Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 9, 2013

Patut Direjam hingga mati........


Wanita ‘tangkap’ suami, anak saudara berpelukan

Kuala Lumpur: Luluh hati seorang wanita apabila 'menangkap' suaminya sedang tidur bersama anak saudaranya berusia 25 tahun dalam sebuah bilik di rumahnya di Bandar Baru Sentul, di sini, kelmarin.
Lebih menyedihkan apabila mangsa adalah individu yang menjaga dan membesarkan anak saudaranya itu sejak kecil selepas kehilangan ibu dan bapanya yang maut dalam nahas jalan raya.

Difahamkan, suami wanita itu sudah menjalin hubungan dengan anak saudara isterinya itu sejak lima tahun lalu, namun kejadian itu hanya disedarinya kira-kira jam 12 tengah malam, kelmarin.
Menurut isteri berkenaan yang mahu dikenali sebagai Tipah, 42, dia membesarkan anak saudaranya itu sejak berusia 15 tahun.

“Anak saudara saya itu menjadi yatim piatu pada 2003 selepas ibu dan bapanya maut dalam kemalangan jalan raya,” katanya.

Katanya, skandal suami dan anak saudaranya itu terbongkar selepas dia terjaga dari tidur apabila mendapati suami tiada di sisinya.
“Saya kemudian menjalankan periksaan dan mendapati suami serta anak saudara itu berpelukan di bilik sebelah,” katanya.

Menurutnya, susulan kejadian itu, dia mendesak anak saudaranya itu berterus terang mengenai hubungannya dengan suami dan akhirnya anak saudaranya itu mengaku menjalin hubungan sulit sejak lima tahun lalu.
“Bagi mengelak mereka meneruskan hubungan sulit itu, saya mencadangkan kepada suami untuk menghantar anak saudara saya itu ke rumah saudara lain tetapi dihalang.

“Akibatnya, saya pula dibelasah suami bagi menutup hubungan sulit mereka. Saya cedera di kaki dan kepala sebelum saya melarikan diri dari rumah bagi mengelak terus dibelasah suami,” katanya.

Berikutan kejadian itu, Tipah membuat laporan polis di Balai Polis Sentul.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan. berhubung kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/09

Tuesday, January 8, 2013

Hikmah disebalik larangan bernafas ketika minum

hanyzan30.blogspot
Mohd Hanyzan Al Muari   

Sebuah riwayat dari Tsumamah bin Abdullah menyebutkan, "Dahulu Anas bin Malik RA pernah bernafas di dalam bejana dua kali atau tiga kali, dan dia mengira Nabi SAW pernah melakukan hal itu." (HR. Bukhari)

Riwayat lain dari Abu Qatadah dan bapanya mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Apabila salah seorang di antara kamu minum, maka janganlah ia bernafas di bejana (gelas)."

"Dan jika salah seorang dari kamu buang air kecil maka janganlah ia memegang dzakar (kemaluannya) dengan tangan kanannya, jika membersihkan maka jangan membersihkan dengan tangan kanannya." (HR. Bukhari).

Sebahagian ulama mengatakan bahawa larangan bernafas di dalam bejana ketika minum sama seperti larangan ketika makan dan minum, sebab hal itu boleh menyebabkan keluarnya ludah sehingga boleh menjejaskan kebersihan air minum tersebut. Keadaan ini apabila dia makan dan minum dengan orang lain.

Adapun bila ia makan sendirian atau bersama keluarganya atau dengan orang yang tidak terganggu dengan caramu tersebut, maka hal itu tidak mengapa.

Imam Ibn Hajar Al-Asqalani pernah berkata, "Dan yang lebih bagus adalah menguatkuasakan larangan hadis Nabi tersebut, sebab larangan itu bukan untuk menghormati orang yang layak dihormati ataupun untuk mendapat penghargaan dari orang lain."

Imam Al-Qurtubi menambah pula, makna larangan itu adalah supaya bejana dan air tersebut tidak tercemar dengan air liur atau pun bau yang tidak sedap. (Fathul Bari, 10/94).

Demikianlah penjelasan para ulama kita. Para pakar kontemporari pun telah berusaha mengorek hikmah atas larangan tersebut. Mereka mengatakan ini adalah petunjuk yang indah yang diajarkan oleh Nabi kita Muhammad SAW dalam menyempurnakan akhlak.-DI

Beza Kentang McD Dan KFC Apabila Disimpan Selama 3 Tahun


Mesti ramai yang suka makan kentang Mcd atau kentang KFC ni, memang sedap dan menyelerakan! Tapi tahukah anda, ada kajian yang dibuat untuk mengetahui perbezaan tentang bawah pengawet terhadap makanan segera ini!

