Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, February 20, 2012

Baru nak buat? Kenapa tak dibuat dari awal2 lagi?

Visa, pas pelajar asing dihenti

JOHOR BAHRU 19 Feb. - Kementerian Pengajian Tinggi menghentikan pemberian visa ketibaan dan pas sosial kepada para penuntut asing ke negara ini bagi membendung penyalahgunaan pas itu.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya hanya mengeluarkan visa pelajar kepada penuntut asing selepas mereka menerima tawaran melanjutkan pengajian daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) kelolaan kementerian.

Beliau berkata, perbincangan mengenai perkara berkenaan sudah dilakukan bersama Jabatan Imigresen dua bulan lalu dan pemberian pas dihentikan kecuali mereka menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke Malaysia.

"Mereka yang dikesan terbabit dengan kegiatan jenayah dan penyeludupan dadah kebanyakan pelajar yang mengikuti program sementara dan pengajian bahasa di IPT yang bukan di bawah kelolaan kementerian. Mengikut rekod polis, tidak banyak pelajar yang berada di bawah kelolaan kementerian terlibat dengan kegiatan tersebut.

"Pihak pengurusan IPTA dan IPTS juga perlu memaklumkan kepada kementerian jika ada penuntut asing yang mengabaikan pelajaran supaya kementerian dapat menyiasat sekiranya mereka terbabit dengan kegiatan negatif," katanya selepas merasmikan Majlis Penutup Program Mesra Ilmu Siri Tiga anjuran Fakulti Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Taman Cendana, Pasir Gudang, dekat sini hari ini.

Mohamed Khaled mengulas saranan Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Satar yang menyarankan supaya kementerian itu mengkaji semula dasar terlalu terbuka pemberian visa dan pas lawatan pelajar bagi membendung negara ini menjadi hab dadah antarabangsa.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, program anjuran UKM itu secara tidak langsung dapat membantu penduduk setempat khususnya pelajar meningkatkan pengetahuan.

Beliau memberitahu, seramai 104 mahasiswa menjalankan program khidmat komuniti selama tiga hari bermula 17 Februari lalu.

"Saya berharap UKM dapat meneruskan program ilmu ini bagi membantu penduduk dan pelajar setempat untuk lebih bermotivasi," katanya.

Komen:  Sudah sampai masanya Malaysia mengikut syarat2 seperti Negara Jepun dan Eropah bila rakyat asing hendak ke Malaysia.  Kena ada reference (pelawaan dari IPTA/S).  Kenapalah baru sekarang terfikir nak buat benda macam ni.  Selepas macam2 perkara negatif dilakukan barulah nak buat syarat2 yang masuk akal.  Tahun lepas masih lagi menafikannya.  Nak tungguh parah baru nak bertindak.  Patutnya "mengelak sebelum dilanggar".  

Copy dari Blog Tuan Mazidul...Mudah2an Adik Faris segera sembuh..amin

Isnin, Februari 20, 2012

MATA FARIS TERBUKA TETAPI ... (HARI KE 19)

Jam 5.15 petang semalam, saya tiba di Sime Darby Medical Center, di Subang Jaya, Selangor. Sebagai blogger, saya membawa bersama kamera digital ke lokasi.


Berikutan tidak melihat notis atau papan tanda dilarang merakamkan gambar, dalam perjalanan keNorth Tower, saya rekodkan gambar berikut.


Hampir jam 5.30 petang, saya tiba di luar NICU. Ketika itu ayah Faris, Shamrulismawi IsmaiL, 38 tahun, sedang berbual bersama beberapa penduduk taman tempat tinggalnya, hadir untuk ziarah.


Syukur, sewaktu mendepani saat getir, saudara dan rakan datang meluahkan rasa simpati serta menghulurkan bantuan.


Tepat jam 5.30 petang, Sham menjemput saya masuk ke NICU untuk melihat keadaan Faris di dalam bilik berdinding cermin.


Waktu itu, hanya ibu Faris, kakitangan Celcom, Zuraine Mohamad dan jururawat bersama anak kecil berusia 6 tahun sedang bertarung dengan nyawanya itu.

"Dia boleh bernafas tetapi bergantung seratus-peratus kepada bekalan oksigen. Sejak sejam tadi, apabila dos ubat tidur dikurangkan, Faris mampu membuka matanya," ujar Sham kepada saya.


Dari jauh saya melihat dada kecil Faris turun naik, kencang. Matanya terbuka luas seakan mampu melihat kelibat ibunya setia duduk dan berdiri di sebelah anak bongsu itu.

Sebelum melangkah masuk ke unit terbabit, saya melihat beberapa notis di tampal di dinding berhampiran pintu masuk. 


Hanya kelihatan notis larangan merokok dan menggunakan telefon bimbit.


Bagi saya, hanya orang tidak waras sahaja tergamak merokok di dalam bangunan hospital. Telefon bimbit? Jika diperhatikan dikebanyakkan hospital, sebilangan kakitangan pusat perubatan juga didapati menggunakan alat komunikasi itu. Justeru tidak hairan jika ahli keluarga pesakit dan pelawat sering dilihat berhubung menggunakan telefon bimbit.

