..tak seperti ppoan simpanan sy..

Ustaz : itu krn isteri kamu sudah puas memujuk anak2 kamu bila mrk bertanya kemana kamu pergi tak pulang sampai ke pagi. anak2 mengadu tentang kamu yang tak pernah ambil tahu tentang mrk. bersedih memikirkan kamu yang tak ada masa utk bersama mrk. isteri kamu sudah cukup melindungi maruah kamu di depan mata anak2 kamu sedangkan kamu sendiri terus hanyut bergelumang dosa bersama ppoan simpanan kamu itu. ppoan simpanan kamu itu pernah ke terfikir tentang maruah kamu?

En Suami..tapi kan ustaz....

Ustaz: cam ni lah....kalau isteri awk sentiasa tak cukup sempurna dimata awk, awk ceraikan sajalah dia. Mungkin dia terlalu baik utk lelaki yg tak tahu bersyukur seperti awk. Cuba awk pikir, klau bukan krn dia yg korbankan bentuk tubuh nya krn awak, sepanjang hayat awk tak akan melihat waris keturunan awk. klau dia mahu, dia juga boleh memilih utk mencintai dirinya sendiri dari mencintai awk.. tapi itulah pengorbanan seorang isteri yang tak pernah awk hargai.bukan dia yg tak cukup sempurna utk awk tp awklah yang tidak layak mendapat seorang isteri seperti dia. lebih baik awk nilai diri awk sendiri dari awk menilai isteri awk krn dia ibu kpd anak2 awk...