|
Tuesday, December 4, 2012
Hold No Grudge...and you'll be happy
Hentikan meminati mamat nih
'Penggila' Justin Bieber yang beragama Islam wajib tahu ini..
haninasution.blogspot.
Para remaja memang gila beno dengan mamat ni..termasuklah remaja Islam di seluruh negara..tapi setelah dia mempamerkan sokongannya kepada pembunuh Islam..adakah kita akan biarkan remaja Islam kita terus menggilai mamat ni..
Wahai anak remaja..kemanakah naluri kasih sayang kamu terhadap Islam dan saudara seIslam mu..??
Jadilah seorang pemaaf
Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejatera,
Pemaaf adalah sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap muslim. Antara sifat positif yang terdapat dalam diri manusia adalah pemaaf, yakni lawan kepada sifat pemarah dan pendendam. Ketika manusia diciptakan oleh Allah SWT, Allah mencipta juga pelbagai bentuk emosi dan keinginan dalam diri manusia yang berbentuk positif dan negatif yang saling mempengaruhi antara satu sama lain.
Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menekankan keutamaan bersifat pemaaf yang juga disebut sebagai sifat yang hampir di sisi Allah SWT. Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah mencintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah ali-Imran ayat 132)
Kadang kala, perasaan marah juga disebabkan persaingan untuk mendapatkan sesuatu. Dalam keadaan itu, pesaing dianggap sebagai musuh yang perlu diatasi dengan apa cara sekalipun. Punca ini boleh merebak kepada fitnah, ugutan dan tindakan fizikal secara kekerasan. Namun, diakui bukan mudah untuk menjadi seorang pemaaf. Sikap negatif yang menjadi lawannya iaitu pemarah sentiasa berusaha menidakkan wujudnya sifat pemaaf dalam seseorang.
Pertembungan dua unsur ini mewujudkan satu mekanisme yang saling ingin menguasai diri seseorang. Iman dan takwa menjadi pengemudi melahirkan sifat pemaaf, manakala syaitan pula mengambil tempat mendidik sifat pemarah. Hakikatnya, syaitan sentiasa menggunakan kelemahan manusia untuk digoda dari pelbagai penjuru agar timbul sifat haiwaniah dalam diri manusia.
Memang tepat sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan yang mudah dilakukan. Firman Allah SWT yang bermaksud, “Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung.” (Surah asy-Syura ayat 43)
Sifat pemaaf memang sukar dilakukan memandangkan manusia sentiasa dikuasai fikiran logik untuk bertindak atas sesuatu perkara sehingga membunuh nilai moral sebenar.
Bukan penyelesaian
Emosi manusia pula memang mudah terpengaruh ke arah melakukan tindakan yang pada pandangannya logik adalah tindakan yang sepatutnya. Apatah lagi jika hasutan syaitan berjaya menguasai diri. Di sinilah pentingnya kita memupuk sifat pemaaf dalam diri. Sesuatu yang lojik tidak semestinya betul. Sebaliknya, ajaran agama adalah petunjuk kepada kebenaran yang mesti diamalkan untuk mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat. Tindakan marah melampau dan diikuti pula dengan tindakan fizikal bukanlah jalan penyelesaian masalah atau untuk menunjukkan siapa yang benar. Jika diteruskan niat melakukan tindak balas atas kemarahan itu, mungkin ada tindakan yang mendatangkan keburukan sehingga berlakunya pembunuhan.
Sesiapa berupaya menahan kemarahan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan yang sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah. Nabi Muhammad SAW bersabda, “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari)
Pentingnya sifat menahan marah mendorong Nabi Muhammad SAW apabila diminta oleh seorang lelaki agar berpesan atau mengajarnya mengenai sesuatu perkara, Nabi menjawab ringkas iaitu “jangan marah”. Lelaki itu seperti tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Dia mungkin merasakan apalah besar sangat kebaikan menahan marah. Lalu dia bertanya buat kali kedua mengharapkan agar Rasulullah memberitahu amalan lain yang lebih besar pahalanya. Tetapi Rasulullah SAW tetap mengulangi perkataan “jangan marah”. Untuk mendidik sifat baik dalam diri perlulah menghampiri diri dengan memperbanyakkan melakukan ibadah wajib dan sunat. Dengan kekuatan takwa dan iman secara langsung akan menjauhkan perakara yang ditegah, termasuklah sifat pemarah.