Ada spekulasi yang mengatakan yang makanan segera milik McDonald ini dianggap susah terurai di dalam tubuh badan manusia, maka kajian ini pun dijalankan, kajian ini dilakukan pada tahun 2008 dengan meletakkan makanan tersebut dalam 2 bekas balang yang berbeze yakni meletakkan kentang goreng dari McDonald dan satu lagi kentang goreng dari Kfc.

Selepas 3 tahun, balang ini pun di buka dan hasilnya memang sangat memeranjatkan, lihat gambar di bawah..
Lihatlah hasilnya, sesetengah orang berpendapat yang kentang Mcd ni menggunakan bahan pengawet kerana masih utuh berbanding dengan kentang KFC. Namun di pihak lain ada yang berpendapat hal seperti ini terjadi kerana sistem pemprosesan di Mcdonalds lebih bersih sehingga bakteria tidak dapat menembusi dan bekembang di dalam makanan tersebut.

Khasiat Lemon yang tidak kita ketahui....rugi kalau tak baca....



Just cut 2-3 thin slices of lemon in a cup/containner and add drinking water will become "alkaline water", drink for the whole day, just by adding drinking water. Take it as drinking water everyday is good for everybody. 
The surprising benefits of lemon!


I remain perplexed!

================================
Institute of Health Sciences, 819 N. L.L.C. Charles Street Baltimore , MD 1201.
This is the latest in medicine, effective for cancer! 

Read carefully & you be the judge


Lemon (Citrus) is a miraculous product to kill cancer cells. It is 10,000 times stronger than chemotherapy. 

Why do we not know about that? Because there are laboratories interested in making a synthetic version that will bring them huge profits. You can now help a friend in need byletting him/her know that lemon juice is beneficial in preventing the disease. Its taste is pleasant and it does not produce the horrific effects of chemotherapy. How many people will die while this closely guarded secret is kept, so as not to jeopardize the beneficial multimillionaires largecorporations? As you know, the lemon tree is known for its varieties of lemons and limes. You can eat the fruit in different ways: you can eat the pulp, juice press, prepare drinks, sorbets, pastries, etc... It is credited with many virtues, but the most interesting isthe effect it produces on cysts and tumors. This plant is a proven remedy against cancers of all types. Some say it is very useful in all variants of cancer. It is considered also as an anti microbialspectrum against bacterial infections and fungi, effective against internal parasites and worms, it regulates blood pressure which is too high and an antidepressant, combats stress and nervous disorders.

The source of this information is fascinating: it comes from one of the largest drug manufacturers in the world, says that after more than 20 laboratory tests since 1970, the extracts revealed that :It destroys the malignant cells in 12 cancers including colon, breast, prostate, lung and pancreas ... The compounds of this tree showed 10,000 times better than the product Adriamycin, a drug normally used chemotherapeutic in the world, slowing the growth of cancer cells. And what is even more astonishing: this type of therapy with lemon extract only destroys malignant cancer cells and it does not affect healthy cells.

Institute of Health Sciences, 819 N. L.L.C. Cause Street , Baltimore , MD1201

Mentaliti penerbit drama/filem tempatan....sebab tu tak boleh pergi jauh...sebab pentingkan cantik dari bakat...I suka tengok Maimunah berlakon dari tengok A. Aida berlakon...rupa takder...bakat lagi hancus...


Alahai A. Aida

BARU-baru ini penerbit drama A. Aida yang pernah menerbitkan drama Halimah Jongang, Fatimah Juling dan entah apa-apa lagilah membuat pengakuan dia belanja RM4,000 sebulan untuk kecantikan. Tapi Siti bukan nak ulas dia belanja besar untuk cantik.

Siti tertarik dengan kenyataan A. Aida bahawa dia akan suruh pelakon yang wajah tak cantik supaya buat pembedahan. Bagi penerbit ini wajah cantik adalah pakej seorang artis. Hairan pula kenapa dia tak suruh pelakon yang keras macam kayu masuk kelas lakonan.

Tapi maaflah, Siti terlupa. Sebenarnya itulah mentaliti sebahagian besar penerbit drama, penerbit filem, pengarah, artis dan peneraju stesen televisyen kita. Siti pun tak rasa nak terkejut dengan saranan “luar biasa" A. Aida kepada pelakonnya. Kalau beginilah mentaliti orang yang kononnya menentukan “hala tuju" drama kita, apalah yang boleh kita harapkan.

Bagi A. Aida jadi artis mesti cantik. Mentaliti sampai kepada masyarakat bahawa artis mesti cantik. Kalau tak cantik bukan artis. Lalu yang hendak dijual kepada masyarakat adalah kecantikan artis, bukan kebolehan berlakon. Kesiannya penonton kita yang diperbodohkan hidup-hidup oleh penerbit yang lebih kurang sama mentalitinya.

Kalau mengikut saranan A. Aida, nak jadi artis bukanlah susah sangat. Lebih-lebih lagi kalau nak berlakon drama terbitan A. Aida. Dia tak tanya tentang kualiti. Dia pun tentunya tak tahu apa satu tentang estetika. Kalau artis yang sanggup buat muka jadi cantik, itu sudah menepati kriteria menjadi pelakon drama A. Aida.

