Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, January 30, 2012

Kiamat kah?

Ancaman ribut matahari




Ribut matahari yang kuat boleh menyebabkan transformer bekalan elektrik terbakar seperti yang berlaku di Quebec, Kanada pada tahun 1989.


AWAL minggu lalu, dunia digemparkan dengan fenomena ledakan di matahari atau disebut ribut matahari.

Adakah ini ada rentetan ramalan ahli nujum terkenal Nostradamus mengenai kemusnahan Bumi?

Sebelum ini penyelidik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) pada Mac 2006 pernah meramalkan ribut matahari paling dahsyat atau dikenali dengan solar maksimum akan berlaku dalam setiap 50 tahun.

Kajian yang diketuai oleh Mausumi Dikpati daripada Pusat Nasional bagi Penyelidikan Atmosfera (NCAR) menyatakan, kitaran matahari akan menjadi lebih kuat 30 hingga 50 peratus berbanding terdahulu.

Jika ramalannya benar, tahun 2012 dan 2013 bakal menyaksikan aktiviti matahari lebih besar daripada tragedi Solar Max 1958.

Ledakan atau aktiviti matahari terkini dicatatkan sebagai yang paling kuat sejak 2005, demikian menurut pakar astrofizik Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Kebangsaan Amerika Syarikat (NOAA), Doug Biesecker.

Koordinator Observatori Negara Langkawi (ONL), Agensi Angkasa Malaysia, Mhd Fairos Asillam berkata, matahari merupakan bintang.

“Kitaran suria atau kitaran aktiviti magnetik matahari adalah perubahan berkala dalam jumlah pancaran atau sinaran dari Matahari yang menyirami Bumi “Kitaran suria mengambil masa secara purata 11 tahun dari satu solar maksimum ke solar maksimum berikutnya dan telah diperhatikan bahawa perubahan antara sembilan hingga 14 tahun bagi sebarang kitaran suria yang diberikan,” katanya semasa dihubungi Mingguan Malaysia.
Bagaimana kita menentukan bila fasa aktif matahari?

Mhd Fairos berkata, ahli astronomi yang memantau keadaan matahari setiap hari akan melihat banyak tompokan hitam di permukaan matahari.

“Solar maksimum adalah tempoh yang mana aktiviti solar adalah tertinggi di dalam kitaran suria bagi matahari.
Semasa solar maksimum, terdapat bilangan tompok matahari yang banyak di atas permukaannya iaitu melebihi angka 200,” katanya.

Ini menyebabkan medan magnet matahari berpintal atau menyimpul. Akibatnya akan berlaku suar suria atau julangan bebola api yang bersaiz gergasi dari permukaan matahari dan juga ejeksi jisim korona (corona mass ejection atau CME).

Di Malaysia, Agensi Angkasa Malaysia (Angkasa) dan Jabatan Metereologi Malaysia di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Aktiviti Matahari bagi memantau aktiviti matahari di ONL dengan kerjasama International Space Weather Initiative (ISWI) bagi memantau aktiviti matahari.

Bagi letupan yang berlaku di matahari 23 Januari lalu, jawatankuasa berkenaan akan memantau selama enam hari sehingga Isnin.

“Ini kerana hanya letupan yang paling hampir dengan permukaan Bumi akan dikira kerana ia mengambil masa dua hingga enam hari untuk sampai ke Bumi,” katanya.

Apabila berlakunya ribut solar, hanya bahagian matahari yang paling hampir dengan Bumi dan menyemburkan tenaga dipantau.

“Apabila semburan banyak dan kuat melanggar lapisan atas dan dinding magnet Bumi ia mengakibatkan ribut geomagnetik.

“Ribut berkenaan boleh memberikan gangguan pada lapisan ionosfera Bumi di mana terdapatnya komunikasi radio dan satelit,” katanya.

Bagaimanapun jelas Mhd. Fairos, ribut geomagnetik biasanya tidak memberikan kesan langsung kepada negara-negara di kawasan Khatulistiwa.

