Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, May 21, 2012

Bukan Doa Kamu Yang Makbul Sebenarnya


 Bercakap fasal doa:
saya teringat satu kisah yang sangat-sangat memberikan kesan dalam kehidupan saya. Guru-guru saya di sekolah, semenjak sekolah rendah, sangat menerapkan doa. Jadi, saya sudah dibiasakan dengan Solat Hajat, Solat Dhuha, Qiamullail, waktu-waktu doa yang mustajab seperti ketika hujan dan sebagainya agar saya rajin berdoa, dan agar doa saya makbul. Jadi, bila Allah anugerahkan saya kejayaan, saya sentiasa rasa, itu sebab saya doa dengan bersungguh-sungguh. Namun satu cerita mengubah persepsi saya.     


Cerita yang saya dengar itu begini:    


Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.  Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.   Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.  Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.     Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.   Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.   Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:     “Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”   Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.     Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.   Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa. Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.     Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”     MasyaALLAH…     Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.    Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.  Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang.   Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.     "Aku buat beginilah yang jadi begini."    "Doa aku makbul seh!"     "Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun."  Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.  Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.  Cerita itu sangat menyentuh hati saya.    Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga.  Kita ini banyak dosa.  Banyak hijab.  Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya.  Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita.    Semoga bermanfaat note ini.     
Sebarkan jika anda rasa ada manfaatnya.    Semoga Allah redha dengan kita    
Komen:  Mak & Abah, Suami dan sesiapa juga yang mendoakan kebaikan ke atas diri ini...kupohon kepada Allah, kurniakanlah kebaikan dan rezeki yang melimpah ruah keatas mereka semuanya..amin amin ya rabbal alamin..

Perkongsian Maklumat - Penyebab Kanser

KANSER 


Apakah kanser ? Ia merupakan keadaan dimana sel-sel sihat dalam badan kami telah berubah kerana diserang oleh asid yang mengandungi kimia yang membolehkan sel-sel kanser menambah dan merebak dalam badan kami. Untuk mengelakkan darah kami menjadi asidik perlu jaga makanan. Kurangkan makan daging dan amalkan lebih memakan sayur dan buah-buahan. 

PENGETAHUAN   AM 

Gigi manusia menunjukkan bahawa kami sebenarnya perlu makan sayur dan buah-buahan kerana hanya mengandungi 
4 batang gigi tajam ( gigi kanine ) daripada 32. Ini bermaksud 28 batang untuk mengunyah makanan berbentuk  buah dan sayur.  Binatang liar seperti harimau dan singa yang makan daging mempunyai gigi yang tajam untuk mengoyak daging.Kitab agama Al-Quran pun beri petunjuk bahawa kami perlu makan sedikit daging sahaja. 

PENYEBAB KANSER 


Penyebab utama adalah merokok. Ia membunuh manusia secara perlahan-lahan tanpa kesan-kesan awal dan menghabiskan duit kami dengan senyap sahaja. Setiap batang rokok mempunyai 4,000 jenis kimia yang merbahaya ( dalam sukatan amaun kecil ). Menghisap sekali lebih 600 kali merbahaya daripada bernafas asap daripada kenderaan awam

MAKANAN YANG MENYEBABKAKANSER 


a)  Makanan yang di 
  BBQ 

b)  Makanan yang di goreng dengan lebih minyak seperti goreng pisang, keledek, kentang fries & wedges ,kerepek. 

c)  Daging yang dimasak dengan api atau suhu yang sangat tinggi. 


d)  Makanan yang diawet , berlebihan garam atau nitrate. Contoh : makanan tin, telor & sayur masin, sausage, daging salai. 

e)  Nasi yang disimpan hingga pagi esok ( mengandungi aflatoksin ) 


g)  Makanan yang berkurangan serat. 
  Contoh : roti putih. Badan kami memerlukan 25gm serat yang boleh cair dan diserap dan serat biasa  setiap hari. Kami perlu minum sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter atau 8 gelas air kosong sehari 

h) Jangan makan roti yang telah berkulat dan roti yang disimpan lebih 2 hari dalam cuaca panas untuk mengelakkan 
kanser hati 