Sifat pemaaf lahir dari jiwa dan hati yang tenang, hasil daripada tarbiyah yang berterusan. Sebab itu, selalulah cuba memupuk sifat pemaaf. Bermulalah dengan perkara yang kecil. Bagi orang yang bersifat pemaaf, tiada tersimpan perasaan marah dalam hatinya. Sebab itu, hati orang yang bersifat pemaaf tidak mudah terbakar dengan provokasi yang menekan dirinya.
Hati tidak tenteram
Banyak masalah berkaitan hubungan sesama manusia berpunca dari sifat marah dan membalas dendam. Biarpun perselisihan kecil, perkara itu tidak dapat diselesaikan disebabkan perasaan dendam masih bertapak di hati. Sikap berdendam hanya merugikan kedua-dua pihak. Paling tertekan ialah pihak yang lebih banyak berdendam.
Hatinya tidak tenteram dan sentiasa ada perasaan buruk sangka. Kadangkala, yang berdendam hanya sebelah pihak. Sedangkan, sebelah pihak lagi menganggap persengketaan sebelum ini sudahpun selesai. Jika sifat memaafkan diamalkan, insya Allah, kita tidak akan menanggung kemarahan daripada orang lain. Sesungguhnya Allah SWT terlebih awal memberi keampunan dengan rahmat-Nya.
Jika ada sesuatu yang menimbulkan perasaan marah, berfikirlah sejenak untuk menilai atau muhasabah diri sendiri terlebih dahulu. Renungkan dalam hati adakah perkara itu berpunca dari kita sendiri? Adakah sebelum ini kita mengambil langkah yang wajar untuk mengelak perkara itu daripada berlaku? Jika kita mampu berfikir sedemikian, cahaya kebenaran mudah memasuki ruang hati dan memberi petunjuk tindakan yang wajar dilakukan seterusnya. Pada ketika itu, syaitan tidak berpeluang untuk menyemarakkan perasaan marah, yang lahir adalah keinsafan dan sifat memaafkan.
Sifat pemaaf memberi manfaat yang besar kepada diri sendiri terutama dari segi rohani. Orang yang brsifat pemaaf selalu dalam keadaan tenang, hati bersih, berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menilai diri sendiri untuk melakukan kebaikan.
Renung-renungkan…
Sumber : Mohd Huzairi Zainuddin di MW#1276
Nak lompat2 ye...pegi main kat luar!!!!
Satu hari, seorang pilot telah di tugaskan utk membawa 30 pesakit jiwa
berpindah ke satu kawasan yg baru dgn menaiki kapal terbang yg akan di
pandunya.
Pada keesokan hari, spt yg dijanjikan juruterbang itu pun membawa 30
pesakit jiwa tersebut. 29 pesakit tersebut terlalu gembira dapat menaiki
kapal terbang itu. Mereka semua melompat2 di dlm kapal terbang itu.
Bagaimanapun cuma seorang pesakit sahaja yg hanya mendiamkan diri.
Tiba2 kapal terbang yg mereka semua naiki bergegar akibat 29 pesakit yg
melompat2 itu. Pilot menjadi geram akibat perbuatan 29 pesakit itu. Dia
tidak dapat mengawal kapal terbang yg bergegar itu. Pilot tersebut
memanggil pesakit jiwa yg pendiam itu dan menyuruh supaya dia memberitahu
kawan2nya supaya berhenti bermain.
5 minit kemudian, pilot itu mendapati kapal terbang kembali stabil. Pilot
memangggil sekali lagi pesakit jiwa yg pendiam itu dan bertanya, "Kenapa
semuanya boleh menjadi senyap dlm sekelip mata..? Apa yg kau bagi tau sama
kawan2 kau itu?". Pesakit itu pun manjawab "Saya bagi tau kat kawan2 saya
..... kalau nak melompat2............pergi main kat luar!!!!
BANG...ADA KUIH IJAU????
Sudin : bang,ada kuih hijau?
Penjual : maaf dik, sini tak jual kuih hijau..
(Keesokannya Sudin datang lagi)
Sudin : ada kuih hijau, bang.?
Penjual : Tidak ada.!!!
(Keesokannya lagi, Sudin datang lagi)
Sudin : kuih hijaunya dah ada, bang.??
Penjual : Tak ada.!! besok kalau kamu tanya aku kuih hijau lagi, aku ikat kamu, lepastu aku paku kamu kat pokok seberang jalan sana tu..faham!