Biasanya kawasan berhampiran Kutub Utara dan Kutub Selatan mendapat kesan langsung daripada ribut berkenaan.

“Malaysia tidak terlibat secara langsung kerana negara tidak mempunyai banyak satelit tetapi kebanyakkan satelit mempunyai panel solar.

“Ketika itu operator satelit akan memastikan satelit berada pada mod pasif supaya fungsinya tidak terganggu,” katanya.

Mengambil contoh Kitaran Suria ke 22 yang berlaku pada 1989 menyebabkan transformer di Quebec, Kanada terbakar dan keadaan bergelap selama sembilan jam.

Tragedi

Bagaimanapun selepas apa yang berlaku di Quebec, Kanada, menurut Fairos, saintis semakin memahami aktiviti matahari dan kerugian daripada tragedi berkenaan dapat dikurangkan.

Bagaimanapun jika ribut berkenaan amat kuat, negara yang berdekatan dengan kutub seperti Eropah, Jepun, Rusia akan mendapat kesannya.

“Sebab itulah aurora juga hanya kelihatan di negara berhampiran kutub,” katanya.

Negara yang berhampiran dengan Khatulistiwa lebih selamat dengan medan magnet yang melindunginya.
Ini kerana zarah-zarah matahari datang ke Bumi dan masuk melalui Kutub Utara dan Kutub Selatan.

“Walaupun negara kita tidak terlibat secara langsung dengan ribut solar tetapi aktiviti yang melibatkan satelit mungkin terganggu.

“Bayangkan jika telefon bimbit, kereta, trak, kapal terbang, komputer, televisyen, radio atau permainan elektronik semua tidak berfungsi.

“Tentu ini akan melumpuhkan ekonomi negara,” katanya.

Malah beberapa syarikat penerbangan di Eropah terpaksa mengubah laluan penerbangan daripada melalui kawasan kutub yang terdedah kepada radiasi.

Bagaimanapun ribut solar yang diukur adalah pada skala G1 yang paling rendah atau minor kerana biarpun terdapat letupan kuat di matahari tetapi jarak yang jauh memperlahankan impak yang tiba ke Bumi.

Mhd Fairos menegaskan ribut solar tidak memberikan sebarang kesan kepada manusia serta tidak berkaitan dengan perubahan cuaca.

Sementara itu, ahli astronomi amatur tempatan, Shahrin Anuar berkata, selain Bumi, planet-planet yang berada di sekitar matahari turut merasai kesan fenomena daripada ledakan tersebut.

“Jika Bumi menerimanya pada awal minggu lalu, planet Marikh pula merasai kesan tersebut sehari selepas itu,” katanya.

Partikel bertenaga tinggi akan tiba ke Bumi dalam jangka masa satu hingga dua hari sementara radiasi elektromagnetik akan mencecah Bumi dalam masa lapan minit.

CME yang tercetus bergerak dengan halaju 6.4 juta kilometer sejam menuju Bumi.

Jumlah bahan yang terbebas dalam proses tersebut dianggarkan mencapai berjuta-juta kilogram.

Partikel-partikel yang terhasil daripada letusan matahari itu tidak membahayakan nyawa manusia kerana dihalang oleh medan magnet.

Kesan aktiviti matahari yang mencetuskan ledakan yang paling buruk pernah direkodkan berlaku pada abad ke-19.

Ketika itu kesan ketara yang berlaku adalah gangguan sistem telegraf.

Pada 1859, Bumi menghadapi fenomena ribut solar yang terbesar dan mengejutkan.

Tindakbalas di atas permukaan matahari teramat marak sehingga menyebabkan sistem wayar telegraf di United Kingdom (UK) dan AS terganggu dan dalam kes tertentu, terbakar secara tiba-tiba.

Sehingga rencana ini ditulis pada 27 Januari, laman web Angkasa melaporkan :Rantau aktif 1402 yang menyebabkan letusan suar matahari dan ribut geomagnetik pada awal minggu ini kembali aktif dengan penyemburan jisim korona di kutub utara Matahari.