UBAT KANSER  SEMULAJADI 


Sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna hijau, merah, unggu dan oren sangat mengandungi bahan-bahan anti-kanser seperti antioksiden dan Vitamin A, E dan C yang mencegah dan melawan sel-sel kanser. Segala jenis kanser boleh diubati dengan jus buah dan sayur.   Buah durian belanda agak berkesan. Berikan kepada pesakit dan buat ujian darah kemudian. Pasti nampak sel-sel kanser akan berkurangan dalam darah kami dan lama-lama akan sembuh. Boleh cuba kalau tak percaya. Ada kes dimana doktor telah kata kanser dalam tahap ke 4 dan tidak boleh diubati lagi.......tetapi oleh kerana tiada pilihan lain ( lebih baik cuba daripada menunggu dan menderita ) dan keyakinan diri pesakit minum jus buah-buahan dan sayuran bercampur ( termasuk carrot, durian belanda, strawberry, blueberry, kobis, broccoli dan anggur merah ). 

Selepas beberapa hari pesakit nampak lebih bertenaga dan sihat. Ujian darah dibuat dan doktor-doktor pun terkejut dan hairan bahawa sel-sel kanser makin berkurangan. Lama-lama pesakit makin sembuh dan akhirnya hidup seperti biasa. 

Sebarkan maklumat ini kepada semua kawan-kawan. Mungkin dapat menolong menyelamatkan nyawa dan memberi harapan kepada yang menderita.

Nota:  Maklumat diperolehi dari email yang di'subscribe'.  Dipaparkan disini untuk pengetahuan bersama.

Friday, April 27, 2012


Lepas lebih 10 tahun, Shahnon baru sedar.
Posted by The Unspinners at 4/16/2012
 
 
GEORGETOWN: Veteran PAS, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad menyifatkan kerjasama PAS dengan DAP dalam gabungan pembangkang bercanggah amalan politik Islam yang diajar Rasulullah SAW.

Beliau yang juga Sasterawan Negara, berkata Rasulullah SAW tidak pernah bekerjasama dengan kaum bukan Musyrikin Madinah seperti dilakukan PAS ketika ini sebaliknya hanya mengikat kata sepakat melalui Perjanjian Hudaibiyah.

Justeru, ahli PAS seumur hidup itu menolak kerjasama antara PAS dan DAP kerana ia tidak sama dengan pendekatan diambil Rasulullah SAW.

“Dasar politik PAS sekarang ini langsung tak sama dengan amalan politik Rasulullah SAW bersama sahabatnya ketika membentuk Madinah,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Shahnon adalah bekas Ahli Parlimen Sik dari 1999 hingga 2004 dan bersara daripada politik kerana masalah kesihatan selain ingin menumpukan perhatian terhadap dunia kesusasteraan.

Beliau diiktiraf sebagai Sasterawan Negara kedua pada 1982 dan menghasilkan pelbagai karya satira seperti Ranjau Sepanjang Jalan, Srengenge dan novel kontroversi bertajuk Shit pada 1999.
Dalam perkembangan sama, Shahnon turut membidas Dewan Ulama PAS yang semakin hilang taringnya dalam menyuarakan dakwah politik Islam kerana hendak menjaga hubungan dengan DAP.

Katanya, hampir semua ulama PAS termasuk Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat gagal memainkan peranan mempertahankan Islam dan pengaruh mereka mula dibayangi golongan profesional PAS.

“Malah, saya sendiri sebenarnya tidak berapa faham dengan perjuangan dan latar belakang golongan profesional PAS ini. Apa disiplin ilmu individu yang mendakwa mereka adalah pemimpin profesional PAS ini?

“Kesimpulannya adalah PAS sekarang tidak sama macam dulu dan saya langsung tidak bersetuju dengan dasar politik semasanya selain konsep kerjasama pemimpin PAS dengan DAP,” katanya
 

Thursday, March 1, 2012

Pesanan Untuk Semua Ibu Bapa...and to myself..

Pesanan dari Shamrulismawi Abah BlackPearl, ayah kepada Allahyarham Faris Nur Daniel

Pesanan dari Shamrulismawi Abah BlackPearl, ayah kepada Allahyarham Faris Nur Daniel buat semua ibu bapa...


Buat kawan-kawan semua.... Antara perkara yang kita boleh jadikan pengajaran dari kisah Allahyarham Faris Nur Daniel...

1. Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malammmmm.. mengantuk.. etc... That might be the last night that he/she does that.

2. Bila anak mintak mainan atau sesuatu kalau mampu, kita cubalah berikan. That might be the last night that he/she ask for something.

3. Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang... That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak.

4. Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active.

5. Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang... That might be the last food that he/she eats.

Bottom line is......Hargailah masa anda bersama anak-anak...Kita tak tau bila kita atau dia yang akan "pergi" dulu.

# to all the parents out there..pls take note(utk diri sendiri juga) 

Hahahaha....Lawak pagi khamis!!!

http://www.niloespinosa.com/wp-content/uploads/2011/05/2012-bmw.jpg
 
Achar Singh buys the new Automatic BMW X8 sport.He drives the Car perfectly well during the day, but at night the Car just won’t move at all. He tries driving the car at night for a week but still no luck. He then furiously calls the BMW dealers and they send out a technician to him, the technician asks “ Sir, are you sure you are using the right gears?” Full of anger Achar replies “You fool, idiot man, how you could ask such a question, I'm not stupid!! I use D for the Day and N for the Night...”

Monday, February 20, 2012

Baru nak buat? Kenapa tak dibuat dari awal2 lagi?

Visa, pas pelajar asing dihenti

JOHOR BAHRU 19 Feb. - Kementerian Pengajian Tinggi menghentikan pemberian visa ketibaan dan pas sosial kepada para penuntut asing ke negara ini bagi membendung penyalahgunaan pas itu.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya hanya mengeluarkan visa pelajar kepada penuntut asing selepas mereka menerima tawaran melanjutkan pengajian daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) kelolaan kementerian.

Beliau berkata, perbincangan mengenai perkara berkenaan sudah dilakukan bersama Jabatan Imigresen dua bulan lalu dan pemberian pas dihentikan kecuali mereka menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke Malaysia.

"Mereka yang dikesan terbabit dengan kegiatan jenayah dan penyeludupan dadah kebanyakan pelajar yang mengikuti program sementara dan pengajian bahasa di IPT yang bukan di bawah kelolaan kementerian. Mengikut rekod polis, tidak banyak pelajar yang berada di bawah kelolaan kementerian terlibat dengan kegiatan tersebut.

"Pihak pengurusan IPTA dan IPTS juga perlu memaklumkan kepada kementerian jika ada penuntut asing yang mengabaikan pelajaran supaya kementerian dapat menyiasat sekiranya mereka terbabit dengan kegiatan negatif," katanya selepas merasmikan Majlis Penutup Program Mesra Ilmu Siri Tiga anjuran Fakulti Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Taman Cendana, Pasir Gudang, dekat sini hari ini.

Mohamed Khaled mengulas saranan Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Satar yang menyarankan supaya kementerian itu mengkaji semula dasar terlalu terbuka pemberian visa dan pas lawatan pelajar bagi membendung negara ini menjadi hab dadah antarabangsa.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, program anjuran UKM itu secara tidak langsung dapat membantu penduduk setempat khususnya pelajar meningkatkan pengetahuan.

Beliau memberitahu, seramai 104 mahasiswa menjalankan program khidmat komuniti selama tiga hari bermula 17 Februari lalu.

"Saya berharap UKM dapat meneruskan program ilmu ini bagi membantu penduduk dan pelajar setempat untuk lebih bermotivasi," katanya.

Komen:  Sudah sampai masanya Malaysia mengikut syarat2 seperti Negara Jepun dan Eropah bila rakyat asing hendak ke Malaysia.  Kena ada reference (pelawaan dari IPTA/S).  Kenapalah baru sekarang terfikir nak buat benda macam ni.  Selepas macam2 perkara negatif dilakukan barulah nak buat syarat2 yang masuk akal.  Tahun lepas masih lagi menafikannya.  Nak tungguh parah baru nak bertindak.  Patutnya "mengelak sebelum dilanggar".  

Copy dari Blog Tuan Mazidul...Mudah2an Adik Faris segera sembuh..amin

Isnin, Februari 20, 2012

MATA FARIS TERBUKA TETAPI ... (HARI KE 19)

Jam 5.15 petang semalam, saya tiba di Sime Darby Medical Center, di Subang Jaya, Selangor. Sebagai blogger, saya membawa bersama kamera digital ke lokasi.


Berikutan tidak melihat notis atau papan tanda dilarang merakamkan gambar, dalam perjalanan keNorth Tower, saya rekodkan gambar berikut.


