Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, July 18, 2011

DEMO BERSIH YANG MENDAPAT MANDAT MBSA : SYABAS MBSA

Kubur semak menyeramkan..

Oleh Ahmad Isyafiq Mad Desa
am@hmetro.com.my

pix_middle

Malangnya belum ada pengikut lagi yang sukarela nak memBERSIHkan kawasan ini...perlukan Dana Asing jugakkah?


MENYEDIHKAN...Rohani menunjukkan keadaan kubur yang dilitupi semak-samun.
MENYEDIHKAN...Rohani menunjukkan keadaan kubur yang dilitupi semak-samun. 
 
 
SHAH ALAM: Seram, terkejut, sedih dan sayu bercampur baur apabila melihat keadaan tanah perkuburan Islam Kampung Padang Jawa, berhampiran bangunan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor di sini, yang ‘subur’ ditumbuhi tumbuhan hijau dan semak-samun sehingga menyakitkan mata memandang.

Selepas menerima panggilan dari seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Rahmat, dia kemudian membawa wartawan Metroplus ke lokasi itu bersama seorang lagi wanita, Rohani Ishak, 25.

Aduan yang dibuat ialah mengenai keadaan tanah perkuburan itu yang semak dan tidak terjaga.

Rohani bukanlah berasal dari kampung itu, tetapi dia tersesat melalui lorong ke tanah perkuburan itu apabila hendak ke JPJ untuk menjalankan urusan.

“Pada Jumaat minggu lalu, saya mempunyai urusan di JPJ Selangor. Dari jauh saya terlihat papan tanda menghala ke JPJ dan terus masuk ke lorong itu.

“Namun, saya agak pelik kerana keadaan jalan yang sempit dan tidak menemui pintu masuk ke JPJ dan yakin saya sudah tersilap lorong saya mengambil keputusan untuk berpatah balik.

“Ketika itu, saya melihat keadaan tanah perkuburan Islam yang sangat menyedihkan di situ,” katanya.

Rohani dengan nada kesal berkata, Islam yang dikenali sebagai agama suci dan bersih tetapi ia tidak bertepatan dengan keadaan tanah perkuburan itu.

“Saya terpanggil untuk membuat aduan kerana memikirkan suatu hari nanti saya juga akan ke alam barzakh, mengapa kediaman (kubur) abadi ini tidak dijaga dan diselenggara?” katanya.

Tinjauan mendapati kebanyakan kubur di kawasan itu masih baru tetapi oleh kerana tiada usaha penjagaan sewajarnya menyebabkan ia semak dan tumbuhan liar tumbuh di kawasan sekitar kubur itu.

Hasil pemerhatian juga mendapati di sebalik semak-samun itu, terdapat kubur lama dan batu nisan yang hampir terbenam dikhuatiri membawa kecederaan kepada sesiapa yang menziarahi kawasan kubur.

Lokasi tanah perkuburan kelihatan seram akibat terlalu semak malah dikhuatiri kerana keadaan semak itu diambil peluang pihak bertanggungjawab termasuk tempat penagih gam atau ganja menjalankan aktiviti mereka di kawasan tanah perkuburan itu.

Lebih menyedihkan terdapat kubur lama yang dihimpit kubur baru sehingga wartawan, Rahmat dan Rohani terpaksa melangkah setiap kubur lama di tanah perkuburan itu ketika melakukan tinjauan.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, tanah perkuburan itu terletak di bawah seliaan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Padang Jawa.

“Pihak MBSA bersedia untuk memberikan bantuan perkhidmatan seperti lori dan tong sampah sekiranya penduduk Padang Jawa ingin menjalankan gotong-royong dan pembersihan di kawasan itu,” katanya ketika dihubungi.

Komen:  Bayaran tunai akan dimasukkan ke dalam buku akaun di sebelah kanan bahu anda....rebutlah peluang keemasan ini...

Friday, July 15, 2011

SEDIH TAHAP SYAHDU......

Dari surat pembaca, Berita Harian Online, 2011/07/15

ADA dua isu yang menarik perhatian masyarakat Islam di negara ini. Pertama, apabila ayat al-Quran dan hadis dieksploitasikan oleh pemimpin bukan Muslim dalam usaha memperluaskan pengaruh dan kedua, apabila pemimpin bukan Muslim yang pernah mengetuai Inter Religous Council (IRC/IFC) dan kini mengetuai gerakan pembangkang yang dibelakangnya majoriti Muslim.

Isu yang diberi perhatian serius adalah isu penggunaan ayat al-Quran dan hadis yang disalah guna kalangan bukan Muslim. Saya percaya umat Islam di negara ini amat kecewa apabila pemimpin pembangkang, daripada kalangan bukan Muslim berani bertindak jauh melampaui batas apabila mengheret agama bagi tujuan menagih sokongan dalam pasaran politik di negara ini.

Kita percaya bahawa strategi yang diguna pakai oleh kumpulan ini berasaskan satu matlamat iaitu menarik sokongan Melayu melalui kaedah pendekatan ‘memukau’ mereka dari segi agama. 

Kalangan bukan Muslim ini mula memetik hadis Rasulullah SAW dalam penghujahan politik yang kononnya untuk memberi gambaran kepada umum bahawa mereka memahami Islam. Bahkan ada kalangan mereka berselindung di sebalik ‘pakatan bersama’ ini menggunakan ayat suci al-Quran sebagai bahan gimik bertujuan menarik perhatian Melayu.

Kita bimbang kalau budaya ini tidak dibendung nescaya dalam jangka masa panjang ummah akan mengalami kesan tidak dijangkakan. Amalan memetik hadis dan membaca ayat al-Quran menjadi budaya baru kepada ahli politik bukan Muslim ini tanpa kawalan bagi menghalangnya yang patut disegerakan.

Jangan sampai pesanan orang tua kita dulu ‘sudah terhantuk baru terngadah’ menjadi kenyataan.

Sepatutnya kita bersedia melakukan sesuatu sebelum terlambat seperti yang digariskan agama. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan apabila kamu melihat orang memperolokkan ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka membicarakan pembicaraan lain. Dan jika syaitan menjadikan kamu lupa (akan larangan ini), maka janganlah kamu duduk bersama orang zalim itu sesudah teringat (akan larangan itu). – (Surah al-An’am, ayat 68).

Sikap golongan tertentu yang berani mengambil risiko jangka panjang dengan memberi peluang kepada mereka atas ‘semangat persahabatan setia’ amat dikesalkan oleh masyarakat Islam.

AMRAN ZAKARIA,
Seremban.


Komen:   Masalahnya org Islam dari parti PAS itu sendiri yang menyediakan hadis tersebut untuk dibaca oleh si kapir laknat ni...dah dikira bersubahat...semata-mata kerana kepentingan politik...adakalanya mereka melaungkan Allahu Akbar kepada kapir2 ni..apa rasionalnya? adakah mata hati dan akal mereka telah dibutakan oleh Allah? Nauzubillah....bila mereka2 ini akan sedar bahawa agama suci kita sedang dipermain2kan sesuka hati?  Sedangkan kapir yang sama ini hendak menggunakan nama Allah untuk agama mereka...Allah itu untuk Islam sahaja...ish..boleh naik darah kalau bercakap hal dungu2 nih...org PAS yang kononnya terer hal2 agama..boleh terjebak dengan benda ni? ataupun dorang ni hanya bertopengkan agama semata2 untuk menarik simpati penyokong pengundi sahaja? 

Tahniah Mak Wa aka Ucu - Impianmu diMakbulkan Allah Swt....Alhamdulillah...

Seramai 41,267 calon ditawarkan tempat di IPTA
Berita Harian Online (Berita Terkini) 2011/07/15

PUTRAJAYA: Seramai 41,267 calon ditawarkan tempat untuk mengikuti Program Ijazah Pertama bagi sesi akademik 2011/2012 di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), kata Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Prof Dr Rujhan Mustafa.

Beliau berkata, jumlah calon yang berjaya mendapat tempat ke IPTA itu adalah daripada 64,703 calon yang memohon dan daripada 53,216 calon yang layak iaitu peningkatan sebanyak 1.9 peratus berbanding sesi akademik 2010/2011 sebanyak 40,506 calon. 

Katanya, seperti tahun sebelumnya, bilangan pelajar perempuan mengatasi bilangan pelajar lelaki, di mana 27,001 calon perempuan iaitu 65.4 peratus berjaya mendapat tempat di IPTA, berbanding 14,266 atau 34.6 peratus pelajar lelaki. 

"Dari segi calon yang ditawarkan tempat mengikut kaum, seramai 29,838 daripada 39,998 calon atau 74.6 peratus adalah Bumiputera, 9,457 daripada 10,677 calon atau 88.6 peratus adalah Cina, 1,511 daripada 1,813 calon atau 83.3 peratus India dan 461 daripada 728 calon atau 63.3 peratus dari kaum-kaum lain.

"Dasar pengambilan dan pemilihan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Matrikulasi/Setaraf (Ijazah Pertama) adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulam untuk menentukan nilai merit seseorang calon," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Dr Rujhan berkata, daripada 41,267 calon yang berjaya, seramai 21, 954 (53.2 peratus) adalah calon aliran Sains dan 19,313 (46.8 peratus) adalah calon aliran Sastera.

Katanya, sebanyak 6,294 calon cemerlang ditawarkan untuk mengikuti lapan kursus kompetitif iaitu Perubatan seramai 983 calon (Melayu-581, Cina- 339, India-50 dan kaum-kaum lain-13), Pergigian sebanyak 174 calon (Melayu-91, Cina-77, India-4, kaum-kaum lain-2), Farmasi sebanyak 283 calon (Melayu-151, Cina-125, India-7), Kejuruteraan Kimia sebanyak 919 calon (Melayu-648, Cina-217, India-45, kaum-kaum lain-9).