Bagaimanapun letusan CME ini tidak memberikan ancaman kerana tidak menghala ke Bumi.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat terkini mengenai ribut Matahari setiap hari boleh layari http://www.angkasa.gov.my

Friday, January 27, 2012

Bukan Doa Kamu Yang Makbul Sebenarnya


  Bercakap fasal doa:
saya teringat satu kisah yang sangat-sangat memberikan kesan dalam kehidupan saya. Guru-guru saya di sekolah, semenjak sekolah rendah, sangat menerapkan doa. Jadi, saya sudah dibiasakan dengan Solat Hajat, Solat Dhuha, Qiamullail, waktu-waktu doa yang mustajab seperti ketika hujan dan sebagainya agar saya rajin berdoa, dan agar doa saya makbul. Jadi, bila Allah anugerahkan saya kejayaan, saya sentiasa rasa, itu sebab saya doa dengan bersungguh-sungguh. Namun satu cerita mengubah persepsi saya.     Cerita yang saya dengar itu begini:    Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.    Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.     Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.     Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.     Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.     Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.     Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:     “Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”     Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.     Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.     Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.     Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.     Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”     MasyaALLAH…     Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.    Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.     Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang.     Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.     "Aku buat beginilah yang jadi begini."    "Doa aku makbul seh!"     "Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun."     Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.     Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.     Cerita itu sangat menyentuh hati saya.    Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga.Kita ini banyak dosa. Banyak hijab.     Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya.     Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita.     Semoga bermanfaat note ini.     
Sebarkan jika anda rasa ada manfaatnya.    Semoga Allah redha dengan kita    
Komen:  Mak & Abah, Suami dan sesiapa juga yang mendoakan kebaikan ke atas diri ini...kupohon kepada Allah, kurniakanlah kebaikan dan rezeki yang melimpah ruah keatas mereka semuanya..amin amin ya rabbal alamin..

Friday, December 30, 2011

Ajaibnya.....Mek Long yg BUTA TETAPI CELIK, sebaliknya ADAM ADLI yg CELIK TETAPI BUTA...


Mek Long nenek super

Oleh Zaid Salim
am@hmetro.com.my
     
BUTA...Mek Long tidak boleh melihat sejak  berusia 27 tahun.
BUTA...Mek Long tidak boleh melihat sejak berusia 27 tahun.
KEMAS...Mek Long mengemas rumah sambil ditemani Hassan.
KEMAS...Mek Long mengemas rumah sambil ditemani Hassan.
BESUT: Seorang wanita cacat penglihatan, Mek Long Salim, 79, layak digelar ‘warga emas super’ apabila masih mampu melakukan rutin harian tanpa mengharapkan bantuan.
Warga emas itu bukan saja mampu memasak, membasuh dan mengemas rumah, malah boleh melakukan kerja berat yang tidak terdaya dilakukan orang celik seperti memanjat pokok kelapa.

Keistimewaan Mek Long itu menjadikannya kebanggaan penduduk yang menganggapnya wanita luar biasa.

Mek Long yang tinggal bersama suami ketiga, Hassan Awang, 69, di Kampung La, Hulu Besut, di sini, berkata, dia tidak memiliki rahsia atau mengamalkan petua, sebaliknya menganggap ia anugerah Allah.

“Kita kena kuat semangat dan rajin usaha. Seumur hidup, saya tak pernah minta bantuan orang. Saya bersyukur Allah beri saya hati yang terang.

“Sejak muda hingga sekarang, saya buat kerja termasuk jual sayur dan pucuk paku di Pasar Jertih, berkebun dan cari kayu api di hutan. Semuanya buat sendiri.




“Cuma sejak diserang asma, saya tak buat kerja itu lagi dan banyak berehat di rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, kelmarin.

Mek Long yang menghidap asma sejak tujuh bulan lalu berkata, walaupun tidak boleh melihat, namun dia boleh membezakan antara siang dan malam, malah mengetahui tiba waktu solat hanya berpandukan suara ayam berkokok.