(Sudin terfikir sesuatu, sambil mengangguk2 kepalanya lalu terus pulang tapi besoknya Sudin datang lagi)
Sudin : bang, ada tali.?
Penjual : haaaa...mcm tu la.. tanya yg lain....tapi sorry, tali tak ada.. :p
Sudin : paku bang,?
Penjual : pun tak ada.. :p
Sudin : oh alhamdulillah… bang ada kuih hijau..?? (Caboot lariiiiii...)
Penjual : %^%$%$#$@$%!
Monday, December 3, 2012
Terowong di lebuh raya Jepun runtuh
KEPULAN asap menyelubungi kawasan di sekitar terowong itu.
|
TOKYO - Beberapa anggota penyelamat menemui lima mayat yang rentung selepas bumbung sebuah Terowong Sasago di lebuh raya Chuo, tengah Jepun runtuh semalam.
Mayat-mayat itu ditemui di dalam sebuah kereta.
Dua buah kereta remuk di dalam terowong tersebut.
Menurut laporan agensi berita Kyodo, beberapa pekerja penyelamat kini melakukan siasatan bagi memastikan jika terdapat mangsa lain yang terperangkap.
Terowong itu sepanjang 4.7 kilometer dan terletak di Otsuki, 80 kilometer ke barat Tokyo.
Kira-kira 150 kepingan siling yang setiap satu berukuran lima meter lebar, 1.2 meter panjang dan setebal lapan sentimeter serta berat 1.2 tan runtuh di dalam terowong tersebut.
Lebuh raya itu telah dibuka sejak 35 tahun lalu.
Rangkaian televisyen menunjukkan kepulan asap keluar dari terowong itu.
Tujuh orang dipercayai hilang manakala dua lagi cedera dan sekurang-kurangnya dua buah kereta juga terperangkap, kata seorang anggota bomba.
Seorang mangsa, Tomohiro Suzuki, 37, yang melalui kawasan berhampiran menceritakan detik-detik tragis itu.
Menurutnya, dia keluar dari kereta dan berlari ke arah sebuah kenderaan lain yang remuk akibat dihempap konkrit dengan tujuan untuk menyelamatkan penumpang kereta tersebut.
Suzuki berkata, dia kemudian menghubungi polis selepas mendapati amat mustahil untuknya melakukan kerja-kerja menyelamat.
Seorang lagi lelaki memberitahu agensi berita Jiji Press bahawa dia menyaksikan konkrit bumbung terowong itu menghempap sebuah kenderaan di depan matanya.
ASAP akibat kereta terbakar keluar dari terowong itu.
Menurutnya, dia mendengar bunyi suara orang meminta pertolongan dari celah-celah timbunan runtuhan sebelum seorang wanita keluar tanpa memakai kasut dengan pakaiannya koyak.
Wanita berkenaan meminta supaya semua rakan dan kekasihnya diselamatkan selepas kereta yang dinaikinya dihempap runtuhan itu.
Bagaimanapun, lelaki tersebut menyatakan, kereta yang dinaiki wanita yang terselamat itu terbakar.
Seorang wartawan, Yoshio Goto yang terperangkap dalam kemalangan itu berkata, dia sempat memecut kenderaannya dan berjaya keluar dari terowong itu.
Bagaimanapun, terdapat serpihan runtuhan yang menghempap kenderaannya.
"Saya kemudian melihat ke arah kenderaan saya dan mendapati separuh bumbungnya remuk," katanya.
Terowong Sasago yang melalui sebuah kawasan bukit tidak jauh dari Gunung Fuji merupakan salah sebuah terowong yang paling panjang di Jepun.
Ia merupakan kemalangan terburuk yang pernah berlaku di Jepun sejak tahun 1996, setelah sebuah terowong runtuh dan mengakibatkan 20 orang terbunuh.
Syarikat yang mengendalikan lebuh raya itu, Central Nippon Expressway menyatakan pihaknya sedang menyiasat punca kejadian.
Menurut syarikat itu, pihaknya tidak menemui sebarang kecacatan semasa melakukan pemeriksaan pada Septembar lalu.
Presiden syarikat itu, Takekazu Kaneko meminta maaf berhubung kejadian itu pada sidang akhbar di Nagoya.
"Saya meminta maaf kerana menyebabkan kemalangan serius. Saya kini meletakkan keutamaan berhubung kerja-kerja menyelamat," katanya. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1203&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2Dxf9MYgS
Hakcipta terpelihara
Confius Jap!!!!....ni AES punya hal lah nie.....