Kejuruteraan Elektrik & Elektronik sebanyak 1,163 calon (Melayu-923, Cina- 209, India-18, kaum-kaum lain-13), Kejuruteraan Mekanikal sebanyak 1,601 calon (Melayu-1,251, Cina-311, India-20, kaum-kaum lain-19), Undang-undang sebanyak 367 calon (Melayu-221, Cina-105, India-37, kaum-kaum lain- 4) dan Perakaunan sebanyak 804 calon (Melayu-509, Cina-269, India-18, kaum-kaum lain- 8).

Sementara itu, Dr Rujhan berkata, seramai 38 Orang Asli, 49 Orang Kelainan Upaya (OKU) dan 990 atlet negeri dan negara turut ditawarkan tempat di IPTA selaras dengan hasrat kerajaan melahirkan graduan holistik yang mampu merealisasikan agenda dan wawasan negara.

Beliau berkata, 3,018 calon cemerlang yang mempunyai Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0, sudahpun ditempatkan di 20 IPTA, iaitu seramai 2,045 calon di 19 IPTA manakala bakinya di Universiti Sains Malaysia (USM) yang merupakan universiti APEX.

Dr Ruhjan berkata, calon boleh menyemak keputusan tawaran ke IPTA mulai 12 tengah hari ini dan IPTA akan mengeluarkan surat tawaran secara rasmi mulai esok (16 Julai).

Semakan boleh dibuat melalui laman web http:upu.mohe.gov.my, http://www.mohe.gov.my, http://ipt.uum.edu.my dan http://www.ipt.utm.my atau di talian hotline 03-8883 5858,Helpline 03-8883 5848 dan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS); UPU RESULT (no KP) dan SMS ke 15888.

Katanya, semua calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari iaitu pada atau sebelum 22 Julai.

Calon yang gagal menerima sebarang tawaran boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh 10 hari selepas keputusan rasmi diumumkan melalui e-rayuan di laman web http://upu.mohe.gov.my.

Tarikh tutup permohonan e-rayuan ialah pada 24 Julai.

Dr Rujhan berkata, tarikh pendaftaran pelajar baru ke IPTA ialah pada minggu pertama September. - BERNAMA 
Komen:  Cina2 jgn nak merungut lagi ya...ramai kaum ko dapat masuk universiti kat malaysia yang konon nak direformasikan dan didemokrasikan ni...buat Mak Wa...belajar rajin2 ya..it's for your future...kau senang kaklong tumpang suka ajer..xlebih dari itu..

Panglima Perang Cyber: Pak Cik Sogo Dah Ada Fan Page !!!

Apabila seorang warga emas yang berakal fikiran bersuara...cuba pejam mata dan dengarkan sahaja apa yg atuk ni nak kata...kalah org yang ada doctorate berckp...untuk berita sepenuhnya sila click:

Panglima Perang Cyber: Pak Cik Sogo Dah Ada Fan Page !!!: "Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012...."

Wednesday, July 13, 2011

Mudahnya Pas lempar hukum


Pihak berkuasa berkawal di hadapan Menara Maybank dan Hentian Puduraya, Kuala Lumpur bagi menyuraikan perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai lalu.


TIDAK keterlaluan jika dikatakan beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh barisan kepimpinan Pas berhubung perhimpunan haram Bersih 2.0 sungguh memalukan kerana tahap keilmuan mereka bukan digunakan membawa kesejahteraan umat tetapi hanya satu tujuan iaitu politik.

Lihat sahaja kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, mereka secara terang-terangan mengaitkan perhimpunan haram Bersih itu sebagai satu tuntutan Islam atas nama ibadah dan perjuangan.

Malah dalam satu kenyataan Nik Abdul Aziz, beliau yang dianggap ulama paling hebat dalam Pas dengan sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum zalim terhadap mereka yang menghalang perhimpunan itu dan perlu bersedia menerima pembalasan ketika berhadapan dengan Allah kelak.

Bukan itu sahaja Nik Abdul Aziz menganggap para peserta perhimpunan haram itu ‘berjemaah dalam melakukan ibadat’ walaupun beliau sememangnya sedar bahawa himpunan seperti itu akan membawa lebih kemudaratan daripada kebaikan.

Dewan Ulama Pas melalui ketuanya, Harun juga tidak ketinggalan mengucapkan syabas dan tahniah terhadap mereka yang menyertai perhimpunan itu dengan menyifatkan mereka sebagai wira negara.

Begitulah pengiktirafan diberikan oleh ulama-ulama Pas dan pemimpinnya kepada mereka yang menyertai perhimpunan haram Bersih 2.0, Sabtu lalu.

Persoalannya paling besar, adakah Islam membenarkan sebarang perbuatan yang boleh menjejaskan keamanan dan kesejahteraan?

Adakah Rasulullah (SAW) memerintahkan umatnya melakukan perbuatan yang boleh memberi kemudaratan kepada agama?

Jawapannya sudah tentu tidak. Dalam isu ini mustahil Nik Abdul Aziz atau Harun Taib tidak tahu hukum menjaga keamanan negara dalam Islam.

Adakah mereka sengaja menyembunyikan ilmu yang telah dianugerahkan oleh Allah agar Islam dilihat membenarkan perhimpunan haram itu diadakan?

Niat mereka hanya Allah sahaja yang mengetahui dan jika itulah nawaitu mereka, terimalah balasan setimpal daripada Allah SWT.

Yang pasti, mereka tidak boleh berbohong dengan Allah. Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Mendengar dan Allah Maha Melihat.

Satu lagi persoalan adakah Malaysia ini boleh dikategorikan sebagai sebuah negara yang zalim hingga menyebabkan rakyatnya tertindas dan hidup menderita?

Bagi mereka yang rasional dan berfikiran waras jawapannya sungguh mudah, sudah tentu tidak.

Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 112 : Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberi satu misalan: Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat tetapi penduduknya kufurkan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan disebabkan apa yang mereka telah lakukan.

Tidak keterlaluan jika dikatakan mereka sebenarnya menggunakan agama hanya berlandaskan nafsu dan bukannya berasaskan hati yang tulus walaupun golongan itu terdiri daripada mereka digelar ulama.

Mereka hanya mahu satu iaitu kuasa. Kuasa untuk memerintah Malaysia. Kuasa untuk menawan Putrajaya.

Oleh itu tidak hairanlah mereka sanggup bersekongkol dengan puak-puak yang sebelum ini terang-terangan menentang Islam demi mengejar kuasa tidak kira parti atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Mereka sanggup bersekongkol dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang pendokong gerakan pluralisme di negara ini iaitu satu fahaman yang jelas bertentangan dengan akidah Islam.

Siapa tidak kenal Karpal Singh, siapa tidak kenal Datuk S. Ambiga serta beberapa tokoh yang mendokong fahaman liberal Islam di dalam gabungan Bersih.

Bukankah golongan ini kuat menentang Islam dan menyokong murtad? Bukankah murtad merupakan satu kesalahan paling besar di dalam Islam?

Begitu juga kecaman melampau mereka terhadap polis sehingga pasukan itu dilihat sebagai musuh yang perlu dihapuskan.

Tidak terfikirkah ulama-ulama Pas ini, kira-kira 90 peratus pegawai dan anggota polis adalah di kalangan orang Islam.

Mereka bersaksikan tiada Tuhan melainkan Allah Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mereka bersolat, berpuasa, berzakat, menunaikan ibadat haji dan mereka menjalankan segala perintah yang diturunkan oleh Allah.

Sehubungan itu adakah wajar orang Islam menentang orang Islam lain hanya disebabkan terlalu setia dengan rakan mereka yang kafir dan seandainya berlaku kematian wajarkah si mati dikategorikan meninggal dalam keadaan baik?

Polis hanya menjalankan tugas bagi memastikan keamanan negara ini sentiasa terpelihara sekali gus menjamin kehidupan rakyat daripada diganggu oleh anasir-anasir jahat.

Mungkin ramai yang tidak tahu termasuk ulama-ulama Pas ini, sejak diumumkan perhimpunan haram itu oleh Ambiga, semua anggota polis di Kuala Lumpur dikehendaki berada di tempat bertugas masing-masing tanpa kira hari dan waktu.

Malah ada satu kisah seorang pegawai polis dan keraninya terpaksa membawa seorang anak anggota mereka yang sedang bertugas ke klinik untuk mendapatkan rawatan kerana demam.

Ini hanya satu contoh bagaimana para anggota polis terpaksa mengorbankan masa dengan keluarga walaupun anak mereka sakit disebabkan keangkuhan Bersih untuk meneruskan perhimpunan.

Itu belum dikira nasib para usahawan, peniaga kecil, pemandu teksi dan pengusaha pengangkutan awam yang mengalami kerugian sehingga dianggarkan mencecah RM100 juta pada hari perhimpunan diadakan.

Bukan itu sahaja mereka yang mengadakan majlis perkahwinan di sekitar ibu kota pada hari berkenaan turut terkena kesannya apabila ramai tetamu tidak dapat hadir. 

Sebenarnya, perbuatan mereka yang menganjurkan perhimpunan itu lebih zalim lagi.

Selain menimbulkan huru hara dan kekacauan sikap buruk mereka telah menyebabkan kerugian kepada banyak pihak. 

Mengulas isu tersebut Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, Ali Sarbini menegaskan Islam menegah sekeras-kerasnya umatnya menyertai sebarang aktiviti yang boleh mengundang kemudaratan.

“Kita harus menghargai apa yang kita ada sekarang ini iaitu nikmat keamanan dan rezeki melimpah ruah yang tidak terdapat di tempat lain. Oleh itu wajib ke atas kita menjaga keamanan walau siapa pun kita,” katanya.

Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah pula berkata, setiap perbuatan yang dikira sebagai ibadah hanya bergantung kepada niat yang ikhlas tanpa menyusahkan orang lain.

“Saya harap Pas mengeluarkan pandangan dari hati berlandaskan ilmu agama dan meletakkan kebenaran di atas kepentingan politik.

“Saya amat kecewa kerana saya fikir biarlah pandangan kita tidak terbawa-bawa dengan agenda politik tanpa memikirkan kepentingan rakyat,” katanya.

Komen:  Yang sebenarnya, PAS itu sendiri ditubuhkan untuk berpolitik...dengan sengaja menggunakan agama supaya orang jadi lebih hormat kepada PARTI ini.....kalau kita lihat semakin lama..semakin terpesong akidah mereka ini kerana dengan sewenang2nya menggunakan agama, menjatuhkan hukum, mengampunkan dosa manusia dengan Allah (dah macam pope pulak)...jika ianya berterusan..dikhuatiri anak-anak kita yang bakal jadi pemimpin di masa hadapan mempunyai akidah yang lemah....puak2 PAS ni bukan pikir masa depan pun...sebab syurga dah dibina untuk puak2 ni...dah confirm dah...yang menolak PAS akan ke neraka...pun dorang dah confirmkan...dimanakah didalam Al-Quran yang menyebut tentang perkara ini? kadang2 kesian juga dengan mereka ini kerana telah dibutakan akal dan hati...nauzubillah...

Tuesday, July 12, 2011

ISA ada lagi ke tak?

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

SELEPAS berlalunya demonstrasi haram Bersih yang mengakibatkan kesusahan kepada rakyat serta menjejaskan aktiviti ekonomi, kini kita tertunggu-tunggu apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan terhadap Datuk S. Ambiga yang menjadi dalang demonstrasi berkenaan.

Majoriti besar rakyat tidak merestui demonstrasi tersebut. Mereka berharap tindakan tegas diambil terhadap Ambiga sebagai mesej jelas bahawa demonstrasi haram tidak harus dijadikan budaya di negara ini. Sesiapa yang melakukannya mesti sedia menerima risiko diambil tindakan berteraskan undang-undang.

Sekalipun telah diberi nasihat Ambiga tetap meneruskan hasrat mengadakan demonstrasi haram. Ini membuktikan kedegilan beliau yang tidak langsung memikirkan akibat perbuatan tersebut kepada rakyat dan negara.

Sewajarnya tindakan keras diambil ke atasnya kerana jika tidak, Ambiga seolah-olah menjadi hero kepada perbuatan tidak direstui sedangkan apa yang dilakukannya menjurus kepada kehancuran negara.

Pelbagai seruan lantang telah pun kedengaran daripada rakyat, umpamanya desakan agar gelaran yang diberikan kepada Ambiga ditarik balik. Sememangnya gelaran hanya sepatutnya diberikan kepada mereka yang benar-benar sayangkan negara dan mematuhi kedaulatan undang-undang.

Selain itu rakyat juga mahu tindakan lain dikenakan kepada Ambiga agar menjadi pengajaran kepadanya serta mereka yang bersekongkol dengannya. Jangan berkompromi dengan mereka yang memudaratkan rakyat dan negara.

Awang – Sayang Malaysia

Komen:  Saya pun sayang Malaysia dan sayangkan bangsa saya.  Tapi nampaknya bangsa kita mudah mengikut emosi dan menerima ganjaran yang tak seberapa sehingga sanggup menggunakan agama serta menggadaikan maruah diri dan bangsa dengan berdemonstrasi di jalanraya.  Yang turun berdemonstrasi tu ketuanya adalah wakil rakyat di Parlimen..dorang tak boleh ke tuntut apa2 ketidak puasan hati mereka melalui saluran yang betul?  Tengok anwar berlakon sakit pun sakit hati...mampus terus lagi baik...si Ambiga tu bukannya tak tau...tapi diapun sebenarnya bukan berdemo untuk rakyat...dia berdemo untuk kepentingan sendiri...tapi ramai yg tak nampak...lg dikesalkan apabila anak perempuan mantan PM, turut sama2 berdemo..kemon lah...awak dulu membesar dibawah kuasa Tun M..aman damai...takder demo2 ni...jagalah sikit nama baik ayahnda awak tu... kalau kasih dan cintakan ayahnda...hormatilah dia...ini dia idup lagi awak dh tunjuk perangai yang sebegitu? apa yang awak tak dapat? apa yang awak juangkan?

Sepandai-pandai tupai melompat

Guna GPS jejak suami curang

BH Online, 2011/07/12

NEW JERSEY: Sebuah Mahkamah New Jersey memberi kebenaran kepada seorang wanita menggunakan alat Sistem Pengesanan Global (GPS) untuk menjejaki suaminya yang curang.

Akhbar Korean Herald melaporkan wanita berkenaan mengupah penyiasat persendirian mengekori suaminya untuk mengetahui sama ada beliau mempunyai hubungan sulit. 

Bagaimanapun apabila suaminya, Kenneth Villanova, sering berjaya mengelakkan diri daripada diekori penyiasat, beliau disuruh untuk meletakkan alat pengesan itu di kenderaan suaminya, kata Forbes yang memetik laporan tempatan. 

Dua minggu selepas pemasangan alat berkenaan, kereta Villanova didapati berada di tepi lebuh raya dengan wanita lain di dalam kereta itu. – Agensi 
 
Komen:  Kantoiii!!!!

Wednesday, July 6, 2011

Ibarat memiliki nafsu besar tetapi tenaga kurang

Browse Utusan online, terjumpa pulak artikel ni..menarik untuk dikongsi bersama.  Oleh kerana saya pernah menggunakan komuter untuk berulang alik dari rumah ke pejabat vice versa, saya merasa terpanggil pulak untuk memberikan komen.

Komuter lambat atau tiada train pada waktu ditetapkan adalah perkara biasa dengan KTM.  Kadang2 tu 2-3 waktu train takder...terpaksalah menunggu dan penumpang semakin ramai...orang Malaysia pulak sivic minded kurang...berebut2 mengejar pintu train..itu tak masuk bab bulan puasa lagi...mmg haru dibuatnya...pernah lepaskan 2-3 train sebab tak sanggup nak bersesak2... kalau hujan? dah tentu komuter bermasalah... jadi bila pemimpin melaung2kan akan menjadikan malaysia sebuah negara maju sama sperti Jepun dan Eropah...dalam hati saya...tolonglah sikit...komuter yang terhegeh2 tupun tak dapat nak diupgradekan..ini pulak dah melaung2kan projek yang jauh lebih besar budgetnya .... apa kata upgrade dulu komuter tu... nampaknya kerajaan lebih kepada LRT, MRT, dsbnya...komuter ni dah jadi macam anak tiri pulak..kata nak kurangkan kereta masuk KL...kalau macam ni caranya...mmg ramai yang bwk keta sendiri ke pejabat..sedangkan stesen komuter depan rumah dan depan pejabat ajer...tapi kalau gap masa yang boleh dijimatkan adalah 2-3 jam satu hari...baik bawak kereta kan...

Silalah baca tulisan Selak ni....

ARKIB UTUSAN MALAYSIA : 02/05/2011,Oleh Hassan Mohd. Noor

 TAJUK Selak minggu ini tidak ada kena mengena dengan masalah moral atau politik tetapi berkaitan isu pengangkutan awam. Entah kali ke berapa tulisan mengenai isu ini dibangkitkan khususnya melibatkan perkhidmatan komuter. 

Tetapi untuk 2011, ini kali pertama. Itu pun disebabkan tidak banyak perubahan terhadap perkhidmatannya kecuali wajah stesen, koc wanita dan beberapa lagi yang di luar keperluan mendesak pengguna iaitu sesak di dalam koc. Memang ada perkembangan positif terhadap kereta api termasuk Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Kuala Lumpur-Ipoh-Kuala Lumpur dan laluan komuter lebih ‘panjang’.

Di utara, Tanjong Malim menjadi hentian terakhir manakala di selatan, tidak lama lagi hentian akhirnya di Sungai Gadut, Negeri Sembilan. Menjelang Ogos 2012, landasan kereta api elektrik itu akan siap hingga ke Gemas. Dari Sungai Gadut, penumpang boleh terus ke stesen Rembau, Pulau Sebang (Tampin), Batang Melaka dan Gemas. Kos projek sepanjang 98 kilometer ini dianggarkan RM3.45 bilion. Apabila siap, orang Gemas sama seperti orang Ipoh, boleh berulang alik bekerja di Kuala Lumpur. Orang ramai pastinya mengalu-ngalukan usaha Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ini. Tetapi janganlah seperti kata orang nafsu besar tenaga kurang. 

Maksudnya ketika KTMB ghairah meneroka perjalanan lebih jauh janganlah dilupakan perkhidmatan yang ada. Kata orang kalau merenung bintang di langit jangan lupa rumput di bumi. Tolong jenguk sama perkhidmatan komuter yang sering menjadi rungutan. Pengguna dah letih merungut. Kesesakan teruk di dalam koc masih berlaku.

Semalam dan kelmarin penulis berkesempatan mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Komuter jadi pilihan kerana PWTC boleh diakses dengan mudah melalui pengangkutan awam sama ada komuter atau transit aliran ringan (LRT).

Bermula di Bangi, tren sudah penuh, tidak ada tempat duduk. Bermakna berdirilah menempuh perjalanan lebih kurang 50 minit ke stesen Putra. Seperti dijangka, di setiap stesen yang bakal ditempuh kecuali Salak Selatan dan Seputeh, ramai penumpang menunggu iaitu di UKM, Kajang, Serdang, Bandar Tasek Selatan, Mid Valley, KL Sentral dan KL. 