Siti percaya kalau Whitney Houston ketika masih hidup nak berlakon drama A. Aida sudah tentu kena buat muka bagi cantik dulu. Begitu juga kalau Oprah yang seluruh dunia kenal dia kerana kualiti. Tapi sampai kepada A. Aida, Oprah pun kena cantik. Dalam kata lain artis hebat macam Oprah atau Whitney Houston belum cukup pakej sebagai artis. Mereka hanya berkualiti tapi tak cantik, setidak-tidak macam A. Aida.

Ada sesetengah orang kata, dunia hiburan kita hanya menjual kaca tapi dikatakan permata. Semua ini digerakkan secara tersusun sekaligus memperendahkan mentaliti penonton yang sebenarnya jauh lebih tinggi daripada kelompok penerbit macam A. Aida. Kaca ini dijaja seolah-olah itu permata kelas pertama.

Siti fikir semua ini adalah kerosakan-kerosakan yang menular untuk merosakkan penonton. Kalau beginilah, tak hairan penghayatan penonton terhadap seni terlalu rendah. Mana tak rendah, pelakon yang seharusnya diukur kualiti lakon digunakan kayu ukur untuk mencari ratu.

Siti tertanya-tanya juga, adakah dalam kalangan pelakon tersinggung dengan kenyataan A. Aida ini? Tapi kawan Siti cakap, mereka tak akan tersinggung kerana mereka pun lebih kurang sama juga. Mereka sanggup cucuk muka sampai mulut jadi paruh itik kerana nak cantik. Tengoklah adakah pelakon kita berhabis duit masuk kelas lakonan atau kelas nyanyian? Mereka hanya masuk kelas suntikan.

Dunia hiburan kita nampaknya penuh dengan keterbalikan. Yang orang dah buang jauh-jauh, kita baru nak kutip. Orang Barat cari pelakon, penerbit kita letak kriteria macam nak cari ratu. Siti sebenarnya dah lama tak buang masa di depan televisyen menonton keterbalikan ini.

SITI JARUM: Suntik ubat kebas.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130106/re_10/Alahai-A-Aida#ixzz2HLakfXa7
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Saya hilang adik beradik, perselisihan mengaibkan - Mohamed


MARANG 7 Jan. - Seorang bekas penyokong tegar Pas, Mohamed Ismail, 65, dari Binjai Rendah dekat sini terpaksa membayar harga yang mahal setelah meninggalkan Pas kerana dia turut dikafirkan dan 'kehilangan' seorang adik serta abang sulungnya yang telah memutuskan ikatan keluarga.

Rakan sekolah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu menceritakan apa yang dilaluinya itu suatu yang menyedihkan kerana turut melibatkan anak-anaknya dan berpanjangan sehingga kini, biarpun tinggal berdekatan.

"Saya rasa tidak bersalah dan tidak berdosa kerana meninggalkan Pas yang saya perjuangkan sekian lama. Apabila saya timbangkan baik buruknya parti itu, apatah lagi saya bukan ikut-ikutan, saya belajar agama dan tahu menilai.

"Saya rasa perselisihan ini tidak bermakna dan mengaibkan. Apa boleh buat, tetapi saya berharap kami akhirnya akan bersama semula, biarpun kawan-kawan dahulunya terus menjauh," ujarnya yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Atas Zainal Abidin, Batu Burok.
...

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130108/po_02/Saya-hilang-adik-beradik-perselisihan-mengaibkan---Mohamed#ixzz2HL7dFdyH
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday, January 7, 2013

InsyaAllah inginku mendatangi rumah Allah ini dengan KeizinanNya....


Mengapa Wanita Ini Tidak Boleh Pijak Masjidil Haram?