“Biasanya jika masuk waktu Subuh, ayam berkokok sekali manakala jika waktu Zuhur, ayam berkokok dua kali berturut-turut.

“Jika waktu Asar pula, ayam berkokok tiga kali berturut-turut. Jika waktu Maghrib, ayam berkokok di bawah rumah,” katanya.

Sementara itu, adik Mek Long, Azizah Salim, 66, berkata, dia bangga mempunyai kakak luar biasa dan menganggap semua itu anugerah Allah yang tidak ternilai.

“Hati dia terang walaupun tidak nampak, tetapi kehidupannya sama seperti orang celik. Tidak hairan kerana apa yang berlaku kuasa Allah,” katanya.

Azizah yang tinggal bersebelahan rumah Mek Long berkata, kakaknya itu tidak pernah meminta bantuannya, sebaliknya melakukan semua kerja sendiri termasuk menguruskan keperluan suami yang juga buta.

“Tanggungjawab terhadap suami dilakukannya sama seperti wanita celik lain. Dia bukan saja memasak, mencuci atau mengemas rumah, tetapi boleh membeli barangan keperluan harian sendiri.

“Orang kampung sudah biasa dengannya, tetapi kalau orang tak biasa tengok, mesti ingat dia celik. Dia berjalan laju, tak macam orang buta.

“Jika terlajak lorong rumah penduduk kampung yang dia nak pergi, dia akan berhenti dua atau tiga saat dan berpatah semula sebelum masuk ke lorong rumah berkenaan,” katanya.

Menurutnya, kakaknya seorang yang kuat bekerja dan tidak pernah mengabaikan solat sejak kanak-kanak hingga sekarang selain penyabar.

“Walaupun tidak nampak tetapi boleh membezakan antara malam dengan siang.

“Pernah ketika bersembang bersama jiran, tiba-tiba dia memberitahu kami ketika itu sudah masuk waktu sembahyang sama ada Zuhur, Asar atau Maghrib. Biasanya selepas dia kata begitu, selang beberapa minit kemudian azan berkumandang.

“Pernah juga pada Ramadan, dia mengejutkan saya untuk bersahur,” katanya.

Azizah berkata, Mek Long ketika kanak-kanak seorang yang celik, tetapi penglihatannya kabur sedikit demi sedikit sebaik memasuki zaman remaja.

Katanya, penglihatan wanita berkenaan hilang sepenuhnya selepas beberapa bulan berkahwin dengan lelaki celik dari kampung sama ketika berusia 27 tahun.

“Masa baru kahwin, dia ‘buta ayam’ tetapi beberapa bulan selepas itu terus tidak nampak,” katanya.

Azizah berkata, Mek Long dan suami mendapat bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM200 seorang bagi menampung kehidupan mereka.

“Sejak sakit, saya bimbang terjadi apa-apa kepadanya dan sentiasa berdoa semoga Allah melindunginya dan suami,” katanya.

Thursday, December 29, 2011

MALAYSIA - BUKAN SAHAJA LUBOK DADAH TETAPI JUGA LUBOK AWANG HITAM MEMUSNAHKAN WANITA2 TEMPATAN


dicedok dari blog saudara Mazidul 


KEHIDUPAN PENIPU DI MALAYSIA DAN NIGERIA (Gambar Eksklusif!)

Ex-Nigerian boxing champ killed in UK
Nigerian kills self for failure to cram Koran
Nigerian chief murdered in UK, 3 held
Nigerian kills wife in Maryland, US
Nigerian corpse found floating in Belize sea
Nigerian in court for murder of Irish woman
Nigerian wife killer gets life in U.S. 
Nigerian taxi driver slain in Chicago, U.S. 
Nigerian 'wife murderer' charged in UK
Ex-Vegas official murders Nigerian boxer
Vincent Ekeoba Moses
Nigerian Student Missing in the U.S. 
Nigerian shot in the US, in grave condition
Nigerian kills boyfriend, convicted in US
Nigerian murdered in Uk, man charged
Nigerian Businessman Murdered in the US
SA Warders accused in death of Nigerian prisoner
Nigerian merchant murdered in US
Nigerian student dead in the US
Nigerian executed by his BMW in S. Africa
Unclaimed Nigerian corpse in India 

Semua maklumat di atas dipetik dari sini.