Ketika melangkah masuk ke koc sekitar 3.35 petang, dialog ini kedengaran: ‘‘Panas...selalu i kena sesak macam ni’’. Itu rungutan seorang pelajar perempuan keturunan Cina sebuah kolej perubatan (berdasarkan pakaian seragam) kepada dua rakannya (sepatutnya mereka memasuki koc wanita yang sudah penuh). Memang panas apabila sistem pendingin hawa tidak berfungsi. Kata pelajar kolej itu lagi: ‘‘Nak jimat elektrik ni’’. 

Sebenarnya ini bukan soal jimat elektrik tetapi memang rosak. Penumpang terpaksa berkipas. Isu tidak ada air-conditioned atau tidak berfungsi bukanlah masalah baru. Maka dalam keadaan sesak yang teramat sangat, penumpang berpeluh. Ada satu ketika pemandu koc membuat pengumuman meminta penumpang yang panas berpindah ke koc lain. Tetapi apakah pilihannya jika koc lain juga sesak macam ikan sardin dalam tin? 

Turut menjadi rungutan ialah sistem tiket. Memang pelbagai inisiatif diambil untuk kemudahan penumpang. Mereka digalakkan menggunakan tiket mingguan, tiket dua hala atau Touch’nGo (TnG). Tetapi berapa ramai yang akan memilih kaedah ini? Lihat sahaja penggunaan TnG di tol. Ada yang memiliki kereta berjenama dan mahal tetapi ‘tidak mampu’ menyimpan TnG, sanggup beratur di plaza tol. Ini salah satu sikap orang kita yang masih belum berubah.

Rungutan mengenai tiket komuter pula termasuklah kaunter tutup (bukan di KL Sentral), mesin tiket rosak atau berfungsi tetapi hanya menerima jumlah tambang secukupnya. Maknanya kalau tiket RM4.10 maka janganlah masukkan RM1 ke lima untuk menambah 10 sen. Bagaimana jika penumpang tidak ada syiling 10 sen? Bersediakah naik komuter tanpa tiket dan jika dicekup dikenakan denda RM30? Satu kaedah yang boleh dipakai ialah jika stesen yang akan dilalui mempunyai tambang genap contohnya RM2, maka ambillah tiket pada harga itu dan pandailah menjawab jika ditanya pemeriksa tiket. Tiada niat menipu tetapi ini tindakan terbaik daripada terlepas komuter lebih-lebih lagi jika itu komuter terakhir! 

Petang kelmarin, di stesen Putra berhampiran PWTC, ramai yang terpaksa beratur panjang untuk membeli tiket di kaunter. Ada tiga mesin tetapi hanya dua berfungsi. Satu kaunter tambahan juga dibuka.
Sekitar pukul 9.10 malam pula, ketika mahu pulang, suasana sudah berubah. Kaunter tiket pun dah tutup. Daripada tiga mesin tiket, hanya satu yang berfungsi.

Dan ini dialog seorang penumpang lelaki keturunan India: ‘‘Belum pukul 10, kaunter dah tutup. inilah public transport kita. Menyusahkan orang’’

Beliau menambah: ‘‘Apa salahnya kalau dah tahu ada acara (pesta buku) bukalah kaunter, mudahkan orang. Inilah KTM’’.

Penulis hanya tersenyum kerana di tangan penulis dan anak-anak sudah tersedia TnG.

Tetapi bagaimana kalau mesin itu juga ada masalah penerimaan TnG? Pemegang TnG juga belum pasti selamat. Bukan setakat mesin tiket, pada waktu tertentu mesin penerima tiket untuk keluar masuk juga bermasalah. Tidak berfungsi! 

Pengalaman perit pengguna komuter sebenarnya tidak dirasai pemimpin politik atau peneraju perkhidmatan ini. Mungkin mereka pernah meninjau dan menaiki komuter tetapi jauh sekali merasai keadaan sebenarnya. Justeru ruangkan sedikit masa mendengar rungutan mereka. Kepada KTMB, tolonglah tengok isu-isu yang masih belum selesai.

l Pengumuman tren lewat, tidak mengikut jadual dan dibatalkan adalah amat menyakitkan. Akibatnya penumpang menunggu lebih lama dan jumlahnya meningkat dalam tempoh itu di setiap stesen. Sediakanlah tren khas untuk menyelamtkan keadaan ini.

l Tempoh menunggu 30 minit terlalu lama. Susun semula jadual pada waktu puncak – sebelah petang hingga ke malam. Begitu juga ketika berlangsung acara tertentu di lokasi berhampiran stesen komuter.

l Menambah jumlah koc dari tiga kepada enam untuk memberi keselesaan kepada penumpang lebih-lebih lagi satu koc hanya khusus untuk wanita.

l Sistem tiket yang sedang diperbaiki diharap lebih mudah dan cekap. Mungkin menggenapkan tambang dapat mengurangkan masalah wang kecil di mesin tiket. 

l Penyelenggaraan koc perlu diberi perhatian supaya tren tidak dianggap ‘uzur’ hanya disebabkan tidak ada pendingin hawa yang benar-benar ‘sejuk’. 

l Tunjukkan sikap mesra pelanggan. Ada ketikanya tren shuttle berlepas kosong dari stesen akhir hanya kerana tidak ada pengumuman.

Akhirnya pada kesempatan ini, Selak ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada pekerja-pekerja yang saban hari berulang-alik ke tempat kerja menggunakan komuter. Hari ini anda berehat tetapi esok bersedialah untuk ‘bertarung’ semula dengan sistem pengangkutan awam anda – komuter!

MPKK pertahan bahasa Inggeris

Penggunaan bahasa Inggeris pada nama tempat dan kawasan pelancongan di Kuala Kangsar dibuat berasaskan pada nilai komersial dan kemudahan untuk pelancong.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), Datuk Mohd. Shafie Arifin berkata, ia selaras dengan hasrat bagi menjadikan bandar itu sebagai destinasi pilihan pelancong dari dalam dan luar negara.

"Jadi tidak timbul soal MPKK tidak peka pengunaan bahasa Melayu kerana kita juga menggunakan konsep dwibahasa. Apa yang penting adalah impak projek tersebut kepada sektor pelancongan di bandar ini," katanya.
 
Beliau berkata demikian bagi mengulas desakan beberapa pihak yang mahu MPKK menghentikan penggunaan bahasa Inggeris untuk diberikan nama kepada tempat-tempat yang menjadi ikon pelancongan di bandar itu.

Menjelas mengenai penggunaan nama Sayong Riverfront untuk projek pembangunan pelancongan tepi tebing Sungai Perak di bawah Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), Mohd. Shafie berkata, pihaknya sedang menunggu terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi mendapatkan terjemahan yang tepat.

Katanya, terdapat beberapa nama yang dalam pertimbangan pihaknya, namun keputusan akhir hanya diperoleh apabila ia diputuskan oleh DBP selewat-lewatnya minggu depan.

"Perbincangan telah diadakan antara MPKK dan DBP bagi mendapatkan makna yang tepat untuk Riverfront.
"Apabila terjemahan diperoleh, kita akan segera membina perkataan tersebut bagi menggantikan perkataan asal atau dibina bersama perkataan asal," katanya.

Komen:  Inilah dia kalau semuanya nak di Bahasa Melayukan...dulu pernah Mantan PM (Tun Dr. Mahathir) buat joke pasal hal ni...kalau nak di BM kan "plug & play", "software" "Mouse" dsbnya.  sama jugalah dengan term mathematics/science yg di BM kan..kesian budak2 sekolah...esok2 bila ke Uni/Overseas...term tu dah dalam BI semula..tak ke pening dibuatnya anak2 kita...kenapa yang dah ada dan memudahkan, kemudian bila naik pemimpin baru dipolitkkan benda2 ni...anak2 kita juga yang merana..

Bukankah mereka perlu dilindungi?

KIRA-KIRA pukul 10.30 malam di depan sebuah kedai serbaneka di Shah Alam, seorang budak lelaki berkopiah, datang kepada saya meminta sumbangan wang untuk didermakan kepada rumah anak- anak yatim. Di tangannya, ada beberapa gelung kalendar dan beberapa kotak buah kismis.

Wajah kanak-kanak yang belajar dalam Tahun 5 itu, nampak keletihan, entah dari pukul berapa dia terpaksa berbuat begitu. Memang sebak, melihat kanak-kanak sebaya anak saya itu, berada di jalanan pada waktu begini.

Kanak-kanak yang kononnya hendak diajar ‘cara berniaga’ dan berdikari oleh rumah anak-anak yatim itu riak wajahnya ‘takut-takut’ dan sedih, mungkin pernah diherdik orang ramai, atau mungkin juga bimbang belum mendapatkan sebarang kutipan sekali gus menghampakan ‘guru-gurunya’.

Lantas saya menghulurkan wang bukan untuk rumah anak yatim itu, tetapi untuk dia sendiri dan memberikannya coklat yang dipesan oleh anak saya dari kedai serbaneka itu.

Tiadakah cara lain yang lebih baik untuk rumah anak-anak yatim ini, pusat tahfiz atau madrasah mengutip dana menggerakkan operasi mereka? Apakah cara ini ‘direstui’ oleh pihak berkuasa? Apakah mereka memerlukan permit untuk mengutip derma ini dan pihak mana yang memberikan kelulusan? Malah dalam Seksyen 32, Akta Kanak-Kanak 2001 dan Akta Pungutan Rumah ke Rumah dan Di Jalan 1947 jelas melarang sebarang bentuk mengerah tenaga kanak-kanak, sama ada untuk mengutip derma atau berniaga secara terus. 