Hampir jam 5.30 petang, saya tiba di luar NICU. Ketika itu ayah Faris, Shamrulismawi IsmaiL, 38 tahun, sedang berbual bersama beberapa penduduk taman tempat tinggalnya, hadir untuk ziarah.


Syukur, sewaktu mendepani saat getir, saudara dan rakan datang meluahkan rasa simpati serta menghulurkan bantuan.


Tepat jam 5.30 petang, Sham menjemput saya masuk ke NICU untuk melihat keadaan Faris di dalam bilik berdinding cermin.


Waktu itu, hanya ibu Faris, kakitangan Celcom, Zuraine Mohamad dan jururawat bersama anak kecil berusia 6 tahun sedang bertarung dengan nyawanya itu.

"Dia boleh bernafas tetapi bergantung seratus-peratus kepada bekalan oksigen. Sejak sejam tadi, apabila dos ubat tidur dikurangkan, Faris mampu membuka matanya," ujar Sham kepada saya.


Dari jauh saya melihat dada kecil Faris turun naik, kencang. Matanya terbuka luas seakan mampu melihat kelibat ibunya setia duduk dan berdiri di sebelah anak bongsu itu.

Sebelum melangkah masuk ke unit terbabit, saya melihat beberapa notis di tampal di dinding berhampiran pintu masuk. 


Hanya kelihatan notis larangan merokok dan menggunakan telefon bimbit.


Bagi saya, hanya orang tidak waras sahaja tergamak merokok di dalam bangunan hospital. Telefon bimbit? Jika diperhatikan dikebanyakkan hospital, sebilangan kakitangan pusat perubatan juga didapati menggunakan alat komunikasi itu. Justeru tidak hairan jika ahli keluarga pesakit dan pelawat sering dilihat berhubung menggunakan telefon bimbit.

Jika merakam gambar tidak dibenarkan dan dianggap hal teramat penting, pasti notis larangan penggunaan kamera ditampal di dinding hospital secara JELAS, sama seperti notis larangan lain.

Di lokasi itu tidak pula kelihatan notis larangan terbabit.

Justeru saya kemudian merakamkan gambar terakhir, sebelum masuk melihat anak kecil itu dari jarak dekat.


Saya memasukkan kamera ke dalam poket sebelum dihampiri seorang daripada jururawat bertugas.

"Di sini tidak boleh mengambil gambar," ujarnya secara hormat.

Selepas memakai topeng muka dan membasuh tangan, saya masuk menziarahi Faris.


"Faris, Faris, tengok ini, uncle datang," bisik Zuraine ke telinga anaknya berselimut.

Mendengar kata-kata itu, airmata saya spontan mengalir membasahi pipi. Saya perhatikan mata Faris, terbuka luas tetapi tidak berkelip. Sesekali kedengaran bunyi rengekan kurang jelas keluar dari mulutnya disumbat tiub.


Barangkali Faris ingin memberitahu kami, betapa peritnya pengalaman ditempuh itu. Tambahan pula, saya difahamkan, paru parunya kurang berfungsi.

"Perut dia membesar mungkin sebab hati dia bengkak," ujar Zuraine sambil mengusap perut anaknya.

Sila baca nukilan saya sebelum ini untuk mengetahui fakta berhubung Faris, klik di sini.

Tabahnya hati ibu itu.

Perjuangannya dan suami masih belum selesai, nasib anak kesayangan mereka masih belum diketahui. Namun saya percaya pakar perubatan dan kakitangan hospital swasta ternama itu sentiasa bertungkus-lumus, cuba memberikan rawatan terbaik untuk Faris.

Faris mula dimasukkan ke hospital terbabit sejak 19 hari lalu kerana demam. Empat hari kemudian dia disahkan oleh doktor mengidap HLH, bahasa mudahnya, barah darah.

Saya kemudian memegang kedua kaki Faris, terasa panas namun tidak bergerak.

Saya melihat airmata Zuraine bergenang sewaktu menyentuh kepala Faris. Berulang kali dia mengusap kepala anaknya, zuriat sebelum ini normal bergerak seperti anak lain. Hanya iman dan kepercayaan, Allah penentu takdir, hidup mati manusia, dia masih mampu berdiri dan tanpa jemu membisikkan kata kata semangat ke telinga Faris.


Untuk rekod, saya tidak merakamkan gambar sewaktu berada di dalam bilik bersama Faris.

Tiba-tiba, di luar, saya terlihat kelibat 2 pengawal keselamatan berbual bersama ayah Faris. Lalu saya bergerak keluar.