Jika merakam gambar tidak dibenarkan dan dianggap hal teramat penting, pasti notis larangan penggunaan kamera ditampal di dinding hospital secara JELAS, sama seperti notis larangan lain.

Di lokasi itu tidak pula kelihatan notis larangan terbabit.

Justeru saya kemudian merakamkan gambar terakhir, sebelum masuk melihat anak kecil itu dari jarak dekat.


Saya memasukkan kamera ke dalam poket sebelum dihampiri seorang daripada jururawat bertugas.

"Di sini tidak boleh mengambil gambar," ujarnya secara hormat.

Selepas memakai topeng muka dan membasuh tangan, saya masuk menziarahi Faris.


"Faris, Faris, tengok ini, uncle datang," bisik Zuraine ke telinga anaknya berselimut.

Mendengar kata-kata itu, airmata saya spontan mengalir membasahi pipi. Saya perhatikan mata Faris, terbuka luas tetapi tidak berkelip. Sesekali kedengaran bunyi rengekan kurang jelas keluar dari mulutnya disumbat tiub.


Barangkali Faris ingin memberitahu kami, betapa peritnya pengalaman ditempuh itu. Tambahan pula, saya difahamkan, paru parunya kurang berfungsi.

"Perut dia membesar mungkin sebab hati dia bengkak," ujar Zuraine sambil mengusap perut anaknya.

Sila baca nukilan saya sebelum ini untuk mengetahui fakta berhubung Faris, klik di sini.

Tabahnya hati ibu itu.

Perjuangannya dan suami masih belum selesai, nasib anak kesayangan mereka masih belum diketahui. Namun saya percaya pakar perubatan dan kakitangan hospital swasta ternama itu sentiasa bertungkus-lumus, cuba memberikan rawatan terbaik untuk Faris.

Faris mula dimasukkan ke hospital terbabit sejak 19 hari lalu kerana demam. Empat hari kemudian dia disahkan oleh doktor mengidap HLH, bahasa mudahnya, barah darah.

Saya kemudian memegang kedua kaki Faris, terasa panas namun tidak bergerak.

Saya melihat airmata Zuraine bergenang sewaktu menyentuh kepala Faris. Berulang kali dia mengusap kepala anaknya, zuriat sebelum ini normal bergerak seperti anak lain. Hanya iman dan kepercayaan, Allah penentu takdir, hidup mati manusia, dia masih mampu berdiri dan tanpa jemu membisikkan kata kata semangat ke telinga Faris.


Untuk rekod, saya tidak merakamkan gambar sewaktu berada di dalam bilik bersama Faris.

Tiba-tiba, di luar, saya terlihat kelibat 2 pengawal keselamatan berbual bersama ayah Faris. Lalu saya bergerak keluar.

"Di sini tidak boleh merakamkan gambar," kata pegawai pengawal keselamatan.

Saya hanya sekadar bertanya.

"Saya tidak merakamkan gambar di dalam tetapi kalau ada peraturan atau undang-undang tidak membenarkan gambar Faris dirakamkan dari luar, mungkin encik boleh tunjukkan," ujar saya.

Barangkali bersimpati melihat saya masih bertopeng muka, kedua pengawal itu kemudian pantas beredar. Saya kemudian masuk semula ke bilik. Saya difahamkan, bil rawatan Faris kini mencecah RM75,000 sedangkan insuran ibu dan ayahnya berjumlah kira-kira RM40,000 sahaja.

Dua gambar saya rakam itu untuk dikongsikan bersama semua pembaca blog ini. 

Fakta, saya tidak berada di hospital itu atas kapasiti sebagai wartawan tetapi sebagai sahabat dan blogger. Jika membuat liputan untuk stesyen televisyen, saya mempunyai jurukamera sendiri, dia tidak menggunakan kamera digital tetapi kamera DVC Pro atau Mini DV, merakamkan video, bukan gambar pegun.

"Polisi hospital ini tidak membenarkan gambar pesakit dirakamkan, untuk menjaga privacy pesakit. Kita memang ada surat pekeliling dikeluarkan oleh Pengarah hospital," ujar jururawat saya dekati.

"Kalau benar begitu, mengapa polisi itu tidak dipamerkan? Supaya pelawat dan keluarga pesakit maklum? Kalau boleh saya ingin melihat polisi itu dan sekaligus mengetahui apakah hukumannya jika merakamkan gambar di hospital," balas saya.

Dia kemudian berjanji untuk menunjukkan kepada saya surat pekeliling, polisi dalaman didakwa wujud. Namun selepas sejam berdiri di luar unit terbabit, tiada pula kakitangan hospital menemui saya seperti dijanjikan.

Jika isu privacy dibangkitkan, dia harus tahu, saya hanya merakamkan gambar Faris, bukan pesakit lain. Tambahan pula, rakaman itu dibenarkan oleh ayah pesakit justeru tidak timbul soal privacy. Sebelum ini semua gambar dimuatkan di blog ini dihantar oleh Sham melalui MMS kepada saya.