Sedangkan, anak-anak yatim ini wajib dilindungi, bukannya dianiaya dengan menyuruh mereka berpanas terik atau berembun, mengutip derma sebegitu. Itu belum lagi disentuh mengenai soal keselamatan. Kita pun risau kes culik, rogol dan bunuh di kalangan kanak-kanak yang semakin meningkat. 

Ketika anak-anak lain tidur atau berehat di rumah, anak-anak yatim ini pula dikerah mendapatkan hasil sumbangan. Bila pula masanya mereka belajar, berehat? Bila mahu menghafal al-Quran? Jika sumber kewangan terhad, apa kata jika ustaz-ustaz di pusat tahfiz atau madrasah itu pula yang mengutip derma? Rasakan sendiri kepayahan anak-anak yatim ini. 

Sememangnya, pemandangan seperti ini sudah biasa dilihat di stesen- stesen minyak dan kedai makan. Sudah tiba masanya, kegiatan yang menyiksa dan menganiaya anak-anak yatim ini dihentikan. Carilah pendekatan yang lebih berperikemanusiaan. Saya percaya pihak swasta akan membantu sekiranya bantuan diminta dengan saluran yang betul. Dan pihak swasta pula, janganlah hanya memberi tumpuan kepada golongan ini pada bulan Ramadan dan Hari Raya Puasa. Bantulah mereka tanpa mengikut musim. 

Marilah kita berdoa agar perjalanan hidup anak-anak yatim ini dipermudahkan dan kudrat mereka yang tidak seberapa itu tidak disalah guna oleh pihak-pihak tertentu.

Komen;  Kanak-kanak ini telah terang2an disalahgunakan...mereka sepatutnya belajar, menimba ilmu...kalau nak belajar berniaga bukan begitu caranya...banyak cara lain...kalau dah macam tu..bila masa yang dorang nak mengulang kaji pelajaran? sebab waktu yang ada digunakan untuk mengutip derma..saya tidak setuju dengan cara sekolah2 agama persendirian mengarahkan kanak2 mengutip derma...dan lagi bukannya semua budak2 tu anak2 yatim..ada yg masih beribubapa lagi...kalau macam tu baik hantar ke rumah anak yatim kelolaan JKM ajer...barulah terbela..

Wanita berhak tolak poligami, kata imam Masjid Al-Aqsa

Berita terkini Utusan Online, 06/07/2011 1:53pm


KUALA LUMPUR 6 Julai - Imam Masjid Al-Aqsa Sheikh Dr. Akram Sabri berkata, wanita Islam boleh menolak poligami dan tidak berdosa, sekalipun agama Islam menghalalkannya.

Beliau berkata, ini kerana wanita berhak menuntut syarat ke atas suami supaya tidak berpoligami.

"Poligami tertakluk kepada beberapa syarat termasuk suami harus berlaku adil dalam setiap perkara termasuk nafkah zahir dan batin. Jika syarat-syarat ini tidak dipatuhi maka suami akan berdosa seperti mana firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat 129,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi laman Facebooknya yang dipetik agensi berita Jordan Fact International hari ini.

Akram Sabri berkata, antara faktor yang mengharuskan suami berpoligami mengikut syarak ialah isteri tidak boleh melahirkan anak dan isteri mengidap penyakit yang boleh mengalang suami bersetubuh dengannya. - Bernama

Faktor lain ialah suami mempunyai kemahuan seks amat tinggi dan berlakunya peperangan yang mengorbankan ramai kaum lelaki sehingga bilangan wanita jauh lebih ramai, katanya. - Bernama

Komen:  Tapi kaum adam ni kalau dah mau...macam2 alasan dibuatnya...tepuk dada tanya selera...sendiri mau ingatlah.... berita hari ni bapa cacat penglihatan hamilkan anak sendiri, sedangkan dia sudahpun beristeri 2....ini binatang ke apa?

Monday, July 4, 2011

Doa

Ketika kumohon kepada Allah kekuatan, Allah memberiku kesulitan agar aku menjadi kuat.

Ketika kumohon kepada Allah kebijaksanaan, Allah memberiku masalah untuk diselesaikan.

Ketika kumohon kepada Allah kesejahteraan, Allah memberiku akal untuk berfikir.

Ketika kumohon kepada Allah keberanian, Allah memberiku bahaya untuk kuatasi.

Ketika kumohon Allah sebuah cinta, Allah memberiku orang-orang bermasalah untuk kutolong.

Ketika kumohon kepada Allah bantuan, Allah memberikanku kesempatan.

Aku tak pernah menerima apa yang kupinta, tetapi aku menerima segala yang kuperlu.

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain terbuka, tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu yang dibukakan bagi kita.

Orang orang yang paling berbahagiapun tidak selalu memiliki hal hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

Mungkin Allah menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaNya.

Waktu kita lahir, kita menangis dan orang orang di sekeliling kita tersenyum, jalanilah hidup kita sehingga pada waktu kita meninggal, kita tersenyum dan orang orang di sekeliling kita menangis.

Fikir Sebelum Berkata!!!!

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik, Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan, Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan. 

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa, Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk, Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda, Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup, Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita, Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya, Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan, Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan, Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup untuk meneruskan perjalanan dalam kembara di rimba dunia yang penuh ujian.

Wednesday, June 15, 2011

Aspirin - serious stuff - Important to know

 

When you go to the store buy two bottles of the new crystal aspirin---- put one in your purse ,  nightstand, medicine chest, car glove box, wrap two aspirin in saran wrap and put in your wallet, any place you can think of and read the rest of this article.
 
This is good info. We did not know that you should not lie down while waiting for the EMT

Heart attack info NEW ASPIRIN/ Serious stuff, no joke!!


Just a reminder to all: purchase a box, keep one in your car, pocketbook, wallet, bedside, etc.

IMPORTANT READ......




Something that we can do to help ourselves.  Nice to know.
Bayer is making crystal aspirin to dissolve under the tongue. They work much faster than the tablets.


Why keep aspirin by your bedside?
About Heart Attacks


There are other symptoms of an heart attack besides the pain on the left arm. 


One must also be aware of an intense pain on the chin, as well as nausea and lots of sweating, however these symptoms may also occur less frequently.


Note: There may be NO pain in the chest during a heart attack..  The majority of people (about 60%) who  had a heart attack during their sleep, did not wake up.  However, if it occurs, the chest pain may wake you up from your deep sleep.


If that happens, immediately dissolve two aspirins in your mouth and swallow them with a bit of water.
Afterwards:

       
CALL 999

- say "heart attack!"
- say that you have taken 2 aspirins..

- phone a neighbor or a family
member who lives very close by
-
take a seat on a chair or sofa near the front door, and wait for their arrival and...
~
DO NOT lie down ~

Sharing is caring and this article could probably save someone's life!

I have already shared the information- - What about you?

Blair akui kehebatan al-Quran - Nik Ajis????

Berita Harian Online, 15.6.2011

Tony Blair
Tony Blair
 
Bekas PM Britain baca kitab setiap hari untuk fahami iman

LONDON: Tony Blair berkata beliau kini lebih terbuka terhadap agama sejak tidak lagi memegang jawatan perdana menteri. Malah bekas Perdana Menteri Britain itu mengakui beliau membaca al-Quran setiap hari kerana aktiviti itu membuat dirinya lebih memahami mengenai iman. 

“Berusaha ke arah celik iman amat penting dalam dunia global,” katanya seperti dilaporkan akhbar Britain, Daily Mail kelmarin. Malah beliau berkata membaca al-Quran setiap hari untuk memahami hal yang berlaku di dunia kerana al-Quran memberikan perintah yang jelas atau panduan yang berguna. 

Ia juga meyakinkan pengetahuan beliau mengenai iman yang dapat membantu dalam tugasnya sebagai wakil di Asia Barat mewakili Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Russia.

Sebelum ini beliau juga pernah menyatakan iman umat Islam amat indah dan Nabi Muhammad adalah tokoh yang mendorong peradaban.

Pada 2006 beliau pernah menyatakan al-Quran adalah kitab reformasi yang inklusif. Al-Quran juga mengagungkan ilmu dan pengetahuan dan membenci tahyul.

“Kitab (al-Quran) itu memberikan arahan praktis mengenai pernikahan, wanita dan pemerintahan,” katanya.

Walaupun demikian, Tony turut mengakui beliau melihat bagaimana pelaku jihad menterjemahkan al-Quran sebagai panggilan untuk mengangkat senjata. Ketika kejadian serangan bom bunuh diri di London pada 2005 yang menyebabkan sekurang-kurangnya 52 maut, beliau ketika itu masih lagi memegang jawatan Perdana Menteri.

Membaca al-Quran membantunya dalam menunaikan tugas sebagai utusan damai. – Agensi

Komen:  Siapa tahu...jika suatu hari nanti Allah buka pintu hati Tony Blair untuk mengucapkan dua kalimah syahadah kan...

Miang atau suka-suka?

Oleh Jami'ah Shukri, jamia@bharian.com.my, 2011/06/15

pix_gal0
Gangguan seksual boleh dicegah jika wanita lebih berani

Kes 1:
NOR, 32, (bukan nama sebenar), setiausaha kepada seorang pengurus kanan sebuah syarikat. Cantik dan menarik perwatakannya, Nor sering diganggu majikannya. Tangannya dipegang, bahu diusap belum lagi mengambil kira kata-kata berbaur lucah daripada majikannya. Malah, dia pernah beberapa kali cuba dicium.
Bukan setakat itu, majikannya juga sering menghantar teks pesanan ringkas (SMS) bercerita mengenai hubungan seksual dan tidak pernah jemu mengajaknya keluar makan bersama.

Nor amat tertekan dengan gangguan itu dan dia pernah diugut akan dicederakan jika menceritakan hal itu kepada rakan sekerja.