Duduk di simpang jalan menangkap pemandu yang memecut melebihi had laju,seorang pegawai trafik ternampak sebuah kereta yang dipandu tersangat perlahan dianggarkan hanya dipandu 22 batu sejam sahaja. Maka Polis trafik pun berfikir " Tak boleh jadik niee..lambat dari kura-kura..sangat bahaya bagi pemandu yang lain".
Polis trafik pun menahan dan memeriksa kereta itu dan didapati terdapat 5 orang wanita - dua wanita di depan dan tiga duduk di belakang - mata kesemuanya terbeliak dan mengigil ketakutan yang amat sangat dengan muka pucat macam mayat. Pemandu wanita sangat hairan dan bertanya " Apa kesalahan saya tuan? saya tidak melebihi had laju..kenapa ditahan?" "Makcik" polis trafik menjelaskan " makcik bukan melebihi had laju, tapi memandu lambat daripada had laju jugak boleh menyebabkan kemalangan kepada kereta yang lain" "lambat dari had laju ?" wanita itu merasa hairan.
"Tuan, saya mengikut dengan tepat kelajuan yang tercatat di papan tanda.[
JALAN AMPANG 22]!" bantah wanita itu dengan marah. Polis trafik itu tersenyum sindir dan menjelaskan maksud [JALAN AMPANG 22] adalah tanda nama jalan dan bukanya had laju. Dengan perasaan malu,wanita itu mengucapkan terima kasih atas penjelasan itu.
" Tapi sebelum makcik meneruskan perjalanan, saya ada satu pertanyaan...adakah kesemua penumpang di kereta makcik semuanya sihat? nampaknya makcik-makcik yang lain macam mengigil ketakutan dan muka pucat" polis trafik itu bertanya kehairanan "oh...jangan bimbang ,mereka semua akan bertenang semula selepas beberapa minit lagi. Kerana kami baru saja menuruni [Jalan Bukit Bintang 309]."
Mami: hahahahahaha....
Pertemuan yang didambakan selama 56 tahun..
Ibu, anak terpisah 56 tahun dipertemukan
Saedah tak mampu menahan kesedihan apabila bertemu semula dengan anaknya, Tuah di Kampung Binjai, Bayan Lepas, Pulau Pinang, kelmarin.
Pertemuan Saedah Kassim, 84, dan Tuah Hussin, 56, di rumah wanita berkenaan di Kampung Binjai, Bayan Lepas, di sini kelmarin, diselubungi suasana pilu sebaik anak kelima daripada lapan beradik itu tiba di kediaman berkenaan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), kira-kira jam 1.30 tengah hari. Saedah berkata, perasaannya sedih bercampur gembira kerana tidak menyangka bertemu semula dengan Tuah yang kini bermastautin di Singapura selepas diserahkan kepada seniman negara itu ketika mereka menetap di negara jiran berkenaan.
Kenalan lama
“Arwah Nordin dan isteri, Salmah Ibrahim adalah kenalan lama saya dan mereka tiada anak, jadi saya serahkan Tuah kepada mereka ketika dia baru berusia 10 hari. Sejak itu, kami tidak pernah bertemu dan terus terputus hubungan apabila saya kembali menetap di Malaysia pada 1969.
“Inilah saat cukup bahagia dan saya amat bersyukur kepada Allah. Tak mampu nak berkata-kata apabila bertemu dan melihat sendiri Tuah di depan mata,” katanya ketika ditemui, semalam.
Pernah merajuk
Sementara itu, Tuah berkata, dia dipelihara ibu bapa angkat dengan penuh kasih sayang, tetapi pernah merajuk dan sedih mengenangkan ibu bapa kandung sanggup menyerahkannya kepada orang lain selepas mengetahui kisah itu ketika berusia 14 tahun.
“Sejak tahu kisah sebenar, saya berusaha menjejaki ibu bapa kandung tapi tak berhasil. Namun berkat kesabaran dan doa, saya bertemu kakak kandung pada satu majlis keramaian di Singapura sebelum dipertemukan pula selepas itu dengan abang dan adik beradik lain.
“Akhirnya saya pulang ke pangkuan ibu. Ini hadiah paling istimewa dan saya tak sangka sama sekali dapat bertemu semula dengannya kerana kami terpisah sekian lama. Insya-Allah, saya akan bawa ibu bercuti dan tinggal bersama di Singapura tidak lama lagi,” katanya yang mempunyai empat anak.