 | January 3, 2013
Mengapa Wanita Ini Tidak Boleh Pijak Masjidil Haram? | Kalau sebelum ini KisahBest.My pernah berkongsi tentnag pengalaman seorang ustaz berjumpa dengan insan kenit di masjidil haram (LINK), kali ini pula tentang cerita seorang jemaah yang mengerjakan umrah, namun pada masa yang sama dirinya turut adamembela hantu raya. Memang sudah banyak kita dengar kisah-kisah misteri yang dihadapi segelintir jemaah umrah, ada yang menginsafkan, ada yang diberi peringatan oleh Allah, dan sebagainya. Kisah ini bukan bertujuan untuk mengaibkan sesiapa, namun sekadar iktibar dan renungan kita bersama. Ikuti kisah di bawah ini.
masjidil-haram
SUDAH lebih sepuluh tahun saya mengumpul pengalaman dalam menguruskan jemaah haji dan umrah, pelbagai kerenah yang saya temui. Tak kiralah sama ada sebelum berangkat ke Tanah Suci ataupun sewaktu berada di sana. Apa yang boleh saya katakan, mereka yang berjaya sampai ke Mekah untuk menunaikan ibadah adalah golongan yang dipilih Allah. Jika Allah tidak menjemput, jemaah itu tidak akan berjaya sampai ke Tanah Suci.
Wang bukan segala-galanya. Saya sering melihat kes di mana jika orang itu banyak duit sekali pun, tetapi ada saja halangannya sejak di tanah air sehingga menyebabkan dia gagal menjadi tetamu Allah di Mekah.Ada kalanya, kerana fikir dia kaya dan banyak wang, maka itu menjadi lesen untuk meminta apa saja bertaraf first class bagaikan melancong ke luar negara lagaknya. Pernah saya bawa seorang jemaah wanita, boleh dikatakan dari golongan elit. Sebelum pergi lagi dah minta macam-macam. Lepas tu, langsung tak mahu bercampur dengan jemaah lain. Kononnya orang lain tak setaraf dengannya. Sikapnya sungguh sombong dan suka memerintah orang.
Semasa di Madinah, dia sudah mula tunjuk rasa tak puas hati. Kononnya makanan tak sedap, persekitaran tak selesa dan macam-macam lagi. Saya sendiri tidak faham tujuannya datang ke Tanah Suci untuk beribadah atau melancong. Sudahlah begitu, dia suka melaga-lagakan orang dengan fitnah hingga ada jemaah yang bermasam muka angkaranya. Bila sampai di Mekah, kami bawa ke hotel penginapan. Walaupun hotel itu tidak secantik mana namun ia selesa dan segala kemudahan disediakan. Semua jemaah suka dan amat bersyukur kerana dapat penginapan yang paling dekat dengan kawasan Masjidilharam. Ini memudahkan mereka berulang-alik mengerjakan ibadah.
Macam Kandang Babi
TAPI berlainan pula dengan wanita elit itu. Mula-mula dia membebel kerana tak puas hati dengan hotel itu. Katanya hotel itu buruk. Lama-kelamaan amarahnya mula berpanjangan. Daripada membebel, akhirnya dia terjerit-jerit marah dan memaki hamun di depan jemaah lain hanya kerana tidak mahu menginap di hotel tersebut. “Hotel ni macam kandang babi? Aku tak mahu tinggal kat tempat kotor macam ni!” jerit wanita itu. Habis pintu hotel ditendangnya. Saya hanya geleng kepala. Jemaah lain turut malu dengan sikapnya hamun dalam ihramnya itu.
Kami memujuk, tapi dia terus memarahi dan memaki hamun kami semua. Hampir setengah hari habis masa kami memujuknya. Tidak mahu jemaah lain terganggu kerana kerenahnya itu, akhirnya kami tempatkan dia di sebuah hotel mewah yang jauh dari Kaabah. Kalau diikutkan, tak layak pun dia duduk di hotel itu. Bayangkanlah, bayar pakej untuk kelas pertengahan, tapi minta layanan bagaikan dia membayar pakej kelas pertama. Tapi kerana malas mendengar suaranya yang tak habis membebel dan mengganggu Jemaah lain, kami turutkan saja kemahuannya.
Lepas itu, mutawif minta wanita tersebut membayar dam kerana sudah banyak melanggar syarat dalam ihram. Lebih kurang RM400 dendanya. Tak sampai 15 minit lepas dia bayar, dia boleh marah semula mutawif dan berkeras minta dipulangkan semula duit damnya itu.
Dia sanggup tinggal seorang diri di hotel berlainan yang jauh daripada jemaah lain. Saya dapat, tahu selepas itu dia langsung tidak dapat mengerjakan ibadah umrah di Mekah. Sebabnya tiba-tiba haidnya datang tak menentu. Kejap ada, kejap tiada. Sehari suci, esoknya ‘kotor’ semula. Semasa dalam ihram, haidnya datang lagi. Akhirnya, sepanjang 10 hari di Mekah, memang dia lebih banyak duduk di hotel saja, langsung tak dapat buat ibadah. Betapa ruginya orang seperti ini.
Gagal Pijak Masjidilharam