Kejadian itu berlarutan dan Nor sudah tidak mampu bersabar. Dia mengadu kepada pihak atasan, malangnya aduan Nor tidak dipedulikan menyebabkan Nor membuat laporan polis serta memanjangkan perkara itu kepada Jabatan Tenaga Kerja untuk mendapatkan pembelaan. Kini, kes Nor disiasat.

Kes 2:
PEMBANTU Tadbir, Anita, 46, (bukan nama sebenar), yang hanya memiliki sebelah kaki, selain menghidapi asma, darah tinggi, fibroid dan anaemia, suatu hari berehat di surau kerana kurang sihat.

Ketika sedang berbaring, tiba-tiba seorang lelaki, rakan sekerja yang dikenalinya, mengintai menerusi tingkap cermin surau itu, Anita menjerit terkejut menyebabkan rakannya lari.

Anita melaporkan perkara itu kepada majikan. Malangnya, Anita pula dituduh ponteng kerja kerana berehat di surau.


DUA kes itu hanyalah sebahagian kecil kes gangguan seksual di tempat kerja. Jika dikaji, ramai wanita bekerjaya mengalami keadaan itu, cuma ada yang melaporkannya kepada pihak atasan dan tidak kurang juga yang berdiam diri.

Gangguan seksual terhadap wanita di tempat kerja bukan perkara asing. Sudah terlalu banyak kes dan terlalu lama perkara ini diperkatakan, namun, ia masih terus berlaku. Kajian dijalankan di beberapa negara perindustrian mendapati antara 42 peratus dan 70 peratus pekerja wanita mengalami gangguan seksual di tempat kerja.

Gangguan seksual bukan hanya membabitkan perlakuan fizikal seksual. Perlakuan berbentuk isyarat seperti kerlingan yang membayangkan sesuatu niat atau keinginan, menjilat bibir, memegang atau memakan makanan cara menggoda, isyarat tangan atau bahasa membayangkan perlakuan seks atau mengurat, menunjukkan bahan atau gambar lucah dan dedahkan anggota sulit (gangguan visual).

Mengulangi jemputan sosial, memujuk rayu keluar bersama (gangguan psikologi) dan sentuhan seperti menepuk, mencubit, mengusap, memeluk dan mencium (gangguan fizikal) juga adalah gangguan seksual yang sering dialami wanita.

Isu ini memang nampak remeh kepada ‘pengganggu’ kerana beranggapan mereka hanya suka-suka dan tiada niat. Namun, dalam sesetengah kes, pengganggu memang berniat mengambil kesempatan untuk memenuhi naluri seks mereka.

Bagi yang tidak tahan gangguan, ada saluran untuk melaporkan aktiviti tidak bermoral itu menerusi Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja ada garis panduan serta mekanisme menanganinya disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia sejak 1999 lagi.

Sebanyak 324 kes gangguan seksual pelbagai kategori di tempat kerja diterima dan diselesaikan sepanjang 1999 hingga 5 April lalu.

Jika dilihat statistik itu, jumlahnya amat sedikit berbanding bilangan wanita yang bekerja. Namun, ia bukan angka sebenar yang dapat menggambarkan seriusnya masalah itu kerana masih ramai mangsa yang mengambil sikap berdiam diri. Malah, ramai berpendapat kod amalan itu kurang ‘taring’ dan tiada undang-undang yang jelas untuk menangani isu berkenaan.

Ada kalanya laporan daripada mangsa gagal diselesaikan dengan berkesan khususnya dari segi tindakan ke atas pengganggu. Selalunya, apabila berlaku gangguan seksual, mangsa akan membuat laporan kepada pihak pengurusan syarikat, yang akan menjalankan siasatan dalaman dan jika ada bukti, mungkin menukarkan pengganggu ke cawangan lain, dibeku atau diturunkan pangkat dan mungkin juga dipecat.

Namun, ada juga aduan yang menerima layanan seperti Nor dan Anita. Aduan tidak dipedulikan dan lebih malang, mangsa yang dipersalahkan.

Justeru, Kementerian Sumber Manusia sedang dalam proses meminda Akta Kerja 1955 yang akan mewajibkan majikan menyiasat aduan berhubung kes gangguan seksual di tempat kerja.

Jika majikan gagal mematuhi Seksyen 81B, iaitu arahan melaksanakan prosedur tata cara siasatan yang ditetapkan, termasuk tidak mengemukakan laporan kepada Ketua Pengarah Tenaga Kerja, majikan boleh dikenakan tindakan denda maksimum RM10,000.

Setakat ini, tidak ada undang-undang yang jelas berkaitan masalah gangguan seksual di tempat kerja mahu pun langkah mencegahnya.

Pengurusan tingkah laku dalam organisasi perlu memberi tumpuan kepada masalah mengawal, mencegah dan melindungi pekerja, khususnya wanita daripada sebarang bentuk dan kegiatan gangguan seksual yang tidak bermoral dan menjatuhkan maruah seseorang pekerja.

Pegawai Siasatan Seksual dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Superintendan, Suraini Hussain, berkata gangguan seksual mampu dielakkan jika wanita lebih berani dan tegas apabila rakan sekerja atau majikan cenderung melakukan gangguan.

“Saya nasihatkan jangan tangguh membuat laporan polis jika gangguan seksual berlaku kerana ia akan mengurangkan bukti. Jika ada kecederaan, mungkin kesan kecederaan sudah hilang dan menyukarkan keterangan direkodkan.

“Lebih daripada itu, pemangsa akan beranggapan mangsa merelakan perbuatan itu,” katanya sambil menjelaskan polis akan mengambil keterangan mangsa, memanggil pengganggu, melawat tempat kejadian serta mengkaji dulu semua maklumat sebelum mengemukakan kepada pejabat Pendakwa Raya untuk dakwaan.

Malangnya, kata Suraini, kebanyakan kes gangguan seksual dilaporkan selepas beberapa hari kejadian sehingga boleh mengurangkan bahan bukti atau keterangan.

Jelasnya, gangguan seksual boleh disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membabitkan perkataan atau isyarat, Seksyen 354 Kanun Keseksaan (menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mahu mencabul kehormatan), Seksyen 355 Kanun Keseksaan (menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah dengan niat menjatuhkan kehormatan seseorang, selain Kanun Prosedur Jenayah bagi kes seperti rogol.

Suraini berkata, menjelaskan kebanyakan kes gangguan seksual diterima polis membabitkan perlakuan pekerja lelaki kepada rakan sekerja perempuan serta beberapa kes membabitkan pelaku lelaki dengan mangsa yang juga lelaki.

Katanya, laporan gangguan seksual banyak diterima daripada wanita dan hanya sejumlah kecil membabitkan antara lelaki dengan lelaki. Berdasarkan statistik, wujud peningkatan kes gangguan seksual dilaporkan mangsa kepada polis, iaitu daripada 119 kes pada 2008 kepada 127 kes (2009) dan 166 kes (2010).

Beliau berkata, biasanya lelaki menganggap sebarang perlakuan sama ada dalam bentuk lisan, isyarat atau fizikal itu adalah sebagai gurauan dan tidak bermaksud apa-apa tetapi tidak bagi mangsa.

“Majoriti kes yang dirujuk kepada kami membabitkan pemangsa dan mangsa yang saling mengenali. Kes seperti ini bisanya berjaya diselesaikan. Ada juga mangsa yang menarik balik laporan tuduhan atau berpuas hati dengan tindakan diambil oleh peringkat jabatan tempat mereka bekerja,” katanya.

Apa itu gangguan seksual?

MENGIKUT buku Kod Amalan Gangguan Seksual Kementerian Sumber Manusia, gangguan seksual adalah sebarang tingkah laku berunsur seksual yang tidak diingini dan memberi kesan kepada mangsa. Ia mungkin dilakukan secara lisan, bukan lisan, visual, psikologi atau fizikal.

Di mana ia berlaku?

Gangguan seksual di tempat kerja berlaku ketika dalam atau di luar waktu kerja yang mana ia timbul dari hubungan dan tanggungjawab yang berkaitan dengan pekerjaan, termasuk:


  • Di majlis sosial yang berkaitan dengan tugas

  • Ketika bertugas di luar tempat kerja

  • Ketika mesyuarat atau latihan yang berhubung dengan pekerjaan

  • Dalam perjalanan berkaitan dengan tugas

  • Melalui perhubungan atau media elektronik.

    Kategori gangguan seksual

    Ugutan
    Ia memberi kesan secara langsung kepada status pekerjaan seseorang. Keadaan ini berlaku kepada seseorang yang memiliki 'kuasa untuk mengawal' ke atas pekerja yang menjadi mangsa. Golongan berjawatan tinggi menunjukkan kekuasaannya dengan melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap pekerja di dalam sesebuah organisasi.

    Mereka yang tidak patuh kepada arahan ketua untuk melakukan perbuatan ini akan tertekan ketika menjalankan pekerjaan sehingga ada kalanya mereka diberhentikan kerja.

    Sebagai contoh, seorang pegawai atasan mempunyai kuasa menentukan gaji dan pangkat cuba mengugut pekerja bawahan memberi layanan seksual kepadanya. Jika pekerja mengikut pegawai atasan itu, mereka mendapat faedah berkaitan dengan pekerjaannya.

    Ancaman
    Tingkah laku seksual yang dianggap mangsa sebagai ancaman, ugutan atau penghinaan tetapi tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan faedah pekerjaan. Tingkah laku ini menimbulkan suasana tidak tenteram kepada mangsa.

    Gangguan ini boleh berlaku sesama pekerja. Penganiayaan terhadap pekerja ini boleh timbul daripada perkataan atau perbuatan, termasuk membuat perbincangan mengenai aktiviti seksual sentuhan yang tidak sepatutnya, mengeluarkan komen ke atas sifat fizikal seseorang menggunakan bahasa isyarat serta penggunaan bahasa bersifat lucah.