“Arwah Nordin dan isteri, Salmah Ibrahim adalah kenalan lama saya dan mereka tiada anak, jadi saya serahkan Tuah kepada mereka ketika dia baru berusia 10 hari. Sejak itu, kami tidak pernah bertemu dan terus terputus hubungan apabila saya kembali menetap di Malaysia pada 1969.
“Inilah saat cukup bahagia dan saya amat bersyukur kepada Allah. Tak mampu nak berkata-kata apabila bertemu dan melihat sendiri Tuah di depan mata,” katanya ketika ditemui, semalam.
Pernah merajuk
Sementara itu, Tuah berkata, dia dipelihara ibu bapa angkat dengan penuh kasih sayang, tetapi pernah merajuk dan sedih mengenangkan ibu bapa kandung sanggup menyerahkannya kepada orang lain selepas mengetahui kisah itu ketika berusia 14 tahun.
“Sejak tahu kisah sebenar, saya berusaha menjejaki ibu bapa kandung tapi tak berhasil. Namun berkat kesabaran dan doa, saya bertemu kakak kandung pada satu majlis keramaian di Singapura sebelum dipertemukan pula selepas itu dengan abang dan adik beradik lain.
“Akhirnya saya pulang ke pangkuan ibu. Ini hadiah paling istimewa dan saya tak sangka sama sekali dapat bertemu semula dengannya kerana kami terpisah sekian lama. Insya-Allah, saya akan bawa ibu bercuti dan tinggal bersama di Singapura tidak lama lagi,” katanya yang mempunyai empat anak.
Bila orang tua bercinta
APA perasaan anda apabila diberitahu ibu bapa anda akan bercerai? Bayangkan ketika itu anda dan dua adik masih lagi belajar. Tentu terkejutkan? Tambah menyakitkan hati apabila anda dapat tahu, orang yang anda sayang dan percaya selama inilah yang menjadi punca perceraian tersebut," ujar Ella dalam e-melnya.
''Mulanya saya tak percaya apabila ayah beritahu perkara ini. Saya masih fikir tentulah ayah puncanya, nak kahwin lagi atau nak madukan ibu, sebab itu ibu minta cerai.Tetapi saya terkejut bila ayah pula meminta saya memujuk ibu supaya jangan teruskan hasrat bercerai, sebab ayah sangat sayangkan ibu.
''Saya yang baru balik bercuti, terkejut dan bagai tak percaya dengan berita yang saya dengar. Kecewa betul! Hingga petang saya tunggu, ibu masih tak balik rumah. Ketika keluar bilik untuk makan malam, adik beritahu yang ibu sudah tiga minggu tak balik rumah. Ibu pindah ke rumah kawannya. Ini sudah lebih!
''Waktu itu perasaan marah saya pada ibu menjadi-jadi sebab selama ini ibu nasihat saya supaya belajar demi masa depan, jangan sibuk cari kawan lelaki selagi belum lulus dan bekerja. Banyak lagi nasihatnya yang hingga kini masih tersemat di hati. Tetapi apa dah jadi, ibu pula buat hal?
''Tak ada nafsu saya nak makan malam tu, sebab kepala berserabut. Saya juga tak ada selera nak bertanya pada ayah, sebab hubungan ayah dengan kami tak rapat. Ayah pendiam. Ibulah yang rajin berbual kerana itu kami lebih rapat dengannya.
''Saya ambil kesempatan berbual dengan adik bongsu perempuan sebab adik lelaki pendiam macam ayah. Kata adik, ibu dah lama bergaduh dengan ayah tapi dia tak tahu puncanya hinggalah ibu minta cerai dan keluar rumah. Ayah mulanya larang ibu keluar dan tak mahu ceraikan ibu tetapi ibu mendesak. Akhirnya ayah bagi surat dan dengan surat itu ibu keluar.
''Saya cuba hubungi ibu dan setelah beberapa kali mencuba, barulah ibu jawab. Kata ibu dia tak mahu keruhkan suasana, apa yang sudah terjadi dia terima sebagai tadir, tapi saya tak puas hati hingga saya tahu hal sebenarnya.
''Pada hari yang ditetapkan saya jumpa ibu di rumah kawannya. Kata ibu dia bercerai setelah dapat surat taklik daripada ayah. Ayah tak izinkan ibu keluar rumah tetapi ibu berkeras jadi ayah beri taklik kalau ibu keluar juga maka gugurlah talaknya.