"Di sini tidak boleh merakamkan gambar," kata pegawai pengawal keselamatan.

Saya hanya sekadar bertanya.

"Saya tidak merakamkan gambar di dalam tetapi kalau ada peraturan atau undang-undang tidak membenarkan gambar Faris dirakamkan dari luar, mungkin encik boleh tunjukkan," ujar saya.

Barangkali bersimpati melihat saya masih bertopeng muka, kedua pengawal itu kemudian pantas beredar. Saya kemudian masuk semula ke bilik. Saya difahamkan, bil rawatan Faris kini mencecah RM75,000 sedangkan insuran ibu dan ayahnya berjumlah kira-kira RM40,000 sahaja.

Dua gambar saya rakam itu untuk dikongsikan bersama semua pembaca blog ini. 

Fakta, saya tidak berada di hospital itu atas kapasiti sebagai wartawan tetapi sebagai sahabat dan blogger. Jika membuat liputan untuk stesyen televisyen, saya mempunyai jurukamera sendiri, dia tidak menggunakan kamera digital tetapi kamera DVC Pro atau Mini DV, merakamkan video, bukan gambar pegun.

"Polisi hospital ini tidak membenarkan gambar pesakit dirakamkan, untuk menjaga privacy pesakit. Kita memang ada surat pekeliling dikeluarkan oleh Pengarah hospital," ujar jururawat saya dekati.

"Kalau benar begitu, mengapa polisi itu tidak dipamerkan? Supaya pelawat dan keluarga pesakit maklum? Kalau boleh saya ingin melihat polisi itu dan sekaligus mengetahui apakah hukumannya jika merakamkan gambar di hospital," balas saya.

Dia kemudian berjanji untuk menunjukkan kepada saya surat pekeliling, polisi dalaman didakwa wujud. Namun selepas sejam berdiri di luar unit terbabit, tiada pula kakitangan hospital menemui saya seperti dijanjikan.

Jika isu privacy dibangkitkan, dia harus tahu, saya hanya merakamkan gambar Faris, bukan pesakit lain. Tambahan pula, rakaman itu dibenarkan oleh ayah pesakit justeru tidak timbul soal privacy. Sebelum ini semua gambar dimuatkan di blog ini dihantar oleh Sham melalui MMS kepada saya.

"Saya pun hairan juga, kata ada peraturan dilarang merakamkan gambar di hospital tetapi tiada pula kelihatan notis larangan. Hemat saya, setiap peraturan harus dimaklumkan secara jelas kepada pelanggan hospital," celah Baharuddin Zainal Abidin, 43 tahun.


Pekerja Pos Malaysia, kini menetap di Klang, Selangor  itu, rakan Zuraine di kampung sewaktu kecil.

"Mereka mungkin tidak faham dan saya tidak diberikan peluang untuk menjelaskan fakta. Gambar Faris digunakan untuk dimuatkan di blog, agar lebih ramai pembaca budiman dapat membantu meringankan bebanan kos ditanggung oleh keluarga Faris," ujar saya.

Sham mendengar perbualan kami.

"Bukan apa Sham, dengan gambar itu kita mampu berkongsi perkembangan terkini Faris. Berbekalkan fakta, pembaca blog saya dan masyarakat, InsyaAllah, tentunya tanpa keraguan akan terus menghulurkan sumbangan," jelas saya.

Sham memahami tuntutan itu.

"Berikutan ramai orang menyumbang, Maybank pada awalnya telah menyekat akaun pertama saya, kerana banyak transaksi. Barangkali bimbang berlaku kes penipuan tetapi setelah diperjelaskan, kini akaun terbabit diaktifkan semula. Kalau ingin menghulurkan bantuan, mohon gunakan kembali akaun Maybank saya, 1140-1115-2218," katanya.

Setakat ini, dilapor RM16,800 berjaya dikumpulkan. Sham dan isteri memerlukan lebih RM30,000 untuk menampung bil hospital Faris selama 19 hari.

"Sampaikan ucapan terima kasih saya kepada semua mereka membantu, hanya Allah mampu membalas jasa baik mereka. Mohon doakan bersama, agar Faris sembuh seperti biasa," pinta Sham.


SILA HEBAHKAN

Friday, February 17, 2012

Bandaraya Tanpa Hospital...cuba teka di mana?