    Jenis gangguan seksual

    1. Secara lisan
    Kata-kata, komen, gurauan, usikan, bunyi dan soalan berbentuk ancaman atau cadangan seksual.

    2. Bukan lisan atau isyarat
    Gangguan ini kadang-kadang tidak difahami mangsa. Sebagai contoh, pandangan atau kerlingan yang membayangkan sesuatu niat atau keinginan, menjilat bibir atau memegang atau memakan makanan dengan cara menggoda, isyarat tangan atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks dan tingkah laku mengurat yang berterusan.

    3. Visual
    Gangguan yang boleh dilihat. Pada zaman teknologi maklumat ini, gangguan sebegini paling cepat menular pekerja. Gangguan ini mungkin dalam e-mel, pesanan sistem ringkas (SMS) kepada mangsa. Contoh gangguan visual seperti menunjukkan bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berunsur seksual atau mendedahkan bahagian sulit.

    4. Fizikal
    Gangguan membabitkan fizikal badan mangsa seperti menyentuh, menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk, mencium dan menyerang secara seksual.

    5. Psikologi
    Gangguan yang mengganggu emosi mangsa. Gangguan ini sukar untuk dibuktikan tetapi memberi kesan yang mendalam kepada mangsa. Contoh, mengulangi jemputan sosial yang tidak diterima, memujuk rayu berterusan untuk keluar bersama atau bercumbuan.

    Apa yang boleh dilakukan?

    Katakan TIDAK kepada pelaku.
    Beritahu pelaku perbuatan itu kejam. Jika perkara itu masih berlaku, tulis memo kepadanya supaya memberhentikan perbuatannya dan simpan salinan sebagai bukti.

    Catatkan setiap kejadian.
    Tulis tarikh, masa dan tempat kejadian, termasuk maklumat kejadian dan tindak balas anda. Simpan salinan di rumah. Maklumat ini penting untuk tindakan undang-undang.

    Dapatkan sokongan moral daripada rakan serta ahli keluarga.

    Dokumen kerja anda.
    Simpan salinan penilaian prestasi dan memo yang mengandungi rekod kualiti kerja anda. Pelaku yang juga pegawai atasan mungkin akan mempersoalkan prestasi kerja untuk menyokong tindakannya.

    Jangan memendam berseorangan.
    Dapatkan saksi dan mangsa yang lain. Berdiam diri menyebabkan pelaku meneruskan perbuatannya dan ini akan menyebabkan anda terasing. Anda mungkin bukan yang pertama dan bukan pula satu-satunya mangsa kepada individu itu. Mungkin ada orang lain terima masalah sama. Dapatkan maklumat di sekeliling anda secara sulit dan dapatkan sokongan untuk membuat dakwaan. Dua pertuduhan adalah mustahil untuk dipertikaikan.

    Gunakan saluran dalaman yang ada di tempat kerja.
    Buat laporan kepada Bahagian Sumber Manusia. Jika anda ahli kepada mana-mana kesatuan sekerja, kemukakan aduan kepada kesatuan itu.

    Buat laporan kepada Jabatan Tenaga Kerja. 

  • Friday, June 10, 2011

    "Pakaian seksi untuk pasti suami puas" (Berbogel pun belum tentu sang suami akan setia pada yang satu - pokok pangkal iman dan hati)

    Oleh Hazwan Faisal Mohamad, 2011/06/10

    pix_gal0

    Isteri tak boleh selekeh ketika berada di rumah

    RAWANG: Presiden Kelab Taat Suami Malaysia mengakui beliau memenuhi keperluan batin suaminya dengan berpakaian menarik dan seksi.

    Bagi Fauziah Ariffin yang menerajui kelab dianggotai 800 ahli itu, sebagai isteri yang taat, itu adalah cara terbaik untuk memberi layanan kepada suami. 

    “Bukan seperti isteri masa kini yang kebanyakannya tidak melayan suami dengan baik dan hanya berpakaian cantik di luar, tetapi di rumah kelihatan selekeh dan tidak menarik. “Masalah isteri tidak taat, tidak menghiburkan dan tidak berkhidmat kepada suami menjadi punca kerosakan masyarakat,” katanya di sini, semalam.

    Pengarah Ikhwan Catering and Restaurant itu, berkata isteri juga perlu tahu peranan mereka yang sebenar, malah ada pihak berpendapat melayan suami bukan saja dari sudut seks tetapi juga memasak, membasuh dan menjaga anak.

    “Itu benar, tetapi perlu tahu apa keutamaannya kerana kerja rumah boleh diserahkan kepada orang gaji, tetapi layanan di tempat tidur bolehkah beri pada orang gaji?

    “Oleh itu perlu rujuk kepada keperluan utama, bila isteri taat, akan lahir suami penyayang,” katanya yang juga isteri kedua.
    Baru-baru ini, kenyataan Naib Presiden kelab berkenaan, Dr Rohaya Mohamed mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang mahu Pendaftar Pertubuhan meneliti semula kelulusan pendaftaran kelab itu.

    Kelmarin, Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Rashid Shirlin pula menyuarakan pandangan bahawa kelab itu dilihat hanya mementingkan nafsu untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga.

    Sejak dilancarkan 1 Mei lalu, kelab itu mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia.
    Mengenai kenyataan Dr Rohaya pula, beliau berkata ia bukan untuk menyamakan isteri dengan golongan pelacur yang terjebak dalam masalah sosial itu.

    “Masalahnya masyarakat kita bayangkan pelacur hanya di Lorong Haji Taib, sedangkan pelacur kelas pertama ini adalah di kalangan pelayan pelanggan yang dihantar pihak atasan ketika perundingan antara dua negara,” katanya.

    Sementara itu, kenyataan yang menyamakan tugas melayan suami dengan pelacur kelas pertama turut mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan pembaca Berita Harian yang menyuarakannya menerusi laman sosial akhbar ini termasuk laman web dan Facebook.

    Hampir kesemua bantahan dikemukakan di kalangan pembaca wanita yang membidas tindakan Dr Rohaya yang disifatkan sebagai merendahkan martabat golongan itu.

    Malah ada yang mempertikaikan penubuhan kelab itu yang dianggap tidak relevan kerana Islam menuntut isteri untuk mentaati suami selagi tidak melanggar syariat Islam

    Komen Mami:   Nak pakai seksi di rumah ni...no hal lah pada mami sebab anak mami mmg semua perempuan dan mmg pun dirumah macam org tak berbaju...hahahaha... tak percaya? tanyalah my darling partner yang selalu komen blog i nih.... tapi macamana pulak dengan yang ada anak teruna ya? dari cerita kawan2...anak2 lelaki mereka selalu komen kalau ibu2 mereka pakai seksi2 dirumah...ada yang menegur, ada yang marah...jadi isteri2 ini tadi hanya boleh seksi di dalam bilik tidur sahajalah...itupun jika tiada anak bujang yang mengganggu hendakkan itu dan ini, nak beritau itu atau ini sepanjang waktu kita tidur...anak2 ni pulak akan cari ibu2 mereka... dorang tak kejut ayah2 mereka dari tidur...jadi kelam kabutlah ibu2 ni tadi mengenakan pakaian sempurna sbb tidur dalam keadaan seksi untuk sang suami ya...to me this is all depend on your ownself lah...kalau dah tak suka... apa alasan pun boleh bagi...ketaatan tak perlukan kelab pun... ia datang dari hati... tentang pelacur kelas pertama nih...mmg lah apa sekalipun yang kelas pertama, bunyinya mewah....mahal...."top class"...tetapi bila ditambah dengan perkataan pelacur dihadapannya... siapa yang mahu dengan gelaran itu? dari bacaan dan amatan saya...pelacur kelas pertama tak perlu mengemas rumah, menjaga anak...membasuh baju...bekerja membantu suami... tetapi pelacur kelas pertama diberikan rumah, kereta bersama pemandu, tukang masak dan pembantu rumah....duit untuk shopping dan ber 'spa' ke salon2... sebab itulah layanan dia di atas katil tip top...sebab itu ajer kerja dia...saya percaya kalau semua isteri2 diberikan layanan seperti pelacur kelas pertama oleh sang suami...layanan atas katil oleh sang isteri kepada sang suami juga akan sebaliknya... fikir2kanlah...