SELAIN itu, saya teringat juga satu kes seorang lelaki berusia 60-an yang mengerjakan umrah ditemani anak lelakinya. Semasa di Madinah, semuanya berjalan dengan baik. Tapi, sampai di Mekah lain pula jadinya. Lelaki itu tak boleh memasuki kawasan Masjidilharam. Tiap kali dia jejakkan kaki ke dalam kawasan itu, dia akan menjerit-jerit kepanasan. Badannya rasa nak terbakar sampai nak dicabutnya kain ihram kerana tak tahan berasa panas. Begitulah setiap kali mahu memasuki kawasan Masjidilharam.
Lebih haru, bila kami tanya mana Kaabah, dia boleh tunjuk arah belakang. Maknanya, Kaabah yang besar pun langsung dia tak nampak! Anak lelakinya menangis melihat keadaan itu. Setelah puas bertanya, barulah lelaki itu bercerita dia ada membela hantu raya. Tujuannya untuk membantunya melakukan kerja dan menjaga rumah semasa ketiadaannya sewaktu zaman mudanya dulu. Kami tanya di mana dia simpan benda pemujaan hantu raya itu. Setelah dia menyebutkan lokasinya, anaknya menelefon keluarganya di tanah air dan minta dibuang benda itu dengan bantuan pengamal perubatan tradisional. Setelah hantu raya itu dibuang, barulah lelaki itu boleh memijak kawasan Masjidilharam. Barulah dia boleh melihat Kaabah. Kerana itu semasa memberi kursus pada jemaah yang mahu berangkat ke Tanah Suci, saya selalu mengingatkan mereka jika ada sebarang amalan ilmu hitam atau yang menyalahi syariat, lebih baik ‘dibersihkan’ dahulu dan bertaubat sebelum berangkat ke Tanah Suci.
Betulkan tauhid kita sebelum berangkat ke sana. Jika tidak, itulah yang terjadi seperti kes pakcik tadi. Selain itu, akhlak kita sesama manusia juga harus dijaga. Sebaiknya kita minta ampun dan maaf pada mereka yang pernah kita zalimi atau sakiti hatinya, apatah lagi jika kita ambil haknya.
Akibat Alih Batu Sempadan
PERNAH berlaku seorang jemaah lelaki yang saya bawa tak boleh buat ibadah sepanjang berada di Mekah. Badannya sentiasa terasa panas dan tidak keruan hingga dia langsung tak boleh beri tumpuan untuk beribadah. Dia mengadu pada saya lalu saya bertanya jika dia ada buat apa-apa kesalahan sebelum ini.Akhirnya dia teringat semasa di kampung dia suka mengambil tanah hak orang. Dia dengan sengaja mengalihkan batu sempadan agar tanahnya lebih luas dengan ‘mencuri’ hak orang lain. Selepas dinasihatkan, dia menelefon jirannya di tanah air dan meminta maaf atas perbuatannya itu. Selepas itu barulah dia dapat melakukan ibadah dengan tenang di Mekah.
Sebenarnya, cerita-cerita yang saya bawakan tadi sepatutnya menginsafkan kita. Apa saja ujian atau balasan yang kita lalui semasa berada di Tanah Suci, terimalah dengan dada terbuka. Jangan takut, jangan gentar. Setiap ujian dan balasan di sana adalah salah satu pengampunan dosa kita. Jika kita tidak dapat menerimanya dengan redha, bermakna kita adalah manusia yang rugi. Segala keajaiban yang ditunjukkan Allah di Tanah Suci itu bersifat pelbagai. Seperti saya alami dua tahun lalu. Ketika saya berniat mahu bawa golongan yang tidak berkemampuan ke Tanah Suci.
Mereka terdiri daripada anak-anak yatim, orang tua, golongan miskin dan pelajar madrasah di mana mereka ingin sangat ke Mekah tapi tidak mampu dari segi kewangan. Kalau diikutkan logic akal, bajet untuk membawa mereka memang tak cukup langsung. Tapi saya tawakal dan berserah pada Allah. Sampai di Tanah Suci, rezeki saya tak putus-putus. Ramai orang menderma, segala bajet seperti makan minum dan penginapan tiba-tiba dapat diskaun paling murah.
Kad ATM bila dicucuk sentiasa ada wang. Dalam poket pun bila saya seluk, ada saja wang yang saya sendiri tertanya-tanya entah datang dari mana. Itulah kuasa Allah. Semasa pergi tak cukup wang, sampai di sana wang saya jadi berlebihan hingga boleh membeli-belah untuk golongan yang tidak berkemampuan ini.Daripada situ saya bertekad seboleh-bolehnya saya mahu membantu membawa golongan sebegini ke Tanah Suci. Oleh kerana itulah saya wujudkan program ‘Kembara Taubat Di Bumi Anbia’ yang akan bermula pada Mei tahun ini. Tujuannya untuk memberi peluang pada golongan yang tidak berkemampuan untuk sama-sama menjadi tetamu Allah di sana. Saya percaya, benda baik yang kita lakukan dengan ikhlas tanpa tujuan mengaut keuntungan pasti akan dipermudahkan jalannya oleh Allah.
Sumber : Haji Terengganu