Berdasarkan informasi di atas sahaja, kita tahu, warga Nigeria berada di UK, US dan India  Di Malaysia? Mereka bertaburan di pelbagai lokasi.

"YouI hendak buat apa sekarang ini?"

Itu soalan dilontarkan oleh kenalan wanita, berusia 26 tahun, Zuma (bukan nama sebenar) menghubungi saya kira-kira pada jam 7.14 malam semalam. Ketika itu dia bersama rakannya sedang membeli-belah di Suria KLCC, Kuala Lumpur.

"Kenapa?," soal saya tenang.

"Ada pak hitam tengah ikut kita orang," katanya cemas.

"Berjalan ke tempat orang ramai atau dapatkan bantuan security guards," nasihat saya.

Untuk mendapatkan berita lebih tepat, awal malam tadi saya dan kru 666, Razali Harun menemui Zuma di Restoran Bestari Maju, di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

"dengan my friend di I-Setan. hendak membeli baju pejabat manakala kawan pula bercadang mahu membeli baju untuk berjalan-jalan. Tiba-tiba kami terlihat kelibat lelaki pak hitam berdiri dekat di belakang," jelasnya.

"Apa dia cakap?," soal saya.

"Dia bertanya, do you want me to buy that for you? Dan pada masa sama dia berulang kali meminta nombor telefon bimbit kami. Pak hitam itu mengekori kami lebih kurang 15 minit," ujar Zuma.

Saya terus mendengar luahannya biar pun dia bercakap agak laju.

"Terfikir selepas kejadian itu, nasib baik kami ada duit dan kerjaya. I cakap dengan kawan, baju engkau beli RM200. Bayangkan kalau pak hitam itu mendekati wanita kurang berkemampuan, mungkin duit tidak berapa ada, tersilap langkah, berkebarangkalian boleh tergoda dengan tawaran dia," katanya.

Saya percaya warga Afrika itu mencari sasaran secara rawak. Justeru, timbul persoalan, apakah tujuan sebenar dia sehingga sanggup membelikan barangan untuk wanita tidak dikenali?

"Bro, KLCC itu tempat orang berduit membeli-belah. Dia tahu, majoriti pelanggan di situ bukan calang-calang orang," celah Razali.

Melalui pengalaman saya, warga Afrika, terutama dari Nigeria sememangnya mencari wanita Malaysia bekerjaya dan mempunyai wang. Sebaik berpeluang berkenalan, janji manis ditaburkan oleh mereka sehingga mampu membuatkan sebilangan wanita tempatan 'cair', terkeliru lalu terpedaya.

Konsep penipu warga Nigeria mudah, laburkan sedikit wang asalkan mereka berupaya meraih keuntungan berlipat-ganda kemudiannya.

"Saya sudah lama tidak ke KLCC, ramai sangat ke pak hitam di sana?," soal saya.

"Ramai," balas Zuma ringkas.

Saya telah berulang kali menulis berhubung kelompok wanita berperawakan dan berperangai bak lelaki, 'pengkid', sebelum ini. Maka saya dapat melihat persamaan dari aspek daya godaan mereka berbanding godaan pak hitam.

"Pengkid memahami sebab dia pun perempuan. Contohnya, kalau kata, sayang! Jom pergishopping, dia terus bawa dan belikan apa I nak. Bukan macam sebilangan lelaki, kedekut. Pengkidcouple I, umur dia 43 tahun, peniaga buah-buahan, dia ada duit. Bagi dia, duit dia spend untuk I, semua tu tak ada apa. Tetapi dia ni jenis cemburu, sampai tak bagi I kerja sangat sebab itu sekarangI jadi part time beautician" 

Itu kenyataan Iza sewaktu saya temubual pada September 2010.