JKR tubuh pasukan khas

Oleh Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.my
TINJAU...Shaziman (dua dari kanan) meninjau pembinaan Hospital Shah Alam, semalam.
TINJAU...Shaziman (dua dari kanan) meninjau pembinaan Hospital Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM: Jabatan Kerja Raya (JKR) menempatkan pasukan khas ditapak projek Hospital Shah Alam yang terbengkalai sebelum ini bagi memudahkan rundingan dengan kontraktor sekiranya wujud masalah di tapak pembinaan.

Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, langkah kementerian meletakkan pegawai pasukan khas itu memudahkan urusan antara pihak kontraktor dan JKR terutama masalah yang memerlukan keputusan segera.

Katanya, dengan adanya pasukan khas JKR yang terdiri daripada pegawai berpengalaman, sebarang masalah yang timbul di tapak projek hospital berkenaan tidak perlu dibawa kepada mesyuarat dan kelewatan proses pembinaan dapat dielakkan.



“Kelewatan pembinaan hospital ini menyebabkan orang ramai sukar mendapatkan perkhidmatan kesihatan dan pergi mendapat rawatan di Hospital Klang (Hospital Tuanku Ampuan Rahimah).

“Jadi, dengan adanya pasukan khas JKR, keputusan dapat dibuat segera dan hospital disiapkan mengikut jadual,” katanya ketika melawat tapak pembinaan Hospital Shah Alam, di sini, semalam.


Beliau berkata, hospital bernilai RM410 juta itu dijangka siap sepenuhnya pada Oktober 2013 bakal mengatasi masalah kesesakan dan kekurangan katil di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.




Dalam sidang media sama, Shaziman berkata, sebanyak 97 projek daripada 3,128 projek yang diselia di bawah kementeriannya dikategorikan sebagai projek ‘sakit’ setakat 13 Februari lalu.

Komen:  Shah Alam tu nama ajer Bandaraya...Hospital pun tak ada...

Katanya, daripada 97 projek ‘sakit’ yang disenaraikan, 31 projek sudah ditamatkan dan kontraktor baru sudah dilantik disebabkan kontraktor sebelum ini menghadapi pelbagai masalah dan menyebabkan kelewatan projek berkenaan untuk siap.



“Projek ‘sakit’ adalah projek yang tidak disiapkan mengikut jadual. Kelewatan sesuatu projek itu disiapkan menyebabkan kerajaan menanggung kenaikan kos yang tinggi. “Kementerian memberi keutamaan projek berimpak tinggi seperti hospital dan sekolah serta memantau projek berkenaan supaya siap mengikut jadual dan membantu kontraktor yang menghadapi masalah ketika menyiapkan projek berkenaan,” katanya.

Projek pembinaan hospital dengan kos RM482.6 juta itu dimulakan pada 15 November 2007 dan sepatutnya siap pada 25 Jun tahun lalu.


JKR mengeluarkan Notis Penamatan Kontrak kepada kontraktor utama projek itu pada 3 September 2010 berikutan kelewatan pelaksanaan projek selama 62 hari dan ketiadaan sebarang aktiviti di tapak pembinaan sejak Ogos 2010 sebelum disambung semula pada Oktober tahun lalu.

Monday, January 30, 2012

Kiamat kah?

Ancaman ribut matahari




Ribut matahari yang kuat boleh menyebabkan transformer bekalan elektrik terbakar seperti yang berlaku di Quebec, Kanada pada tahun 1989.


AWAL minggu lalu, dunia digemparkan dengan fenomena ledakan di matahari atau disebut ribut matahari.

Adakah ini ada rentetan ramalan ahli nujum terkenal Nostradamus mengenai kemusnahan Bumi?

Sebelum ini penyelidik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) pada Mac 2006 pernah meramalkan ribut matahari paling dahsyat atau dikenali dengan solar maksimum akan berlaku dalam setiap 50 tahun.

Kajian yang diketuai oleh Mausumi Dikpati daripada Pusat Nasional bagi Penyelidikan Atmosfera (NCAR) menyatakan, kitaran matahari akan menjadi lebih kuat 30 hingga 50 peratus berbanding terdahulu.

Jika ramalannya benar, tahun 2012 dan 2013 bakal menyaksikan aktiviti matahari lebih besar daripada tragedi Solar Max 1958.