''Hati saya panas. Tentulah ayah puncanya. Tapi setelah dengar cerita ibu saya berfikir dua kali. Kata ibu dia tak boleh hidup dengan ayah sebab mereka tak sehaluan, puas dia bersabar tetapi sikap ayah yang banyak membisu, tak suka bergaul dengan orang, menjadikan ibu bosan dan tidak dapat teruskan hidup bersama.
''Saya tanya mengapa sekarang? Bukankah ibu telah berkahwin lebih 23 tahun dan masing-masing kini dekat 50 tahun. Mengapa sekarang baru bosan kerana ayah pendiam? Kalau ibu boleh sabar lebih 20 tahun takkan tak boleh bersabar lagi?
''Kata ibu selama ini dia bersabar sebab kami masih kecil tapi kini kami dah besar, saya dah masuk IPTS, maka ibu hendak rasa hidup lebih ceria dan bahagia.
''Saya cakap sepatutnya ibu bersyukur dapat hidup aman kerana ayah pendiam, tak tahu bersungut, marah apa lagi mengamuk. Tapi ibu kata, dia perlukan hidup yang penuh bermakna sementara bernyawa.
''Saya tak nafikan ayah memang pendiam tapi takkan kerana itu ibu sanggup tingalkan ayah? Saya korek lagi, apakah ibu ada orang lain untuk menceriakan hatinya? Mulanya ibu mengelak tetapi setelah ditanya berkali-kali, barulah terbongkar cerita rupanya ibu jumpa kawan lama, lebih tepat kekasih lama semasa muda, kini lelaki itu menduda setelah kematian isterinya dan mereka kembali bercinta.
''Ya Allah! Meluatnya! Dah tua tua pun nak bercinta lagi? Saya tak hangat hati kalau ibu balu tapi ibu isteri orang. Kalau ayah buat perangai memang patut ayah kena tinggal, tapi sebab ibu nak kembali dengan kekasih lama, saya jadi benci dan meluat dengan perangai ibu. Cukup-cukuplah bercinta! Patutnya ibu fikirkan pasal saya nak kahwin atau paling tidak pergi haji ketika kaki masih kuat.
''Akhirnya saya buat kesimpulan ayah bukan masalah utama ibu diberikan taklik.
''Setelah puas berdebat dengan ibu, saya tinggalkan ibu dengan perasaan sakit hati. Namun saya masih tak puas hati jika tak bertanya pada ayah.
''Malam itu juga saya tanya ayah. Saya nampak ayah berubah sungguh, dia mahu berbual. Ayah mengaku beri taklik pada ibu setelah dapat tahu ibu ada hubungan dengan lelaki lain. Kata ayah dia memang beri kebebasan kepada ibu pergi ke mana dia suka dengan kawan-kawannya, walaupun waktu malam. Tetapi adik ayah beritahu dia nampak ibu makan malam dengan lelaki lain di sebuah restoran.
''Adik ayah kenal lelaki tersebut kekasih lama ibu. Dua kali adik ayah ekori ibu sebelum menceritakan pada ayah. Memang ayah tak percaya, tetapi dalam diam ayah siasat telefon ibu. Terbukti segalanya dan ibu tak boleh berdalih lagi. Akhirnya ibu mengaku berjumpa kekasih lamanya. Ayah cuba nasihatkan ibu tetapi sudah terlambat.
''Kata ayah dia mahu rujuk semula setelah ibu bawa kes ke mahkamah dan mereka disahkan bercerai. Tapi ibu menolak.
''Saya hairan mengapa ibu berubah perangai. Ibu seorang wanita yang gigih membina hidup daripada cuma kerani, melahirkan kami bertiga, sambung belajar atas izin ayah yang memang berpendidikan tinggi, lalu naik pangkat.
"Ayah beri sepenuh kebebasan kepada ibu keluar dengan kawan, berseminar dan sebagainya tapi tak sangka ini balasan ibu.
''Saya bersimpati dengan ayah. Ayah baik, jujur dan sayangkan keluarga tetapi itu tidak dapat memenuhi perasaan dan kehendak ibu. Ibu mahukan suami yang boleh diajak berbincang, keluar membeli-belah dan lebih penting boleh bergurau senda," keluh Ella dengan sikap lupa diri ibunya.
Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd
Subscribe to:
Comments (Atom)