Berlaga sesama sendiri...kemalangan tidak berbau....


Gempar! Apabila Bomba Berlanggar Sesama Sendiri

 | January 4, 2013
Gempar! Apabila Bomba Berlanggar Sesama Sendiri | Memang tidak terduga apabila bantuan misi kebakaran terhenti seketika apabila dua jentera bomba yang dalam perjalanan ke tempat kejadianberlanggar sesama sendiri. Perlanggaran ini disebabkan apabila jentera di bahagian hadapan tiba-tiba memperlahan kenderaan gara-gara terdapat sebuah kenderaan yang berhenti dipercayai rosak. Lantaran itu,jentera di belakang tidak sempat untuk menekan brek lalu melanggar bomba di hadapannya. Bagaimanapun, KisahBest.My difahamkan tiada laporan jiwa dicatatkan.
bomba2
bomba1
TELUK INTAN – Angkara sebuah kereta rosak di tengah jalan, misi memadamkan kebakaran di Kampung Esso, di sini, terjejas apabila dua jentera bomba dan penyelamat berlanggar sesama sendiri.
Akibat kejadian itu, seorang anggota bomba mengalami kecederaan manakala lapan anggota lain selamatdalam kejadian tengah hari, semalam.
Mangsa, Mohd Hafiz Abdul Rahman, merupakan anggota Bomba dan Penyelamat Teluk Intan cedera di bahagian kaki apabila jentera yang dinaikinya itu merempuh jentera di hadapannya.
Kejadian berlaku di kilometer 1, Jalan Changkat Jong, berhadapan bekas tapak Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak kira-kira 50 meter dari pasar raya terkemuka.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.59 tengah hari semalam itu kedua-dua jentera berkenaan dikatakan sedang dalam perjalanan untuk memadam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Esso selepas menerima panggilan kecemasan beberapa minit sebelum itu.
Seorang jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan ketika ditemui di tempat kejadian berkata, kedua-dua jentera berkenaan bergegas keluar dari balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan yang hanya 200 meter dari tepat kejadian.
“Setibanya di tempat kejadian pemandu jentera di hadapan yang dinaiki tiga anggota tiba-tiba memperlahankan kenderaan selepas terlihat sebuah kereta jenis Nissan Sunny di hadapan yang tidak bergerak dipercayai rosak dan ditinggalkan di situ.
“Sebaik menekan breknya itu, jentera dinaiki enam anggota yang mengekorinya di belakang itu tidak sempat membrek lalu merempuh bahagian belakang jentera hadapan,” katanya.
Jentera bomba terbabas, rempuh pokok
Katanya, rempuhan tersebut mengakibatkan jentera di hadapan terbabas lalu merempuh sebatang pokok di bahagian tepi kiri jalan manakala jentera di belakangnya terhenti pada jarak kira-kira 10 meter di hadapan.
Menurutnya, jentera di hadapan mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan dan belakang manakala jentera belakang mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan.
Minta bantuan bomba lain
Beliau berkata, akibat kejadian itu pihaknya terpaksa meminta bantuan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang untuk membantu memadamkan kebakaran di kampung berkenaan.
Kejadian itu telah menyebabkan kesesakan teruk di Jalan Changkat Jong menghala ke pusat Bandar Teluk Intan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Goh Kok Liang ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan katanya pihak polis sedang menyiasat kejadian itu.

Bapa mangsa rogol: ‘Nama anak saya Jyoti’



Posted on the January 7th, 2013 under Luar Negara by admin

Suspek kes rogol yang didakwa di mahkamah Khamis. Mereka akan dihadapkan di mahkamah esok. – Foto ihsan Mirror UK


NEW DELHI – Gadis yang dirogol dan diserang lebih dua jam oleh sekumpulan lelaki sebelum dia dicampak dari bas bersama rakan lelakinya di New Dehli bulan lalu, sebelum ini hanya dikenali sebagai ‘Anak Perempuan India’.
Tetapi hari ini, bapa gadis malang itu tampil mendedahkan namanya – Jyoti Singh Pandey.

Badri Singh Pandey, 53, memberitahu The Sunday People: “Kami mahu dunia tahu nama sebenar dia.”
http://my.effectivemeasure.net/emnb_18_19945.gif?840724382
“Anak perempuan saya tidak buat sebarang kesalahan. Dia meninggal dunia ketika melindungi dirinya.

“Saya bangga dengan dia. Dengan mengungkap namanya akan memberi keberanian kepada wanita lain. Mereka akan mencari kekuatan dari anak perempuan saya,” katanya.

Badri dan keluarganya tinggal di kampung nenek moyangnya Billia, Uttar Pradesh, utara India. Mereka telah berpindah jauh dari rumah mereka di Delhi – tempat yang akan sentiasa mengingatkan mereka kepada serangan seksual yang kejam terhadap Jyoti, 23.

Isterinya, Asha 46, kelihatan masih terkejut untuk bercakap kepada media.

Badri berkata: “Pada mulanya saya mahu melihat muka lelaki yang bertanggungjawab ke atas kematian anak perempuan saya, tetapi saya tidak mahu berbuat demikian lagi. Saya hanya mahu dengar bahawa mahkamah telah menghukum mereka dan mereka akan digantung.