Ledakan atau aktiviti matahari terkini dicatatkan sebagai yang paling kuat sejak 2005, demikian menurut pakar astrofizik Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Kebangsaan Amerika Syarikat (NOAA), Doug Biesecker.

Koordinator Observatori Negara Langkawi (ONL), Agensi Angkasa Malaysia, Mhd Fairos Asillam berkata, matahari merupakan bintang.

“Kitaran suria atau kitaran aktiviti magnetik matahari adalah perubahan berkala dalam jumlah pancaran atau sinaran dari Matahari yang menyirami Bumi “Kitaran suria mengambil masa secara purata 11 tahun dari satu solar maksimum ke solar maksimum berikutnya dan telah diperhatikan bahawa perubahan antara sembilan hingga 14 tahun bagi sebarang kitaran suria yang diberikan,” katanya semasa dihubungi Mingguan Malaysia.
Bagaimana kita menentukan bila fasa aktif matahari?

Mhd Fairos berkata, ahli astronomi yang memantau keadaan matahari setiap hari akan melihat banyak tompokan hitam di permukaan matahari.

“Solar maksimum adalah tempoh yang mana aktiviti solar adalah tertinggi di dalam kitaran suria bagi matahari.
Semasa solar maksimum, terdapat bilangan tompok matahari yang banyak di atas permukaannya iaitu melebihi angka 200,” katanya.

Ini menyebabkan medan magnet matahari berpintal atau menyimpul. Akibatnya akan berlaku suar suria atau julangan bebola api yang bersaiz gergasi dari permukaan matahari dan juga ejeksi jisim korona (corona mass ejection atau CME).

Di Malaysia, Agensi Angkasa Malaysia (Angkasa) dan Jabatan Metereologi Malaysia di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Aktiviti Matahari bagi memantau aktiviti matahari di ONL dengan kerjasama International Space Weather Initiative (ISWI) bagi memantau aktiviti matahari.

Bagi letupan yang berlaku di matahari 23 Januari lalu, jawatankuasa berkenaan akan memantau selama enam hari sehingga Isnin.

“Ini kerana hanya letupan yang paling hampir dengan permukaan Bumi akan dikira kerana ia mengambil masa dua hingga enam hari untuk sampai ke Bumi,” katanya.

Apabila berlakunya ribut solar, hanya bahagian matahari yang paling hampir dengan Bumi dan menyemburkan tenaga dipantau.

“Apabila semburan banyak dan kuat melanggar lapisan atas dan dinding magnet Bumi ia mengakibatkan ribut geomagnetik.

“Ribut berkenaan boleh memberikan gangguan pada lapisan ionosfera Bumi di mana terdapatnya komunikasi radio dan satelit,” katanya.

Bagaimanapun jelas Mhd. Fairos, ribut geomagnetik biasanya tidak memberikan kesan langsung kepada negara-negara di kawasan Khatulistiwa.

Biasanya kawasan berhampiran Kutub Utara dan Kutub Selatan mendapat kesan langsung daripada ribut berkenaan.

“Malaysia tidak terlibat secara langsung kerana negara tidak mempunyai banyak satelit tetapi kebanyakkan satelit mempunyai panel solar.

“Ketika itu operator satelit akan memastikan satelit berada pada mod pasif supaya fungsinya tidak terganggu,” katanya.

Mengambil contoh Kitaran Suria ke 22 yang berlaku pada 1989 menyebabkan transformer di Quebec, Kanada terbakar dan keadaan bergelap selama sembilan jam.

Tragedi

Bagaimanapun selepas apa yang berlaku di Quebec, Kanada, menurut Fairos, saintis semakin memahami aktiviti matahari dan kerugian daripada tragedi berkenaan dapat dikurangkan.

Bagaimanapun jika ribut berkenaan amat kuat, negara yang berdekatan dengan kutub seperti Eropah, Jepun, Rusia akan mendapat kesannya.

“Sebab itulah aurora juga hanya kelihatan di negara berhampiran kutub,” katanya.

Negara yang berhampiran dengan Khatulistiwa lebih selamat dengan medan magnet yang melindunginya.
Ini kerana zarah-zarah matahari datang ke Bumi dan masuk melalui Kutub Utara dan Kutub Selatan.

“Walaupun negara kita tidak terlibat secara langsung dengan ribut solar tetapi aktiviti yang melibatkan satelit mungkin terganggu.