    Senarai komen dari Berita Harian Online

    farizY
    Tak jadi isu lah benda ini, sahaja hendak di perbesar-besarkan.
    shahj
    saya tertarik membuat sedikit komentar isu yg hangat kebelakangan ingin berkaitan kenyataan Dr Rohaya melayan suami "seperti pelacur kelas pertama".sekali imbas ramai yg terpukul, terasa, terhina dengan kenyataan sedemikian.Apa yang hendak saya hujahkan disini sejauh mana kita memahami apa yg dimaksudkan dengan keratan ayat berkenaan. Masyarakat Melayu khususnya terlalu kaya dengan perumpamaan, terlalu kaya dengan bahasanya.Seharusnya kita tidak cepat melenting mengatakan ia salah secara total tetapi cuba kita dalami pengertiannya.istilah 'seperti' menggambarkan penghampiran kepada sesuatu bukannya penyamaan secara total.Kita perlu faham maksud Dr Rohaya hanya sekitar mengkehendakkan kaum wanita bergelar isteri berperanan secara fizikal dan layanan yg terbaik kpd kaum suami.Segalanya hanya untuk suami bukannya utk org lain.penampilan yang menawan dan mengghairahkan hanya untuk suami juga bukan utk org lain.itu pendekatan yang beliau maksudkan.tidak lebih dari itu.Tetapi masyarakat kita terlalu cepat melenting dengan membuat rumusan menggelar Dr Rohaya menggelar isteri sebagai pelacur kelas pertama.saya sebagai suami secara jujur dan percaya semua suami-suami di luar sana mahuan melihat isteri 'sedap mata memandang'.dilayan dengan baik demi keharmonian keluarga berlandaskan agama. rasanya tidak salah kaum isteri berpenampilan menarik, seksi hanya pd suami sahaja.ingin saya berkongsi dengan pembaca sekalian,saya pernah mendengar seorang tok guru mengeluarkan ayat begini..'org yang pandai sembahyang tak payah sembahyang'.Apa komen anda jika hanya melihat pd keratan ayat tersebut.Tampak salah kan.Tapi jangan kita sempitkan fikiran kita kerana disinilah menguji betapa pentingnya kemahiran memahami bahasa dan istilah.Apa yang dimaksudkan oleh tok guru berkenaan ialah seseorang yang pandai sembahyang tidak 'payah'sembahyang bermaksud menjalankan ibadah solat tidak menjadi masalah kerana seseorang yang sudah tahu caranya boleh melakukan dengan baik ketertibannya, bacaannya dan rukunnya.bukannya bermaksud disini tidak perlu menunaikan ibadat solat.Bayangkan jika kita hanya memberi komentar pada keratan ayat sahaja tanpa mendengar keseluruhannya.itulah yang terjadi dengan isu 'seperti pelacur kelas atasan'.Masyarakat Melayu dan Islam jangan terlalu cepat menyempitkan pemikiran, melatah dan menuduh sebarangan tanpa mendalami terlebih dahulu. kita mengaku kaya dengan bahasa, kiasan, perumpamaan tetapi kita tidak menguasainya dan semakin terabai. orang dulu2 tidak menggunakan penghampiran 'seperti pelacur kelas pertama' kerana dulu2 tiada golongan ini.tetapi sekarang golongan ini diketahui ramai wpun ialah salah. diharapkan pembaca faham dan memahami apa yg dihujahkan.saya bukannya menyokong golongan pelacur dan minta disisihkan..usahlah mengulas hanya pd keratan ayat tetapi fahamilah maksud keseluaruhannya sebelum membuat rumusan..terima kasih.
    hamidah
    Bukan sahaja wanita yg perlu taat, utk jaga kerharmonian tumah tangga, Lelaki perlulah jadi suami yang sebenarnya juga dlm erti kata islam
    Iza
    Apa ni??? Cakap berbelit2....Kenyataan yang tak relaven langsung...
    hamidah
    bukan pakaian seksi jadi ukuran.layanan sempurna.tiada curiga n berprasangka .ikhlas dan jujur serta memegang amanah adalah senjata terbaik untuk menambat suami
    mieyza suhaimi
    isteri tidak boleh sama sekali disamakan dgn pelacur kelas pertama.ISTERI..perkataan itu sendiri mempunyai maksud paling cantik dan indah kenapa mseti samakan dgn pelacur.wlaupun kelas pertama.jgn cuba merendah kan martabat seorang isteri.disisi rasulullah juga isteri diletakkn darjatnya paling tinggi.

    orangkecil Sekurang-kurangnya ada individu yg menyedarkan masyarakat kita tentang betapa pentingnya peranan isteri terhadap suami dlm kehamonian rumahtangga. 
    Oja Amir
    x perlu bgtau kot "perlu berpakaian seksi untuk pasti suami puas"...eewww.... tah ape2 tah...
    rozaimy
    anggapan melayan suami seperti pelacur kelas pertama adalah anggapan yang sangat teruk. 
    Nurma Abd Karim
    saya tak nak komen lebih2 tp apa yang saya tahu kenyataan ini menyinggung perasaan ramai pihak.hati2 bila keluarkan kenyataan wp apa yang diperkatakan itu mungkin benar namun layanan di tmpt tidur bukanlah faktor utama untuk mengekalkan kebahagiaan perkahwinan semata-mata.Ada banyak kaedah dan cara ataupun tips2 lain yang sesuai diutarakan kepada wanita.saya berharap pihak bertanggungjawab tidak sekadar menuduh sembarangan kerana apa yang kita bimbangkan ianya akan terkena satu hari nanti kepada diri kita sendiri.
    milam Hashim
    Isteri kena taat seperti yang dimaksudkan itu..bagi mengelakkan berlaku perkara seks yang menyalahi syarak dan jenayah seks.
    kamis aman
    Mudah saja, ikut cara Islam, semuanya selamat. Kalau nak bagi komen pun kena ikut cara Islam, jangan pakai kepala lutut, kecoh nanti.

    Thursday, June 9, 2011

    Penubuhan Kelab Isteri Taat dikecam - Tanpa kelab pun, 99% isteri taat pada suami....

    Oleh Nazura Ngah, 2011/06/09

    Puteri UMNO bidas organisasi pentingkan nafsu untuk kekal keharmonian rumah tangga

    KUALA LUMPUR: Puteri UMNO mengecam penubuhan Kelab Isteri Taat yang dilihat hanya mementingkan nafsu semata-mata untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga.

    Ketuanya, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin, berkata penubuhan kelab yang kononnya untuk mengajar wanita menjadi setia dan menjalankan tanggungjawab terhadap suami adalah usaha sia-sia serta tidak sejajar dengan tuntutan Islam. 

    Beliau yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata, Islam menuntut suami menghormati isteri dan bukannya menjadikan isteri objek seks dalam rumah tangga.

    “Adakah dengan hanya pandai melayan suami di atas katil menjadikan rumah tangga bahagia dan adakah hanya isteri saja yang mesti pandai melayan suami, bagaimana pula dengan peranan suami di atas katil,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

    Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr Rohaya Mohamed baru-baru ini mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’.

    Kenyataan itu mendapat kecaman daripada pelbagai pihak sehingga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim meminta Pendaftar Pertubuhan meneliti semula kelulusan pendaftaran kelab berkenaan.

    Sementara itu, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menggesa wanita tidak menyertai kelab berkenaan kerana menyamakan tugas isteri melayan suami seperti tugas pelacur melayan pelanggan.

    Sambil menyifatkan kenyataan itu ibarat meletakkan martabat seorang isteri serendah pelacur, Timbalan Presiden PGSM, Musa Awang, berkata isteri bukan pekerja seks bagi suami kerana tugas isteri melayan suami adalah satu ibadat yang diberi ganjaran pahala daripada Allah.

    “Walaupun suami diwajib memberikan nafkah kepada isteri dalam bentuk tempat tinggal, makan minum, pakaian atau wang ringgit, ia bukanlah sebagai ganti kepada khidmat seks yang isteri berikan,” katanya. 

    Komen:   Tak payahlah nak berkelab-kelab ni... nanti sibuk berkelab...suami ke mana, rumahtangga ke mana.. bagi yang dah ada asas agama... taat kepada agama tu tak payah di ajar dah... sumer tau tanggungjawab terhadap suami...cuma hendak dengan tidak ajer... unless.. ada yang terkureng di sana sini dengan sang suami plak.....sebab apa2pun dalam perkahwinan...segala aspek kena diambil kira...sesuatu yg terjadi ada asbab musababnya... kalau perlu carilah kesilapan diri sendiri dahulu...sebelum menyalahkan orang lain...

    Senarai komen dari pembaca berita harian

    M Ridzman
    Iskhh x patut la istilah tu digunakan..kan ade yg lebih baik dan mulia. Apapun perspektif masing2 yg menilai berbeza. Kalo ke arah positif baikla jadinya. Kalo sebaliknya...snediri mau ingt la...
     
    LAURA prakash
    Terima kasih banyak2 kerana menjaga hak seorang isteri....mana boleh nak samakan isteri dengan pelacur kelas atasan.....isteri mesti dihormati, disayangi, dikasihi dan dicintai....dan bukannya dilayan spt pelacur....Kalau macam tu lebih baik lelaki kahwin je dgn pelacur kelas atasan boleh ke pelacur2 tsbt jg mereka spt seorang isteri....ke pandai jaga sek mereka saja....entahlah.....lu pikir la sendiri.... sekian terima kasih 
     
    pek
    Taat suami tu betul, sampai atas ranjang pun kena taat, tapi gelaran tu yg tak btul . kena adil lah.











    Friday, May 20, 2011

    Gempa 5.9 magnitud gegar Turki & Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud landa Jepun

    2011/05/20

    ANKARA: Gempa berukuran 5.9 magnitud menggegarkan utara Turki lewat malam tadi, mengorban seorang penduduk serta kerosakan harta benda.

    Gempa berlaku di Simav, Wilayah Kutahya, kira-kira 310 kilometer dari ibu negara Ankara, lapor agensi berita Anatolia memetik Gebenor Wilayah,
    Kenan Ciftci. Gegaran gempa turut dirasai penduduk wilayah jiran dan sejauh Istanbul.

    “Seorang penduduk yang ketakutan ketika kejadian gempa bertindak terjun dari tingkap dan terbunuh," kata Ciftci kepada stesen televisyen NTV.

    Beliau berkata, pihaknya mendapati jumpa kerosakan agak besar dan pihaknya masih berusaha membekalkan semula tenaga elektrik kepada penduduk di Simav.

    Simav adalah sebuah bandar yang mempunyai penduduk sekitar 100,000 orang. - AFP

    _____________________________________________________
     

    2011/05/20

    TOKYO: Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud menggegarkan Tokyo dan beberapa wilayah di timur Jepun, awal pagi ini, kata agensi meteorologi.

    Gempa itu berlaku pada kira-kira jam 9.46 pagi waktu tempatan dan mengakibatkan beberapa bangunan di Tokyo bergegar.

    Tumpuan kejadian itu ialah di wilayah Ibaraki, kira-kira 130 kilometer dari ibu negara negara berkenaan, lapor agensi berita Jepun. - AFP