“Hanya kematian layak untuk kesemua enam daripada mereka. Lelaki-lelaki itu adalah binatang. Mereka harus dijadikan bahan pengajaran dan masyarakat tidak akan membenarkan perkara seperti itu berlaku lagi,” katanya.
Mengimbas kembali hari kejadian, Badri memberitahu, dia baru sahaja pulang selepas jam 2.15 petang waktu tempatan pada 16 Disember dari lapangan terbang Delhi di mana dia bekerja sebagai pemunggah barang.
Ketika pulang, Badri mendapati isterinya resah dan bimbang kerana Jyoti, seorang graduan sekolah perubatan masih tidak pulang dari pawagam.

Badri menambah: “Kami mula memanggil telefon mudah alihnya dan rakannya tetapi tiada jawapan.”
“Kemudian pada 3.30 petang waktu tempatan, kami mendapat panggilan daripada hospital di Delhi memberitahu saya anak perempuan saya ditimpa kemalangan,” katanya.

Badri meminta rakan untuk membawanya ke hospital menaiki motosikal.

Katanya: “Apabila saya tiba di hospital, saya nampak dia di katil dengan matanya ditutup.”

“Saya meletakkan tangan saya pada dahinya dan memanggil namanya. Dia perlahan-lahan membuka matanya dan mula menangis dan berkata dia berada dalam kesakitan. Saya menahan air mata saya. Saya memberitahu dia supaya tidak perlu bimbang, kuatkan semangat dan segala-galanya akan menjadi baik,” katanya.
Pada masa itu, Badri masih tidak tahu apa yang telah berlaku.

Seorang anggota polis akhirnya menjelaskan.

Jyoti dan rakannya Awindra Pandey, 28, telah menaiki bas untuk pulang ke rumah tetapi telah diculik ke dalam dan diserang selama dua setengah jam oleh pemandu, pembantu dan empat penumpang.

Kedua-duanya didera dengan batang besi dan Jyoti telah dirogol berkali-kali sebelum kedua-dua mereka dibogelkan dan dibuang di atas jalan raya menuju ke lapangan terbang Delhi – beberapa meter dari tempat Badri bekerja.

Katanya: “Saya segera memanggil isteri dan anak-anak saya dan memberitahu mereka untuk datang ke hospital.”

“Tetapi saya tidak boleh memberitahu mereka tentang rogol,” katanya.

Sepanjang 10 hari pertama, Jyoti dalam keadaan luar kesedaran dan berharap seluruh keluarganya mengharapkan supaya dia akan terus hidup.

Badri berkata: “Doktor melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan dia.”

“Jyoti ada bercakap beberapa kali tetapi kebanyakannya melalui isyarat tambahan pula dengan paip makanan berada dalam mulutnya, menjadikan dia lebih sukar untuk bercakap.

“Tetapi dia menulis di atas kertas bahawa dia mahu hidup, dia mahu untuk terus hidup dan tinggal dengan kami,” katanya.

Dalam pada itu, Jyoti berjaya memberi polis dua kenyataan. Tetapi Badri terlalu tertekan untuk terus duduk bersama anaknya ketika sesi memberi keterangan. Dia tidak sanggup mendengar bagaimana dan apa yang diperlakukan terhadap anak gadisnya.

“Saya dan isteri menangis begitu banyak selepas mendengar segala apa yang berlaku,” Badri.

“Dia kemudian memberitahu saya apa yang berlaku. Saya tidak mempunyai perkataan untuk menggambarkan kejadian itu.

“Apa yang boleh saya katakan ialah mereka bukan manusia, tidak juga haiwan. Mereka tidak berada di dunia ini.
“Apa yang berlaku sangat mengerikan dan saya berharap tiada siapa yang akan melalui apa yang dia lalui. Dia banyak menangis, dia berada dalam kesakitan. Dan sebaik sahaja dia melihat ibu dan adik-beradik, dia menangis lagi.
“Bagaimanapun, bagi kami, dia seorang gadis yang berani, malah memujuk kami dan memberi harapan kepada kita bahawa segala-galanya akan menjadi baik,” katanya lagi.

Doktor terpaksa membuang usus Jyoti dan selepas itu keadaannya semakin teruk dan kemudiannya menerbangkan dia ke Singapura untuk rawatan pakar.

Badri berkata lagi: “Saya memberitahu segala-galanya akan menjadi OK dan kita tidak lama lagi akan pulang ke rumah.”

“Dia teruja apabila kita bercakap tentang pulang ke rumah dan dia tersenyum.

“Saya meletakkan tangan saya di dahinya, dia bertanya kepada saya, jika saya ada makan apa-apa dan kemudian dia beri isyarat kepada saya supaya pergi tidur. Saya memegang tangan dan memberi dia kucupan. Saya memberitahu dia agar berehat dan tidak perlu bimbang dan dia memejamkan matanya,” katanya lagi.
Ketika Jyoti sedang berjuang untuk hidup, beribu-ribu orang mengadakan tunjuk perasaan menuntut kesemua enam perogol digantung dan undang-undang antirogol baru diwujudkan.