“Bayangkan jika telefon bimbit, kereta, trak, kapal terbang, komputer, televisyen, radio atau permainan elektronik semua tidak berfungsi.

“Tentu ini akan melumpuhkan ekonomi negara,” katanya.

Malah beberapa syarikat penerbangan di Eropah terpaksa mengubah laluan penerbangan daripada melalui kawasan kutub yang terdedah kepada radiasi.

Bagaimanapun ribut solar yang diukur adalah pada skala G1 yang paling rendah atau minor kerana biarpun terdapat letupan kuat di matahari tetapi jarak yang jauh memperlahankan impak yang tiba ke Bumi.

Mhd Fairos menegaskan ribut solar tidak memberikan sebarang kesan kepada manusia serta tidak berkaitan dengan perubahan cuaca.

Sementara itu, ahli astronomi amatur tempatan, Shahrin Anuar berkata, selain Bumi, planet-planet yang berada di sekitar matahari turut merasai kesan fenomena daripada ledakan tersebut.

“Jika Bumi menerimanya pada awal minggu lalu, planet Marikh pula merasai kesan tersebut sehari selepas itu,” katanya.

Partikel bertenaga tinggi akan tiba ke Bumi dalam jangka masa satu hingga dua hari sementara radiasi elektromagnetik akan mencecah Bumi dalam masa lapan minit.

CME yang tercetus bergerak dengan halaju 6.4 juta kilometer sejam menuju Bumi.

Jumlah bahan yang terbebas dalam proses tersebut dianggarkan mencapai berjuta-juta kilogram.

Partikel-partikel yang terhasil daripada letusan matahari itu tidak membahayakan nyawa manusia kerana dihalang oleh medan magnet.

Kesan aktiviti matahari yang mencetuskan ledakan yang paling buruk pernah direkodkan berlaku pada abad ke-19.

Ketika itu kesan ketara yang berlaku adalah gangguan sistem telegraf.

Pada 1859, Bumi menghadapi fenomena ribut solar yang terbesar dan mengejutkan.

Tindakbalas di atas permukaan matahari teramat marak sehingga menyebabkan sistem wayar telegraf di United Kingdom (UK) dan AS terganggu dan dalam kes tertentu, terbakar secara tiba-tiba.

Sehingga rencana ini ditulis pada 27 Januari, laman web Angkasa melaporkan :Rantau aktif 1402 yang menyebabkan letusan suar matahari dan ribut geomagnetik pada awal minggu ini kembali aktif dengan penyemburan jisim korona di kutub utara Matahari.

Bagaimanapun letusan CME ini tidak memberikan ancaman kerana tidak menghala ke Bumi.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat terkini mengenai ribut Matahari setiap hari boleh layari http://www.angkasa.gov.my

Friday, January 27, 2012

Bukan Doa Kamu Yang Makbul Sebenarnya


  Bercakap fasal doa:
saya teringat satu kisah yang sangat-sangat memberikan kesan dalam kehidupan saya. Guru-guru saya di sekolah, semenjak sekolah rendah, sangat menerapkan doa. Jadi, saya sudah dibiasakan dengan Solat Hajat, Solat Dhuha, Qiamullail, waktu-waktu doa yang mustajab seperti ketika hujan dan sebagainya agar saya rajin berdoa, dan agar doa saya makbul. Jadi, bila Allah anugerahkan saya kejayaan, saya sentiasa rasa, itu sebab saya doa dengan bersungguh-sungguh. Namun satu cerita mengubah persepsi saya.     Cerita yang saya dengar itu begini:    Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.    Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.     Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.     Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.     Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.     Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.     Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:     “Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”     Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.     Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.     Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.     Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.     Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”     MasyaALLAH…     Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.    Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.     Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang.     Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.     "Aku buat beginilah yang jadi begini."    "Doa aku makbul seh!"     "Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun."     Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.     Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.     Cerita itu sangat menyentuh hati saya.    Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga.Kita ini banyak dosa. Banyak hijab.     Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya.     Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita.     Semoga bermanfaat note ini.     
Sebarkan jika anda rasa ada manfaatnya.    Semoga Allah redha dengan kita    
Komen:  Mak & Abah, Suami dan sesiapa juga yang mendoakan kebaikan ke atas diri ini...kupohon kepada Allah, kurniakanlah kebaikan dan rezeki yang melimpah ruah keatas mereka semuanya..amin amin ya rabbal alamin..