"Saya pun hairan juga, kata ada peraturan dilarang merakamkan gambar di hospital tetapi tiada pula kelihatan notis larangan. Hemat saya, setiap peraturan harus dimaklumkan secara jelas kepada pelanggan hospital," celah Baharuddin Zainal Abidin, 43 tahun.


Pekerja Pos Malaysia, kini menetap di Klang, Selangor  itu, rakan Zuraine di kampung sewaktu kecil.

"Mereka mungkin tidak faham dan saya tidak diberikan peluang untuk menjelaskan fakta. Gambar Faris digunakan untuk dimuatkan di blog, agar lebih ramai pembaca budiman dapat membantu meringankan bebanan kos ditanggung oleh keluarga Faris," ujar saya.

Sham mendengar perbualan kami.

"Bukan apa Sham, dengan gambar itu kita mampu berkongsi perkembangan terkini Faris. Berbekalkan fakta, pembaca blog saya dan masyarakat, InsyaAllah, tentunya tanpa keraguan akan terus menghulurkan sumbangan," jelas saya.

Sham memahami tuntutan itu.

"Berikutan ramai orang menyumbang, Maybank pada awalnya telah menyekat akaun pertama saya, kerana banyak transaksi. Barangkali bimbang berlaku kes penipuan tetapi setelah diperjelaskan, kini akaun terbabit diaktifkan semula. Kalau ingin menghulurkan bantuan, mohon gunakan kembali akaun Maybank saya, 1140-1115-2218," katanya.

Setakat ini, dilapor RM16,800 berjaya dikumpulkan. Sham dan isteri memerlukan lebih RM30,000 untuk menampung bil hospital Faris selama 19 hari.

"Sampaikan ucapan terima kasih saya kepada semua mereka membantu, hanya Allah mampu membalas jasa baik mereka. Mohon doakan bersama, agar Faris sembuh seperti biasa," pinta Sham.


SILA HEBAHKAN

Friday, February 17, 2012

Bandaraya Tanpa Hospital...cuba teka di mana?

JKR tubuh pasukan khas

Oleh Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.my
TINJAU...Shaziman (dua dari kanan) meninjau pembinaan Hospital Shah Alam, semalam.
TINJAU...Shaziman (dua dari kanan) meninjau pembinaan Hospital Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM: Jabatan Kerja Raya (JKR) menempatkan pasukan khas ditapak projek Hospital Shah Alam yang terbengkalai sebelum ini bagi memudahkan rundingan dengan kontraktor sekiranya wujud masalah di tapak pembinaan.

Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, langkah kementerian meletakkan pegawai pasukan khas itu memudahkan urusan antara pihak kontraktor dan JKR terutama masalah yang memerlukan keputusan segera.

Katanya, dengan adanya pasukan khas JKR yang terdiri daripada pegawai berpengalaman, sebarang masalah yang timbul di tapak projek hospital berkenaan tidak perlu dibawa kepada mesyuarat dan kelewatan proses pembinaan dapat dielakkan.



“Kelewatan pembinaan hospital ini menyebabkan orang ramai sukar mendapatkan perkhidmatan kesihatan dan pergi mendapat rawatan di Hospital Klang (Hospital Tuanku Ampuan Rahimah).

“Jadi, dengan adanya pasukan khas JKR, keputusan dapat dibuat segera dan hospital disiapkan mengikut jadual,” katanya ketika melawat tapak pembinaan Hospital Shah Alam, di sini, semalam.


Beliau berkata, hospital bernilai RM410 juta itu dijangka siap sepenuhnya pada Oktober 2013 bakal mengatasi masalah kesesakan dan kekurangan katil di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.




Dalam sidang media sama, Shaziman berkata, sebanyak 97 projek daripada 3,128 projek yang diselia di bawah kementeriannya dikategorikan sebagai projek ‘sakit’ setakat 13 Februari lalu.

Komen:  Shah Alam tu nama ajer Bandaraya...Hospital pun tak ada...

Katanya, daripada 97 projek ‘sakit’ yang disenaraikan, 31 projek sudah ditamatkan dan kontraktor baru sudah dilantik disebabkan kontraktor sebelum ini menghadapi pelbagai masalah dan menyebabkan kelewatan projek berkenaan untuk siap.



“Projek ‘sakit’ adalah projek yang tidak disiapkan mengikut jadual. Kelewatan sesuatu projek itu disiapkan menyebabkan kerajaan menanggung kenaikan kos yang tinggi. “Kementerian memberi keutamaan projek berimpak tinggi seperti hospital dan sekolah serta memantau projek berkenaan supaya siap mengikut jadual dan membantu kontraktor yang menghadapi masalah ketika menyiapkan projek berkenaan,” katanya.

Projek pembinaan hospital dengan kos RM482.6 juta itu dimulakan pada 15 November 2007 dan sepatutnya siap pada 25 Jun tahun lalu.


JKR mengeluarkan Notis Penamatan Kontrak kepada kontraktor utama projek itu pada 3 September 2010 berikutan kelewatan pelaksanaan projek selama 62 hari dan ketiadaan sebarang aktiviti di tapak pembinaan sejak Ogos 2010 sebelum disambung semula pada Oktober tahun lalu.