Kawan Kawan yang dihormati,
Pohon maaf kerana mami telah lama tidak 'update' blog mami. Setelah kembali bertugas ke ibu pejabat di Kuala Lumpur dari Tokyo, mami terlalu sibuk dan kesuntukan masa dengan kerja di pejabat dan urusan rumahtangga juga tanggungjawab terhadap anak-anak. Balik dari Tokyo pada 2 Ogos 2009 dan melapor diri di ibu pejabat pada 3hb ogos 2009. Mami sekarang ni ditempatkan di Unit Urusetia, sebagai Pembantu Khas tanpa elaun (kesiankan kat mami?). Tapi mami ok ajer... letaklah dimanapun...doesnt matter. Allah Maha Kaya dan Maha Mengetahui. Kalau dah rezeki itu ditentukan dan ditetapkan untuk mami, bagaimana berkuasanya seseorang itu, rezeki itu akan berpihak kepada mami.
Sekarang selepas 5 bulan berada di Malaysia..almost everything falls to its place...dah mula lega..anak anak dah mula biasa dengan sekolah dan masing masing dah ada kawan kawan sekolah. daddy dah mulakan tugas di uitm dan kena belajar perkara perkara baru...nasib baik baru nak dekat 3 tahun aje cuti tanpa gaji kalau lama macam dulu sampai 8 tahun setengah..tentu daddy akan lebih suffer sebab banyak tahun yang ditinggalkan..walaubagaimanapun syukur Alhamdulillah...kami semua bersyukur dengan kurnia rahmat Allah kerana kami masih boleh hidup dengan selesa di Malaysia ni, cuma keselamatan perlu dititik beratkan kerana mami rasa malaysia ni dah macam negara koboi dah rasanya..hari2 bunuh, dera, kemalangan, tembak sana sini, rompak sana sini...
Mami juga telah berhijrah...dalam erti kata lain berhijrah dengan wajah baru...mami dah menutup kepala sempena maal hijrah baru2 ni...Alhamdulillah...mudah2an berkekalan dengan imej baru..daddy adalah orang yang paling gumbira dengan penghijrahan mami...
Cukuplah setakat ini dulu, insyaAllah jika ada kesempatan akan mami sambung lagi catatan harian mami pada masa2 akan datang...kalau boleh hari2 mami nk update...
Wassalam...