Pembaca berusia LEBIH 18 tahun, dipersilakan membaca luahan hati Iza di entri Pengakuan Janda Pengkid.

Sebilangan warga Nigeria juga didapati mampu mempersonakan wanita tempatan biar pun mereka lelaki, BUKAN perempuan ingin kelihatan lebih lelaki berbanding lelaki sebenar.

Pembaca setia blog ini mungkin masih mengingati nama 'Fana' dan kisah dikongsikannya. Jika tidak, klik di sini. Wanita berusia 24 tahun itu sebelum ini tinggal sebumbung bersama kekasih warga Nigeria berusia 30 tahun di Puchong, Selangor. 

Sejak operasi dijalankan pasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Bukit Aman semalam, klik di sini, warga Nigeria mengakui mencintai Fana sepenuh hati, dilapor menghilangkan diri.

"Bukan saya sahaja terperangkap dengan lelaki Nigeria. Saya kenal wanita berasal dari Sabah, kini tinggal dengan lelaki warga sama dan telah mempunyai anak lelaki tanpa berkahwin. Dia memang selalu kena pukul dengan teman lelaki dia," ujar Fana.


Anak kecil itu dianggarkan berusia 2 tahun.

"Teman lelaki dia juga terbabit dalam kegiatan menipu menggunakan internet. Sekarang wanita itu terbabit sama malah turut melatih adik-beradik dia sekali," jelas Fana.

Lihat gambar lelaki dimaksudkan di bawah.


Hebat!


Dia datang ke negara ini hanya berbekalkan tubuh tegap dan visa pelajar, kini menetap selesa di kondominium mewah bersama wanita putih gebu diserikan dengan cahaya mata tanpa status kewarganegaraan.

Bagaimana pun nasib anak mereka itu tentunya lebih baik berbanding nasib kanak-kanak di Nigeria. Untuk rekod, gambar di bawah tidak diceduk dari Google.


Manakala gambar di bawah menunjukkan kemewahan kehidupan mereka di Nigeria setelah berjaya memperdayakan ramai mangsa pelbagai bangsa di Malaysia.


Saya percaya di dalam gambar di atas, kekasih Fana, berdiri dua dari kanan. Lelaki dilaporkan bekerja sepenuh masa sebagai penipu di negara kita itu kelihatan bergaya sewaktu bergambar di Nigeria.

Berikut gambar lelaki sama dipercayai berada di rumah keluarganya di benua Afrika.


Di Malaysia dia tinggal di kondominium mewah dan menjalankan kegiatan penipuannya bersama rakan bersekongkol.


Mereka juga menggunakan ruang dan peluang bermastautin di Malaysia untuk bergembira.


... dan menyokong pasukan Chealsea di stadium.


"Dua kali teman lelaki saya dan ramai kawan dia mengumpulkan duit, membeli makanan kering seperti beras, biskut dan perisa minuman. Meraka kemudian menyumbangkan barangan terbabit kepada dua rumah anak yatim," terang Fana. 

Berikut gambar dirakamkan pada 6 Jun 2009 sebagai bukti kepada dakwaan itu.


"Tujuan menghulurkan sumbangan supaya mereka tidak kelihatan jahat pada pandangan mata masyarakat. Bayangkan, mereka tidak bekerja selain duduk di rumah hampir 24 jam sehari, meraih wang lumayan melalui hasil penipuan internet," jelas Fana.

Selagi bernyawa, saya berazam tidak akan berhenti berkongsi maklumat sekaligus membongkar kegiatan haram sebilangan warga Nigeria di Malaysia untuk tatapan pembaca dihormati.

Sebelum ini, barangkali kegiatan warga Nigeria tidak begitu didedahkan kerana ramai mangsa dibuai dek mimpi indah.

