Lepas lebih 10 tahun, Shahnon baru sedar.
Posted by The Unspinners at 4/16/2012
GEORGETOWN: Veteran PAS, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad menyifatkan kerjasama PAS dengan DAP dalam gabungan pembangkang bercanggah amalan politik Islam yang diajar Rasulullah SAW.
Beliau yang juga Sasterawan Negara, berkata Rasulullah SAW tidak pernah bekerjasama dengan kaum bukan Musyrikin Madinah seperti dilakukan PAS ketika ini sebaliknya hanya mengikat kata sepakat melalui Perjanjian Hudaibiyah.
Justeru, ahli PAS seumur hidup itu menolak kerjasama antara PAS dan DAP kerana ia tidak sama dengan pendekatan diambil Rasulullah SAW.
“Dasar politik PAS sekarang ini langsung tak sama dengan amalan politik Rasulullah SAW bersama sahabatnya ketika membentuk Madinah,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.
Shahnon adalah bekas Ahli Parlimen Sik dari 1999 hingga 2004 dan bersara daripada politik kerana masalah kesihatan selain ingin menumpukan perhatian terhadap dunia kesusasteraan.
Beliau diiktiraf sebagai Sasterawan Negara kedua pada 1982 dan menghasilkan pelbagai karya satira seperti Ranjau Sepanjang Jalan, Srengenge dan novel kontroversi bertajuk Shit pada 1999.
Dalam perkembangan sama, Shahnon turut membidas Dewan Ulama PAS yang semakin hilang taringnya dalam menyuarakan dakwah politik Islam kerana hendak menjaga hubungan dengan DAP.
Katanya, hampir semua ulama PAS termasuk Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat gagal memainkan peranan mempertahankan Islam dan pengaruh mereka mula dibayangi golongan profesional PAS.
“Malah, saya sendiri sebenarnya tidak berapa faham dengan perjuangan dan latar belakang golongan profesional PAS ini. Apa disiplin ilmu individu yang mendakwa mereka adalah pemimpin profesional PAS ini?
“Kesimpulannya adalah PAS sekarang tidak sama macam dulu dan saya langsung tidak bersetuju dengan dasar politik semasanya selain konsep kerjasama pemimpin PAS dengan DAP,” katanya