Bagaimanapun, Jyoti telah diserang serangan jantung yang membawa kepada kematian pada 29 Disember.
Badri berkata: “Saya begitu terdesak dan mahu dia terus hidup walaupun dia akan terpaksa hidup dengan memori serangan itu dan mendapatkan melalui trauma.

“Kami begitu kecewa apabila terpaksa menerima berita bahawa dia telah pergi. Terdapat kekosongan besar dalam kehidupan kami. Dia adalah dunia kami. Kehidupan kami berkisar kepadanya.

“Ketiadaannya begitu menyakitkan, masa depan tanpa dia tidak dapat dibayangkan,” katanya lagi.

Badri berkata, Awindra, rakan Jyoti bukan teman lelakinya – hanya seorang kawan yang sangat berani, yang cuba untuk menyelamatkan dia.

Beliau berkata: “Tiada soalan mengahwini beliau kerana kita tergolong dalam kasta yang berbeza.”

“Dia tidak pernah menyatakan hasrat untuk berkahwin. Dia hanya ingin menumpukan perhatian pada pelajaran dan mahu bekerja,” katanya.

Badri juga mendedahkan bahawa Jyoti sering menyebut berapa banyak Awindra cuba untuk menyelamatkan beliau.

“Dia terus memberitahu ibunya dia cuba yang terbaik untuk membantu tetapi mereka telah memukul kawannya itu menggunakan batang besi,” katanya lagi.

Badri kini tinggal dalam kenangan anak perempuannya. Dia sentiasa ingat impiannya menjadi doktor.

Katanya lagi: “Saya memberitahunya, saya tidak mampu untuk membiyai pelajarannya tetapi Jyoti tetap bersemangat. Dia tetap mahu menjadi seorang doktor dan akan mendapat banyak wang dan akan selalu pergi ke luar negara.”

Apabila Badri berpindah ke Delhi pada tahun 1983, dia memperoleh hanya RP$150 (RM8.30) sebulan. Tetapi dia menjual beberapa bidang tanah untuk membiaya pengajian anak perempuannya.

Badri berkata: “Sukar untuk hidup di Delhi dengan gaji saya, tetapi Jyoti selalu berkata dia akan mengubah semua itu.”
“Dia mahu mengubah kehidupan kami sebaik sahaja dia mendapat pekerjaan,” katanya.

Jyoti baru sahaja selesai kursus empat tahun dalam bidang fisioterapi di Delhi. Beliau telah melakukan latihan amali sebelum dia diserang.

Adik-adik lelakinya, Gaurav Singh, 20, dan Saurav Singh, 15, amat rapat dengan kakak mereka dan tidak boleh boleh menerima kejadian yang menimpa kakak mereka.

Gaurav berkata: “Hidup ini akan menjadi begitu sukar tanpa dia. Tanpa bimbingan kakak, saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan atau bagaimana untuk lalui kehidupan ini.”

Badri dan semua keluarga amat tersentuh dengan cara negara menyokong mereka.

Beliau berkata: “Rakyat India telah memberi kami kekuatan untuk menghadapi kehilangan dia. Saya rasa dia bukan hanya anak perempuan saya tetapi juga anak perempuan India.

“Saya pernah membaca tentang kejadian rogol dalam akhbar tetapi tidak pernah berfikir lebih daripada itu. Kami begitu berterima kasih kepada orang-orang yang keluar untuk memprotes terhadap kekejaman itu,” katanya.
Dalam pada itu, ujian DNA telah menyabitkan lima lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun terhadap serangan itu. Lelaki itu akan muncul di Mahkamah Daerah di kawasan Saket India, esok manakala remaja itu akan dibicarakan secara berasingan di mahkamah juvenil.

Badri kini berharap ibu dan bapa akan mengajar anak-anak mereka menghormati wanita.

Beliau berkata: “Pihak polis tidak boleh mengendalikan semua ini sendiri. Tetapi ibu bapa perlu memerhatikan anak-anak mereka juga. ”

Sementara itu, wajah Badri merah menyala apabila dia bercakap mengenai impian Jyoti dan menjemput pemberita melihat melalui album keluarga mereka.

Setiap foto menunjukkan anak perempuan yang cantik tersenyum.

Dalam kebanyakan gambar, dia memakai pakaian barat, yang dia digemari berbanding sari tradisional.
Bagi menghormati Badri, pemberita tidak dibenarkan merakamkan gambar Jyoti. Mungkin pada hari lain.

Undang-undang India melarang menamakan mangsa rogol melainkan jika dia membenarkan atau, jika dia mati, keluarganya bersetuju.

Pada masa ini, adalah cukup untuk keluarga kecewa dan merana kerana membenarkan dunia mengetahui nama anak mereka.

Sinar