Kini berdasarkan maklumat disalurkan oleh sebilangan mangsa, kita semua mengetahui kisah kehidupan mereka di Nigeria dan Malaysia.

Rakyat Malaysia tidak dilatih untuk membenci kerana mereka berkulit hitam tetapi majoriti rakyat sudah berasa terlalu muak berikutan pembabitan warga NIGERIA dalam kegiatan penipuan bak tidak berkesudahan.

Sekali lagi saya memohon jasa baik pembaca blog dan rakan Facebook untuk menyebarkan intipati entri ini demi untuk menyedarkan lebih ramai wanita kita agar tidak terperangkap dengan tipu daya penjenayah Nigeria merempat di negara kita cintai ini.

Wednesday, December 7, 2011

Masing2 nak lepas tangan...masalah takkan selesai sampai bila2 kalau begini caranya...

IPTS perlu bertanggungjawab


MOHAMED Khaled Nordin bersama wakil-wakil industri di Kementerian Pengajian Tinggi selepas merasmikan Program Latihan Graduan Industri Tinggi di Putrajaya, semalam.



PUTRAJAYA 6 Dis. - Kementerian Pengajian Tinggi memberi amaran kepada institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) supaya bertanggungjawab terhadap setiap pelajar asing yang menuntut di institusi masing-masing.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ketika ini banyak masalah ditimbulkan pelajar terbabit dan IPTS perlu memainkan peranan dalam membendung gejala yang tidak sihat di kalangan mereka.

Menurutnya, setiap masalah yang timbul boleh dielakkan jika IPTS terbabit memberi taklimat khas kepada pelajar asing bagi memastikan mereka tidak melanggar undang-undang negara.
Pada masa sama, tegasnya, IPTS mesti memastikan segala dokumen membabitkan pelajar terbabit sah di sisi undang-undang sebelum menerima mereka belajar di institusi masing-masing.
"Sebagai institusi yang dibenarkan untuk mengambil pelajar warga asing, IPTS perlu bertanggungjawab untuk melihat segala dokumen mereka termasuk visa dan dokumen-dokumen lain.

"Dari segi visa, IPTS perlu tahu bila tarikhnya akan tamat dan menasihatkan pelajar berkenaan memperbaharui visa bagi mengelakkan timbul masalah berbangkit," katanya selepas merasmikan Program Latihan Graduan Industri Tinggi (HEIGIP) di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan Jabatan Imigresen menahan beberapa pelajar asing baru-baru ini kerana melanggar undang-undang negara termasuk visa yang tamat tempoh dan tidak memiliki dokumen perjalanan sah masuk ke negara ini.

Pada 22 November lalu pula, polis yang menahan 75 warga Afrika kerana disyaki terlibat dengan penipuan dalam talian mengesahkan kesemua mereka adalah pelajar kolej swasta.

Menurut Mohamed Khaled, IPTS yang gagal mengawal pelajar asing di institusi masing-masing boleh ditarik balik kebenaran untuk mengambil pelajar antarabangsa.

"Bagaimanapun kita tidak mengambil tindakan drastik tersebut demi untuk melihat mereka lebih bertanggungjawab dalam membendung masalah yang ditimbulkan pelajar asing," katanya.

Monday, December 5, 2011

Kita dan nombor....

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9
 
no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

-no.3

Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.
no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.
 
no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.
no.7
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.
no.8
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.
 
no.9
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.
 
Komen:  Adik dan baby boleh get along ngan daddy....mami takleh kawan ngan sesaper pun dalam kelompok itu..haish...kakak boleh ngam ngan baby ....

Thursday, November 24, 2011

Marina Mahathir : Sila Jawab....

Gerakan seksualiti merdeka wajib ditolak - Dr. M

KUALA LUMPUR 23 Nov. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, gerakan seksualiti merdeka atau amalan seks bebas wajib ditolak kerana ia bukan sahaja berdosa malah boleh meruntuhkan struktur masyarakat negara ini.

Beliau berkata, meskipun setiap tegahan dalam agama tidak dinyatakan sebabnya tetapi penyakit HIV/AIDS telah mula dikesan di kalangan pengamal seks songsang di California, Amerika Syarikat (AS) dan sehingga kini tiada ubat yang boleh menyembuhkan penyakit tersebut.

Seperkara lagi kata beliau, manusia yang bertamadun tidak akan menurut nafsu semata-mata namun budaya Barat pada masa ini menggalakkan manusia mengikut nafsu.

''Bagi mereka kebebasan bermakna apa sahaja yang didorong oleh nafsu tidak boleh ditegah oleh agama atau undang-undang manusia.

''Sebenarnya sifat ini adalah sifat haiwan. Manusia memiliki akal fikiran. Orang yang bertamadun menggunakan akal fikiran untuk menghalang diri daripada terikut-ikut dengan kehendak nafsu. Nafsu perlu dibendung kerana tamadun yang utamakan nafsu akan runtuh akhirnya," katanya dalam blog http://chedet.cc/blog, baru-baru ini.

Awal bulan ini, negara telah digemparkan dengan penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 bertujuan menuntut hak kesaksamaan gender serta mengiktiraf pengamal seks songsang seperti gay, lesbian, biseksual dan transeksual untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka.

Bagaimanapun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak mengharamkan penganjuran Seksualiti Merdeka yang bermula pada 1 hingga 13 November kerana bertentangan dengan Islam dan moral kemanusiaan.

Dr. Mahathir berkata, selain menghalalkan seks songsang masyarakat Barat juga mengiktiraf perkahwinan sejenis iaitu antara lelaki dengan lelaki mahupun wanita dengan wanita.

''Akhirnya perlakuan seks dibebaskan di Barat sehingga mereka menerima apa sahaja yang dilakukan oleh masyarakat sebagai hak seseorang manusia. Anak perempuan dan anak lelaki belasan tahun pun boleh tidur dengan sesiapa sahaja, melakukan apa jenis seks sesuka hati mereka. Tidak ada lagi anak dara atau teruna semasa berkahwin.

''Sebenarnya kita sedang melihat keruntuhan akhlak dalam masyarakat Barat. Sementara agama mereka melarang seks songsang, paderi mereka secara terbuka mengamalkan seks songsang. Mereka ditugaskan untuk mengahwini sepasang lelaki dan perempuan. Apakah maknanya apabila mereka menasihati pasangan itu supaya setia kepada masing-masing?'' katanya.

Sesungguhnya, beliau berkata, institusi perkahwinan dan kekeluargaan sudah luput dalam masyarakat Barat dan akibatnya ramai di kalangan mereka tidak tahu siapa bapa masing-masing.

''Kemungkinan besar akan berlaku perkahwinan atau hubungan seks antara adik dengan abang, kakak dengan adik, bapa dengan anak, anak dengan ibu. 

''Mereka yang taksub dengan kebebasan akan berkata apa salahnya jika ini berlaku. Percayalah, masyarakat selepas ini akan dipenuhi dengan manusia yang cacat tubuh-badan, cacat akal fikiran dan besar kemungkinan aneka jenis penyakit baru akan menyerang masyarakat itu," katanya lagi.

Dalam blognya Dr. Mahathir turut mempersoalkan kewajaran masyarakat negara ini menerima segala-galanya yang dilakukan di Barat memandangkan budaya serta nilai hidup mereka telah runtuh disebabkan ketaksuban terhadap kebebasan.

Komen:  Amacam Marina?  Silalah beri komen dan jawab apa yang ayahnda anda katakan ini...selama ini Tun M hanya mendiamkan diri...as a parent of three girls... i can feel apa yang Tun rasa...kecewa, hiba, terhina dsbnya dgn anak sulongnya ini...moga Allah memberikan kekuatan utk Tun M dan Tun H...moga sentiasa sihat dan ceria...we/Malaysia need u still..so please stay strong...